Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Ari kedua di Eregli teman dah plan nak ke Zonguldak, satu daerah atau bandar 45 km jauhnya. Pepagi kahvalti dengan cucu tiri Ertugrul dan adik dia Sule. Teman pilih nak gi ari tu jugak sebab dengor salji mungkin turun dalam sehari dua. Teman tak mau stranded kat mana-mana bila laluan tak buleh lalu sebab salji. Ronda-ronda bandar Eregli buleh dibuat ari berikutnya.
Tinggi jugak jalan nak ke Zonguldak ni, berpusing-pusing dan cuaca pulak foggy dan ujan renyai. Bas panjang takder, bas mini jer. Teman rasa agak mabuk. Mungkin sebab makan pagi yang banyak keju dan benda-benda manis, perut jadi semacam jer. Sib baik tak termuntoh. Dalam sejam sampai bandar Zonguldak yang tak cantik tu.
Kalau Akcakoca ada pantai pasir itam/gelap, Eregli pulak ada laut dan esplanade tapi Zonguldak ni ada gak laut tapi tak berpantai dan hanya pelabuhan. Wilayah ni kaya dengan arang batu. Takder lombong arang kat bandar ni. Teman pun tak tau mana lombong dia. Tapi sepanjang naik bukit dengan bas mini tadi, nampak bukit-bukau yang batu-batan dia warna gelap dan berlorek-lorek.
Ni sungai dalam bandar yang ada burung laut, tak tau ler burung camar ke apa.
Bebudak sekolah lepak kat bandar kul 11 pagi apa hal. Selalu gak teman jumpa budak sekolah Turki ni ponteng sekolah. Walau pun deme pakai jaket berbagai ropa, buleh kenal deme ni budak sekolah. Kat Akcakoca selalunyer budak jantan. Lepak kat pantai isap rokok.
Ni kalau tak ujan (renyai pun deme kira ujan), meriah lorong ni dengan shoppers sebab ianya hanya untuk pejalan kaki jer.
Polis kat Zonguldak ni rajin gak senyum. Kat Istanbul payah sikit nak tengok deme senyum, stress koje kat Istanbul kot, tiap ari ligan penjenayah/pengedar dadah/penyeludup pompuan/terroris.
Teman nyusur jalan tak ketahuan. Ni kali kedua teman sampai kat bandar ni. 2 tahun lepas dengan kuarga Tahsin tapi ni sorang-sorang. Sebelum sesat, teman dah pastikan kat mana bas berhenti, terminal/stesen dan landmarks yang utama.
Tu dia rega buah limo besor tu lebih kurang RM2.20 jer sekilo. Limo berbagai jenis memang muroh kat Turki. Epal tu pun 1 Lira jer. Teringin nak beli sebab besor dan muroh tapi kat rumoh Tahsin epal kampong pun berlambak. Kensel nak beli!
Strawberi ni agak mahal. Anggaran RM14 sekilo. Bukan musim dia. Tapi ni saiz besor dan manis.Nak sama besor dengan buah limo tu. Kat Cameron Highland kecik dan masam.
Teman lalu satu kedai kasut. Ada tukang buat kasut, bukan dari kilang. Rega anggaran RM21 sepasang. Tak tau ler apa material dia guna, segan nak tanya. Ayakkabi tu kasut. Dapat belajor satu lagi perkataan Turki ya kome!
Usyar gak kedai pistol dan senapang ni. Cam jual parang golok jer.
Kome minat gambus? Hah, moh mai ke Zonguldak.
Kat cammi ni teman solat zohor. Nak tau, sebelum kuor rumoh tadi teman dah siap amik wudhu sebab tau betapa susohnya nak amik wudhu dengan baju berlapis-lapis ni dan jugak sebab ayor paip sejuk yaa amat!
Terpaksa teman berjaga-jaga simpan wudhu ni. Sib baik buleh pakai sarong tangan, takut tersentuh. Lagipun deme tak heran kalau kita paka sarung tangan dalam musim sejuk ni. Kalau kat KL teman paka sarong tangan, kang ada yang panggil doktor untuk teman. Untuk maklumat kome, mazhab deme tersentuh laki pompuan tak batal wudhu!
Bandar ni memberi penghargaan pada pekerja lombong yang memberi sumbangan besor pada sektor ekonomi deme.
Kejadian lombong runtuh penah berlaku kat lombong di Zonguldak tapi teman tak bape tau kes-kes tertentu cuma penah dengor jer.
Masa teman nak balik, terdengor sorakan dan laungan dari berpuluh-puluh suara garau. Bunyi laungan ni cam familiar jer, teman biasa dengor kat TV Turki. Teman toleh nampok satu perarakan dan spanduk dan banner. Teman patah balik gi tengok. Berlari takut miss!
Beberapa orang Bond sedang mengiringi kumpulan protestor ni.
Teman terlepas grup yang bawak spandok dan banner, tak dapat nak rakam gambor, kalau tak, buleh tanya Tahsin apa yang deme tulis.
