Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, May 24, 2011

"Hukum Syariah Di Mesir Cukup Buat Kami" - Muslim Brotherhood.

Dr Ashraf dan wartawan Hurriyet.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

dalam wawancara dengan Hurriyet Daily News, sorang jurucakap pertubuhan Ikhwanul Muslimin telah menegaskan deme tak merancang mewujudkan regim Islam di Mesir jika berkuasa, sambil menjelaskan hukum syariah dah wujud dalam perlembagaan Mesir.

"Kalau anda pegi mahkamah di Mesir, mereka akan merujuk kepada undang-undang syariah dulu. Ini dah cukup baik bagi kami" jelas Dr Ashraf Abdel Ghaffar, salah sorang pemimpin pertubuhan yang baru di 'halalkan' ini.

Jika pertubuhan Ikhwanul Muslimin berkuasa, deme akan hanya menyokong usaha-usaha pelancongan, "yang tidak bercanggah dengan pegangan dan budaya orang Mesir" tambah beliau.

"Orang Mesir kebanyakannya waraq, tak kira sama ada Islam atau Kristian. Kami tak mau para pelancong datang ke sini berlari kehulu kehilir separuh bogel (berbikini atau seluar katoklah tu gamoknya) atau melepak di kasino!," jelasnya lagi. "Tapi kalau mengkome datang sini nak tengok-tengok binaan kuno piramid atau Iskandariah, silakan!"

Sementara itu, Dr Ashraf juga memberi bayangan bahawa jika deme berkuasa, Mesir akan menjual minyak kepada Israel pada harga yang tinggi dari yang penah dibuat masa zaman Presiden Mubaraq.

"Kalau deme offer harga yang tinggi, ya kami akan buat deal!" katanya lagi.
Biznes is biznes ya!

Sumber Berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com



Sementara tu pemain rakyat Turki Nuri Sahin yang membantu kelab Borrusia Dortmun memenangi kejuaraan, telah dipilih oleh rakan-rakan pemain sebagai Pemain Terbaik dalam liga Bundesliga Jerman untuk musim ini. Pasni dak Nuri ni akan ke Real Madrid pulak.

Aiiihhh...bilalah pemain Malaysia buleh main di kelab-kelab ternama dan dipilih jadi Best Player.

Sumber dan Berita dari Today's Zaman



Semalam ada orang merungut, busan dengan citer kembara di Turki. Jadi untuk memenuhi kerenah dia yang macam kamben kelaparan tu, teman bawak citer pasa port semasa teman - Bandar Muadzam Shah, Pahang!

Kalau pepagi bukak pintu, nilah ropa pemandangan kat neighborhood teman. Ni rumoh jiran.



Ni jalan yang memang straight masuk ke laman kami. Ni jalan dalam taman jadi tak banyak keta orang luor, cuma kenderaan jiran-miran jer.



Porch
rumoh kawan teman. Dulu kami sesama belajor kat UM, dok serumoh, lagi sebilik.
Lazimnya kami berdua jer, adik dia sekali dua kala balik lepak. Kawan teman ni koje tekun, balik rumoh jap jer, mandi dan salin baju, gi lagi ke sekolah. Kekadang malam pun ada aktiviti untuk students.
Sekolah ternama katakan.



Cantik tak laman rumoh keme ni? Kalau gambor-gambor nampak berbalam, sebabnya kawasan Bandar Muadzam ni memang dikelambui kabus hampir tiap pagi.
Sejuk dan nyaman kome, macam kat Cameron Highlands!



Minggu kedua gitu, teman merasa diraikan masa Hari Guru. Dapat ler makan kek free yang dihadiahkan oleh sebuah bank kat bandar ni.



Antara aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah ni ialah solat hajat. Deme pangge sorang ustaz yang ajor deme baca surah dan Ayat Kursi dan beberapa zikir dan niat apa-apa yang patut dan dihembus pada ayor mineral yang dibekalkan tiap sorang.



Semua pelajar di semua form kena hadir. Mana yang tak buleh solat kena datang jugak. Ada tazkirah sebelum buat solat hajat tu.



Masa sambutan Hari Guru, ada tarian zapin dipersembahkan oleh para pelajar lelaki. Pelajar pompuan tak buat menari-nari ni.

Begitulah sikit-sebanyak kisah teman di tempat koje baru ni.
Ada apa-apa soklan murid-murid?



Meh jamu mata sikit. Lunch yang agak berat teman buat di Istanbul. Tak cukup dengan salami, teman bedal sekeping steak, diimbangi dengan salad timun dan tomato. Untuk karbo, sekeping roti dihiasi dengan mozarella.



Ni Mr T dengan 2 rakan-rakan Turki atau mungkin rakan Arab masa koje di Iraq. Orang Iraq makan roti akan-akan roti nan. Nampak cam makan dengan salad jer. Eloklah tu sebab Mr T tak kisah tak de lauk. Ni mesti de
me bertandang di rumoh kenalan Arab atau Kurdish.

20 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Halima...
    Muslim Brotherhood ni kalo bulih bio le same mase deme 'hagham' dulu...tetap vokal....awok bukan ape...takot bile udah jadi halei ni deme jadi lembot pulak......

    tempat Kak Halima stay sekghang ni nampok macam kampong lagi...walopon ghumah batu....best ...awok suke macam ni...

