
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Kali ni nak rehat dr citer pasal Makkah.
Meh labun isu semasa. Majalah Time dah pilih 'Time Person of the Year 2011'. Antara yg dicalonkan termasuk Encik Erdogan ni. Dia antara yg menerima banyak undian. Tapi majalah Time akhirnya pilih 'Para Protestor' sebagai 'Person of the Year 2011'.
Gambor formal Loukanikos untuk majalah TimeAntara individu yg dicalonkan ialah si Loukanikos ni, anjing Athens yg kini jadi anjing selebriti sebab sejak 2008 dia aktif join para protestor dlm pelbagai demo dan protes. Terlampau femes, dia dah biasa kuar TV kat Eropah dan AS dan penah diwawancara oleh CNN!
'Gong, gong, gong!' dia kata kat wartawan CNN.

Teman penah buat entry khas utk dia beberapa bulan lepas. Ni ada imej baru teman cilok dr Rebeldog.tumblr.com yg dibuat khas utk Loukanikos. Anjin tak bertuan tapi rama peminat ni gila publisiti. Kalau orang buat demo, dia dulu ke depan!

Kekadang dia bertindak jadi batu api.
Loukanikos: Belasah jer kome...apa acah-acah!

Walaupun dia ni hewan, dia tau sapa 'the good guys' dan sapa 'the bad guys'.
Loukanikos: Kome runtuh jer pagor ni!

Loukanikos: Hah padan muke kena baling dgn botoi api...ha hah!

Student: Hah apa lagi Loukanikos, kokak canister tu bawok lari jauh-jauh!
Loukanikos: Apa kamu nak bagi aku mati ker? Kalau aku takde, kome tak masuk TV tau!

Loukanikos: Opocot! Antu kamu....sib baik tak terbakor bulu aku!

Loukanikos: Gong! gong!...balik ler Yob wei...dah jauh malam nih!
Polis: Ko diam anjin,...belasah kang, tergolek anjin!
Loukanikos: Aku ke anjin? Bukan kome ke anjin?

Loukanikos: Gong! gong! Hoiii dah siang ni...bila nak abis? Teman pun nak rehat gak!
Karabas buat gerak sujud bila teman berdiri depan dia.Memang respek dgn anjin sebab deme ni memang taat setia dgn tuan. Anjin yg teman paling kenei ialah anjing peliharaan kuarga Mr T, antaranya Beto (mati kena racun 2009); Reki (mati kena tembak 2011); dan terkini si Karabas. Dalam Mazhab Hanafi buleh sentuh anjin jadi deme bela utk jaga rumoh dan ladang.

Gini si Karabas duduk selama teman berdiri depan dia. Tak tau ngape dia selalu buat cam ni bila teman gi kat dia.

Satu pagi Karabas sambut teman di depan gate rumoh mertua. Tak kira musim, Karabas akan berlegor di luor rumah jadi security.

Ni jarak yg paling dekat teman berani berdiri dekat Karabas. Bukan apa, takut dia lompat-lompat peluk minta manja-manja. Karabas amat 'pemalu' dgn teman. Dia tak berani bertentang mata dgn teman, selalu dia buat-buat pandang ke lain.

Semalam Mr T sms kata cuaca di Turki dah makin sejuk. Sesetengah wilayah dah turun salji tapi di Istanbul belum lagi. Harap-harap kombi (heater) di apartment kami tu berfungsi dgn baik sbb Mr T ni tak tahan sejuk.

Laluan ke kampong mertua di Kg Deredebi, Laut Hitam musim salji awal tahun ni.

Ni ropa Laut Hitam tak jauh dari rumoh anak tiri teman si Alper. Nampaknya nelayan tak turun ke laut buat beberapa ari.

Kome jangan ingat musim sejuk takde aktiviti. Kome buleh menari folks dance wilayah Karadeniz!

Makan eskrim pun orait...

...atau bina Snow woman. Ni teman bina bulan Mac tahun ni. Snowman yg pertama dah runtuh 2 ari sebelumnya.

...atau buat koje merapu - cipta ABC dr salji.
Amik salji yg bersih dan boh satnika benda-benda manis dan kekacang yg ada, rumoh mertua banyak hazelnut dan walnut; dan tuang susu dan madu. Bila teman makan sesudu kena maroh dgn mak mertua.
"Apa koje kamu makan ais sesejuk ni,...nanti sakit!"
Teman makan lagi 2-3 sudu sebelum teman buang ABC made-in-Turki ni.
Lain kali teman buat kat Istanbul.
Mr T sure tak maroh!
Mee Udang made-in-Shah Alam!Ada Yob dr Ghombau tu selalu jeles kalau teman boh gambor makanan. Teman tak dulik, nak boh gak.
Haa musim sejuk-sejuk ni elok makan menu yg bersup dan makan panaih-panaih.
Meh kome ke dapur try masak Mee Udang!





















