Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Sandwich Ikan Istanbul. Show all posts
Showing posts with label Sandwich Ikan Istanbul. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Erdogan Berjaya Menarik Sejuta Orang!

Encik Erdogan masa kempen pilihanraya Ahad, di Istanbul.

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Tu dia aih...sakan teman bercuti kat kampong di Parit, Perok. Tengok dan layan mak yg dah berumur banyak gak. Alhamdulillah masih sihat dia.

Ni nak citer himpunan sejuta insan ni! Bukan kat Putrajaya yg digembar-gembur dik PM kita, tapi yg melibatkan Encik Tayyib Erdogan.

Menurut laporan Today'szaman.com, kempen pilihanraya Encik Erdogan kat daerah Zeytinburnu, Istanbul pada Ahad baru ni berjaya menarik lebih satu juta orang! Yaaa 1 juta penyokong dan pemerhati! Jumlah ni 2 kali ganda dari yg diperolehi oleh Kemal Kilicdaroglu dari parti CHP di tempat yg sama sehari sebelumnya.

Dalam ucapannya, Encik Erdogan meminta para pengundi memilih 367 orang calon dari parti AKP untuk mendapatkan majoriti agar dia berupaya meminda perlembagaan tanpa melalui referendum. Ada ler beberapa bab dalam perlembagaan yg Encik Erdogan ingin pinda, jadi dia memerlukan sokongan yg kuat dari para pengundi ni. Perlembagaan yg jika dipinda itu nanti akan mencerminkan lebih kebebasan dan aspirasi rakyat Turki.

Tengok pada beberapa kajiselidik setakat ni parti dia, AKP, dapat lebih dari 45%. Kira kuat tu sebab parti lawan yg terdekat tak dapat pun 30% sokongan.

Begitulah powernya karisma Encik Erdogan ni. Dia tak perlu bekalkan nasi bungkus, t-shirt dan topi percuma, artis setengah masak atau hiburan loklak untuk menarik 1 juta penyokong ke kempen dia.

Sumber berita dan gambor dari Today'sZaman.com




Moh ikut teman ronda-ronda kat sesetengah bahagian di bandaraya Istanbul. Bayangkan kome ngikut teman nyongket ni yek.

Ni kat daerah Sultanahmet, tak jauh dari Masjid Biru dan salah satu pintu Grand Bazar. Kira sini tempat yg paling banyak dikunjungi sebab terdapat Masjid Biru, Hagia Sofia dan Grand Bazar yg dok dekat-dekat antara satu sama lain. Sepanjang jalan kat sini terdapat beribu-ribu kedai/gedung/butik pakaian, kasut, kot dan satnika restoran!



Sambe-sambe berjalan tengok orang berjual satnika benda. Salah satunya yg berjual buah berangan. Teman ingat ada beli sekali. Agak mahal dari kat Malaysia sebab saiz yg kat Istanbul ni besor sikit.
Saja nak try, terliur tengok dia membakor (bukan menggoreng dengan pasior cam kat Malaysia) tu.



Istanbul ada sistem pengangkutan yg agak canggih. Yang ni nama dia tram. Sentiasa penuh tak kira waktu. Yang underground pun ada dipanggil metro. Lebih besor dan laju. Teman penah naik yg underground sekali jer. Dengornya dia akan sambung laluan sampai ke daerah Basaksehir, tempat teman dan Mr T tingga. Jadi lebih mudah lagi teman nak nyongket ke Istanbul nanti! Panjanglah langkah teman, InsyaAllah!


Kenapa tak ada accident melibatkan tram? Heran gak...
Naik tram atau metro rega dia RM2.90 lebih korang, tak kira jarak.



Ni pemandangan bila teman naik bas dari Taksim ke Eminonu. Teman ke Taksim sesaja. Tapi tak rasa sonok kat Taksim. Dia lebih merupakan tempat orang muda berhibur dan ho-hah.
Banyak gedung, butik, tea-house dan bar/nite club. Masjid nampak sebijik jer. Kalau memalam banyak wanita penghibur tertonggeng-tonggeng kat tingkap keta bertanya, "Nak? Nak?"
Err...teman main agok jer tu. Sesetengah pompuan ni datang dari Georgia, Ukraine dan negara-negara bekas Rusia. Cari makan...



