Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, May 18, 2011

Turki Pun Ada Skandal Video Seks...Spring Time Kome!

Puan Nuray Cepni, ahli parti CHP, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kalau kat Malaysia ada isu panas dan hangit iaitu isu video seks yg kununnya dibintangi oleh salah sorang ketua pembangkang, kat Turki pun apa korangnyer. Tapi sebelum tu kita tengok corat-coret kempen Pilihanraya Umum di Turki yang akan diadakan Jun ini.

Sorang naib pengerusi cawangan Istanbul parti pembangkang utama CHP, Puan Nuray Cepni telah menegaskan parti CHP tidak ada masalah dengan ahli wanita yang bertudung dalam parti yang diasaskan oleh Ataturk ni.

"Kalau parti CHP ada masalah dengan isu wanita bertudung, tentu saya tak dapat mencapai kedudukan yang sebegini," ujar Puan Cepni lagi. Menurutnya beliau dan kuarga beliau telah lama menyokong parti ni. Tapi idok pulak disebut sama ada beliau akan dicalonkan sebagai calon dalam pilihanraya umum Jun ini.

Tapi yang ironiknya, parti PM Erdogan yang dikatakan condong Islamik bertegas tidak akan meletak calon wanita bertudung dalam PRU yang akan datang ni. Tuan Erdogan kabor dia tak mahu isu wanita bertudung dijadikan unsur tawor-menawor untuk meraih majoriti dalam PRU nanti. Whateverlah Tayip oiii...


Tuan Devlet Bahceli, presiden parti MHP


Sementara itu lagi sebuah parti pembangkang utama, MHP, teruk ditibai dengan isu dan skandal video seks. Tapi tak cam di Malaysia, pelaku dalam video seks ni tak melibatkan presiden parti tu, Tuan Bahceli, tapi melibatkan lain-lain pemimpin tinggi parti - 4 orang setakat ni.

Beberapa individu yang dipercayai terdiri dari ahli atau penyokong MHP sendiri telah menghantor mesej dengan mengugut deme akan antor salinan video erotik pada media dan mungkin gak ke Youtube. Pihak yg mengugut ni maukan ahli-ahli MP dan pemimpin MHP bersih dari segi moral. Deme jugak mintak Bahceli letak jawatan sebab perangai tak senonoh ahli-ahli dia, tapi Bahceli takmo layan.

Parti MHP ni parti nasionalis Turki, seropa BN lah. Mr T dan kuarga dia penyokong tegor MHP.
Nasib baik dia tak suruh teman pun sokong parti ni...hikkksss!

Sumber berita dan gambor dari Hurriyet Daily News


Rumoh Mak Mertua dirakam dari rumoh Mr T

Yeeeahhh...dah masuk musim bunga kat negara belah utara!
Eh,... pasa pe teman sonok bebenor. Bukannyer teman ada kat sana.
Bukan apa...sebab teman dah escape dari koje ladang!

Kalau teman ada kat Kg Deredebi masa ni, mesti sibuk gi tolong deme di ladang. Pepagi kul 7 dah naik traktor atau lori gi ladang kat bukit. Bukan teman tolong banyak, setakat buat yg ringan-ringan - kumpul kayu api yg kekecik, hangkut kekacang atau sayur yg deme petik. Koje-koje berat si Nevin dan Kak Emine yg buat.


Rumoh si Kara Kiz dan Fistig depan rumoh Mr T, di belakang tu.

Orang kampong yg dok bandar akan balik ke rumoh kampong. Deme mula merumput dan sediakan tapak kebun sayur baru. Masa musim dingin ari tu, Nevin dan Kak Emine dah hangkut baja taik ayam dan tabur kat ladang jagung dan sayur kami. Sekarang tanam jer dengan sayur/kekacang baru, dan juga jagung dan ubi keledek, ada sikit teman bawok dari Malaysia ari tu.



Di ladang bukit kuarga Mr T (6 km) masa musim sejuk dan musim bunga sebelum musim petik hazelnut, deme tanam salad marun dan sayur panjar yang pahit. Sekali-sekala Nevin akan bawok traktor gi petik sayur-sayur tu. Kekadang dia jumpa cendawan.



