Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, June 8, 2011

Main Bolasepak Tarik Remaja Ngaji Quran di Mardin, Turki

Para remaja membaca doa sebelum pertandingan


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Ni berita dah agak lama, 2009, tapi teman olah dan siar supaya ia jadi teladan dan maklumat yang membina. Lagi pun relevan bebila masa pung.

Satu kejohanan bolasepak telah dianjurkan di daerah Mardin oleh para pegawai tempatan bagi meningkatkan minat remaja tempatan kepada ngaji Al-Quran.

Para pegawai dari pejabat agama daerah dan juga dari jabatan sukan dan belia Mardin menganjurkan kejohanan ini untuk para remaja yg mengambil kursus mengaji dan juga memberi sokongan moral serta motivasi.

Imam Selahattin Saitoglu ketika berucap waktu perasmian kejohahah yg disertai oleh 12 team yg terdiri dari remaja yg amik kursus ngaji tu memberi amaran pada para pemain:

"Jangan guna bahasa merapu dan mencarut masa bermain nanti!"

"Dengan menganjur kejohanan ni, kami berharap para belia yg amik kursus ngaji ni suka datang ngaji dan datang ke masjid. Dan galakkan deme berkenalan satu sama lain," tambah Imam tu lagi.

Manakala pengurus jabatan sukan dan belia, Encik Mehmet Fidan pulak berpendapat, kejohanan ni akan meningkatkan motivasi remaja ni untuk hadiri kursus ngaji.

Ni namanya sambil nyelam minum ayor!
Err...tapi bukan cam kapal selam Scorpene yg tak buleh menyelam tu yaa...


Sumber berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com


Moh ikut teman susup-sasap kat sekitar kejiranan teman di Basaksehir, Istanbul. Ni gambor kat roundabout tempat teman selalu tunggu bas kalau nak ke Istanbul (35 minit).

Kat lereng bukit tu tertera RTayyip Erdogan. Sebenornya ni nama taman perumahan teman ke atau nama sekolah kat atas tu...teman tak pasti. Kalau nama sekolah selalu ada perkataan Okul. Apa-apa pun blok kami di fasa bernama Etap 2, 100 meter jer dari bus stop ni.



Apartment ni 4 tingkat dan ada lif. Kat Malaysia kalau 4 tingkat kita kena menapak...pengsan!

Baru gak blok ni, 4-5 tahun gitu dan Mr T adalah owner pertama.
Kat Turki lazimnya kalau beli rumoh atau keta bayor cash. Deme takde main pinjam loan bank sebab tak mau bayor bunga.
Apartment Mr T ada 2 bilik tidor, 1 bilik ayor, 2 tandas, salon dan mutfak. Ada unit yang 3 bilik tido.
Lazimnya bila teman nyongket ke Turki, teman dok sini. Mr T based kat sini. Dia balik Kg Deredebi sekali dalam 3-4 minggu ziarah kuarga dia.

Untuk keselamatan ada CCTV kat entrance blok.
DIKKAT! (AWAS!)


Unit kami tingkat 2. Ni tingkap kat balkon dapor.
Teman bukak bila masak menu yg agak power bau dia cam yg ada rempah. Tapi jarang teman masak menu yg berempah ni...takut ganggu jiran.
Pepagi teman bukak untuk boh roti atau biskut bagi burung merpati dan gagak makan.
Makan kome...makan!



Ni ropa blok kejiranan kami. Tiap blok dicat werne yg berbagai. Tiap beberapa blok ada janitor yg urus sapu dan mop, kutip sampah dan jaga taman.
Plastik sampah kat sini bersih dan kering. Kita ikat elok-elok dan letak kat luor pintu. Kul 8 malam nanti janitor akan kutip. Gaji janitor lebih korang RM3000 sebulan.



Ni salah satu batas bunga di blok berdekatan. Gambor diamik masa musim dingin baru ni tapi sebab suhu agak tinggi pada satu ketika, Yob janitor boh pokok bunga!
Main transplant jer!


Taman Riadhah yg selalu digunakan oleh orang dewasa

Kat semua fasa ada taman permainan atau taman riadhah. Kalau pepagi takde sangat kekanak. Petang masa cuaca mengizinkan baru ada deme turun main. Lazimnya deme ditemani mak, abah atau dengan abang/kakak.

Kat taman riadhah ramai gak kaum ibu yg gempal-gempal buat exercise!

Kalau cuaca cerah dan panas meriah kat taman permaianan ni. Yang remaja pun datang lepak sambe duduk-duduk makan koci!
Kaum ibu-ibu pulak suka pot-pet, pot-pet...



Ni salah sebuah sekolah dalam kawasan perumahan kami. Kalau teman nak gi ke Olympia (shopping complex baru dekat-dekat sini), teman akan lalu dekat sekolah ni.
Sekolah kat Turki jarang ada padang bola. Yang ada basketball court. Kalau nak main bolasepak kena gi padang majlis perbandaran atau padang kelab berdekatan.



Yeeehaaa...teman menyakat kekanak sekolah rendah ni. Masa teman snap gambor deme, macam gelabah jer deme. Heran deme ngape makcik ni amik gambor deme. Ada yang cuba nak mengelak!
Masa ni suhu memang rendah, jadi deme berkelubung!