    Player Malaysia ndak main luo??? penyakit homesick tu kuat sangat....bukan bulih berenggang jauh daghi famili....

    awok udah kate macam sebelom ni...takde gambo makan2 ....bukan blog Kak Halima le tu.....kekekek

    ReplyDelete
  2. Kalau pelancong nak ke kasino, datang ma malaya... ada genting!

    Sekarang muazam ada kabos lagi ke?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Halima,

    Harap2 ada perubahan besar di Mesir nanti, rakyat mereka telah mencipta sejarah, Mr.Hosni pun boleh tumbang..

    Nampak tenang kawasan kejiranan di Muadzam tu, udara pun masih bersih..

    Lunch yg berat tu memang menggoda..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, kalau deme tak vokal pun takpe jgn jadi kaki songlap!
    Sini masih ada unsur kampong Yob, utan pun banyak, tu yg berkabus pepagi!
    Memang org Mlayasia tak leh dok jauh dr mak-pak, ketin kena sekeh dah nangis nak balik!
    Ater dah kita semua cinta makan-makan ni Yob, asei jgn over yek!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yob Gedek, cam promo genting jer Yob ni! Ok, promo main game dan ferrywheels dan roller coaster yek?
    Ada kabus lagi, tiap pagi kalau nak ikut kan...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong UmmiROss, harap2 perubahan politik di Mesir akan berjalan dgn positif dan memberi kesan yg baik pd syiar Islam dan ekonomi rakyat. Jgn berantakan pulak! Tempat akak duduk ni di kelilingi utan dan ladang, memang nyaman. Makanan akak memang selalu menggoda ke?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Adik Syahnia, hosgeldeniz dan selamat datang! Meh ikiut selalu kembara akak di sini!

    ReplyDelete
  8. Sempat Kak Yong sambut hari GURU.

    ReplyDelete
  9. salam Kak Lima,

    nyamannya nampak kawasan akak tinggal skrg nih...Bdr Muazam mmg sejuk sbb keliling kawasan tu kan penuh ngan pokok2 sawit(skrg ntahla still sama ke tak,Ina pegi dulu dah lama)

    ReplyDelete
  10. teman minat nuri sahin ni... satu lagi mesut ozil hehehe

    ReplyDelete
  11. lama tak lalu muadzam... mmg situ masih kabos2 byk lagi sbb hutan2 belum diranapkan lagi...

    seronok & meriah hari guru.. rasa nak jadi budak sekolah balik..

    adei... tengok salami & steak tu.. dgn roti & mozaghella tu, meleleh lagi jadiknya....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Yong Cikgu, sempatlah...siap dpt hadiah lagi!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yong Ina, masih ada ladang kelapa sawit, dan bandar dia makin membesor! Banyak rumah kedai baru buka.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Yob Ustaz, Akak ingat Ilhan Mansiz jer!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Yong Mulan, kalau takde hei...anak masuk MRSM atau UNITEN ni, tak koje orang ni nyinggah Bandar Muadzam! Tapi memang cool tempat ni, malam dan pepagi nyaman. Ater masak ler steak Yong, Yong kan panda memasak satnika!

    ReplyDelete
  16. Salam kak, sapa yg merungut pasal cietr kembara turki tu? Kalau bole tiap2 entry akak tulis lagi bagus pasal mmg saya nak ke turkey satu hari nanti...hehe.. ckp pasal turkey, tadi terjumpa sorang anak dara Turkey ni terkial2 bawak beg besar dari JB checkpoint nak balik Istanbul, saya tolong la angkat, borak punye borak rupanya dia student UTM Skudai nak balik kampung naik flight kat airport Changi,Spore. Saya tolong angkat beg dia yg mcm batu tu sampai naik MRT kat Kranji Station..(Saya tinggal kat Spore). Mmg cantik orangya, bertudung tapi segan nak mintak no..hehe..takpe ada rezeki bole jumpa lagi. Btw pakcik saya penah tinggal kat Muadzam Shah tu, keja ngan "DARA". Now DARA dah takde. Saya pun dan beberapa kali ke sana, ada sedara tinggal situ. Mmg sunyi bandar tu..untuk student mmg ok tapi bagi saya boring sikit...hehe - Nash/Spore

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Yob Nash, haa Hosgeldeniz dan Selamat datang. Tima kasih sudi singgah dan komen. Adalah sorang Yob ni, nak baca citer lain pulak, tu yg akak tulis pasal Bndr Muadzam. Bndr Muadzam dah makin membangun skrng, banyak kedai2 baru. Ya skrng DARA dah takde, biasalah gomen punya mesti lingkup! Takpa, nanti ada rezki dpt jumpa ramai lagi aweks Turki. Nanti rerajin dtng blog ni. Tapi ari ni tak sempat tulis entry baru, sibuk marking paper. Datang lagi Nash!

    ReplyDelete
  18. yeayy..tak dpt mngembara real..
    hanya di alam maya pun suda
    seperti turut mngembara sekali bsama
    akak.. ^___^

    ReplyDelete
  19. Salamuanaleykum Syahnia, kalau kuat daya imajinasi, memang real jadinya. Thanx for lepaking!

    ReplyDelete