Moh Kite Follow Sesame...

Monday, January 31, 2011

Tergoda Lagi!


Assalamualaikum dan Salam Sentosa,

Ari ni berkhidmat lagi, mop balkon depan dan belakang. Tengok, tengok balkon dah bersih...tak berhabuk. Rajin arr orang kekadang! Ingatkan tak mampu nak buat ari ni sebab pagi tadi suhu -2 Celcius tapi kul 2 pm dah naik 7 Celcius dan ada matahari sikit, so beranikan diri buka pintu.

Yeee haaa...mop, mop, mop!

Kejap jer kojenyer...10 minit tak sampai! Pastu ganti ayor, mop balkon bilik tido tamu pulak.



Untuk citer menu pagi ni...semalam gi nyongket pasar minggu tak jauh dari taman keme. Ingatkan tak bape sejuk tapi bila dah abis ronda dan beli sesikit barang, teman dah menggigil. Nasib baik teman paka sarong tangan. Pas tu naik salah van servis (van percuma), tukar naik van lain.

Antara mende yang teman beli, 1/2 kg mantar pada harga RM5.40. Banyaklah pulak. Tak per, buleh masak 2-3 kali round.



Pagi tadi amik 5-6 kuntum cendawan tu, celup dengan batter tepung berempah, goreng. Diikuti 3 biji karipap made in Istanbul, 2 biji telur mata lembu, 1/2 biji bawang dan 1/2 biji tomato, secawan milo. Woah...dasat! Memang cam dasat tapi ni brunch weh, makan kul 10 pagi tadi. (Why do I feel guilty tak pasal-pasal?)

Pastu orang nak pulun nulis satu story untuk satu website tu. Dalam 40 minit tu siaplah satu story dan submit. Alhamdulillah!




Entry ari ni tentang sandwich yang dijual di tebing Eminonu. Tempat masaknya atas bot, ada 3-4 bot cam ni. Teroleng-oleng dipukul ombak bila bot atau feri lalu. Atas bot tu deme grill ikan palamuk. Satu sandwich deme boh sebelah ikan tu dan dihias dengan sikit salad.



Bot-bot Sandwich ni mungkin dah wujud berpuluh tahun sebab Mr T kata masa dia student dulu dah ada bot grill ikan ni. Kalau kome suka, buleh makan dengan jeruk cili, kobis, gherkin, atau apa-apa sayur jeruk. Hee kecur ayor liur nengok jeruk tu. Teman tak penah makan dengan jeruk, makan sandwich gitu jer. Nak ilangkan bau ikan, tuang cuka lemon yang disediakan. Sebiji sandwich ni 4 Lira atau RM8.50 gitu. Crest atas tulisan tu ada berkaitan dengan zaman Uthmaniah tu.



Tiap kedai ada baju atau uniform tradisional untuk staf dia. Yang masak kat bot ada 3-4 orang, yang layan kiosk jeruk 2 orang, yang layan pelanggan dan goda pelanggan adalah 6-8 orang kot. Deme akan melaung dan menggamit orang lalu-lalang yang nak gi feri atau ke terminal bas. Pelancong pun ramai kat sini.



Restoran deme kat darat, simple jer ada meja kecik dan bangku rendah. Ada cuka dan garam atas meja. Kome nak duduk atau bungkuih buleh. Tiap kedai ada hiasan tersendiri cam lampu ala-Uthmaniah ni. Kalau nak ayor, deme pun ada jual minuman ringan jer tapi ari tu ada teman nampak cay panas, dari gerai mana ntah.



Masa kome dok makan tu, ada budok remaja yang private enterprise ni jual tisu. Makan sandwich ni mencomotkan muka kekadang sebab saiz roti agak besor, jadi tisu tu perlu gak.



Salah sorang staf akan membawa sedulang jeruk sayur dan cili dalam bekas plastik. Ni bukan free tapi teman tak tau rega dia. Memang kenalah makan sandwich ikan dengan jeruk sebab ilangkan hanyior ikan tu. Teman guna cuka jer bagi ilangkan bau tu.