Kebanyakannyer lelaki tapi ada gak pompuan. Teman agak ni demonstrasi pekerja kot. Tak der yang agresif atau yang maki-hamun, cuma menyanyi dan melaung slogan.
Ada lebih kurang 300 orang yang berdemo ni. Elok deme berarak dan tak ganggu trafik. Trafik pun cam sabor jer dengan deme ni. Orang yang menonton pun cam tak bape amik pot sangat pada demosntrasi ni. Polis pun tak kaco. Teman pun tak jangka ada ujan asid akan turun. Kalau kat Malaysia bukan jer ujan asid, ujan belantan pun naik kepala!
Elok jer abis tengok demo, teman bergegas cari bas ke terminal. Kena balik ke Eregli cepat sebab cuaca tak menceriakan. Takut berlaku apa-apa kat jalan balik tepi lereng bukit tu. Ada tanah runtuh teman nampak masa datang tadi.
Sampai Eregli kul 2 pm lebih. Terus cari makan sebab dah lapor. Teman makan Adana Kebab!
bestnyer jalan2..
ReplyDeletebila la dapat peluang camtu..haha
akak bestnye..
ReplyDeletejln2 di tempat org..dan paling best tgk makanan tu..best sgt..lapau ni..heheh
Salam akak lima leh dapat kan sikit arang batu !!
ReplyDeletekak lima...sedapnya nampak kebab tuuu
ReplyDeletebestnye....hujan emas dinegeri org, ujan belantan di negeri sendiri....jawab la sendiri...hehehhe...tengok semua gmbar, best bangat...tak ape le...tak dapat pegi nengok gambo pun udoh le....
ReplyDeleteSalam Kak Halima....
ReplyDeleteAYakkabi = Kasut.....
10 milyon ....kite sebot macam 10 million...juta tu kome...... ghupenye baghu le RM21.....
kalo kat Malaysia tu dah ghamei kene tangkap tu kak halima....baise le Malaysia ni kan ke negare Demokrasiiii...kekeke
Salam Yuan, nak selalu jalan2 kawin dgn orang asing...Indon ke, Bangla ke...he he. Akak tak plan pun kawin dgn org asing, jodoh Allah bagi. InsyaAllah nanti Yuan sampai ke Istanbul!
ReplyDeleteSalam Cikceria, kalau kaki nyongket mmg sonok jalan wlupun ke tempat yg tak cantik. Kebab sini lagi sedap dr kat Msia punya Cik ceria!
ReplyDeleteSalam Yob PO, nasib baik akak tak gi tempat ada lombong mas atau berlian, kalau tak kna bawok balik emas berlian. Nanti akak bawok batu dr laut itam, ok?
ReplyDeleteSalam Ina, kebab deme lagi sedap!
ReplyDeleteSalam Fadzli, nak gak ujan emas di negeri org kalau benjol kat kepala di negeri sendiri! Mula2 tengok gambor, lain kali buleh mai!
ReplyDeleteSalam Yob Shahril, tahun 90an deme inflasi teruk, nilai duit turun, tu yg banyak 0000 dan deme sebut milyon. Bila parti Erdogan perintah, inflasi pulih, deme buang 0000 tu jadi Lira Baru. Tapi ada yg dah biasa guna milyon lagi. 1 Turkish Lira sama dgn RM2.20 gitu. Kat Malaysia demo aman pun kena ligan, nasib ler kita!
ReplyDeleteoohhh ada gak budak sekolah tu merewang2 ek.. pistol senapang jual kat kedai camtu je? kt msia ni takde kan...
ReplyDeletekalau saya ni, tak dan la nak simpan wuduk lama camtu.. kejap2 je gerenti abis... kepala angin camtu la.. hehee..
bab kebab yang paling tak tahan tu... sedappppp nya..
Salam Mulan, budak sekolah sama jer kat mana pun he he! Ada jual pistol dan senapang mainan kat Malaysia ho ho! Mmg kna berdisiplin nak jaga wudhu ni!
ReplyDeleteYa, kebab deme lain dr yg kat Malaysia Mulan, sodap bangat!
Salam Kak Yong...selalu ke Kak Yong jalan jalan sorang ni?
ReplyDeleteTerkejut gak tgk kedai jual senapang/sepetol tu..mcm jual gambus aje layaknya. Hehe!
Salam Hairil, ha'ah memang selalu jalan sorang2, kat Malaysia pun cam tu, dah biasa. Negara lain yg mudah jual beli spetol ni, Malaysia yg ketat banyak undang2 senjata dia.
ReplyDeleteyang paling teruja sangat tengok buah strawberi......besar giler tu.....
ReplyDeletesiar kaki di bandar tu menarik hati saya.. dan ngape aspalnye nampak lain..
ReplyDeleteStrawberi deme beso......
ReplyDeleteSalam Yong Eita,
ReplyDeleteMemang stroberi deme besor bangat! Dan manis!
Salam Yob Mad,
ReplyDeleteMinat pejalan kaki tu ya? Lain sikit teknologi aspal diorang kan?
Salam Razimah,
ReplyDeleteYa betoi stroberi deme besor!