Moh Kite Follow Sesame...

Friday, January 28, 2011

Moh Kenal Mafia Kg Deridebi, Duzce, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

3 ari teman kat kampong Mr T di Deridebi minggu lepas, teman tak dapat nak ronda sangat sebab perut meragam. Banyak dok kat rumoh dengan Kak Emine. Dia sibuk peroh susu lembu, buat sarapan, susun kayu api, jemur satnika benda....teman berbaring jer.

Balik dari koje dia masak untuk makan tengah hari. Sempat tu buat roti dan dolma masa teman jadi tetamu dia tu. Ari ketiga baru teman jalan-jalan lawat Pak Sedara Mr T dan amik gambor. Dari tingkap dapor dapat teman rakam laman rumoh yang sebelah kiri tu rumoh Fistig dan Kara Kiz.



Tahun lepas Kak Emine ada 2-3 ekor ayam jer. Ni dah membiak. Tujuan deme bela ayam untuk dapatkan telur. Tak perasan pulak ayam ni dapat jalan nyongket cam teman ke idok.



Fistig dan Kara Kiz memasing dah ada cucu. Anak deme dulu dah pandai cari boyfriends, tu yang cepat dapat cucu. Ni cucu Fistig, nama dia Muharrem. Nevin dengan megah tunjuk Muharrem kat teman. Dah crowded rumoh lembu ni. Nanti deme jual anak-anak lembu tu.



Satu pagi tu, Reki datang rumoh Kak Emine. Rasanya dia curious fasal teman. Malamnyer teman ada jalan gi rumoh Nevin ziarah mertua. Teman siap bawok kayu sebagai senjata takut dia tak kenal teman sebab dekat setahun tak jumpa. Dari jauh Reki dah usyar teman.



Semacam dia tenung teman tapi tak hostile rasanye. Lebih dalam keadaan study.
"Cam kenal jer Mokcik ni. Kat mane aku penah nampak?" pikior Reki.



"Hmm...baru ingat dia ni. Mokcik dari Tanah Melayu tu. Ingatkan sapa!"
Sepanjang perkenalan semula ni, tak sekali dia menyalak atau buat bunyi "hiiing...hiinggg!" Teman makin dekat dia nampak gementar tapi tak berganjak. Teman panggil, "Reki, Reki!" Bila dia tak nyalak langsung maknanya dia ingat dan terima teman.




Oh ropanya Reki ada partner baru. Anjing yang ntah mana mak mertua kutip. Umur dia lebih kurang sebaya Reki dan Nevin bagi nama Karabas. Memula Karabas nyalak kat teman semalam tapi pagi tu teman nyalak kat dia dulu dan tunjuk kayu, dia senyap sikit. Mungkin dia perasan Reki tak nyalak kat teman. Lagipun anjing ada deria buleh tau kita ni bahaya atau tak. Tujuan mertua kutip dia ni nak lantik dia jadi security guard kat ladang hazelnut atas bukit. Tapi bila mertua, Nevin balik ke kampong pas koje, dia pun ngekor balik, walaupun dia kena berkejor 6 km jauhnya! Kami tak bagi anjing naik lori atau traktor kami.



Dari pengamatan teman, Karabas akan jadi mafia kampong. Dia nampak lebih aktif dan asertif berbanding Reki yang dibela dari kecik. Tu dia usyar anjing jiran kot. Lembu tu anak Fistig.



Dia pun nampak bersemangat ikut traktor bila Nevin pandu bawok ke kebun masa pungut batang pokok jagung. Dia ikut traktor tu berlari-lari lalu depan rumoh-rumoh jiran yang ada anjing yang lebih senior dari dia. Tak takut pun. Tu tanda-tanda nak jadi Mafia!



Karabas ngekor Nevin yang sibuk berkoje. Reki nampak relaks jer. Memang Reki anjing yang tak bape cergas dan agresif. Dia jarang nyalak kecuali dia rasa orang yang dia suspect. Si Hitam tu pulak masa memalam teman datang dia dah nyalak dalam gelap. Teman nyalak kat dia sambil tunjuk-tunjuk kayu.