Pekerja yang grill ikan palamuk. Rasanyer ni ikan temenung, nampak cam ikan temenunglah pada teman. Deme goreng tak sampai garing. Yang tepi tu sayur salad. Cepat deme buat koje sebab pelanggan tak renti-renti datang. Ntah bape puluh kilo mungkin ratus kilo deme masak sehari.
Teman suka sandwih ni tambah kalau makan masa panas, dan roti dia crusty di luar. Masa nak gi terminal naik bas, bau ikan yang sedang digrill dibawa angin laut akan menggoda teman kornar gi ke tebing. Selalu sebenornyer teman tergoda dengan bau ikan grill ni!
Perhatikan crest Uthmaniah dekat ukiran ikan dolphin tu.




Tiap kedai terapung ni ada hiasan yang berbeza dan nama pun ada yang Yildiz Deniz (Bintang Laut) dan sebagainya. Ukiran dia ikut stail seni Uthmaniah kalau tak silap teman.



Ni salah sorang staf yang melaung dan mengajak orang yang lalu-lalang. Teman mintak dia posing berlatar-belakangkan Yeni Camii (Masjid Baru). Pastu dia minta 1 Lira. Buat lawak pulak!
Kalau ada sesapa berkenan kat dia, email teman, nanti teman gi Eminonu jumpa dia lagi...he he!

Saturday, January 29, 2011

Karipap Made in Istanbul!


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Tengok, tengok rumoh orang dah kemas...sikit, dari minggu lepas. Tahniah pada diriku yang berjaya membanting tulang tanpa keringat - vacuum salon, dapur dan corridor! Lap sana-sinu sikit, udah ler!

Yorgan kat lantai dekat pintu balkon tu nak halang angin sejuk menyusup masuk. Dah buat insulation baik punya tapi rasa gak kesejukan masuk. Kami dok tingkat dua tapi tingkap dan pintu balkon semua kaca, tak der grill. Alhamdulillah tak der orang pecah masuk ikut tingkap atau balkon. Masuk ikut pintu depan ada dulu (pintu kayu). Dia dapat amik handphone buruk jer. Nak angkut barang lebih besor, ada CCTV kat main entrance blok kami. Mr T suspek janitor blok kami sebab dia tau apartment kami selalu tak der orang. Orang luor tak der koje datang masuk blok lagi pun ada CCTV.



Comey kan salon ni. Tapi kome jangan tanya habuk kat book-shelves dan balik sofa tu. Belum mop lagi. Tunggulah bila teman rajin sekali lagi...coming soon!
Pencapaian piawaiaan? Err...45% kot.



Dan berjaya buat karipap! Yaa teman ada bawok kari-mari dan satnika biji rempah dari Shah Alam! Kentang dan daging jer Turki punya. Kentang jenis waxy tu, memang lembut. Sebab teman sorang, ikut tekak Malaysia ler. Boh satnika kari dan serbuk lada bagi pedas! Masa masak inti ni harap-harap jiran tingkat atas tak bukak tingkap, takut dia pengsan bau kari yang power!



Teman guna tera yag atau butter susu lembu. Menjadi gak. Main golek atas cutting-board dan rolling dengan gelas kaca. Dapat 22 biji. 3 dah masuk perut untuk berbuka, 3 lagi dalam piring kecik, yang 2 pinggan ni masuk fridge.



Pagi tadi goreng 7 biji untuk sarapan. Saiz dia sepanjang handphone Nokia tu tapi gemuk lagi. Memang kenyang yaa amat, kena pulak dengan hot chocolate!

Jadi nilah ropanya karipap teman, Cikgu Humairi...meh makan!



Ni nak citer suasana kat dataran depan Yeni Camii (New Mosque) dekat Eminonu teman gi ari Jumaat baru ni. Citer ringkas jer. Ni ropa penjual kestane berlesen. Kestane tu buah berangan. Yang ni bukan buah liar cam teman makan kat rumoh. Besor dia dekat besor telur ayam gred C (eh..ada ker telur ayam gred A,B,C? Memandai jer teman). Mahal rega dia sebab saiz besor. Teman teringin nak rasa tapi pikior kat kampong Mr T banyok, tak jadi nak try!



