Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label buah epal. Show all posts
Showing posts with label buah epal. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

SUASANA MEMETIK HAZELNUT DI LADANG KAMI, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, lama eh teman tak hapdet. Memanjangnya sibuk atau buat-buat sibuk. Ni nak recap suasana musim panas dan musim luruh 2012. Teman dah lama tak balik sana dlm musim-musim ni. Ni ghope hutan dan ladang nak masuk Kg Deredebi pada awal musim luruh 2012!
Teman memang kughang gemor balik musim panas (2012) sebab waktu siang dia panjaaaaaaaannnggg! Ni masa Sule, Zeynep, Bahri Can dan Mursel sambut teman baru sampai dari Istanbul.
2 hari lepas teman sampai, teman pun naik ke atas bukit yg ada ladang hazelnut keluarga Mr T, lebih kughang 6 kilometer. Teman pun berkampong dgn mak mertua, biras teman Nevin dan beberapa org anak cucu Mr T. Gambor ni farmhouse jiran, si Mursel tengah main-main di laman.
Masa teman sampai tinggal nak penghujung musim panas, sekolah pun nak bukak. Kami upah lebih kughng 15 org pekerja Kurdish dr selatan Turki. Ni mertua teman tengah sembang-sembang lepas waktu koje metik kul 5 pm lebih. Waktu koje deme ialah dari 7am - 5pm....rehat 1 jam. Bawah kanvas tu hazelnut yg dah kering dijemur 3-4 hari. Masuk musim luruh cuaca selalu mendung nak ujan.
Lazim pekerja Kurdish ni deme datang satu rombongan dan ada ketua. Selalunya satu kampong dan ada kaitan persaudaraan. Ni antara yg termuda, bersedara deme nih. Sebab deme ni asyik amik upah, jarang yg nak sekolah tinggi-tinggi, takat sekolah menengah jer. Jadi kedudukan ekonomi deme tak banyak berubah sejak zaman datuk nenek deme.
Teman tolong kutip kacang hazel yg deme dah petik dekat-dekat farmhouse. Deme semua melilau turun naik bukit memetik. Mak mertua teman kabor teman kutip yg keliling farmhouse jer sebab kalau nak ikut deme jauh dan menurun bukit, bahaya pada pekerja import ni! Tapi...teman pemalas sikit, baru koje 30 minit dah letih. Teman bentang guni bawah pokok dan baring-baring!
Tiap rombongan pekerja bawak Cook sendiri, mak sedara atau nenek sedara atau jiran deme. Makanan asas kaum Kurdish tak sama macam bangsa Turki lain yg makan roti bantal. Roti deme ni macam capati tapi besor dulang! Sekali masak berkeping-keping utk 2-3 hari!
Malas aside, yg best datang musim panas/luruh ni dapat makan buah-buahan! Kat ladang banyak pokok epal liar, pokok anggur, pear, plum, berangan dan memacam lagilah.
Kalau nak makan anggur, keme kutip ler yg keliling farmhouse atau yg dalam ladang. Deme tumbuh meliar panjat pokok buah lain. Kekadang biras teman si Nevin, jadi Spiderman nak dapat kan buah anggur ni sbb menjalor tinggi, memang takde disiplin pokok liar nih!
Sekali kutip dapat ler 2-3 besen, makan siang malam sampai mabuk....heheheh tak mabuk der!
Lepas sebulan berkoje, pekerja Kurdish pun hangkut periok belanga deme dan balik negeri atau gi ke ladang lain pulak.Tinggal ler teman dgn mertua di ladang. Sekarang koje mengutip buah berangan, walnut dan kekacang yg ditanam. Kami duduk seminggu lagi sebelum turun bukit balik rumoh di Kg Deredebi.
Musim luruh start bulan September, suhu mula turun. Matahari selalu dilindungi awan, angin lebih kuat, bunyi menderu 'woooooooooo' macam dalam citer seram! Tapi aktiviti lembu macam biase...makan tidur nyongket, makan tidur nyongket, makan tido nyongket jer koje deme! "Bukak ler pintu gate ni kome, kami dah balik menyongket....sejuuuuukkk!" kata lembu Kak Emine.
Summer 2012 - Yusof dan Mursel tengah porak-peranda Farmhouse moyang.
Summer 2014 - Yusof dah nampak panjang macam abang dia Ertugrul. Ni dia tolong sibuk-sibuk kat ladang Mr T.
Summer 2014 - Mursel pun dah besor, dgn adik dia si Omer Taha.Tahun ni Mursel dah mula Ana Okul (Kindergarten).
Ahhh...yang ni pemuda idaman. Errr si Ertugrul dah ada lesen memandu kot. Dia pun berkoje di ladang sepanjang Summer of 2014 sebab bapak dia mandor... hahahah cannot escape macam Helime Baba Anne kaaannn!?

