Moh Kite Follow Sesame...

Monday, May 2, 2011

Berambus Obama! Al-Fatihah Utk Osama...Moh Makan dan Nyongket!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,


Teman tengah lepak di Pahang ni. Bersuka ati dan nyongket sana-sini dengan kawan/ex-housemate/ex-coursemate.

So who cares about the Navy SEAL SOBs yang berjaya membunuh Osama, sama ada betoi atau tidak, we can do nothing. Gomen so-called negara-negara Islam pun tak buat apa-apa, so apa kita buleh buat?
Kalau buat demo, kang kena ujan asid. Cakap pun tak guna!

Baik tengok makan-makan dan jalan-jalan...ati tak sakit!

Ni gambor-gambor breakfast dan dinner teman kat Shah Alam minggu lepas.



Beli 5 biji whole-meal buns, sapu butter dari susu Kara Kiz di Kg Derdebi; hias dengan sucuk (salami) teman beli kat Istanbul; dan layer dengan 2 jenis keju Turki; dan tabur dengan cabai serbuk dan oregano Turki!




Untuk dinner pun teman buat resepi yang sama. Tapi teman tambah jugak dengan cendawan Shitake yang teman tumis dengan bawang merah, bawang putih dan guna minyak zaitun. Kalau tumis dengan minyak lain tak menjadi weh, tak bape sedap maksud teman. Nak kena minyak zeytin jugak!
Bagi pedas teman boh cabai serbuk dan oregano Turki. Mak oiii...sodap bonar! Mr T tersedak ayor teh pun teman tak dengor...sebab dia kat Istanbul!


Bila kuarkan dari oven...mak oiii tengok keju tu cayor meleleh...tak tunggu sejuk, terus ngap masa panas-panas lagi kome!



Moh Nyongket Dengan Mursel Part III



Pas sesi mengaji dan marhaban...ropanya ada bacaan marhaban untuk sorang baby pompuan. Sambil menyanyi tu ada yang menangis, amat terharu mengenangkan kisah Rasulullah SAW. Ni kali kedua teman nengok orang Turki bermarhaban dan selalu ler deme ni menangis bila melagukan kisah Rasulullah SAW dan tatkala menasihati baby tu. Sama cam kita buat majlis cukur tapi deme tak cukur pala baby tu dan berbuai, cuma bermarhaban jer.




Pas jamuan ringan, kami pun mula amik dan paka baju kot dan muffler satnika, dan ucap selamat tinggal pada tuan rumah. Berpeluk cium dan berdakap dengan semua orang.




Bila teman dan parti teman dah beredar, teman toleh belakang; ada lagi teyze/yengge dan ablah yang masih melangut kat depan pintu pot-pet, pot-pet. Biasa ler...




Teman, Pinar, mak dia dan Mursel menurun jalan bukit tu perlahan-lahan. Teman suka usyar keliling kampong nengok rumoh, kebun sayor, ladang dan pokok-pokok yang tumbuh keliling kampong. Sebab ni musim dingin, pokok-pokok buah semua tido dan botak!




Salah sebuah rumoh jiran.




Ni mesti sebatang pokok buah, rasa teman pokok epal.




Lagi rumoh jiran dengan pokok yang berjurai. Teman tak tau ni pokok apa. Bayang teman pun ada tu!




Sekor inek sedak meragut rumput.




Walaupun sejuk tapi kering...ujan tak turun lama dah. Kalau suhu jatuh bawah 0 C, banyak gak salji kat sini.




Ooo...ni ropanya pokok hurma (pisang kaki). Buah hurma deme ni lebih sedap dari yang ada jual kat supermarket kita. Ni buah yang terbior, tak der sapa nak petik...nanti dia jatuh dan busuk.




Menapak 3 beranak ni perlahan-lahan ke arah bandar Akcakoca. Di kiri kanan ladang hazelnut orang kampung. Hari ni program yang seronok dan bermanfaat untuk kami. Mursel sangat baik, tak meragam sikit pun.




Balik rumoh, minum susu. Tapi dia ni nyusu badan mak dia selalunya. Selain dari susu fresh...




Mursel akan membesor dengan yoghurt dari lembu opah dia, Nevin, yang peroh tetek si Fistig
pagi dan petang...



...sayur jeruk di musim luruh dan dingin seperti timun kenit dari kebun opah dia...




...salad marun dan tomato juga dari kebun Nevin. Dan...




...stew kacang fesule dan kentang yang juga ditanam di Kg Deredebi oleh Nevin dan moyang dia. Nanti dia membesor panjang cam bapak dia sampai lebih 185 cm, InsyaAllah!


24 comments:

  1. Salam Yong,

    Mula2 nak komen pasal Osama tu, tapi bila baca seterusnya, terus lupa nak kata apa, hehe..

    Suka tengok keindahan pemandangan di sana, walaupun nampak macam kering dan sejuk, tapi suasana tetap nampak menarik.

    Makanan pun buat Tie terliur, ish... cheese tu, Tie suka sangat!!

    ReplyDelete
  2. alahai..
    ntah la pe nk jd dunia ni..
    al-fatihah buat osama..

    wah, bab2 susu dan mknn ni buat TK tliur je..
    ai kak, blk malaysia pun selera dh mcm orang Turki ye..
    hehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yong tie, maaf ler makanan teman menggoda niat asal yong. deme memang kering dr kia, cuma sejuk jer. meh makan yong...