Kat tepi rumoh mertua dan Nevin pun deme tanam sayur marun, panjar, bawang dan beberapa jenis herba. Kak Emine pun ada plot sayur dekat kandang/rumoh lembu. Asal ada tanah kosong deme tanam satnika benda yg buleh dimakan.
Kat Malaysia yang ada banyak tanah kosong keliling rumoh dan coca panas sepanjang tahun, tak mau bercucuk tanam. Bila rega sayur naik, tau nak komplen jer.



Nampak tu segor-bugor dan jelita salad marun Nevin. Buleh dipetik dan makan terus. Dia guna baja sisa buangan Fistig!




Semua kuarga ada plot sayur sendiri. Ni jiran kami yg berdiri megah kat kebun salad marun dia. Kat background tu, belah bawoh cam padang rumput tu, lagi satu plot atau kebun kuarga Mr T. Sini Kak Emine dan Nevin tanam sayur, kekacang dan jagung.



Salad marun lazimnya dipotong-potong halus dan kekadang dicampor lobak atau tomato atau kobis meroh. Peroh limo, garam sikit dan siram sikit minyak zaitun. Tulah salad deme!



Ni salad yg teman buat. Masa tu tak der tomato atau kobis meroh, jadi teman boh bawang jer, nampok tak berseri langsung.
Makan dengan kofte goreng.



Ni salad yg 'sempurna' - ada lobak dan tomato untuk bagi kaler!



Salad marun buleh ditanam sepanjang tahun sebab buleh tumbuh dalam musim panas dan sejuk. Ni plot yang mertua dan Nevin tanam.



Bunga-bunga lior pun mula melaram. Kat dalam ladang hazelnut, bunga putih ni tumbuh bersepah-sepah!



Depan rumoh mertua ada gak dia tanam pokok mawar. Di musim bunga dan musim panas dia kembang dengan ceria!



Dan lunch teman di Istanbul. Pasta penne digoreng dengan telur dan bersanding dengan ayam goreng. Tabur dengan herba seakan daun sup dan nakkan pedas teman makan dengan cili padi jeruk.
Layan dengan koko panas...herrrmmmm.
Jom meh kome semua...

10 comments:

  1. semangat bumi hijo sungguh org turki ni..
    dlm romah rajin berhias.. lupr romah, rajin berjasa pada tanah...


    n3 terbaru kakyong
    Suez diary–saya sudah review blog anda!!!
    Adakah kerana dia kidal?!!!
    Nora Elena–review episod 1 dan 2

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak Halima

    Ada video jugak kak?, memang 'internasional' nampaknya agenda camni..

    Suburnya sayur-sayur tu,cantik salad marun, macam bunga yang sedang berkembang pun ada...

    ReplyDelete
  3. segaarrrr semuanya.... segar mata tengok umah2 situ, tengok sayor2 situ, tengok bunga2 itu, tengok makanan2 itu...!!!

    tapi takmo tengok video scandal.. memang sah2 tak segarkan mata & hati...

    ReplyDelete
  4. bestnya bercucuk tanam gitu...tambah2 cuaca nyaman jek kan...

    asal masuk blog akak ni,mesti perut Ina kriuk kriuk bunyik terliur haha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum KakYong, deme dari dulu, zaman dulu2 pun dah berjasa pd tanah. Rajin deme ni!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yong UmmiRoss, mungkin org Turki belajor dr Malaysia pasa buat video seks ni...tapi tak tau deme buat HD atau BW jer cam yg Datuk T produce!
    Jenuh akak makan sayur segor kalau dok kampong sana!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yon Mulan, betoi tu...kalau tengok video tu, harus bute mate!

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum Yong Ina,
    Tulah, len kali sebelum masuk blog akak makan dulu!

    ReplyDelete
  9. Sedap beno sayo tu nampok gayenye...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yob Sharouk, memang sedap Yob, sihat pulak tu!

    ReplyDelete