Nak fokus kat gerai-gerai jual keju sepanjang laluan di luor Grand Bazar di Eminonu. Teman suka nengok keju pelbagai jenis ni sebab teman gemor makan mende ni.



Penah tengok dalam Asian Food Channel kat Astro, satu jenama keju dari New Zealand tu, deme lumur dengan lemak babi bagi tahan kulat. Chisss...tapi bukan jenama yg buat di kilanglah. Ni keju orang kampong NZ buat. Jadi kat Turki ni, teman memang pulun makan keju.



Bila kita lalu, deme akan pelawa singgah, "Buyrun, buyrun Ablah!"
Deme offer gak sepotong kecik bagi kita merasa. Asyik makan yang dioffer, kekadang bila sampai ujung dah kenyang!



Antara jenis yang teman suka yang cam tali pisang ni. Sekilo lebih kurang RM21 gitu, dari Erzurum. Ada rasa masin sikit dan kenyal. Penah ke kome makan atau tengok keju tali pisang ni?

Malaysia Kat Winter Olympiad? Cayalah!


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Kena mula n3 dengan gambor makanan, bagi semangat sikit. Ni course pertama untuk lunch kat rumoh Ilker. Sup yoghurt dengan sejenis bijiran dan herba. Ada salad maru, yoghurt sorang satu mangkok (susu dari tetek Fistig kat kampong), dan ada cili padi jeruk. Course kedua stew sayur, pastu dolma, semua makan dengan roti. Bila teman ada baru deme rajin masak lauk - kofte daging atau ikan. Bukan deme kedekut tapi memang deme lebih makan sayur dari daging.



Cuaca pagi ni sunggh tak ceria. Awan itam berarak laju, angin sini kuat. Suhu 9 Celcius. Ngetor teman bila amik thermometer teman boh kat balkon tadi. Maknanya teman jadi baik ari ni, dok rumoh jer! Alaa tapi kena kuor gak nak beli daging lembu buat karipap. Aritu ada beli kuzu (lamb) tapi tu nak grill, takkan nak buat karipap...rugi! Daging kuzu mahal, RM50 lebih sekilo!



Nak citer pasal Winter Olimpiad peringkat universiti di Erzurum (wilayah Turki bahagian timur di benua Asia). Teman tertengok acara pembukaan oleh Presiden Gul. Tengah nonton nampak mendera yg seropa mendera Malaysia. Ingatkan mendera USA. Tapi nampak bulan bintang kuning. Weh Malaysia pun masuk winter sports kome! Jangan memain! Adalah 7-8 orang teman perasan, semua keturunan Cina. Teman dengor wakil kita masuk satu acara jer. Nak kata main hoki ais cam tak cukup korum. Main curling kot. Elok main curling jer, tak agresif. Kalau main hoki ais, musti hancus! Jadi ler, ada gak wakil. Thailand pun antor 2-3 orang, tapi Singapore tak der. Indonesia teman terlepas perarakan masuk, ada ke tak, idok teman tau.



Gambor dari TV, maaf ye kome. Haa nampok mendera Malaysia kat tengah-tengah tuh?
Bangga gak tengok mendera kita berkibor tu. Tak banyak negara tropika amik bahagian, adalah 2-3 negara jer. Masa tu salji tengah turun, kejap lebat kejap sikit. Teman nengok kat rumoh pun rasa menggigil sebab rumoh teman 20 Celcius. Untuk pengetahuan kome, dalam bahasa Turki ada beberapa lagi negara yang deme sebut -stan kat ujung, antaranya India (Hindustan), Serbia (Serbistan), Hungary (Macaristan), Greece (Yunanistan) dan Mongolia (Mongolistan)!



