Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, June 7, 2011

Erdogan Berjaya Menarik Sejuta Orang!

Encik Erdogan masa kempen pilihanraya Ahad, di Istanbul.

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tu dia aih...sakan teman bercuti kat kampong di Parit, Perok. Tengok dan layan mak yg dah berumur banyak gak. Alhamdulillah masih sihat dia.

Ni nak citer himpunan sejuta insan ni! Bukan kat Putrajaya yg digembar-gembur dik PM kita, tapi yg melibatkan Encik Tayyib Erdogan.

Menurut laporan Today'szaman.com, kempen pilihanraya Encik Erdogan kat daerah Zeytinburnu, Istanbul pada Ahad baru ni berjaya menarik lebih satu juta orang! Yaaa 1 juta penyokong dan pemerhati! Jumlah ni 2 kali ganda dari yg diperolehi oleh Kemal Kilicdaroglu dari parti CHP di tempat yg sama sehari sebelumnya.

Dalam ucapannya, Encik Erdogan meminta para pengundi memilih 367 orang calon dari parti AKP untuk mendapatkan majoriti agar dia berupaya meminda perlembagaan tanpa melalui referendum. Ada ler beberapa bab dalam perlembagaan yg Encik Erdogan ingin pinda, jadi dia memerlukan sokongan yg kuat dari para pengundi ni. Perlembagaan yg jika dipinda itu nanti akan mencerminkan lebih kebebasan dan aspirasi rakyat Turki.

Tengok pada beberapa kajiselidik setakat ni parti dia, AKP, dapat lebih dari 45%. Kira kuat tu sebab parti lawan yg terdekat tak dapat pun 30% sokongan.

Begitulah powernya karisma Encik Erdogan ni. Dia tak perlu bekalkan nasi bungkus, t-shirt dan topi percuma, artis setengah masak atau hiburan loklak untuk menarik 1 juta penyokong ke kempen dia.

Sumber berita dan gambor dari Today'sZaman.com




Moh ikut teman ronda-ronda kat sesetengah bahagian di bandaraya Istanbul. Bayangkan kome ngikut teman nyongket ni yek.

Ni kat daerah Sultanahmet, tak jauh dari Masjid Biru dan salah satu pintu Grand Bazar. Kira sini tempat yg paling banyak dikunjungi sebab terdapat Masjid Biru, Hagia Sofia dan Grand Bazar yg dok dekat-dekat antara satu sama lain. Sepanjang jalan kat sini terdapat beribu-ribu kedai/gedung/butik pakaian, kasut, kot dan satnika restoran!



Sambe-sambe berjalan tengok orang berjual satnika benda. Salah satunya yg berjual buah berangan. Teman ingat ada beli sekali. Agak mahal dari kat Malaysia sebab saiz yg kat Istanbul ni besor sikit.
Saja nak try, terliur tengok dia membakor (bukan menggoreng dengan pasior cam kat Malaysia) tu.



Istanbul ada sistem pengangkutan yg agak canggih. Yang ni nama dia tram. Sentiasa penuh tak kira waktu. Yang underground pun ada dipanggil metro. Lebih besor dan laju. Teman penah naik yg underground sekali jer. Dengornya dia akan sambung laluan sampai ke daerah Basaksehir, tempat teman dan Mr T tingga. Jadi lebih mudah lagi teman nak nyongket ke Istanbul nanti! Panjanglah langkah teman, InsyaAllah!


Kenapa tak ada accident melibatkan tram? Heran gak...
Naik tram atau metro rega dia RM2.90 lebih korang, tak kira jarak.



Ni pemandangan bila teman naik bas dari Taksim ke Eminonu. Teman ke Taksim sesaja. Tapi tak rasa sonok kat Taksim. Dia lebih merupakan tempat orang muda berhibur dan ho-hah.
Banyak gedung, butik, tea-house dan bar/nite club. Masjid nampak sebijik jer. Kalau memalam banyak wanita penghibur tertonggeng-tonggeng kat tingkap keta bertanya, "Nak? Nak?"
Err...teman main agok jer tu. Sesetengah pompuan ni datang dari Georgia, Ukraine dan negara-negara bekas Rusia. Cari makan...



Ni dah dekat dengan jambatan yg merentasi sungai dan alor yg banyak kat Istanbul. Ni bukan yg memisahkan Eropah dan Asia. 2 buah Jambatan yg menghubungkan Eropah dan Asia lebih tinggi dan besor.



Sini ramai Yob-yob bersidai mancing ikan. Dapat ikan kecik jer besor tapak tangan teman. Tak kira musim sejuk ke panas ke, ada jer deme ni. Tapi bila suhu jatuh mendadak masa musim dingin, lagi rama deme. Tapi deme tak mancing masa ni, deme menangguk ikan yg timbul separa mati sebab kesejukan!



Kat Istanbul ni, kucing lorong (alleycat?) ramai bebenor. Tapi yg bestnya deme ni gebu-gebu dan sihat. Nampak bersih gak. Ni salah sekor yg dok melepak kat salah satu makam tak jauh dari Grand Bazar.
Ada jer hamba Allah yg bagi deme ni makan.