    ReplyDelete
  4. Salam Kiut,
    Celakalah orang2 kafir tu, menceroboh negara orang atas nama 'keamanan dunia'...ptuiiih!
    Bukan jer selera makanan Turki, makanan dr pelbagai negara lain pun akak ada selera!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Halima....
    yang lagi baut awok sedih....statement daghi 'pemimpin' Melayu Islam kite....seolah2 macam deme suke beno le si Osama ni mati....betoi2 statement deme macam Amereka......

    Kak Halima,
    sesekali tengok gambo makan caghe turki tu.....awok teghingin beno nak megahse nye...... nak buat sendighi bulih.... tapi tak same la kot....macam yang akt TUrki tu kan????

    ReplyDelete
  6. salam kak yong.
    entah mati entahkan tidak osama tu, us ni pandai je create propaganda.

    alahai..sukanya tengok gambar makanan dan pemandangan di sana. pisang kaki tinggal gitu je, jarang2 tengok gitu.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yob Shahril, pemimpin tu memang Melayu, tapi Islamnyer...?
    Buat maasakan cara Turki tu buleh, memang tak sama tp buleh try, yg penting ia bukan nasik!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yob PO, asyik2 lagu tuuuu jer!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Mz Nina, propaganda jer lebih, betoi tu. Cara deme 'tanam' jenazah 'Osama' pun meragukan...lahanat betoi.
    Akak pun pertama kali nampak kat pokok, selalu makan yg orang hidangkan.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak,
    deme ni mmg jahat kak..kalau betul lah osama dah dibunuh semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan org yg beriman. mcm jauh je nak berjalan kaki ke bndar akcakoca tu?..deme kalau marhaban suara tinggi tak kak? kalau kat sini suara mereka yg bermrhaban tu blh dgr 1 kg..huhu..mursel2 ngape la mike comei bebeno..

    ReplyDelete
  11. Salam,akak.
    saya sgt suka berziarah n baca blog akak =0).
    saya suka mendengar crita dari bumi turki.
    dari dahulu hingga kini, impian ingin menjejak kaki ke turki tak pernah padam.
    semoga ALLAH beri rezeki kepada saya n suami suatu masa nanti untuk berziarah ke bumi Turki.

    ReplyDelete
  12. Al-Fatihah buat Osama

    Menyelerakan tgk menu breakfast dan dinner tu... Pahang lepak kat mana...

    ReplyDelete
  13. Dah dengar apa bijaN komen pasal arwah Osama? = Ngok!

    Tak berani nak makan sayor jerok tu... mesti masam! Herot berot habis muka!

    ReplyDelete
  14. Moh kita breakfast kat seksyen 7... pekena lontong pulak...

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam Asma,ha jalan dekat 3 km, tapi sebab sejuk tak rasa penat. Nak kata tinggi sampai satu kg dengor, idok ler. Setakat satu rumoh dengor jer. Lagi pun tingkap dan pintu tutup, suara tak kuar!

    ReplyDelete
  16. salam kak

    Al Fatihah untuk Osama..

    kak breakfast n dinner kat Shah Alam masih selera Turki ye kak? memang nampak sedap.

    Makanan depa ni memang terbaik dari ladang, tu lah agaknya mereka membesar dengan sempurna..

    ReplyDelete
  17. Salam Yong Vivi, InsyaAllah Allah murahkan rezki Vivi dan suami dan dpt sampai ke bumi Turki. Tima kasih datang baca blog akak.

    ReplyDelete
  18. Salam Yong Munna, tima kasih...akak suka memasak utk diri sendiri dan sesapa yg datang rumoh. Kat Pahang belah selatan sikit...lepak dgn kawan.

    ReplyDelete
  19. Salam Yong Gedek, ya dah dengor ucapan Bijan tu, memang ngok tahap Gajah!
    Jeruk tu memang masam tp tak semasam jeruk mangga Yob.

    ReplyDelete
  20. Salam Yob ISA, ye ker best lontong kat situ...jarang akak jumpa lontong yg sedap, selalunya cayor, tak lemak, tak der isi dll. Tapi akak di Pahang skrng nih!

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Yong UmmiRoss, bukan suka tapi benda bahan dah ada, buat jer ler. Lagi pun akak tak bape makan nasi, asal apa yg ada dlm peti ais tu, itu yg akak buat dan masak! he he!

    ReplyDelete
  22. kak halima yg sgt dihormati...
    ermmm..lain sikit n3 kali ni.. biasanya citer menyongkit dulu baru citer makan2.. ni terbalik sikit..mula ngan makan..tutup ngan makan..hihihi..

    mcm kak halima kata, sama ada hidup atau matinya osama..kita tak berbuat apa2 pun.. jgn cakap kuat2 kak.. kat mesia ni ada sepupu dia.. tapi mulut sepupunya ni meghooooohhh sgt ! hahaha.. tak caya tanya ISA/PO

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Yob Samad,
    Mula dgn makan bagi semangat sikit dan tutup dengan makan bagi rasa lapor, pastu gi ler ke dapur masak utk laki/bini/anak2 yek?
    Kak Ros skrang ada kat Istanbul, mungkin dia akan belikan lipstick meroh kat Grand Bazar! Semalam nampok dia kat Bursa Saham Istanbul, apa ke jadah dia buat kat situ!

    ReplyDelete