Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label burung puyuh. Show all posts
Showing posts with label burung puyuh. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Food Porn - Itik Kangkang...dan Solat Atas Jalan Di Istanbul!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Teman sakit pinggang arr. Dok lama sangat dalam bas.
Nyongket ke Kuantan ada aktiviti seni dan budaya Melayu 3 malam. Pastu cabut ke Bandar Muadzam lepak 4 malam di rumoh ex-housemate.

Semalam balik naik bas tapi bas tak lalu hi-way, tapi lalu jalan kampong. Teman suke!
Kat Kole Pilah drebar berhenti kat gerai kampong tepi jalan. Nampak cam Ok, bukan cam restoran kat tepi jalan kat Tapah tu. Ni gerai orang kampong punya. Siap deme bina tandas, bersih gak.
Nama gerai yang kami singgah 'Lomang Apak' tapi tak der pulak deme bakor lemang. Bukan arinya kot atau belum dimasak.




Seberang jalan ada tanah wakaf. Dari jauh nampak bersih dan berjaga. Ni pertama kali teman nampak tanah wakaf orang Islam yang dijaga rapi. Ahhh...mungkin sebab tepi jalan raya, mudah bagi waris nak ziarah dan bersihkan. Lazimnya tanah wakaf ni nuuun...jauh dalam semak belukar, Uncle Seeker pun takut nak gi masuk!



Deme ada jual pisang goren. Teman beli RM2...banyak gak. Ada lagi belen dalam peti ais teman. Petang nanti nak heat up, buleh buat minum petang dengan teh panas!



Sorang Yob tengah perbetoikan kayu utan. Buat pe ni? Haa...ropanya di Nogori 9 ni femes dengan daging smoked - daging lembu salai, daging puyuh salai, daging itik salai dan ikan keli salai!



Ni Yob yang menyalai dan memperasapkan daging pelbagai tu. Teman banyak tanya itu ini, sabor jer dia layan Yong ni. Teman tanya kayu apa dia guna. Kalau resepi barat, deme guna kayu tertentu untuk salai atau grill, nak bagi bau kayu yang harum pada daging.

Ropanya ada gak kayu yang beracun, kata Yob baju meroh ni. Kome jangan pepanda guna sebarang kayu nak buat Barbeque kambens ke misalnya...



Bahagian ayam yg sedang kena perasap dik kayu utan tu. Kena asap bara jer, tak der api yang meliang-liuk!



Teman biasa nengok itik panggang kat restoren Cina.
Nilah pertama kali teman nengok itik salai yang terkangkang dijual oleh orang Melayu. Buruk bebenor ropanya...idok ler teman berselera nak melinyer!
Cun kan...err... itik tu?



Segerombolan ikan keli yang dah kering kena asap. Ni mungkin kena fogging sejak dari semalam!



Beberapa ekor burung puyuh sedang santai kena fogging. Teman lupa nak tanya bape lama diletak atas grill tu sebelum digantung kena smoking pulak. Tapi yang teman dapat nengok, yang digantung semuanya kaler dah malap dan kelam.



Ada beberapa keping daging lembu batang pinang yang masih agak merah tergantung. Ni jer yang berjaya menggoda teman. Teman idok nak beli yg dah kelam dan malap kena asap. Teman bukan perokok!

"Bape ni?", teman tanya.
"RM35 sekilo," kata Yob baju meroh.
Teman pilih 2 keping. Deme timbang 270 gram. Kena RM10. Ada extra pulak tu. Hah...nanti buleh makan daging salai Kole Pilah!



Citer kat Istanbul pulak. Satu ari teman gi Eminonu nak shopping. Sebab jatuh pada ari Jumaat, dapat teman usya Yob-yob Turki berebut nak solat jumaat...atas sokak. Bukan takder surau atau masjid, tapi kalau yang dekat surau ni, cepat penuh sebab surau kecik.
Banyak surau dan masjid di keliling Grand Bazar ni, tapi selalu penuh.



Sementara nunggu orang jantan solat, yang tine dok tunggu diluor surau. Nanti abis deme berjemaah, kami yang tine akan masuk pulak.



Kebanyakan yang solat atas sokak ni pekerja dan pembeli yang keja berdekatan kedai/gerai di sekitarnya.



Berebut deme menyusun sejadah dan mulakan solat sunat. Ada gak pelancong asing yang amik gambor deme ni. Heran deme nengok orang Islam solat atas jalan!



Masa ni tengah dengor khutbah. Ropa-ropanya ada 2 buah surau dekat sini. Ada 2 kumpulan jemaah kat atas jalan ni. 1 ikut khutbah surau yang dekat luor, satu kumpulan ikut khutbah yang surau kat dalam sikit.



Memola nampak semua solat sama serentak.



Sekali tu kami nampak, Yob yg kot labuh ni tak ikut imam yang surau di dalam sebaliknya dia ikut imam yang surau belah luor. Jadilah cam orang solat berimamkan dua imam!



Ni lah pemandangan yang lumrah kita tengok di luar Grand Bazar, Istanbul, tiap ari jumaat. Sekular ke tak sekular Turki ni, syiar Islam tetap bersemarak...kome jangan riso!
Abih, kome ingat Malaysia ni negara Islam ke?
Think again...



Meh makan tengah hari berlaukkan ikan hamsi yang hanya buleh ditangkap sewaktu musim dingin. Yang bergulung warna ijo gelap tu, itulah dolma...resepinya cam dalam entry teman semalam. Meh kome makan...

P.S Err...esok teman nyongket balik kampong 3-4 ari ye. Entry rehat ler sepanjang teman di kampong nanti. Sian flat teman, selalu kena tingga!

P.S Yong Dangarumbia tolong contact email teman dan tinggalkan nama penuh dan alamat romah, nak antor hadiah teka-tikam nih!