Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, May 25, 2011

Video Seks Tak Abih-abih!

Para penyokong parti MHP di Turki semasa kempen pilihanraya PRU semalam. Simbol tangan "Gray Wolf" tu adalah lambang parti nasionalis ni.


Assalamaualaikum dan Salam Ceria,

Pihak pejabat pendakwaraya di Ankara telah merujuk kes video seks yg melibatkan pemimpin tertinggi parti MHP ke pejabat Ketua Pendakwaraya di Istanbul sebab ianya di luar bidang kuasa pejabat di Ankara.

Penyiasatan telah dibuka bila 10 ahli tertinggi parti MHP telah membuat aduan ke atas individu-individu yg berkepentingan di atas tuduhan penyebaran seks erotika di website deme. Antara aduan deme yg telah meletak jawatan dalam parti ialah pihak yg tak de koje ni telah mengugut, mengancam, menghina, menceroboh privacy dan memperolehi maklumat persendirian secara tak sah!

Pihak pejabat pendakwaraya di Istanbul dah mula menyiasat skandal video erotika yg menunjukkan beberapa ahli parti MHP bersandiwara dengan wanita-wanita yang bukan isteri masing-masing (ehh...ni biasa jer kan di kalangan ahli politik!)

Manakala itu kedua-dua pejabat di Ankara dan Istanbul akan bekerjasama dengan lebih lancor sebab deme syak video-video ni diterbitkan oleh satu network yg terancang! (mesti ler Yob!)

Ater...di Malaysia, deme yg terbitkan, edarkan dan tayang filem erotika black n white baru-baru ni tak kena apa-apa ke weh?
Oh ya tak ya...pejabat pendakwaraya, polis, jabatan yg terlibat sibuk...nak dekat PRU nih kome!

Sumber dan gambor dari Today'szaman.com




Dulu ada teman buat entry pasa ruang yang paling happening dalam rumoh kampong di Turki. Ni nak buat cam revision ler.

Ni mutfak atau dapor kat rumoh Mr T di Kg Deredebi. Gambor diamik masa musim dingin tahun ni (Mac). Takde sapa kat rumoh kecuali teman dan Kak Emine. Masa ni Kak Emine gi peroh susu Kara Kiz. Teman masih melepak tunggu dia balik bawak susu.



Bila pepagi meriah mutfak ni kalau anak-anak dan cucu ada. Tapi pagi tu teman jer yang ada sejak 2-3 minggu. Masa ni Mr T koje di Iraq, teman diperintah dok kat kampong selama dia tak de.
Bengang betoi teman masa tu.
Busan!

Kat ruang ni teman dan Kak Emine tido, sebab panas. Kalau gi tido di bilik tido, kena pasang api soba...tak kosa keme berdua. Lagi pun sini ada TV, sambil tunggu ngantuk kami berdua layan soap opera Turki yang memang lebih sonok dibandingkan dengan drama Melayu yang layu!



Yang ni mutfak rumoh mertua dan Nevin. Sini selalu jarang takde tetamu sebab mertua dan Nevin peramah. Rajin jiran-miran datang berlabun berjam-jam, tak kira siang atau malam. Tambah rumoh ni takde orang jantan.



Ni soba, atau dapur cum pemanas yang mesti terdapat dalam dapur orang kampong. Natang yang cam teko tu sebenornya teko masak ayor panah. Sentiasa berisi untuk ayor panah basuh pinggan, untuk bancuhan makanan lembu, dan pelbagai lagi fungsi. Ni bentuk tradisional dan masih dibuat oleh tukang-tukang! Teman rasa design dia mesti dah wujud sejak zaman Uthmaniah!

Kalau ada telur rebuih tu bermakna ni waktu kahvalti (sarapan, masa teman tido kat sini). Kalau Kak Emine, jarang buat telur rebuih, dia suka menggoreng atau buat omelet.



Tu nampak kaki mertua jer. Dia baring-baring sambe nengok program TV kegemaran dia. Kalau ada jiran datang, deme dok bersembang pot-pet, pot-pet sambe buat ulasan secara langsung apa yang deme tonton.



Masa ada tetamu ni. Kalau datang pas atau sebelum makan, deme dijamu buah kampong cam epal atau pear dan kekacang (hazelnut, walnut atau chestnut). Yang kuning-kuning tu kerepek pisang teman bawak dari Malaysia. Suka deme makan kerepek tu.



Ni Nevin dan mertua berehat. Masa musim dingin, koje luor kurang sikit, dapat deme berselimut cam ni. Tapi deme memang jarang sangat dapat berehat siang ari cam ni. Ada jer koje deme buat.



Anak-anak jiran jarang datang lepak kat dapur Kak Emine. Ni pun sebab ada baca Yassin baru nampak ramai berlonggok kat mutfak Mr T.



