Encik Tayyip Erdogan dalam bilik pejabat sehari lepas PRU baru-baru ni.
Gambor Reuters
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Meriah sungguh PRU Turki - kerana ia BERSIH dan aman dan tak de penipuan. Yang kita tau parti pimpinan Encik Erdogan telah menang bergaya, meningkat dan menghampiri 50%!
Bagi negara yg bermain dengan 'level playing field', kira baguih tu. Kat Malaysia bukan jer padang tak rata, goal post asyik kena tarik ke hulu ke hilir! Deme main foul pun referee buat deeeeerrrk jer!
Sehari lepas pilihanraya, Erdogan bertemu wartawan. Ni gambor 2 ari lepas. Ada jer gambor Pokcik Kemal tu. Nak buang kang masuk lokap!
Erdogan dan parti AK banyak koje kena hadapi dan antara yg genting ialah kemasukan beratus 'tetamu' dari Syria. Setakat ni Turki membuka pintu sempadan dan 'tetamu' ni ditempatkan dalam khemah yg dah tersiap sedia. Lebih rama lagi akan membanjiri Turki selagi Presiden Assad sayang dan masih nak bergayut kat takhta yg ayahanda dia tinggalkan.
Memulihkan kembali hubungan diplomatik dengan regim Yahudi. Pada Ankara, terpulang pd Yahudi utk mengembalikan hubungan ni sebab deme yg memula cari pasa. Kalau deme minta maaf sebab serang kapal Mavi Marmara dan ganti rugi pada kuarga mangsa misalnya, mungkin Ankara buleh sejuk ati. Dan Ankara pun kata dia tak upaya menahan kapal kepunyaan iHH ikut flotilla ke 2 ke Gaza kalau deme nak ikut belayor.
Kemasukan Turki dalam EU. Erdogan mungkin menubuhkan sebuah kementerian utk menangani isu ini. Tapi sokongan di kalangan rakyat Turki dalam isu ini semakin menurun. Wat pe nak join satu pertubuhan yg sedang dilanda hutang dan perkembangan ekonomi yg lembap?
Pindaan Perlembagaan. Parti AK gagal dapat majoriti 2/3, jadi payah sikit nak dpt sokongan besor kalau nak pinda perlembagaan kuno ciptaan tentera. Namun dengornya parti pembangkang yg terbesor CHP sedia berkojesama dalam isu ini kalau kena gaya!
Masalah kaum Kurdish. Orang Kurdish ni ada bahasa, budaya dan mazhab yg berbeza dari rakyat Turk. Deme ketegaq nakkan bahasa deme diajor di sekolah-sekolah. Pantang pada rakyat Turk. Problem nih!
Apa-apa pun, selamat maju jaya pada Encik Erdogan dan parti AK dan Tahniah!
Sumber dan gambor dari Today'sZaman.com
Err...kat Lembah Klang panas hangat pijo tak 3-4 ari ni?
Adeiii...kat Bandar Muadzam ni merecor-recor peluh teman kuar bila kat rumoh sewa kawan ni. Kalau dok dalam bilik guru OK gak, tapi kat rumoh asyik mandi jer teman...
Layan ler Kara Bayan teman yg teman bina 2 musim dingin dulu. Tersengih dia 3-4 ari kat balkon apartment di Basaksehir, Istanbul.
Bila balik Kampong Deredebi, Laut Hitam (Karadeniz), teman main salji lagi. Bina satu lagi Kara Bayan yg pakai skirt daun.
"Cok Guzel! (Sangat Cantik!)" kata jiran-jiran.
Kalau deme pikior teman ni cam bebudak, apa teman pedulik! Mr T pun tak kisah, lagi dia galak teman main ada...
Kat kampong, salji turun lebih lebat berbanding di Basaksehir. Buleh berguling-guling dan main perang-perang.
Meh pekena kentang bakor dengan ayam dan salad Turki.
