Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label musim luruh. Show all posts
Showing posts with label musim luruh. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

SUASANA MEMETIK HAZELNUT DI LADANG KAMI, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, lama eh teman tak hapdet. Memanjangnya sibuk atau buat-buat sibuk. Ni nak recap suasana musim panas dan musim luruh 2012. Teman dah lama tak balik sana dlm musim-musim ni. Ni ghope hutan dan ladang nak masuk Kg Deredebi pada awal musim luruh 2012!
Teman memang kughang gemor balik musim panas (2012) sebab waktu siang dia panjaaaaaaaannnggg! Ni masa Sule, Zeynep, Bahri Can dan Mursel sambut teman baru sampai dari Istanbul.
2 hari lepas teman sampai, teman pun naik ke atas bukit yg ada ladang hazelnut keluarga Mr T, lebih kughang 6 kilometer. Teman pun berkampong dgn mak mertua, biras teman Nevin dan beberapa org anak cucu Mr T. Gambor ni farmhouse jiran, si Mursel tengah main-main di laman.
Masa teman sampai tinggal nak penghujung musim panas, sekolah pun nak bukak. Kami upah lebih kughng 15 org pekerja Kurdish dr selatan Turki. Ni mertua teman tengah sembang-sembang lepas waktu koje metik kul 5 pm lebih. Waktu koje deme ialah dari 7am - 5pm....rehat 1 jam. Bawah kanvas tu hazelnut yg dah kering dijemur 3-4 hari. Masuk musim luruh cuaca selalu mendung nak ujan.
Lazim pekerja Kurdish ni deme datang satu rombongan dan ada ketua. Selalunya satu kampong dan ada kaitan persaudaraan. Ni antara yg termuda, bersedara deme nih. Sebab deme ni asyik amik upah, jarang yg nak sekolah tinggi-tinggi, takat sekolah menengah jer. Jadi kedudukan ekonomi deme tak banyak berubah sejak zaman datuk nenek deme.
Teman tolong kutip kacang hazel yg deme dah petik dekat-dekat farmhouse. Deme semua melilau turun naik bukit memetik. Mak mertua teman kabor teman kutip yg keliling farmhouse jer sebab kalau nak ikut deme jauh dan menurun bukit, bahaya pada pekerja import ni! Tapi...teman pemalas sikit, baru koje 30 minit dah letih. Teman bentang guni bawah pokok dan baring-baring!
Tiap rombongan pekerja bawak Cook sendiri, mak sedara atau nenek sedara atau jiran deme. Makanan asas kaum Kurdish tak sama macam bangsa Turki lain yg makan roti bantal. Roti deme ni macam capati tapi besor dulang! Sekali masak berkeping-keping utk 2-3 hari!
Malas aside, yg best datang musim panas/luruh ni dapat makan buah-buahan! Kat ladang banyak pokok epal liar, pokok anggur, pear, plum, berangan dan memacam lagilah.
Kalau nak makan anggur, keme kutip ler yg keliling farmhouse atau yg dalam ladang. Deme tumbuh meliar panjat pokok buah lain. Kekadang biras teman si Nevin, jadi Spiderman nak dapat kan buah anggur ni sbb menjalor tinggi, memang takde disiplin pokok liar nih!
Sekali kutip dapat ler 2-3 besen, makan siang malam sampai mabuk....heheheh tak mabuk der!
Lepas sebulan berkoje, pekerja Kurdish pun hangkut periok belanga deme dan balik negeri atau gi ke ladang lain pulak.Tinggal ler teman dgn mertua di ladang. Sekarang koje mengutip buah berangan, walnut dan kekacang yg ditanam. Kami duduk seminggu lagi sebelum turun bukit balik rumoh di Kg Deredebi.
Musim luruh start bulan September, suhu mula turun. Matahari selalu dilindungi awan, angin lebih kuat, bunyi menderu 'woooooooooo' macam dalam citer seram! Tapi aktiviti lembu macam biase...makan tidur nyongket, makan tidur nyongket, makan tido nyongket jer koje deme! "Bukak ler pintu gate ni kome, kami dah balik menyongket....sejuuuuukkk!" kata lembu Kak Emine.
Summer 2012 - Yusof dan Mursel tengah porak-peranda Farmhouse moyang.
Summer 2014 - Yusof dah nampak panjang macam abang dia Ertugrul. Ni dia tolong sibuk-sibuk kat ladang Mr T.
Summer 2014 - Mursel pun dah besor, dgn adik dia si Omer Taha.Tahun ni Mursel dah mula Ana Okul (Kindergarten).
Ahhh...yang ni pemuda idaman. Errr si Ertugrul dah ada lesen memandu kot. Dia pun berkoje di ladang sepanjang Summer of 2014 sebab bapak dia mandor... hahahah cannot escape macam Helime Baba Anne kaaannn!?