Sekali-sekali anak sedara Kak Emine datang. Melek dan Beza ada masa datang bawak homework, tanya teman tugasan Bahasa Inggeris. Deme ni grammar tau, tapi tak faham apa yang deme baca dan tulis!



Melek dan Beza bersekolah di bandar Akcakoca. Kul 7:30 pagi bas datang amik dan kul 3 ptng bas antor balik. Kalau musim sejuk sian tengok deme nunggu bas. Tido lagi baik! Tapi kalau salji turun lebat, sekolah cuti!



Ertugrul (cucu sulung Mr T) melepak dengan Nevin (mak sedara dia). Mutfak jer tempak bersosial, bilik lain tak paka pun!



Mr T ziarah mak dia. Kekadang Mr T kena sound dengan mertua teman sebab dia selalu koje jauh-jauh, sampai ke Afghanistan. Kalau Iraq tu kira dekat gak. Mr T buat pekak bila mak dia ngomel pot-pet, pot-pet...



Kalau musim buah berangan (chestnut), memalam memang best makan buah ni. Teman suka yang dibakor dari yang direbuih.
Jenuh teman dapat makan buah berangan kalau balik Kg Deredebi sebab banyak pokok berangan kat kampong deme. Dan ada sepohon kat belakang rumoh mertua. Tiap pagi dan petang teman gi kutip. Kat ladang bukit pun ada banyak pokok yang ori. Tak larat nak kutip, banyak sangat. Buleh ler simpan berbulan-bulan dalam peti sejuk.



Di mutfak ler tempat terhappening di kampong-kampong di Turki. Tu sebab teman tak boh gambor kami lepak kat salon atau balkon sebab kami jarang dok kat situ, dapur jer tempat kami suka dok lepak.
Meh join Nevin, mertua dan adik mertua kahvalti...





17 comments:

  1. EH....

    Apa pulak berselimut macam tu time rehat?

    Dah macam kartun 'Cat Dog' la pulak....!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Halima...
    Awok udah jemu ghasenye dengan politik...tapi tak ambik tau langsong pun tak boleh jugakk...... sebab nye mase depan negara tuuu.... tak kighe le negare mane......

    muftak.....kighe macam tempat melepak sambei berlabon la ye Kak Halima???

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yob Gedek, memang diorang ni cam anjing dan kucing, beramok, berbaik, beramok, berbaik...seropa cam Catdog!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Yob Shahril, memang ya pun kena amik tau. Politik ni akan mencorak hal sosial dan ekonomi negara kita. Nyampah memang nyampah tp kita kena bersora gak. Bersora melalui peti undi! Ya, mutfak ni fungsi dia lebih dr dapor!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak Halima

    orang politik dimana2 pun sama kan...

    Rasa nak lepak2 jugak kat Mutfak tu,sambil menikmati buah-buahan kampung..

    Lain kali, kutip buah berangan ajak ummi sekali..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong UmmiRoss, betoi, deme sume seropa, tak kira bangsa...jantan ni sama jer kat memana pong! Lain kali mungkin Yong buleh mai kampong Deredebi...he he!

    ReplyDelete
  7. Salam kak,
    apa kabo?. patut la mcm kenal je benda warna kuning seblh epal tu, jauh dia merantau ye..saya pun tak sampai lagi..

    ReplyDelete
  8. teman punya mutfak merata tempat... hahahaa...
    janji ada kawan/teman boleh makan2 & potpet2..

    soba tu sangat functional nya.. tapi kalo kat sini, mau macam sauna jadiknya kalo pasang kat umah..

    ReplyDelete
  9. alaaaa.....nengok telo tu tak sabo ghasenye nak tabo oregano kat ataih nye....emmm, sdap toi!!!

    ReplyDelete
  10. uisshh kat sana pun ada
    citer panas video seks..
    kat sini baru lpas pasal bnda tu

    p/s: ha comel2 nya anak2 disana ;)

    ReplyDelete
  11. Kak Halima, syok tgk kulit mereka, putih....anak2 cucu2 dowang, comel2....sebab cuaca sejuk kan....tu yg kulit dowang bersih gebu je kan kak...heeee...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...dah buleh sign in. Terima kasih Yob Joyiman "Aku dan Teksi"....terharu dgn bantuan Yob. Allah rewards You!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Asma, ha'ah jauh krepek pisang tu nyongket! InsyaAllah nanti awak pun sampai sana, kumpui jer duit!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Yong Mulan, he he...org fofular mesti mutfak dia merata! Soba tu buleh guna kat negara 4 musim jer, kalau guna di Malaysia mau jadi daging salai!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Cikgu Humairi, Ok, Ok...saya tak lupa dgn oregano cikgu...tunggu sikit ari lagi ya, dah sampai Shah Alam nih!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yong Syahnia, hal politik di mana2 pun sama sebab yg melakukannya manusia, kalau dah manusia. Memang comey kekanak di sana Yong.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Yong Emme, kulit deme lemuih sebab bnyk makan sayuq!

    ReplyDelete