Assalamualaikum dan Selamat Bercuti Hari Pekerja!
Nak citer ringan-ringan jer sebab ari ni cuti double-mable kan. Saje nak share imej teman pow dari Today'sZaman pasa aktiviti sosial isteri Presiden Turki Puan Hayrunnisa Gul. Seperti kebanyakan First Ladies, dia pun ada aktiviti yang dia gemor iaitu mempertingkatkan taraf pendidikan OKU di Turki.
Idok teman nak citer panjang pasa aktiviti Puan Gul ni, sekador nak bandingkan dengan aktiviti Kak Ros FLOM kita, tak jauh beza. He he...tapi tak der teman nak boh gambor Kak Ros, tak relevan. Gambor Puan Gul comey lagik! Kalau boh gambor Kak Ros, nanti berat pulak nak bukak entry ni.
Happy May Day!
Dalam sumber berita online yang sama, disebut usaha kerajaan Turki membaikpulih pancor-pancor lama zaman Uthmaniah yang terbior. Zaman dedulu Sultan, isteri Sultan, bonda Sultan dan orang-orang besor akan membina pancor cam di atas untuk kegunaan rakyat jelata.
Bila ayor paip diperkenalkan, fungsi pancor Uthmaniah ni dah berkurangan. Tapi teman nampak di Istanbul, Akcakoca dan Gebze, walaupun terbiar masih ada yang gunakan untuk minum atau amik ayor ni buat mencuci itu ini. Ni pancor di bandar Akcakoca.
Pancor di Gebze ni nampak cam tak terurus tapi ada ayor. Masih ada pengguna yang guna untuk minum dan membasuh muka. Selain dari pancor, banyak masjid dan surau bersepah-sepah dibina oleh Sultan-sultan Uthmaniah dan para isteri dan bonda deme.
Moh Nyongket Dengan Mursel Part II
Ana Anne Mursel dan Baba Anne dari Malaya mengiringi Mursel ke rumoh jiran Ana Anne untk dengor orang ngaji. Cuaca yang terang dan suhu yang nyaman menjadikan ia satu outing yang seronok.
Bila sampai bahagian yang agak tinggi, payah juga si Pinar menolak stroller tu. Mak dia pun nampak tercungap menapak, maklumlah badan tu agak berat...
Kiri dan kanan jalan banyak terdapat kebun sayur dan pokok buah seperti epal, pear, tin, anggur dll.
Salah satu tapak sayur salad marun yang ditanam di musim dingin. Ada gak sayur panjar yang pahit tu, yang buleh buat dolma nasi tu.
Selagi ada tanah kosong, orang kampong akan tanam sayur. Deme tak bazirkan ruang. Rajin dan berusaha bangsa deme ni. Bila abis dipetik, deme akan tanam lagi dan lagi...
Akhirnya sampai ke rumoh yang nak buat majlis baca Yaasin ni. Deme pun sibuk jemur carpet. Yang tingkat 2 tu nampak belum siap.
Yang ni rumoh jiran sebelah deme. Kebanyakan rumoh di Turki dicat putih.
Masuk dalam rumoh, dah rama jiran dan tetamu datang. Ada yang bawak anak kecik. Aktiviti baca surah Yaasin ni deme buat bergilior di kalangan jiran-jiran seminggu sekali. Lazimnya pada hari jumaat.
Deme dok kat salon. Sebab salon ni ada soba dan panas, teman cabut dok luar salon dekat corridor, situ pun dah sesak. Pompuan yang baju berlengan ijo tu masih gadis, lawor budaknya tapi teman idok amik gambor dia.
Selain surah Yaasin, deme baca beberapa lagi surah bergilior dan last sekali sorang akan mace doa lazim dan doa tambahan dalam Bahasa Turki. Kendian deme dihidang dengan makanan ringan. Masa tulah sesi pot-pet, pot-pet akan berlangsung.
Nilah salah satu aktiviti sosial kaum ibu di Turki selain dari berziarah di malam hari dan berjumpa di ladang hazelnut.
Mursel dan Ana Anne dia. Bangganya dia dengan Mursel sebagai cucu pertama dia!
To be continued...
Contoh kahvalti (sarapan) di rumoh Ilker dan Pinar.
Sekali-sekala teman merasa lauk - ikan atau daging - kalau duduk dengan deme ni. Teman gemor ikan deme terutama hamsi, yang hanya buleh ditangkap di musim dingin. Lazimnya teman makan 15-20 ekor!
Sepupu Ilker dan kuarga dia ziarah rumoh Ilker. Ni makan tengah hari. Kalau ada ayor sejuk atau ayran (ayor yoghurt) itu maknanya makan tengah hari. Deme minum teh panas masa sarapan dan makan malam jer. Meh baham sayur lagi kome...
