Para jemaah dan pelancong di luor Yeni Camii (Masjid Baru), Eminonu, Istanbul. 2011.
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Menurut satu kajiselidik oleh Financial Times, Istanbul telah mendahului London dan New York sebagai 'the most liveable city in the world'!
"Istanbul sebuah kota kosmopolitan, happening, remaja usia penduduknya tapi bersejarah; dengan purata pendapatan yg pelbagai; taraf sosio-ekonomi yg bercampur-baur; mudah diakses dan ia sebuah kota yg dibina bukan saja sebagai jambatan yg menghubung antara benua malah juga pelbagai tamadun, ide, agama, dan insan," lapor akhbar itu lagi. (Betul, betul!)
Menurut laporan tu bandaraya-bandaraya yg terbaik diduduki ialah Istanbul, London, New York, San Fransisco, Paris, Rome, Rio, Sydney, Hong Kong dan Delhi, ikut susunan ni.
Aikkk..., Kolompur, Shah Alam tak de?
Sumber dari Today's Zaman. Gambor dari koleksi teman.
Haa...mana ropanya bandaraya yg paling best diduduki ni? Teman dah anggap Istanbul sebagai 'second home' teman selepas Shah Alam. Bila bandingkan kedua-dua bandaraya ni, rasa hiba pulak nak kata Shah Alam ni bandaraya...sebab bila dibanding dengan Istanbul, Shah Alam ni kecik dan aman bebenor!.
Memang happeninglah bandaraya Istanbul ni. Besor dia 5 kali dari Kolompur, dan penduduk dia 15 juta. Rumoh dan banguanan padat. Kenderaan bertali-arus. Ropa penduduknya berbagai kaler dan gaya.
Tapi pada teman yg best sekali masjid-masjid dan banguanan lama (Byzantium dan Uthmaniah) yg bersepah-sepah di setiap penjuru.
Gambor atas ialah pintu masuk ke Yeni Camii yang terletak di Eminonu bersebelahan dengan Grand Bazar. Biasa gak teman solat di sini sebelum balik ke Basaksehir pas puas ngelewor.
Depan masjid ni ada dataran. Ramai orang lalu-lalang, duduk-duduk, bergambor atau bermain dengan burung merpati. Ada beberapa orang pompuan menjual makanan burung kat sini. Kat background sebahagian dari Grand Bazar.
Ni sebelah kiri (atau kanan) masjid. Kat background ialah selat. Sini feri penumpang dan pelancong banyak kat selat tu. Cantik dan menawan tengok bot dan feri bawa penumpang ke bahagian sana bandar. Ayor berwarna biru.
Di negara yg kita kutuk-kutuk sekular ni (macamlah negara kita ni Islamik bebenor!), masih rama umatnya yg menyahut seruan solat di atas jalan sebab masjid atau surau penuh. Ni selalunya berlaku ketika solat jumaat.
Tak jauh dari dataran Eminonu ni ada tempat duduk-duduk. Kekadang bila teman letih, duduklah teman kat salah satu bangku batu kat sini sambil makan jagung bakor atau jagung rebuih .
Kalau kena musim sejuk dan ada matahari, memang nyaman.
Kat background tu ada lagi sebuah surau. Surau atau masjid sama jer bentuk.
Kalau nak dengor laungan azan yg bersahut-sahutan, meh dok Istanbul masa masuk waktu solat!
Kat dataran ni ada peniaga kecik dengan keta tolak. Lazimnya yang berniaga dengan keta tolak ni deme berjual jagung, buah berangan bakor atau simit (roti cam gelang). Kena ada lesen dari dewan bandaraya nak berniaga berketa tolak ni.
Depan masjid ni para pelancong dan shoppers berjalan bersimpang-siur. Memang menarik suasana kat sini. Bila masuk waktu solat, lagi rama yg berpusu-pusu gi ke masjid untuk bersolat. Berlaga-laga dengan pelancong yang turut sibuk nak menganga tengok dalam masjid.
Yang bukan Islam diminta bertudung dan berpakaian sopan, dan tak mengganggu orang sedang bersolat.
Tu sebab kekadang teman malas nak solat kat Yeni Camii ni sebab berebut dengan pelancong!
Lebih kurang 15 meter dari kaki tangga masjid ni ialah salah satu pintu masuk ke Grand Bazar. Sinilah yang dikatakan Spice Bazar.
Ada 2-3 orang Yob yang jual bendera Turki dan bendera kepala Kemal Ataturk. Teman tak tanya bape rega bendera-bendera ni.
Kat Eminonu jer yang teman selalu lepak sebab teman rajin ngelewor gi beli-belah atau sesaja jalan. Lagipun ia dekat dengan bas terminal, senang nak balik.
Ada bahagian lain bandaraya ni yg banyak lagi tempat bersejarah, gedung, restoran, pemandangan dsb, tapi tak larat nak ukur weh. Patah kaki!