Ni dah dekat dengan jambatan yg merentasi sungai dan alor yg banyak kat Istanbul. Ni bukan yg memisahkan Eropah dan Asia. 2 buah Jambatan yg menghubungkan Eropah dan Asia lebih tinggi dan besor.



Sini ramai Yob-yob bersidai mancing ikan. Dapat ikan kecik jer besor tapak tangan teman. Tak kira musim sejuk ke panas ke, ada jer deme ni. Tapi bila suhu jatuh mendadak masa musim dingin, lagi rama deme. Tapi deme tak mancing masa ni, deme menangguk ikan yg timbul separa mati sebab kesejukan!



Kat Istanbul ni, kucing lorong (alleycat?) ramai bebenor. Tapi yg bestnya deme ni gebu-gebu dan sihat. Nampak bersih gak. Ni salah sekor yg dok melepak kat salah satu makam tak jauh dari Grand Bazar.
Ada jer hamba Allah yg bagi deme ni makan.



Bila nak dekat masuk waktu, teman mesti cari surau yg bersepah di bandar ni. Kalau kat Grand Bazar, teman selalu cari surau ni.



Masa tu ada pulak tukang tengah renovate ntah pe benda. Tengok pada tiles tu, nampak klasik dan ala-ala zaman Uthmaniah. Tak tau ler bila surau ni dibina tapi nampak dah ada terselit di antara kedai dan gedung kat Grand Bazar ni..



Bahagian solat orang pompuan. Buleh muat 8 orang paling ramai. Kena tunggu gilior. Walaupun ruang ni kecik, ada CCTV kat atas tu!



Sebelum balik, teman kena lalu kat espalande. Sini ada bot-bot yg teroleng-oleng kat tepi. Ni bot yg ada dapor. Deme menggoreng ikan-ikan temenung, dibuat sandwich.


Ada meja dan kusi kecik utk para pelanggan. Bau ikan goreng ni selalu menggamit teman utk singgah. Masa tu memang pun teman dah lapor. Apa lagi, singgah ler beli sebiji!



Dulu ada sorang pembaca tanya mana ropa sandwich ikan tu. Nasib baik ada teman simpan sekeping gambor sandwich ikan tu.
Rega lebih korang RM8.50. Roti dia rangup di luor, lembut di dalam. Ada ikan dan salad jer. Tuang garam dan jus lemon sendiri yek!
Meh rasa kome...



Monday, January 31, 2011

Tergoda Lagi!


Assalamualaikum dan Salam Sentosa,

Ari ni berkhidmat lagi, mop balkon depan dan belakang. Tengok, tengok balkon dah bersih...tak berhabuk. Rajin arr orang kekadang! Ingatkan tak mampu nak buat ari ni sebab pagi tadi suhu -2 Celcius tapi kul 2 pm dah naik 7 Celcius dan ada matahari sikit, so beranikan diri buka pintu.

Yeee haaa...mop, mop, mop!

Kejap jer kojenyer...10 minit tak sampai! Pastu ganti ayor, mop balkon bilik tido tamu pulak.



Untuk citer menu pagi ni...semalam gi nyongket pasar minggu tak jauh dari taman keme. Ingatkan tak bape sejuk tapi bila dah abis ronda dan beli sesikit barang, teman dah menggigil. Nasib baik teman paka sarong tangan. Pas tu naik salah van servis (van percuma), tukar naik van lain.

Antara mende yang teman beli, 1/2 kg mantar pada harga RM5.40. Banyaklah pulak. Tak per, buleh masak 2-3 kali round.