Wednesday, April 20, 2011

Moh Skodeng Rumah Mr T di Kampong Deredebi, Laut Hitam, Turki


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Moh susup-sasap dalam rumoh kampong Mr T. Selain apartment di Basaksehir, Istanbul, ni rumoh yang kat Kampong Deredebi dan sebuah lagi rumoh ladang atas bukit. Mr T based kat Istanbul sebab urusan koje.

Ni ropa Kampong Deredebi di musim dingin. Rumoh ni sunyi sikit masa musim dingin sebab hanya Kak Emine yg tinggal kecuali bila Tahsin dan kuarga balik ujung minggu. Kg Deredebi jadi meriah pada musim bunga dan lebih lagi masa musim panas bila musim hazelnut dipetik. Masa ni sekolah di Turki cuti 3 bulan untuk summer holiday dan ramai penduduk yg dok dibandar balik buat koje memetik hazelnut.



Ni ropa suasana di musim luruh atau dekat musim bunga.



Rumoh Mr T 2 tingkat. Ground floor dah diduduki kuarga Tahsin bila dia balik. Tingkat satu ada master bedroom, dapur dan salon dan toilet utk tetamu. Tingkat 2 ada 4 bilik tido dan semua ada attached bathroom dan toilet. Ground floor ada 1 bilik tidor dan bath dan salon dan toilet untuk tetamu. Untuk jaga privacy anak dan menantu dan tetamu, semua bilik tido dan kedua-dua salon ada toilet. Ya, ada 6 bilik ayor dan 8 toilet!
Ni tangga dari tingkat satu ke tingkat 2.
Kelihatan Freelance sedang santai.



Di balkon dekat salon, Kak Emine selalu simpan kekacang seperti walnut dan buah epal, hurma (buah pisang kaki?), tempat jemuran dll.
Teman tak perasan kami ada pokok hurma dan tak tau kat mana. Mungkin pokok dia kat kebun atau pokok liar. Gambor ni menunjukkan buah hurma, manis dan juicy. Dia masak bukan kat pokok. Sementara tu, hazelnut disimpan dalam stor.



Ni salon tingkat 1. Kalau ada tetamu lelaki yang bukan sedara-mara, deme dok sini. Tetamu pompuan akan dok berlonggok kat dapur. Tapi salon sejuk kalau tak dipasang api kat soba tu. Pintu yg belah kanan tu toilet utk tetamu. Tempat ni selalunya tak diguna kecuali oleh tetamu atau bila bebudak bermain.



Master bedroom.
Yang tengah tu soba pemanas dan kayu api kat meja tu. Kak Emine tak tido sini bila dia sorang, dia tido kat dapur yg memang selalu panas.



Mesti kome yg biasa baca blog teman kenal tempat ni. Bahagian rumoh yg popular iaitu dapur. Kat sini deme rajin lepak sebab panas. Teman pun tido sini masa musim dingin baru-baru ni sebab tak kosa pasang api kat bilik tido di tingkat atas.



Walaupun ni rumoh kampong, kemudahan moden siap semua. Kak Emine ada dapur masak tradisional dan dapur gas. Sini dia boh washing machine. Cuma dishwasher dia tak nak beli sebab jarang basuh pinggan mangkok banyak-banyak.



Kalau nak makan atau buat koje, deme bentang kain sofra sebab tak mau mengotorkan carpet.



Kak Emine tengah bancuh dough untuk buat roti.



Dia guna tepung, ayor dan ragi jer. Pas gaul, kena biorkan 30 minit.



Di kampong deme bakor roti daam dapor tradisional cam yang ni. Nak kawal suhu, pepanda ler deme boh kayu banyak ke sikit.