Bila nak dekat masuk waktu, teman mesti cari surau yg bersepah di bandar ni. Kalau kat Grand Bazar, teman selalu cari surau ni.



Masa tu ada pulak tukang tengah renovate ntah pe benda. Tengok pada tiles tu, nampak klasik dan ala-ala zaman Uthmaniah. Tak tau ler bila surau ni dibina tapi nampak dah ada terselit di antara kedai dan gedung kat Grand Bazar ni..



Bahagian solat orang pompuan. Buleh muat 8 orang paling ramai. Kena tunggu gilior. Walaupun ruang ni kecik, ada CCTV kat atas tu!



Sebelum balik, teman kena lalu kat espalande. Sini ada bot-bot yg teroleng-oleng kat tepi. Ni bot yg ada dapor. Deme menggoreng ikan-ikan temenung, dibuat sandwich.


Ada meja dan kusi kecik utk para pelanggan. Bau ikan goreng ni selalu menggamit teman utk singgah. Masa tu memang pun teman dah lapor. Apa lagi, singgah ler beli sebiji!



Dulu ada sorang pembaca tanya mana ropa sandwich ikan tu. Nasib baik ada teman simpan sekeping gambor sandwich ikan tu.
Rega lebih korang RM8.50. Roti dia rangup di luor, lembut di dalam. Ada ikan dan salad jer. Tuang garam dan jus lemon sendiri yek!
Meh rasa kome...



17 comments:

  1. lalallalalalallalaal salam kak apo kobar??

    ReplyDelete
  2. Dorang tanam sendiri buah berangan tu ke, atau import jugak dari china macam kita...?

    Woi! Tu bukan kucing la...! Tu haros alien!

    ReplyDelete
  3. roti sandwich ikan tu seropa french bread kecik kat vietnam.. keras kong kat luor tapi lembot & ala2 kosong kat dalam...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Yob PO, Alhamdulillah sihat...cuma tak gumbira hp hilang...hadiah dr Mr T tu, dia beli kat Iraq.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yob Gedek, kat sana berlambak pokok berangan ni Yob. Kat Kg Deredebi pun bersepah, Alhgamdulillah! Ngape kata kucing tu alien Yob?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong Mulan, yalah gamoknya. Ala2 roti Perancais!

    ReplyDelete
  7. geram teman nengok kucing tu yong....

    ReplyDelete
  8. bestnyer Istanbul...kucing sana pun gemuk-gemuk yg saya jumpa la masa ke sana dulu..:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ustaz, ye ke geram dgn kucing tu? Tu baru nengok kucin, belum nengok aweks dia lagi!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yong NIeza, Ya gebu-gebu kucing tak bertuan kat sana...kalau buleh nak amik jadi kucing angkat!

    ReplyDelete
  11. salam kak..

    Islam semakin berkembang baik di Turki...pemimpin yang lebih baik sentiasa menjai pilihan =) lama ka cuti ni kak?

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam Yob Mohamad, akak sentiasa cuti cuma kekadang keja, ni keja di Pahang sekejap.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak Halima

    Wow! kira hebatlah En, Erdogan ni, senang2 je dapat menarik sejuta rakyat, i like hee...

    Sedapnya berangan bakar tu kak...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Kak Halima....
    kat Malaysia ni pun ade deme name kan puak erdogan ni....... puak2 erdogan ni pun puak belah sane tu udah gento.......kekekeke..... tu belom betoi2 berjumpe dengan Erdogan ni.....

    ate ngape nye idak berkabo Kak Halima ade kat Parit ni??? bulih le awok nyongket ke sane...... bukan jaoh pun Ipoh - Parit ni haaa...ishhh...ishhh...ishhh..... bulih le awok bawak anak2 awok pegi ghumah sedaghe maghe kat Tg Belanje....

    tapi blog kak Halima ni...
    yang paling best bile Kak halima tak lupe ndak selit pasei bab2 makan......heheheheh

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Yong Ummi, banyak peminat En Erdogan kat Turki ni dan kat negara Arab gak. Sampai skng tak kedengor dia ni makan rasuah atau ada skandal, semoga berterusan gitu. Ada bau tak buah berangan tu sampai Kucing?

    ReplyDelete
  16. Assalamuallaikum Yob Shahril, puak Erdogan kat Malaysia buleh ka tarik sejota org ni? Harap hiruk pikuk jer kot.
    Isyyy ater tak mandang buah kayu nak bagi kat tetamu nanti, ni pokok baru tengah nak berbunge! Nanti dah berbuah buleh ler nyongket ke Parit!

    ReplyDelete
  17. akak kat Parit lagi ke?bila leh jumpa akak nih ye?
    kucing lorong tu, kalo datang ke Msia,terus jadik kucing rebutan...sbb lawoooo n gebuzzzzzzzz

    ReplyDelete