Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Ahli-ahli parlimen Yahudi telah mengirim kabel Tahniah kepada PM Turki Encik Erdogan atas kemenangan selesa parti AK dalam PRU Turki baru-baru ni.
"Sebagai ketua persatuan persahabatan Turki-Yahudi, parlimen Yahudi di sini, kami mengucapkan setinggi Tahniah kepada PM Encik Tayyip Erdogan di atas kemenangan semula parti AK dalam PRU baru-baru ni," kata surat tersebut.
"Dalam parlimen ini, kami berharap pilihanraya ini akan membuka lembaran baru dalam perhubungan Turki-Yahudi - lembaran kerjasama yg akan membantu kedua-dua buah negara," tambah kabel tu lagi.
Ahli-ahli parlimen Yahudi meminta Encik Erdogan, "Buanglah yang keruh...amiklah yang jerenih...tolonglah Yob!" begitulah lebih korang kalau diguna bahasa drama.
Dengan lain perkataan, negara Yahudi ni sebenornya amat memerlukan persahabatan dengan Turki, satu-satunya negara majoriti Islam yg ada hubungan diplomatik dengan dia. Err...Mesir ada ke hubungan kasih-sayang dengan Yahudi ni? Teman pun korang pasti.
Tapi dengan sinikal pulak, salah sorang menteri Yahudi yg senior menyarankan pertubuhan iHH mengantor bantuan ke sempadan Turki-Syria sebab kat situ dah rama pelarian Syria masuk bersidai. Ini berikutan pertubuhan iHH sedang berfikir 2 kali sama ada nak meneruskan atau tidak misi flotilla kedua ke Gaza. Ni namanya ditelan mati mak, diluah mati bapak!
Bersama kawan dari UM, kawan Keiko dan Keiko (berkot itam)
Alaa jemu-jemu nengok gambor di Turki, jom nyongket ataih gunung pulak. Zaman dedulu sampai gak teman ataih gunung Fuji-san. Masa tu bulan Ramadhan. Idok ler kami menapak, tapi naik mercedes kepunyaan suami kawan Keiko. Baik ati deme suami isteri bawok kami makan angin ataih gunung!
Tapi ni gambor bukan kat gunung, masa ni belum manjat lagi!
Sebelum orang kat Malaysia sibuk paka tudung dan scarf Arab/Palestin, teman dah paka masa naik Fuji-san pada tahun 2000 dulu. Err...sebenornya seawal 1990an teman dah paka skarf Arab ni.
Keiko merupakan sahabat sejak di Universiti Malaya. Sebenornya teman ni tutor peribadi dia. Sampai sekarang Keiko dan teman masih berhubung melalui email, FB dan lawatan ke rumoh.
Manakala tu, kawan dia ni ada isu trajis sikit. Beberapa tahun pas lawatan teman ni, dia berpisah dengan suami dia (yg pandu mercedes tu).
Baru-baru ni dengor bekas suami dia antara mangsa yg lesap dalam kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ni. Terus tak jumpa!
Kesiaaannn...
Keiko dan lagi sorang kawan teman, Samiko, suka bawok teman tengok temple. Adalah 3-5 buah kuil yg deme usung teman. Kat mana pun teman tak tau...ikut jer. Samiko pun penah jadi anak murid teman, belajor BM kat rumoh deme.
Ni pentas tapi teman tak ingat pentas apa. Kalau ada perayaan tertentu, deme gunalah pentas ni gamoknyer. Dedulu teman bukan pengembara yg suka mencatat kembara teman. Amik gambor jer. Mungkin teman tak minat apa yg teman tengok.
Kalau gi Disneyland Tokyo pun teman tak bape minat, dah tentu lawat temple lagi teman tak bape ngam...
Ni temple yg ke 4,275 kot... Teman pun tak kira.
Muka teman adalah muka orang lapor sebab puasa atau mungkin muka bosan tahap beruang zoo. Kome biasa pegi zoo tak? Ada tengok mana ropa beruang dalam zoo?
Haa cam muka teman nilah...
Baru nampak ceria sikit sebab dapat makan.
Keiko berusaha cari restoran yg ada seafood untuk teman berbuka. Nasib baik masa tu musim dingin, idok ler keletihan sangat dan waktu berbuka pun awal, dalam 4:30pm gitu.
Meh kome...douzo, douzo!
Assalamualaikum Kak Halima..
ReplyDeleteYahudi tetap yahudi kan kak, buat baik bersebab,
Waa kali ni Jepun pulak,bestnya dah sampai sana.
Assalamualikum Yong Ummi,
ReplyDeleteBiznes jer.
Lama doh sampai sana Yong, masa belajor dulu. Buleh ler buat pengalaman...
salam yong,
ReplyDeletekeiko je ke?
sizuka? nobita takdok ke?
hahahhaa
mekasih atas segala petua yong bagi kat blog teman hahhaa
wahhh bestnya!!! nampak muda ler kak hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Ustaz,
ReplyDeleteDorsemon ada kat bawah, tak nampak.
Ater...akak dah bagi petua tu, kenalah bagi pengeras!
Assalamualaikum Ali, memang ler muda, 10 tahun dulu tu. Sekarang pun lebih korang jer...
ReplyDeletehahahhaahhaahahahhaha pengeras? kalah dukun yong!! hahaha
ReplyDeletesalam Yong, wah muda belia lagi ye time tu ye...seronok dpt bersahabat yg mcm2 bangsa...
ReplyDelete