Bagi Cikgu Humairi, nilah ropanya salad yg cikgu buleh tabur oregano tu. Jom makan kome...
kalolah buleh main salji time panas2 nih kt kg deridebi,alangkah indahnya.... :)
ReplyDeleteMoh kita beghendam kat sungei, Yong. Tapi... le ni ayo sungei pun udok ghope ayo kopi bukan lagi ayo tey. :(
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Ina,
ReplyDeleteTulah...kalaulah buleh...isssyyyy!
Assalamualaikum KakCik, dedulu masa kecik selalu kami adik-beradik dan sepupu terojun dlm Sungai Perok. Tapi arwah Tok keme kalau tau, kena perambat kami. Sekarang sungai pun dah cetek, tapi kaler ayor teh tarik OK lagi tu...kalau dah kaler macam kopi O? Memang dah ada kaler tu, cam Sg Pinang kat Penang...eeeee!
ReplyDeletesini mendong kelam tapi takde la hangat sangat... meh la sini... teman ada sini ni haaa...
ReplyDeletecomel kara bayan tu... siap ada skirt...
kentang bakor & ayam tu nampak simple tapi melelehs lagi ni yooongg...!!!
snowwoman (sebab pakai tudong) tu bagi la bentok badan sikit...
ReplyDelete30 / 18 / 22..!
Assalamaulaikum Yong Mulan,
ReplyDeletenanti kalau akak tak malu, akak terjah Kerteh baru tau!
Dok kg kena pakai skirtlah Yong. Mana nak lawan menu Mun, terangakat selalu!
Assalamualaikum Yob Gedek,
ReplyDeleteater dah selalu makan roti dgn kentang, membulat jer badan deme tuh!
salam kak halima, gambar pokcik kemal tu ada kat mana2 eh kat turki? saya tgk kat utube bahasa turki ni, bahasa dorang agak panjang untuk disebut bagi satu2 perkataan tak macam bahasa inggeris atau bahasa melayu kita. Tengok pada makanan dorang yg kak halima tunjuk tu, mau turun 5 kg bdn saya kalau saya kat turki tu...hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletesalam ziarah
Wassalam
Assalamualaikum Nash, Ya, gambar, bust dan patung Kemal ni wajib ada kat pejabat dan sekolah/kolej/universiti gomen. Bhsa dia lebih kurang jer cam BM, kalau yg panjang2 tu sbb dah jadi perkataan terbitan contoh 'bangun' jadi pembangunan, dibangunkan, etc. Memang kalau kita selalu ikut makan dia, buleh kurus!
ReplyDeleteyong, posing sakan la, hahhaa bleh masuk next top model ni...hahaha
ReplyDeleteas salam Yong ,
ReplyDeletehee...minat betoi mike main salji yer...tak ngape..ilang tensen sume kan ;)
Panaih! Panaih! Memang panaih! Bukan setakat cuaca saje, suasana politik hangat. Lebih hangat daripada biasa.
ReplyDeleteKak halima, saya nk tanya, ade tak tulis cerita / entry pasal penulis turki yg bernama Harun Yahya (adnan oktar)? Saya ada beberapa buku yg ditulis beliau dan rasa macam dia ni ok la jugak. Nak tau apa pendapat prg turki psl beliau.
Assalamualaikum Tuan Hj Rozali, hosgeldeniz...selamat datang.
ReplyDeleteAssalamualaikum Yob Ustaz, eh akak ler first catwalk model kat Kg Deredebi tu...tak tau ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong Ummi, bukan minat sngt Yong...tapi bosan berhari2 tak buleh keluor sbb cuaca dan suhu...main ler!
ReplyDeleteAssalamualaikum Dyanna,
ReplyDeleteMemang ya pun panaih...tambah kat Lembah Klang tu, siap sedia jer dgn helmet dan gas mask!
Pasal Harun Yahya tu, akak dpt feedback dr sorang rakyat Turki, tak bape positif. Harun ada pengikut dia sndiri, dan tinggal dlm satu commune yg exclusive. Org luar tak buleh masuk commune ni. Nanti akak research lagi eh.