Showing posts with label
Time 'Person of the Year'. musim sejuk di Turki.
Show all posts
Showing posts with label
Time 'Person of the Year'. musim sejuk di Turki.
Show all posts
Team Iran yg dihalang oleh peraturan FIFA bermain beberapa tahun lepas...
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
FIFA dlm mesyuaratnya baru-baru ni telah membenarkan sistem teknologi garisan-gol atau goal-line technology dlm penentuan gol tika perlawanan bola utk perlawanan akan datang di Club World Cup di Jepun.
Lagi satu keputusan yg dicapai ialah membatalkan larangan pemakaian tudung di kalangan pemain bola wanita. Dengan itu tuang-tuang dan puang-puang, sesapa yg bertudung/berhijab minat nak main di World Cup, buleh start paka boot.
Jom kita mainnnn!
Baca seterusnya kat sini!
Gambor Hurriyet Daily News
Almost heaven...

...patut ler teman tengok kampong-kampong di Turki tak kena tingge. Ada jer penghuninya.
Lawor bebenor!

Gerenti tak stress kalau dapat dok kampong cam ni!

Ni salah satu kampong di Wilayah Karadeniz atau Laut Hitam.
"Country mountain highhhhh!" kata mendiang John Denver dlm salah satu lagu country dia.
Weeeeeee....kampong ataih awan!

Deme bela anjing sebagai guard-dog (bukan Cat-dog ehh).
Dalam mazhab Hanafi, deme buleh sentuh anjin, tapi kalau kat kampong anjing dok luor rumoh jer.
Orang kat bandar yg ada bawok anjin masuk dlm rumoh...set-set moden cam Barat tuh.
Rumoh anak tiri teman diziarahi Pak sedara, di Eregli.
Sonok Yusof kena timang!
Orang Turki gemor berziarah, terutama kalau lama tak jumpa. Malangnya bila deme berziarah mau 3-4 jam lamanya!
Dari makan utama, bawok pada pemanis/kuih dan teh panas, pada buah-buahan dan dilanjutkan dengan sok-sek, sok-sek...
Huuuu letih nunggunya!

"Gurrrrlllll...keeerrrr....pffftttttrrr...kuuuuurrrr?" labun si Ucup T!

Orang kampong ataih bukit beriadah!
Tanah deme luas dan takde ladang, senang bela kuda.
Kampong Mr T di Duzce tak mandang gini sebab deme ada ladang hazelnut.
Ni mungkin di negeri Trabzon, Rize atau yg sekitarnya!

Kekadang ada anak beruang tersesat, deme bela buat pet.
Beruang deme bukan jenih Grizzly.

Deme sayang hewan, hewan dok sayang deme!

"Balik cepat taw!" Puan lembu pesan.
"Miker jangan beromen taw!" Teyze pulak pesan.

Kalau anak lembu betina deme pangge "Kizim", Anak perempuanku, kalau jantan deme pangge "Oglum" atau Anak jantanku!
Tapi lazimnya deme bagi nama cam Kara Kiz, Yildiz, Muharrem etc!

Gi mana tu Oglum?

Ada ketika deme buat festival makanan Laut Hitam, siap paka baju tradisional!

Kalau musim sejuk, koje pertanian tak banyak, deme main salji...buat cami!...
...main boyan!
Tak puas main, kekecik hangkut kayu, jaga lembus etc!

Bercanda bagai nak rak!
Kome ada?

Musim bunga dan musim panah berkelah-kelah outdoor...
...indoor

...buat lempen dari tepung jagung kasor!
Sonok kan?
(Setengah gambor dr FB sedara-mara).

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Kali ni nak rehat dr citer pasal Makkah.
Meh labun isu semasa. Majalah Time dah pilih 'Time Person of the Year 2011'. Antara yg dicalonkan termasuk Encik Erdogan ni. Dia antara yg menerima banyak undian. Tapi majalah Time akhirnya pilih 'Para Protestor' sebagai 'Person of the Year 2011'.
Gambor formal Loukanikos untuk majalah Time
Antara individu yg dicalonkan ialah si Loukanikos ni, anjing Athens yg kini jadi anjing selebriti sebab sejak 2008 dia aktif join para protestor dlm pelbagai demo dan protes. Terlampau femes, dia dah biasa kuar TV kat Eropah dan AS dan penah diwawancara oleh CNN!
'Gong, gong, gong!' dia kata kat wartawan CNN.