Antara negara yang antor ramai peserta ialah USA, Russia dan tentunya Turki! Pertunjukan pembukaan termasuk tarian folks, dervish dan pop. Sekian maklumat sukan semasa dari Istanbul!



Mulai ari ni teman nak kurangkan content n3 teman sebab:

1. Nak kemas dan bersihkan rumah.
2. Nak tumpu pada penulisan rencana untuk satu website, jadi kena buat banyak research!
3. Nak buat karipap...!

Tengoklah salon teman bersepah. Sejak balik tak kemas satu bilik pun. Teman tido kat salon, atas salah satu sofa. Dalam bilik tido lebih sejuk! Sinilah tido, sinilah makan, sinilah solat! Eh, cam kat flat Shah Alam jer.

Satu website tu teman dah jadi ahli tapi teman tak sempat lagi submit rencana. Kena start, ada rezki dapat gak masyuk!

Entry untuk Mohkembara akan didownsize dari segi gambor. Lambat nak upload gambor ni. Entry InsyaAllah tetap akan ada dengan regular, cuma dikurangkan gambor. Harap maklum.


Err...nak buat karipap kena ada kepakaran, kemahiran dan kesabaran yang tinggi gak, tu memakan masa tuh!



Teman kena rajin mengemas rumoh walaupun teman ni kurang minat bab housekeeping ni. Mr T pun tau hal ni dan dia tak paksa teman kemas rumoh. Dia bagi cadangan jer. Dia kata satu hari kemas satu bilik. Kalau tak bersepah atau berhabuk, takyah kemas ler. Bila dia ada lagi bersepah. Dia boh coat kat atas katil, yelek kat atas kusi, muffler kat sofa...teman ler jadi tukang kutip.

He, he...ni dia takder teman punya barang yang bersepah-sepah atas meja. Oklah hari ni kena start mengemas - simpan barang di tempatnyer, vacuum, lap, dan mop. Ni akan memakan masa 4-7 ari kome! Tu tak termasuk 2 balkon kat luor tu!



Ni ropa salon apartment yang standard kekemasan dan kebersihannya capai piawaian Turki. Nak dapat standard ni yang susoh teman nak capai ni. Paling-paling tinggi pun 60% teman buleh dapat. Serius!

Ni rumoh jiran Fatma kat Akcakoca yang jemput teman minum kopi dulu. Nanti bila senang sikit teman buat n3 pasal bertandang ke apartment deme ni.

Ingin teman maklum, sejak dok Turki ni, ada beberapa blog teman tak buleh akses sejak dari ari pertama. Dah cuba berbagai cara dan search engine, masih tak berjaya. Kalau kome perasan teman lama tak blogwalk kat blog kome, tu bermakna blog kome tak buleh diakses. Antaranya blog KakYong, Yob ISA, Yob Radio Ham, Yob Orang Muo, Ustaz Amirul (yang baru ziarah ari ni), dan beberapa blog lagi tak buleh tinggalkan komen. Harap maaf ya kalau lama tak gi blogwalk ke blog kome tu. Sekian dimaklumkan.

Friday, January 28, 2011

Moh Kenal Mafia Kg Deridebi, Duzce, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

3 ari teman kat kampong Mr T di Deridebi minggu lepas, teman tak dapat nak ronda sangat sebab perut meragam. Banyak dok kat rumoh dengan Kak Emine. Dia sibuk peroh susu lembu, buat sarapan, susun kayu api, jemur satnika benda....teman berbaring jer.

Balik dari koje dia masak untuk makan tengah hari. Sempat tu buat roti dan dolma masa teman jadi tetamu dia tu. Ari ketiga baru teman jalan-jalan lawat Pak Sedara Mr T dan amik gambor. Dari tingkap dapor dapat teman rakam laman rumoh yang sebelah kiri tu rumoh Fistig dan Kara Kiz.



Tahun lepas Kak Emine ada 2-3 ekor ayam jer. Ni dah membiak. Tujuan deme bela ayam untuk dapatkan telur. Tak perasan pulak ayam ni dapat jalan nyongket cam teman ke idok.