Ni dah masak sebiji roti yg sebesor dulang, berat 2 kg kot.



Kalau roti yg baru masak, segera kami makan sikit masa masih panas-panas tu. Sapu butter kampong atau colek dengan madu asli. Kulit luor rangup tapi dalam lembut.



Roti dimakan dengan hampir setiap menu, pagi petang. Yang bergulung tu dolma. Lain kali teman buat entry pasa dolma.



Salad Turki - tomato, timun/lobak dan salad daun marun. Salad marun ditanam sepanjang musim.



Kahvalti
di rumoh mertua. Roti, keju putih, kofte daging lembu dan kacang walnut. Kalau teman ada kat kampong, deme selalu goren kofte sebab deme tau teman suka makan daging. Meh kome...

Monday, April 18, 2011

Berkelah di Ladang Hazelnut, Kg Deredebi, Laut Hitam, Turki.

Alphan bin Asim sedang kokak buah epal. Background tulah pokok hazelnut kome!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Ari ni nak buat entry pendek jer, sebab dalam mood berholiday. Eh, bukan ke teman tiap-tiap hari berholiday? So, semalam kawan teman, Yas, antor teman ke terminal di Kuantan. Teman amik bas ke Bandar Muadzam nak ziarah kawan baik dan juga ex-housemate masa belajor kat UM dulu.

Nak citer cam ner orang Turki berkelah ni. Deme ni suka berkelah masa musim bunga dan musim panas dan masa hari raya dan lazimnya deme berkelah di taman, hutan rekreasi, pantai dan ladang. Kekadang kuarga Mr T pun gi berkelah tapi deme berkelah di ladang hazelnut yg kat atas bukit, Kg Deredebi.

Ni gambor-gambor yg dirakam masa kuarga Mr T berkelah sewaktu cuti Hari Raya Puasa tahun lepas. Deme tak raya makan-makan besor cam kita - lemang, ketupat, rendang, nasi dagang tak der! Deme buat baklava dan minum teh jer, dan sembang-sembang selepas bermaaf-maafan. Ada cuti sehari dua tu deme berkelahlah.



Teman gerenti masa deme berkelah ni deme bawok roti, keju dan mungkin ada buat BBQ ayam atau daging. Tapi kalau deme saja , deme buleh berkelah tanpa daging atau lauk. Kalau teman ada masa ni, mungkin deme buat BBQ.
Hah nampok tu deme kokak buah epal jer. Berkelah gak nama tu! Ni Asim, anak Mr T yg tengah, sorang System Analyst di Gebze, 2 jam dari Kg Deredebi. Yang budak tu Ertugrul, cucu sulung Mr T, dan anak kepada Tahsin.


Dari kiri, Tahsin, anak Mr T yg sulong; sorang engineer tinggal di Eregli (30 minit dari Kg Deredebi); Asim, Mr T dan Ilker, anak sedara Mr T yg tinggal di Akcakoca (15 minit dari kampong). Ilker bapak kepada baby Mursel.


Tempat lapang ni tak jauh dari rumoh ladang kami, 5 meter jer jarak. Kat bawoh pokok epal ni pekerja Kurdish kami berkelah makan tengah hari masa musim memetik hazelnut di musim panas. Pokok yg besor tu pokok epal dan sedang berbuah lebat masa tu. Pokok yg ni buah dia bila masak memang manis dan juicy. Teman selalu baham buah dari pokok ni bila lalu lalang nak gi petik hazelnut. Bagi kome yg selalu tanya mana ropa pokok hazelnut pada musim summer...hah tu dia kat background tu, tengok puas-puas.

Masa musim panas (July-September) baru nampak deme paka baju cam kita kat Malaysia. Tapi memalam dingin gak cam kat Cameron Highland.

Ni jer gambor berkelah yg teman dapat dari koleksi Mr T. Berkelah buah epal namanya!



Sebagai penutup, ni gambor berkelah kahvalti di apartment Basaksehir, Istanbul. Kalau balik Basaksehir memang banyak makanan berdaging yg teman masak kome, biasa ler orang Malaysia. Tapi Mr T masih kurang makan benda berdaging. Teman jer yg baham lauk-lauk ni.
Meh kome...