Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, April 2, 2011

Buat Fresh Demo di Tahrir Square! - Gesa Aktivis Muda Mesir.

Sorang kekanak sedang berdoa di Dataran Tahrir semalam. Ya Allah, makbulkan doa-doa deme nih! Gambor AFP.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berbelas ribu para protestor berkumpul di Tahrir Square selepas solat Jumaat semalam menuntut dan melaung "Selamatkan Revolusi" yang telah menumbangkan bekas presiden Husni Mubaraq baru-baru ni.

The Youth Coalition Movement, salah satu kumpulan dalam gerakan yang melancarkan penentangan ke atas regim Mubaraq, menyeru agar diadakan satu demonstrasi baru bagi menuntut pengadialan terhadap mereka yang korup dan terhadap mereka yang melepaskan tembakan dan membunuh protester ketika revolusi Februari baru ni. (He, he...deme ingat orang lupa perangai firaun deme tuh!).

Para aktivis muda ini turut menggesa bekas ahli-ahli parti pemerintah dari parti National Democratic disisih dan dinyah dari institusi-institusi gomen dan turut mendesak, "pemulangan semula berjuta-juta dollar yang telah disonglap dari rakyat jelata!" (Yesssss!!!! Kami kat Mesia pun hilang...berbillion-billion RM!!!)

Para protester melaung-laung, "Rakyat mahu bersihkan negara ini!" sambil menggesa Field Marshal Hussein Tantawi bahawa deme ada mandat ini hasil dari perhimpuanan di Dataran Tahrir.

Solat Jumaat semalam, dianggarkan 15,000 orang telah datang berjemaah tetapi jumlah ini meningkat sekali ganda selepas solat, menurut agensi berita MENA.

Weh bila pulak kita, Yob-yob semua, nak bersolat di Dataran Merdeka ni. Takkan nak biorkan gomen buat festival Warna-warni Malaysia jerk kat situ ala-ala Mardi Gras!

Sumber berita dari Hurriyet Daily News.

14 comments:

  1. Semoga Allah makbulkan doa-doa mereka,amin.

    ReplyDelete
  2. Melayu mudah lupe...tak pun bak kata org tua2 kita...hangat2 tahi ayam....hehehhe....jaga periuk nasik kot tu sebab tak berani buat....Saya la....

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan negara kita sentiasa aman.

    ReplyDelete
  4. Salam Yong Zmah, mudah2an, Amiiiin! Eh dah gi kembara ke Indonesia ke belum?

    ReplyDelete
  5. Salam Yob Fadzli, Melayu mudah lupa dan mudah rasa selesa...pastu kena gertak terus senyap. Tapi ada gak yg berani tp tak ramai. Kalau hangat2 'Tahi Itik' buleh gak makan!

    ReplyDelete
  6. Salam Yong UmmiRoss, Amin, aminn!

    ReplyDelete
  7. Kat dataran merdeka tu nak buat festival poco-poco 1malaya....

    Amacam?

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Gedek, tulah dataran kita asyik buat mende2 merapu-merepek jer. Yob jgn lupa gi amik gambor berlatarbelakangkan Big Mama tengah melenggang pinggul yek!

    ReplyDelete
  9. Dataran merdeka hanya untul lepak-lepak je,kat msia ni

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Joyiman, Malaysia yg layu dan lesu....

    ReplyDelete
  11. salam kak,

    link utk lIKE gambor tu sini.. aci cuba try..

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=193372390699510&set=a.192834844086598.39458.104714119565338&theater

    ReplyDelete
  12. Salam KakYong, Ok nanti akak try! Tima kasih!

    ReplyDelete
  13. Salam yong,
    Malaysia tak leh jadi cam deme. Takut masuk ISA. Huhu....

    ReplyDelete
  14. Salam Yong Yati,
    Tulah pasai! Tapi kat negara lain polis deme pun lagi ganas, tapi rakyat tak takut mati. Sini kita takut soru miss!

    ReplyDelete