Fistig dan Kara Kiz memasing dah ada cucu. Anak deme dulu dah pandai cari boyfriends, tu yang cepat dapat cucu. Ni cucu Fistig, nama dia Muharrem. Nevin dengan megah tunjuk Muharrem kat teman. Dah crowded rumoh lembu ni. Nanti deme jual anak-anak lembu tu.



Satu pagi tu, Reki datang rumoh Kak Emine. Rasanya dia curious fasal teman. Malamnyer teman ada jalan gi rumoh Nevin ziarah mertua. Teman siap bawok kayu sebagai senjata takut dia tak kenal teman sebab dekat setahun tak jumpa. Dari jauh Reki dah usyar teman.



Semacam dia tenung teman tapi tak hostile rasanye. Lebih dalam keadaan study.
"Cam kenal jer Mokcik ni. Kat mane aku penah nampak?" pikior Reki.



"Hmm...baru ingat dia ni. Mokcik dari Tanah Melayu tu. Ingatkan sapa!"
Sepanjang perkenalan semula ni, tak sekali dia menyalak atau buat bunyi "hiiing...hiinggg!" Teman makin dekat dia nampak gementar tapi tak berganjak. Teman panggil, "Reki, Reki!" Bila dia tak nyalak langsung maknanya dia ingat dan terima teman.




Oh ropanya Reki ada partner baru. Anjing yang ntah mana mak mertua kutip. Umur dia lebih kurang sebaya Reki dan Nevin bagi nama Karabas. Memula Karabas nyalak kat teman semalam tapi pagi tu teman nyalak kat dia dulu dan tunjuk kayu, dia senyap sikit. Mungkin dia perasan Reki tak nyalak kat teman. Lagipun anjing ada deria buleh tau kita ni bahaya atau tak. Tujuan mertua kutip dia ni nak lantik dia jadi security guard kat ladang hazelnut atas bukit. Tapi bila mertua, Nevin balik ke kampong pas koje, dia pun ngekor balik, walaupun dia kena berkejor 6 km jauhnya! Kami tak bagi anjing naik lori atau traktor kami.



Dari pengamatan teman, Karabas akan jadi mafia kampong. Dia nampak lebih aktif dan asertif berbanding Reki yang dibela dari kecik. Tu dia usyar anjing jiran kot. Lembu tu anak Fistig.



Dia pun nampak bersemangat ikut traktor bila Nevin pandu bawok ke kebun masa pungut batang pokok jagung. Dia ikut traktor tu berlari-lari lalu depan rumoh-rumoh jiran yang ada anjing yang lebih senior dari dia. Tak takut pun. Tu tanda-tanda nak jadi Mafia!



Karabas ngekor Nevin yang sibuk berkoje. Reki nampak relaks jer. Memang Reki anjing yang tak bape cergas dan agresif. Dia jarang nyalak kecuali dia rasa orang yang dia suspect. Si Hitam tu pulak masa memalam teman datang dia dah nyalak dalam gelap. Teman nyalak kat dia sambil tunjuk-tunjuk kayu.



Tu dia baru gi meninjau-ninjau laman rumoh orang. Ni mesti nak tunjuk kuasa. Rasa teman lagi 2 tahun dia jadi ketua Mafia Kg Deridebi. Reki masih berlengkor, nampak tu? Deme dok luor kat laman jer, mengawal rumoh Nevin dan kekadang rumoh Mr T. By the way, dalam mazhab Hanafi, deme buleh menyentuh anjing.



Pe hal kucing putih ni naik balkon rumoh Mr T. Nak kena perambat ke? Ganas jer muka dia. Kak Emine cukup getik dengan binatang naik ke rumoh. Dia akan merungut dan hamput macam marah kat budok jahat!



Ohh...dia datang nak ligan si Freelance. Sapa yang dah lama baca blog teman mesti dah kenal Freelance, dulu sahabt baik Reki. Ni Reki dah ada geng baru, Freelance jadi Lone Ranger.