Tuesday, July 30, 2013

Aktiviti Musim Luruh di Kg Deredebi, Laut Hitam, Turki!

Assalamualaikum dan Salam Hormat, pe kabor? Lama tak jenguk blog teman...berhabuk dah! Teman sibuk layan housemate teman, Cik Titi (dari jenama Merpati). Pagi petang layan makan-minum dan salin alas dia. Pagi ni (Ramadhan ke 21), teman hangkut dia balik kampong di Parit...
Jam besor Parit, baru 2 tahun mula berfungsi. Kalau tak, jadi hiasan jer! Cat pun baru! Lazimnya teman balik kampong awal sebab nak posa di kampong dgn Mak pulak.
Asker-asker Perancis kawal sekitar Eiffel Tower. Teman pun sibuk nyongket. Kawan di Spain ngajak gi rumoh dia di Valladolid. So teman pun PM Mr T kat FB mintak izin nyongket Eropah. Dia kata, "That's good for you!" Pas tu kawan tu cakap lagi,"Jom jalang-jalang Paris dan Switzerland!" Pulak! Tanya lagi Mr T. "Pegilah...idak awak bosan dok rumoh!"
Biasa ler, gi tempat pelancong biasa pegi. Idok ler teman gemor sangat nyongket ke Eropah ni. Tapi tengok asker-asker Perancis sukaaaa! Switzerland cantik, tapi kat Turki pun banyak pemandangan ropa ni, cantik lagi adaaa!
Paling lama dok Speng, di Valladolid. Sempat posa 4 ari kat situ. Mak oiii kena bertohor 18 jam baru berbuka, dengan panasnyaaa! Balik Malaysia legaaaaa, berbuka kul 7.30 pm, kat Speng kul 9.45pm baru nak ifftar, adeeiiiii! Sabor jer!
Jom citer hei sedara-mara teman di Turki. Tahun lepas teman gi sana jatuh musim panaih sambung ke musim luruh. Lepas musim hazelnut, ada koje metik dan ngutip buah-buahan dan kekacang lain. Ikut mak mertua susup-sasap dalam ladang dan belukor.
Dalam outing 2-3 jam, dapat keme ngutip 2 guni buah dan kekacang berbagai ropa - hazelnut yg jatuh bersepah, kestane (berangan) dan ceviz (walnut) yg berkulit ijo tu...
Buang kulit ijo, ni ler ropa walnut tu. Kulit keras ni kena katok dgn hammer atau lesung ler. Tapi lelaki Turki laga dgn 2 biji dan pecahkan sebelah tangan deme jer. Ater tangan deme keras macam kayu!
Ni sedara Mr T, nama Salih. Dia panjat rumoh farmhouse lama, nak petik buoh anggur liar yg menjalor ataih atap tu.
Musim luruh banyak pokok buah mula masak ranum. Ni jenih epal ijo. Ni tangan gebu cucu sedara Mr T, si Omer.
Kalau nak kenal, nilah ropa buah berangan yg masih berkulit...tapi bulu deme ni tajam, kalau tercucuk jari memang sakit ler!
Musim luruh lepas deme kutip 2 bakui anggur buat sirap dan jus. Sirap deme masak lama sikit sampai likat, nanti makan masa kahvalti (sarapan), jus tu buat minum ler. Dapat berpuluh botoi gak!
Si Yusuf sedang buat spot check. "Ahhh yg ni lulus buat jus!" kata Yusuf.
Tahun lepas Hari raya Qurban jatuh dalam musim luruh. Tulah kali kedua teman merasa Raya Haji dgn kaum kerabat Mr T. Tapi Mr T tak mandang masa ni, dia koje di Basrah. Ni ler ropa sarapan Raya haji deme, yg spesel sikit nasi gulung dlm daun anggur, yg lain sama jer macam hari biasa. Tapi lepas solat raya, baru meriah semelih lembu dan makan sup dan lauk tumis lembu! Lelaki hensom tu anak-anak Mr T si Tahsin dan Alper, dan cucu-cucu si Yusuf dan Bahrican.