P.S Esok teman nak nyongket beberapa ari lagi, jadi teman nak rehat dari menulis. Mungkin dalam 2-3 ari baru tulis balik.
Enjoy your holiday kome!
tak boleh letak gambo kak Ros..nanti berat !!! kakahkahkah.. betui199x...
ReplyDeletegitu pulak cara deme mace yassin yak. baguih jgk cara tu.. kadang2 oghang kat sini ngelat mace yassin.. pegang je tp idok deme bace hihihi..
errr..yg baju lengan ijo ta.. tengok tangan pun teman tawu..lawo budaknye.. hahaha..
jangan maghoh yak kak halima.. keme sayang kak halima to..
salam yong,
ReplyDeletebaham sayur lagi :)
subur ye tanah kat sana..fresh je sayur2 tu
2-3 cuti... dah apply cuti kat persatuan blogger2 malaya ke ni? Teman tak sain lulus pon lagi...?
ReplyDelete"Berat nak upload page" Zalim... zalim...
Salam Kak ,
ReplyDeleteSeronok betul la kak, cuti2 ni. Kali ini ke mana pulak kak? Nanti citer lagi... :)
salam akak...
ReplyDeletebuah tin tu buah zaitun ye kak?
eppy oliday akak
Assalamualaikum Yob Mad, bukan semua yg mace Yob, mana yg buleh dan mau mace. Tp deme memang rajin gi majlis cam ni, semoga deme dpt berkat. Tu yg akak malas nak boh gambor anak dara...mesti ada yg nak ngenden!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Tihara, itu ler deme makan tiap ari! Memang subur tanah deme Yong. Tanah kat Msia pun subur, tapi kita tak tanam pun!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Gedek, err...ni apply emergency ni...lain kali approvekan yek? Zalim ke akak ni? Ni dah kira merciful dah pd Kak Ros tu...kalau akak kata blog akak buleh 'hang', lagi tak guna.
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeleteselamat menyongket!..have a safe journey..
AsSalamualaikum Yong Dangarumbia, ajenye suka nyongket, dekat2 jer. Nanti citer.
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Ceria, eh lain Yong, buah tin buah tin, buah zaitu buah zaitun. "Wattini wa zaitun..." ada 2 jenis buah yg berbeza disebut dalam ayat tu.Buah tin lebih besor dan manis, buah zaitun kecik dan kelat...buat jeruk dan minyak bulehlah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Asma, tima kasih...dah selamat sampai rumoh kawan!
ReplyDeleteBestnya menu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu Zmah, buleh bayangkan...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak
ReplyDeletebest jugak aktiviti dia orang ni ye, yang part makan2 tu yang tak boleh tahan ni, nampak semua best.
Seronoknya kak, nyongket lagi, enjoy yourself..
AssalamualaikumYong UmmiRoss,
ReplyDeleteItulah aktiviti orang kampong selain koje di ladang dan kebun. Nyongket sekejap, kena koje pasni Yong!
Assalamualaikum Yong UmmiRoss, begitulah lazimnya aktiviti sosial kaum ibu di kampong2, selain berkoje di kebun dan ladang hazelnut. Nyongket ada mankna tuuu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong UmmiRoss, begitulah lazimnya aktiviti sosial org kampung di Laut Hitam selain dr aktiviti berkebun dan berladang. Nyongket ada makna tuuu...
ReplyDeletetanah kat malaya pantang ada kosong... ada je la naik rumah/bangonan batu nanti... nak perabis bukit bukau/hutan ditarahnya... takut...
ReplyDeleteater seronok aktiviti kaum2 ibu tu.. yg paling best tang kat meja makan tu... hehehe...
Salamunaleykum, Org kita ingat makanan tu wujud sendiri tanpa diusahakan, main beli jer kat kedai/supermarket. Ada tanah buat rumoh atau kilang.
ReplyDeleteAter deme punnak blajor jugak, masa memuda tak abis belajor sekolah dan Quran, ni salah satu menggalakkan deme blajor ngaji, elok gak aktiviti ni.
Bagus juga amalan sebegini,kita kat malaysia bila berkumpul je terus pot-pet pot-pet
ReplyDeleteAssalamaualaikum Yob Joyiman, samalah juga kat sini...kan kita ada kelas ngaji, lepas ngaji pot-pet, pot-pet ler!
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Halima....
ReplyDeletememang ektibiti bace Yassin kat sane ni kaum Hawa je ke yang terlibat????? sebab kalo kat sini jaghang beno le kite dengo kaum Hawa buat ektibiti2 macam ni...... bagoih betoiiii