Pagi tadi amik 5-6 kuntum cendawan tu, celup dengan batter tepung berempah, goreng. Diikuti 3 biji karipap made in Istanbul, 2 biji telur mata lembu, 1/2 biji bawang dan 1/2 biji tomato, secawan milo. Woah...dasat! Memang cam dasat tapi ni brunch weh, makan kul 10 pagi tadi. (Why do I feel guilty tak pasal-pasal?)

Pastu orang nak pulun nulis satu story untuk satu website tu. Dalam 40 minit tu siaplah satu story dan submit. Alhamdulillah!




Entry ari ni tentang sandwich yang dijual di tebing Eminonu. Tempat masaknya atas bot, ada 3-4 bot cam ni. Teroleng-oleng dipukul ombak bila bot atau feri lalu. Atas bot tu deme grill ikan palamuk. Satu sandwich deme boh sebelah ikan tu dan dihias dengan sikit salad.



Bot-bot Sandwich ni mungkin dah wujud berpuluh tahun sebab Mr T kata masa dia student dulu dah ada bot grill ikan ni. Kalau kome suka, buleh makan dengan jeruk cili, kobis, gherkin, atau apa-apa sayur jeruk. Hee kecur ayor liur nengok jeruk tu. Teman tak penah makan dengan jeruk, makan sandwich gitu jer. Nak ilangkan bau ikan, tuang cuka lemon yang disediakan. Sebiji sandwich ni 4 Lira atau RM8.50 gitu. Crest atas tulisan tu ada berkaitan dengan zaman Uthmaniah tu.



Tiap kedai ada baju atau uniform tradisional untuk staf dia. Yang masak kat bot ada 3-4 orang, yang layan kiosk jeruk 2 orang, yang layan pelanggan dan goda pelanggan adalah 6-8 orang kot. Deme akan melaung dan menggamit orang lalu-lalang yang nak gi feri atau ke terminal bas. Pelancong pun ramai kat sini.



Restoran deme kat darat, simple jer ada meja kecik dan bangku rendah. Ada cuka dan garam atas meja. Kome nak duduk atau bungkuih buleh. Tiap kedai ada hiasan tersendiri cam lampu ala-Uthmaniah ni. Kalau nak ayor, deme pun ada jual minuman ringan jer tapi ari tu ada teman nampak cay panas, dari gerai mana ntah.



Masa kome dok makan tu, ada budok remaja yang private enterprise ni jual tisu. Makan sandwich ni mencomotkan muka kekadang sebab saiz roti agak besor, jadi tisu tu perlu gak.



Salah sorang staf akan membawa sedulang jeruk sayur dan cili dalam bekas plastik. Ni bukan free tapi teman tak tau rega dia. Memang kenalah makan sandwich ikan dengan jeruk sebab ilangkan hanyior ikan tu. Teman guna cuka jer bagi ilangkan bau tu.



Pekerja yang grill ikan palamuk. Rasanyer ni ikan temenung, nampak cam ikan temenunglah pada teman. Deme goreng tak sampai garing. Yang tepi tu sayur salad. Cepat deme buat koje sebab pelanggan tak renti-renti datang. Ntah bape puluh kilo mungkin ratus kilo deme masak sehari.
Teman suka sandwih ni tambah kalau makan masa panas, dan roti dia crusty di luar. Masa nak gi terminal naik bas, bau ikan yang sedang digrill dibawa angin laut akan menggoda teman kornar gi ke tebing. Selalu sebenornyer teman tergoda dengan bau ikan grill ni!
Perhatikan crest Uthmaniah dekat ukiran ikan dolphin tu.




Tiap kedai terapung ni ada hiasan yang berbeza dan nama pun ada yang Yildiz Deniz (Bintang Laut) dan sebagainya. Ukiran dia ikut stail seni Uthmaniah kalau tak silap teman.



Ni salah sorang staf yang melaung dan mengajak orang yang lalu-lalang. Teman mintak dia posing berlatar-belakangkan Yeni Camii (Masjid Baru). Pastu dia minta 1 Lira. Buat lawak pulak!
Kalau ada sesapa berkenan kat dia, email teman, nanti teman gi Eminonu jumpa dia lagi...he he!