Moh Kite Follow Sesame...

Friday, January 14, 2011

Sekolah Turki Part 2


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Rasa dan sihat sikit. Semalam rasa mual-mual cam nak muntoh. Pe benda yang salah makan. Bila dah muntoh ok sikit.

Ni dah 3 ari kat Kg Deridebi dok rumoh Kak Emine. Sapa yang tak tau tu ,Kak Emine tu madu teman. Kome yang takut hidup bermadu jangan cuba nok try. Teman nasib baik, walaupun orang asing (yabanci), Alhamdulillah diterima baik oleh madu, 3 orang anok-anok tiri, Mak Mertua dan kaum kerabat Mr T. Alhmadulillah ni rezki yang teman dapat yang Dia bagi. So far so good.


Sambung citer kat sekolah Zeynep. Teman usyar kat pantry guru, nampok pengetuanya sedang bancuh cigkofte. Menu ni daging campur bijiran apa ntah dan berbagai jenis rempas-ratus, gaul-gaul, kepal-kepal dan tanpa dimasak kome makan dengan daun salad. Kome gulung atau bungkuih cam makan sirih. Hari ni sorang pegawai gomen dari bandar nok datang melawat sekolah!




Kat dapur canteen sorang staf lelaki dan sorang mok anak murid sedang kupas kulit kentang rebus. Kat sekolah ni, hubungan mok bapak dan guru kira amat mesra. Bila-bila masa parents buleh datang jenguk sekolah.



Ahh Cikgu Ahmet pun ada tolong kat dapur! Cergas betoi cikgu ni!





Tu dia aih, siap satu salad oleh Oregtmen Ahmet! Daun salad, bawang dan hirisan lemon.



Ni lagi satu salad yang boh kentang rebus tadi. Kome buleh tiru buat kat rumoh. Senang jer - kentang rebus, daun salad, hirisan kubis ungu tu (kalau suka), bawang, dan perah lemon atau limau, minyak zaitun dan garam. Lezzettt!





Bila dah siap deme bawak semua makanan ke bilik mesyuarat di tingkat atas. Fatma ajak teman join sekali. Teman pun numpang makan di celah-celah cikgu tu. Ramai yang tak tau teman ni yabanci. Teman pun tak cakap apa-apa. Cikgu Ahmet tolong mengisikan makanan dalam plate teman.



Tu yang berkepal-kepal tu cigkofte dan makan dengan daun salad tu. Yang tak best, cam lazim di negara Eropah, lunch deme buleh jadi makanan sejuuuk! Semua sejuk. Yang panas cay jer. Selain cigkofte dan 2 jenis salad tadi, ada salad carrot, dan 2 jenis kek dan roti borek.



Pas makan deme berbincang-bincang dengan para pelawat. Kendian para pelawat dibawa masuk dalam beberapa buah kelas.

Muka Pokcik Kemal ni mesti ada kat mana-mana, termasuk dalam kelas . Adalah kata-kata 'hikmat' dia tu kot.




Yang tengah tu pegawai pelawat, yang pompuan tu cikgu dalam cuti. Di Turki hamil 7 bulan dah buleh cuti dan berehat 2 bulan lepas bersalin. Yang tepi tu pengetua yang buat cigkofte.



Fatma turut sama dalam lawatan tu. Lepas tru dia citer, lawat sesajer, bukan dapat apa-apa pun nanti. Ngabihkan boreh, kata dalam dialek Pak Oncu!




Masa keluor kelas, nampok Cikgu Ahmet ngajor PJ pulak. Kan cergas teman kata Cikgu Ahmet ni!




Sebelum balik, sempat skodeng bilik Tadika Bahrican. Cikgu dia jemput masuk. Teman kata jap jer. Amik gambor jer.




Nilah classmates Bahrican dan cikgu dia. Cikgu dia nampok amat manis, tapi mata dia coklat jer. Masih tak jumpa yang mata biru!












10 comments:

  1. LOL im the first yg buek komen!!! Hope Malaysian techers dapek mempelajari sesuatu dari n3 ini,,, banyak yg perlu kita belajar dari negara yg dah maju ,,,, botul tak kak Lima

    ReplyDelete
  2. Salam Yob PO, betoi tu, mana yg baik kita ikut! He he sonok dapek komen yg pertama, nok hadiah dr Turki ke?

    ReplyDelete
  3. hahahaha hadiah dari Turkey,,, kalau nak beri ok juga tapi tak paksa huhuhuhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. wow!!
    memang menarik...
    simple tapi sedap je tengok

    ReplyDelete
  5. Salam.
    get well soon akak ;)
    cam seronok je melawat sekolah2 ni.
    and makanan tu nampak sedap even simple je.

    ReplyDelete
  6. Salam Yob PO, akak rasa nok bagi pd kawan, gitu ler. He he..he..gi cari email akak dlm entry tajuk keputusan teka tikam, selalunya ada kat situ, bagi your name and address he, he...dpt cenderahati ni ikut mood akak he he, dan rezki org tu! Thanx for always dropping by!

    ReplyDelete
  7. Salam Yob Mie, yang simple tu yg bagus!

    ReplyDelete
  8. Salam Tina,Alhamdulillah dh sihat. Sonok gak gi skolah deme ni, cam gi sekolah tadika...happening jer. Buleh jer kita tiru menu deme tuh!

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Halima.....
    bagoih sekolah tadika deme ye.....cikgu yang kene masak....kat kat Malaysia....semue kene tender..... yang datang melawat tu...kighe macam Nazir sekolah la ye???

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Shahril,

    Haa lebih korang gitu ler, dari PPD deme.

    ReplyDelete