Ni pun masa musim dingin tahun ni tapi hari tu cuaca cerah dan suhu agak nyaman.
Ni murid baru kuar dari sekolah menengah kat atas bukit tu. Kalau jalan 100 meter ikut kornar ke belakang tu sampai ke blok apartment kami.



Tunduk malu Mamat ni. Nak maroh tak berani sebab deme hormat kat pompuan baya-baya mak deme.
Kalau naik bas yg penuh, rajin remaja Turki ni bagi tempat duduk pada orang pompuan berumur atau pada lelaki baya atuk-atuk.



Kalau musim sejuk deme pakai stokin panjang tebal atau tight dan boot. Mana yg pakai tudung, akan tutup kepala seelok kuar gate sekolah.



Murid-murid yg baru dilepaskan dari kelas. Tiap sekolah ada Pak Guard yg jaga gate dan para pelawat.



Alert jer Pak Guard sekolah ni. Kalau kat bandar kecik atau sekolah luor bandar, mungkin takde Pak Guard.



Ni masjid baru kat kejiranan kami. Gambor teman amik 2 tahun lepas.



Gambor masjid yg sama teman amik 3-4 tahun dulu masa masih dalam pembinaan.



Masjid yg sama.
Gambor teman amik masa solat jumaat tahun ni bulan Januari. Sebelum masuk waktu teman lepak 30 minit dalam perkarangan masjid tengok jemaah datang. Keta para jemaah dok berderet kat bahu jalan tu.
Kelas ngaji Quran untuk wanita ada dianjurkan kat sini. Kira penduduk kat taman kami ni beratkan agama jugak.
Nilah aktiviti keagamaan di negara yg kita selalu kata sekular tu!



Dah penat susup-sasap? Moh kita pekena satu set kofte dari restoren Sultanahmet Koftecigi. Kalau kita order kofte, deme akan bagi sebakul roti free. Teman dah makan kat restoren ni 2 kali. Bila deme tau teman pelawat dari luor negara, deme bagi kuih manis free.
Meh kome...


17 comments:

  1. kak,

    bersihnya kawasan bandar kat Turkey...bilalah negara kita nak bersih cenggitu ye?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong Ina, kita cakap Islamik, Islamik tapi tak praktik...tu masalahnya Yong! Dalam rumoh pun tak bersih, luor apa lagi!

    ReplyDelete
  3. lawonya bunga2 tu yong.... cantik jugak nengok cuaca tu...

    paling tak tahan kofte tu...!!! huwaaaa.... nak sikit....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yong Mun, kofte senang nak buat Yong. Guna daging cincang, cincang bawang, boh cili serbuk sikit, lada itam , oregano , serbuk roti atau roti yg dihancurkan dan telur sebiji. Kepal2 dan goreng minyak sikit, cam pegedil.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Halima;

    Bestnya nampak kawasan kejiranan rumah akak, bersih, tenang dan yang penting dekat dengan masjid.

    Masih tebal budi bahasa remaja Turki ye, kat Malaysia makin risau tengok gelagat sesetengah remaja

    Kofte oh kofte, sedapnya...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong

    selesanya kawasan rumah tu..
    macam rumah dlm taman

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. salam yong... wah best gak main bola macam ni.. kalo kat malaysia ni dah kedengaran azan maghrib budak2 still menyepak bola di tengah padang termasuk laa saye... huhuhu insaf insaf

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yong Ummi, tak tau ler tenang ke idok tp memang agak sunyi walaupun jiran ramai sbb bila semua pintu dan tingkap ditutup, dan langsir pun dilabuh, memang sepi rumoh, kecuali bila pasang TV. Try ler buat kofte tu Yong.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan Rozali, Alhamdulillah selesalah jugak. Ada fasa yg cam taman, ada yg tak bape cam taman sbb masih baru. Selamat balik dr Umrah!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yob Ustaz, memacam gaya kreatif buleh dibuat utk mengajak org lebih dekat dgnNya tu Yob. Ater dah dekat nak magrib berhenti ler main...isy isy isy...!

    ReplyDelete
  11. salaam kak,
    dah balik dr kg?..apa kabo mak akak? bebudak remaja kat sana nampak innocent, baik je..apartment pun cantik, landscape menarik view menenangkan ...

    ReplyDelete
  12. saya tertarik dengan taman riadah tu..patutla tuan rumah ni sihat sokmo.hehe

    ReplyDelete
  13. Seperti biasa..citer akak cukup menarik..kagum dgn masyarakat Turki..=)

    ReplyDelete
  14. bersih jer bandar diorg nie...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Cikgu Wan, pe kabor? Cuti gi mana? Lain padang lain belalang kan cikgu.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Ali, sana tukang dan pekerja dia buat keja betul2, jadi nampak bersih.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Kak Halima.....
    bagoih deme baut strategi macma tu....sambei menyelam minom ayo......kughang2 ade taghikan deme ndak ke masjid......

    lawo kawasan apartment Mr T ye Kak Halima....nampak menaghik je...tambah2 pulak dengan cuace yang dingin jee..... ghumah bayo cash??? uiiii...kalo kat Malaysia ni kumpoi pun tak tentu lagi bulih bayo ghumah cash....

    macam biase....gambo dengan ceghite yang last jugak yang best....heheheh

    ReplyDelete