Teman penah buat entry khas utk dia beberapa bulan lepas. Ni ada imej baru teman cilok dr Rebeldog.tumblr.com yg dibuat khas utk Loukanikos. Anjin tak bertuan tapi rama peminat ni gila publisiti. Kalau orang buat demo, dia dulu ke depan!

Kekadang dia bertindak jadi batu api.
Loukanikos: Belasah jer kome...apa acah-acah!

Walaupun dia ni hewan, dia tau sapa 'the good guys' dan sapa 'the bad guys'.
Loukanikos: Kome runtuh jer pagor ni!

Loukanikos: Hah padan muke kena baling dgn botoi api...ha hah!

Student: Hah apa lagi Loukanikos, kokak canister tu bawok lari jauh-jauh!
Loukanikos: Apa kamu nak bagi aku mati ker? Kalau aku takde, kome tak masuk TV tau!

Loukanikos: Opocot! Antu kamu....sib baik tak terbakor bulu aku!

Loukanikos: Gong! gong!...balik ler Yob wei...dah jauh malam nih!
Polis: Ko diam anjin,...belasah kang, tergolek anjin!
Loukanikos: Aku ke anjin? Bukan kome ke anjin?

Loukanikos: Gong! gong! Hoiii dah siang ni...bila nak abis? Teman pun nak rehat gak!
Karabas buat gerak sujud bila teman berdiri depan dia.
Memang respek dgn anjin sebab deme ni memang taat setia dgn tuan. Anjin yg teman paling kenei ialah anjing peliharaan kuarga Mr T, antaranya Beto (mati kena racun 2009); Reki (mati kena tembak 2011); dan terkini si Karabas. Dalam Mazhab Hanafi buleh sentuh anjin jadi deme bela utk jaga rumoh dan ladang.

Gini si Karabas duduk selama teman berdiri depan dia. Tak tau ngape dia selalu buat cam ni bila teman gi kat dia.

Satu pagi Karabas sambut teman di depan gate rumoh mertua. Tak kira musim, Karabas akan berlegor di luor rumah jadi security.

Ni jarak yg paling dekat teman berani berdiri dekat Karabas. Bukan apa, takut dia lompat-lompat peluk minta manja-manja. Karabas amat 'pemalu' dgn teman. Dia tak berani bertentang mata dgn teman, selalu dia buat-buat pandang ke lain.

Semalam Mr T sms kata cuaca di Turki dah makin sejuk. Sesetengah wilayah dah turun salji tapi di Istanbul belum lagi. Harap-harap kombi (heater) di apartment kami tu berfungsi dgn baik sbb Mr T ni tak tahan sejuk.

Laluan ke kampong mertua di Kg Deredebi, Laut Hitam musim salji awal tahun ni.

Ni ropa Laut Hitam tak jauh dari rumoh anak tiri teman si Alper. Nampaknya nelayan tak turun ke laut buat beberapa ari.

Kome jangan ingat musim sejuk takde aktiviti. Kome buleh menari folks dance wilayah Karadeniz!

Makan eskrim pun orait...

...atau bina Snow woman. Ni teman bina bulan Mac tahun ni. Snowman yg pertama dah runtuh 2 ari sebelumnya.

...atau buat koje merapu - cipta ABC dr salji.
Amik salji yg bersih dan boh satnika benda-benda manis dan kekacang yg ada, rumoh mertua banyak hazelnut dan walnut; dan tuang susu dan madu. Bila teman makan sesudu kena maroh dgn mak mertua.
"Apa koje kamu makan ais sesejuk ni,...nanti sakit!"
Teman makan lagi 2-3 sudu sebelum teman buang ABC made-in-Turki ni.
Lain kali teman buat kat Istanbul.
Mr T sure tak maroh!
Mee Udang made-in-Shah Alam!
Ada Yob dr Ghombau tu selalu jeles kalau teman boh gambor makanan. Teman tak dulik, nak boh gak.
Haa musim sejuk-sejuk ni elok makan menu yg bersup dan makan panaih-panaih.
Meh kome ke dapur try masak Mee Udang!