Kekadang teman naik gak tram nak gi jauh sikit tapi di Eminonu ni dah kira happening.
Nak gi jauh lagi, ikut Mr T.
Begitulah sikit sebanyak kisah kota Istanbul yg eksotik dan romantik.
Dah bape puluh kali pegi, teman masih belum jemu dan masih tak abis ronda.
Bila lapor pas ngelewor berkilometer tu, teman lazimnya beli sebiji kebab. Rega lebih horang RM3.50.
Sedaaaaapppp!
P.S Teman nak bercuti di kampong ziarah Ibunda tercinta. Jadi blog teman berehat 4-5 ari ya kome. Selamat Bercuti pada diri sendiri!
Assalamualaikum Kak Halima,
ReplyDeleteWah bestnya Istanbul, ummi suka tengok orang yang solat kat jalan tu, suatu gambaran yg sukar dilihat disini, suatu gambaran ketaatan tak kira dimana kita berada.
Assalamualaikum kak,
ReplyDeletegrand bazar tu mmg beso ye kak, ambik masa nk abihkan ronda semua kedai? negara kita ini banyak bangunan heritage yg deme dah robohkan.. tak ada byk yg tinggal dah...
bestnyer istanbul....baru jer pergi 3 mei 2011 tapi rasa mcm tak puas berjln 2 hari jer kat sana...ada rezeki nk pergi lagi nanti...insyaAllah
ReplyDeletesalam kak...pic yang last tu sedap tgk.hehe
ReplyDeleteteman cuti juge menghapdet belog ni. Nak ngelewo nyongket cam yong ke sana sini...mentelahkan ada sket-sket mase niii....selamat bercuti.
ReplyDeleteater kalo ada rezeki nak ke sana, teman kena tunggu yong bawak yek... takot sesat nanti.. hehehe... nak nyongket sana sini.. nak makan macam2 kat sana nanti..
ReplyDeletemenarik, tertarik, memang da bomb.
ReplyDeleteSalam Yong ,
ReplyDeleteuntung mike ade 2 ghomah yer ... :)
Yang hijau kat keba tu pickle ke...?
ReplyDeletesedapnya kebab tu...
ReplyDeletesalam yong!!! wah balik kampong x ngajak teman yeee...
ReplyDeleteni teman nak bagitau yang blog lama teman (http://republikn9.blogspot.com) teman dah hapuskan dari muka bumi... skang ni teman jalan2 kat sini guna blog baru la yong hhahahahaha...
from yob ustaz hahaha
nak rasa seronok dan 'lezut' lagi duduk Istanbul bila fasih sejarah Islam mcm mana Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi tokoh Kerajaan Uthmaniyyah yang jatuhkan kerajaan Rom.fuh kalo membaca mmg rasa remang bulu roma terbayang kegemilangan Islam waktu itu.itu la antara sebab2 teman pun teringin beno nak jejak ke Istanbul.nak menelusuri sejarah umat Islam.
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong UmmiRoss, lagi satu sbb sukar dilihat kat Msia org solat kat jalanraya ialah sbb Malaysia panas! Pe kabor Yong?
ReplyDeleteAssalamualaikum Asma, ya besor Grand bazar tu, buleh sesat kalau jalan dlm tu terutama kalau memula datang! Org Malaysia tak sayang sejarah, deme ingat yg dibina 10 tahun lepas buleh roboh. Walhal buleh simpan utk jenerasi akan dtng!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Nieza, Selamat Datang dan Hosgeldeniz. Yaa dah sampai sana? Seronok kan? Tapi 2 ari memang tak cukup. Korang2 mau seminggu, itu pun kat area Sultanahnet dan Eminonu jer! InsyaAllah buleh datang lagi!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Mohammad, pic makanan mesti sedap di mata!
ReplyDeleteAssalmualaikum Cikgu Humairi, kemane cutinyer cikgu?
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Mulan, InsyaAllah kalau akak ada kat Istanbul masa Yong Mun datang, akan akak tunggu kat depan esplanade kat bot ikan sandwich tu!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Dyanna, meh singgah Istanbul nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Hanie, Alhamdulillah ada tempat akak lepak. Tapi bkn rumoh akak, rumoh kuarga Mr T.
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Gedek, ya yg ijo tu pickle, timun kekenit!
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Pendragon, ya memang sedap, lebih sedap dr kat Malaysia punya. Selamat datang!
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz,ater nak ajak kang, ada pulak yg jeles! Wah dah ada blog baru, sampai terburai terbarai! Nanti yong gi siasat! 1
ReplyDeleteAssalamalaikum yong Luna, camner studies? Memang syahdu dengor camner Sultan Fetih ni takluk Constantinople. InsyaAllah nanti yong sampai ler sini.
ReplyDelete