Tu dia baru gi meninjau-ninjau laman rumoh orang. Ni mesti nak tunjuk kuasa. Rasa teman lagi 2 tahun dia jadi ketua Mafia Kg Deridebi. Reki masih berlengkor, nampak tu? Deme dok luor kat laman jer, mengawal rumoh Nevin dan kekadang rumoh Mr T. By the way, dalam mazhab Hanafi, deme buleh menyentuh anjing.



Pe hal kucing putih ni naik balkon rumoh Mr T. Nak kena perambat ke? Ganas jer muka dia. Kak Emine cukup getik dengan binatang naik ke rumoh. Dia akan merungut dan hamput macam marah kat budok jahat!



Ohh...dia datang nak ligan si Freelance. Sapa yang dah lama baca blog teman mesti dah kenal Freelance, dulu sahabt baik Reki. Ni Reki dah ada geng baru, Freelance jadi Lone Ranger.



Bukan dia sesaja duduk bawoh kusi tu. Ropanya dia menyorok lari dari kucing putih. Si Putih ni Mafia kaum kucing! Deme berdailog bawoh kusi. Teman cuba halau sambil acu-acu dengan kayu api yang ada kat balkon tu. Takut ada yang terkencing terberak, kang ngamok Kak Emine.



Berjaya teman leraikan deme sebelum berlaku perang saudara. Bila si Putih lari, Freelance buat manja-manja. Sebenornya dia nak masuk rumoh mintak makan. Kak Emine walaupun tak cat-friendly, dia campak gak roti kering atau tulang-mulang pada kucing-kucing homeless ni.



Eerr...ni bukan hewan peliharaan Kak Emine atau Nevin tapi ikan Hamsi dari Laut Hitam. Nevin masak untuk makan tengah hari.



Bila Mafia takder, relaks ler kamu yek? Sian binatang ni. Musim dingin deme takder baju tambahan cam baju sejuk atau stokin cam kita paka. Buleh jer deme hidup. Bulu jer nampak lebih tebal dan gebu.



Walaupun musim petik dan jemur hazelnut dah abis, masa musim dingin koje kampong masih tak putus. Ni kayu pokok hazelnut yang agak baru dipotong dan dibior berjemur. Yang besor ni digunakan untuk soba kat bilik tido dan bilik ayor. Untuk soba kat dapur, deme guna kayu yang lebih besor yang disimpankan di bawoh rumoh.



Gambor rumoh Nevin teman amik pepagi dari tingkap dapor rumoh Mr T. Belah kiri ada selonggok lagi kayu yang belum dipotong untuk digunakan di soba dapur sebab saiz lebih besor. Musim dingin memang best dok kampong, tak bape huru-hara dengan aktiviti pertanian dan bunyi deruan jentera.

6 comments:

  1. napa tak bela ayam banyak2 cam org.kg kita

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Halima...
    suasane kat kg deridebi ni nampok tenang je....seghonok betoi tengok nye......udahle tenang...nampok aman jugakkk..tambah2 ade mafia kampongg....hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Joyiman, bela ayam nakkan telur jer tp deme tak heran makan telur tiap ari. Lembu lebih penting sbb deme makan keju, susu dan yoghurt tiap ari.Tulah pengamatan teman.

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Shahril, tngok dlm gambor mmg tenang. Tp dlm musim bunga dan panas hingor banyak bunyi jentera dan kenderaan dari 7 pagi sampai larut malam! Sib baik dua2 Mafia kami tu bukan jenih kuat nyalak cam setengah anjing, bila perlu jer deme gonggong!

    ReplyDelete
  5. cikgu,ayam dia sama cm ayam kampung kita ....., ayam tu leh tahan cuaca sejuk kt sn la leh membiak banyak.

    ReplyDelete
  6. Salam Razimah, ha'ah sama jer ayam deme dgn ayam kita. Tak tau ler cam ner deme buleh tahan sejuk, Allah Maha Pengasih!

    ReplyDelete