Bukan dia sesaja duduk bawoh kusi tu. Ropanya dia menyorok lari dari kucing putih. Si Putih ni Mafia kaum kucing! Deme berdailog bawoh kusi. Teman cuba halau sambil acu-acu dengan kayu api yang ada kat balkon tu. Takut ada yang terkencing terberak, kang ngamok Kak Emine.



Berjaya teman leraikan deme sebelum berlaku perang saudara. Bila si Putih lari, Freelance buat manja-manja. Sebenornya dia nak masuk rumoh mintak makan. Kak Emine walaupun tak cat-friendly, dia campak gak roti kering atau tulang-mulang pada kucing-kucing homeless ni.



Eerr...ni bukan hewan peliharaan Kak Emine atau Nevin tapi ikan Hamsi dari Laut Hitam. Nevin masak untuk makan tengah hari.



Bila Mafia takder, relaks ler kamu yek? Sian binatang ni. Musim dingin deme takder baju tambahan cam baju sejuk atau stokin cam kita paka. Buleh jer deme hidup. Bulu jer nampak lebih tebal dan gebu.



Walaupun musim petik dan jemur hazelnut dah abis, masa musim dingin koje kampong masih tak putus. Ni kayu pokok hazelnut yang agak baru dipotong dan dibior berjemur. Yang besor ni digunakan untuk soba kat bilik tido dan bilik ayor. Untuk soba kat dapur, deme guna kayu yang lebih besor yang disimpankan di bawoh rumoh.



Gambor rumoh Nevin teman amik pepagi dari tingkap dapor rumoh Mr T. Belah kiri ada selonggok lagi kayu yang belum dipotong untuk digunakan di soba dapur sebab saiz lebih besor. Musim dingin memang best dok kampong, tak bape huru-hara dengan aktiviti pertanian dan bunyi deruan jentera.

Thursday, January 27, 2011

Moh Tengok Baju di Pasar Minggu Eregli, Turki!


Assalamualikum dan Salam Bahagia,

Semoga kome semua sihat dan bahagia hendaknya! Teman bahagia sebab dah balik dok apartment sensorang...takde sedara mulut pot-pet, pot-pet dan tak dengor bebudok teroyok! 3 malam dok rumoh Tahsin rasa Ok sebab anak-anak dia dah besor tapi kekadang Ertugrul dan Sule beramok! Deme ni tak cukup-cukup perhatian kot! Ada masa Ertugrul usik teddy bear Sule, ada masa Sule menyakat abang dia. Nanti deme menjerit panggil 'Anne! Anne!' atau 'Hayir! Hayir!' (Tidak, tidak...bila rambut Sule kena tarik dik abang!)

Ni gambor Sule dan abang dia kahvalti sebelum ke sekolah kul 8:15 pagi.



Di Turki sekolah buleh buat uniform sendiri walaupun sekolah gomen.



Ari pertama teman sampai apartment Tahsin, Yeter (adik ipor Tahsin) ajak gi pasar minggu. Dia kekadang dok tinggal 3-4 ari ziarah dan tolong kakak dia yang hamil anak ke 3. Pas makan tengah hari Tahsin antor kami ke pasar yang 2 km jer dari rumoh.

Gambor atas sorang penjual sedang bergaya sambil megang bahu pelanggan dia. Tak pasal-pasal makcik tu kena peluk. Dia kenal biasalah tu dengan Ablah tu.



Sini ada gak nasi lemak, yang berbagai warna dan perasa! Camner orang nak try...takder fitting room!



Ropanya pasar ni lebih fokus pada pakaian dan barang dapur. Makanan dan benda-benda basah kurang. Tapi pilihan pakaian dan seumpamanya memang banyaklah.



Kalau ramai ablah-ablah berkerumun kat sesuatu gerai/khemah, maknanyer ada barang muroh. Lazimnya memang muroh atau competativelah rega dia. Yeter ada di celah-celah tu!



