Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label pokok hazelnut. Show all posts
Showing posts with label pokok hazelnut. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Aktiviti FLOT Sama Cam FLOM Kak Ros...Meh Nyongket Dgn Mursel Part II


Assalamualaikum dan Selamat Bercuti Hari Pekerja!

Nak citer ringan-ringan jer sebab ari ni cuti double-mable kan. Saje nak share imej teman pow dari Today'sZaman pasa aktiviti sosial isteri Presiden Turki Puan Hayrunnisa Gul. Seperti kebanyakan First Ladies, dia pun ada aktiviti yang dia gemor iaitu mempertingkatkan taraf pendidikan OKU di Turki.

Idok teman nak citer panjang pasa aktiviti Puan Gul ni, sekador nak bandingkan dengan aktiviti Kak Ros FLOM kita, tak jauh beza. He he...tapi tak der teman nak boh gambor Kak Ros, tak relevan. Gambor Puan Gul comey lagik! Kalau boh gambor Kak Ros, nanti berat pulak nak bukak entry ni.
Happy May Day!


Dalam sumber berita online yang sama, disebut usaha kerajaan Turki membaikpulih pancor-pancor lama zaman Uthmaniah yang terbior. Zaman dedulu Sultan, isteri Sultan, bonda Sultan dan orang-orang besor akan membina pancor cam di atas untuk kegunaan rakyat jelata.
Bila ayor paip diperkenalkan, fungsi pancor Uthmaniah ni dah berkurangan. Tapi teman nampak di Istanbul, Akcakoca dan Gebze, walaupun terbiar masih ada yang gunakan untuk minum atau amik ayor ni buat mencuci itu ini. Ni pancor di bandar Akcakoca.



Pancor di Gebze ni nampak cam tak terurus tapi ada ayor. Masih ada pengguna yang guna untuk minum dan membasuh muka. Selain dari pancor, banyak masjid dan surau bersepah-sepah dibina oleh Sultan-sultan Uthmaniah dan para isteri dan bonda deme.


Moh Nyongket Dengan Mursel Part II



Ana Anne
Mursel dan Baba Anne dari Malaya mengiringi Mursel ke rumoh jiran Ana Anne untk dengor orang ngaji. Cuaca yang terang dan suhu yang nyaman menjadikan ia satu outing yang seronok.



Bila sampai bahagian yang agak tinggi, payah juga si Pinar menolak stroller tu. Mak dia pun nampak tercungap menapak, maklumlah badan tu agak berat...

Kiri dan kanan jalan banyak terdapat kebun sayur dan pokok buah seperti epal, pear, tin, anggur dll.



Salah satu tapak sayur salad marun yang ditanam di musim dingin. Ada gak sayur panjar yang pahit tu, yang buleh buat dolma nasi tu.



Selagi ada tanah kosong, orang kampong akan tanam sayur. Deme tak bazirkan ruang. Rajin dan berusaha bangsa deme ni. Bila abis dipetik, deme akan tanam lagi dan lagi...



Akhirnya sampai ke rumoh yang nak buat majlis baca Yaasin ni. Deme pun sibuk jemur carpet. Yang tingkat 2 tu nampak belum siap.



Yang ni rumoh jiran sebelah deme. Kebanyakan rumoh di Turki dicat putih.



Masuk dalam rumoh, dah rama jiran dan tetamu datang. Ada yang bawak anak kecik. Aktiviti baca surah Yaasin ni deme buat bergilior di kalangan jiran-jiran seminggu sekali. Lazimnya pada hari jumaat.



Deme dok kat salon. Sebab salon ni ada soba dan panas, teman cabut dok luar salon dekat corridor, situ pun dah sesak. Pompuan yang baju berlengan ijo tu masih gadis, lawor budaknya tapi teman idok amik gambor dia.



Selain surah Yaasin, deme baca beberapa lagi surah bergilior dan last sekali sorang akan mace doa lazim dan doa tambahan dalam Bahasa Turki. Kendian deme dihidang dengan makanan ringan. Masa tulah sesi pot-pet, pot-pet akan berlangsung.
Nilah salah satu aktiviti sosial kaum ibu di Turki selain dari berziarah di malam hari dan berjumpa di ladang hazelnut.



Mursel dan Ana Anne dia. Bangganya dia dengan Mursel sebagai cucu pertama dia!

To be continued...



Contoh kahvalti (sarapan) di rumoh Ilker dan Pinar.


Sekali-sekala teman merasa lauk - ikan atau daging - kalau duduk dengan deme ni. Teman gemor ikan deme terutama hamsi, yang hanya buleh ditangkap di musim dingin. Lazimnya teman makan 15-20 ekor!



Sepupu Ilker dan kuarga dia ziarah rumoh Ilker. Ni makan tengah hari. Kalau ada ayor sejuk atau ayran (ayor yoghurt) itu maknanya makan tengah hari. Deme minum teh panas masa sarapan dan makan malam jer. Meh baham sayur lagi kome...

P.S Esok teman nak nyongket beberapa ari lagi, jadi teman nak rehat dari menulis. Mungkin dalam 2-3 ari baru tulis balik.
Enjoy your holiday kome!