Sebab ni musim dingin, hanya baju winter yang banyak diperagakan. Rega memang jauh amat muroh dari yang dijual di kedai Winter Clothes kat Malaysia. Dan rekaan dia lagi terkini dan sofistikated. Teman dah usyar design kat kedai di SACC, Shah Alam, banyak yang out-of-date!



Bukan nak kata design kat sini sofistikated cam DKNY punya tapi lebih cantiklah dari yang kat KL kita. Yang ablah ni usyar semua bawah RM35.



Yeter dan Ertugrul tengah belek sarong tangan. Cap yang ada telinga kat sini lagi cantik-cantik dan muroh.



Yeter ni shopper idaman penjual. Memana dia pegi mesti dia tanya, "Ne kadar?" (Berapa ni?). Dia rajin menengok, bertanya rega tapi beli apa yang dia perlu jer. Masih single, dah lama tak sekolah dan tunggu orang meminang jer ni. Dulu deme nak padankan dengan Ilker, tapi dia jual mahal. Dia dok rumoh jadi dara pingitan tapi rajin koje dan kuat koje ladang ni! Tangan dia punya besor, kalau kena penampor, buleh berpusing mata!

Hmm...ada ke memana Yob yang berkenan? Tapi mata dia tak biru arr, coklat jer.



Yeter rembat sepasang sarong tangan. Lebih kurang 10 hinggit. Sarong kecik tu buleh ditanggalkan dan sarong kat jejari tu kalau nak.



Teman idok beli apa-apa pun. Usyar rega jer. Yelek bulu ni about RM35.



Ni teman kenan bebenor. Labuh bawoh lutut. Tengok pada kain dan design memang berbaloilah kalau beli. Kat kedai Winter kat Malaysia gerenti RM400 keatas. Itu pun yang takat atas lutut, tak labuh cam yg teman pegang ni. Kat pasar ni RM160 jer, sebelum tawor menawor tu! Teman tergoda gak nak sambor satu tapi pikiorkan bukan satu keperluan, tak jadi ler beli. Kang nak bawok balik kot lama satu hal. Beg baju teman kecik jer.



Baju cardigan biasa RM30 jer atau kurang.


Yang ni pun teman jeling-jeling semacam, RM35.



Yang ni pun meruntunkan jiwa, RM50 (yang timbul-timbul kaitan dia tu). Mana nak dapat rega ni kat Malaysia. Tapi teman dah beli 2 lai kat Duzce, idok ler jahat nak beli lagi. Nanti suami marah kata teman membazir!



Ada gak yang jual ayakkabi. Sepasang yang atas buku lali RM70, yang tinggi sampai lutut tu lebih kurang RM90. Teman dah ada 2 pasang, tak yah ler nak tamak. Cuci mater jerlah.



Ni citer dah balik rumoh Istanbul. Malamnyer Tahsin phone tanya kabor. Bagus dia ni, amik berat hal-ehwal Mak Tiri dia. "Kalau ada problem, call ya," dia pesan. Of coz, thank U! Kelmarin dia tanya "Mummy ada duit tak? Kata nak jalan-jalan bandar Eregli." Teman segan nak amik duit dia, teman kata duit ada. Terharu sungguh teman!

Semalam rasa teringin makan nasi. Teman pun mereka nasi briyani. Tak penah buat nasi briyani. Cuma boh sikit rempah briyani dan kayu manis dan bunga lawang dalam beras basmati tu. Boh sikit kunyit idup bagi kaler, dan sikit lemak ayam. Bila dah masak ada ler rasa nasi briyani sikit. Nak lepaskan gian rasa kari. Lawan dengan ayam goreng berempah dan salad. Sampai ke pagi makan benda yang sama kome!



Pagi ni suhu dalam apartment 18 Celcius. Tak buleh nak adjust combi keme ni. Memang sejuk kaki teman, dah pakai 2 lapis stokin. Kat luor 2 Celcius. Matahari elok jer terang, tapi itu buleh menipu kome...sejukkk tu!

Dok rumoh jer ler ari ni. Tapi teringin nak makan karipap! Buat karipaplah...