Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat Yang Mubareq!
Kome mesti dah solat jemaat ari ni, kat sini masa teman nulih ni lagi 2 jam. Ni nak citer aktiviti nyongket 2 ari lepas. Gi ronda-ronda bandar percutian Akcakoca. Bandar dia nak kata besor pun idak, kecik pun idak. Penduduk adalah 20 ribu kot. Doknyer tepi Laut Hitam/Black Sea atau dalam Bahasa Turki Karadeniz. Bandar Akcakoca meriah dalam musim bunga dan terutamanya dalam musim panas. Kalau kome nak tengok boya putih bersidai, meh datang kat pantai dia antara bulan July-September. Tapi idok ler cantik sangat pantai dia, tak macam pantai belah selatan dan mediterranean Turki, sana lebih panas dan ada pokok nyok.
Pagi tu Nevin tumis cili ijo dengan tomato untuk kahvalti. Kome jangan terkejut keme makan cili pepagi. Rasa cili ni tak pedas, macam makan kacang buncis jer. Cicah ngan roti.
Teman ngan Nevin nyongket ke pasar minggu. Kami jalan kaki separuh jalan pastu naik bas. Nak ke bas stesen, jalan nyusur pantai Laut Hitam. Sepanjang jalan tu banyok rumah sewa atau villa sewa untuk pelancong musim panas. Hotel dan apartment ngadap laut pun banyok. Musim ni kosong dan lengang. Yang ada penghuni apartment penduduk tempatan.
Teman sempat berkenalan dengan salah sekor penduduk tempatan. Dari jarak 10 meter teman nengok dia, kopeg ni dah tunduk-tunduk dan turunkan telinga dia. Tak tau ngapa dia takut dengan teman. Teman tak marah dia pun. Teman pun tak der pemakai, apa yang dia segan-silu pun teman tak paham. Bila teman nampak dia dok diam, teman pun merapatkan diri kat dia, buleh bergambor bersama! Tengok telinga dia rapat ke bawoh!
Naik bas 5 minit kami sampai ke pasar minggu. Riuh-rendah penjual laung "Ablah, Ablah buyrun!" (Kakak, Kakak silakan!). Suara deme kuat dan lantang cam suara Pavarotti. Satu rumpun salad tu RM2.50 jer. Besor!
Cili ijo ni buat sayur jer, tak rasa pedas. Besor dan panjang 5-7 inci, RM4 sekilo. Teman selalu guna buat salad.
Sayur yang paling dekat ni tulah sejenis herba yang popular, nama dia maidonas. Agak wangi bau dia, buleh diguna berbagai cara - dalam salad, dalam kofte dan apa-apa pun. Satu ikat RM2. Teman mesti simpan kat rumoh sebab suka tabur dalam salad atau sebagai sayur.
Buah-buahan local. Tengok takder yang berkilat cam buah import kat supermarket kita. Oren jer keme beli sebab kami takder pokok oren atau mandarin.
Nevin beli tomato kat sini. Mr T tak bape gemor tomato komersial ni tapi katner nak cari tomato organik kecuali kat kampong yang ditanam dik Madam T. Tu pun tak banyak dan yang lebih sebelum busuk dibuat tomato puree.
Bahagian kain baju yang menariknyer harga baju musim sejuk amat muroh. Yang ni RM22 jer selai, kalau kat kedai jual pakaian winter di Malaysia, gerenti RM100 ke atas selai. Elok benang bulu dia. Sepasang sarung tangan RM2.50 jer. Kat SACC Shah Alam, sarung tangan Made in Korea/China punya RM12-16 sepasang. Tahun lepas teman beli 10 pasang kat pasar Turki, 2 pasang bagi kat kawan yang nak gi Jermang. Qualiti sama jer!
Ablah-ablah sedang tawor-menawor harga canta. Beg tangan bukan kulit. Pompuan Turki ramai yang suka bergaya dan berlawan meregek. Tapi deme rajin buat koje rumoh. Ok ler gitu kalau nak perabihkan duit suami ke...tak gitu Yob-yob semua?
Ada sorang Ablah tengah mengait renda. Dia jugak jual alas-alas meja renda jahitan tangan ni. Memang halus koje deme ni. Tengok ropa jahitan tu teman malas nak tanya sebab gerenti mahal. Sini kalau sendiri yang jahit mahal, kalau kilang yang buat muroh. Teman beli pun yang hasil dari kilang tapi tetap cantik kome.
Ni ropa tengah bandar Akcakoca. Selain dari pelancongan, deme maju oleh industri findik (hazelnut), dan perusahaan biasa. Kalau musim dingin ni deme dapat ler hasil tangkapan ikan yang segor dari Laut Hitam. Ikan Hamsi yang kami selalu masak tu dan beberapa jenis ikan asal dari Laut Hitam jer.
2 remaja pompuan dengan uniform sekolah. Masa kekecik deme pakai skirt tapi masuk sekolah menengah deme ada pilihan paka seluor. Lebih mudoh paka pantaloon bila dah besor-besor ni sebab sejuk dan selamat!
Camii Akcakoca di tengah bandar. Ni satu-satunya masjid di Turki yang teman nampak tak ikut senibina Ottoman/Uthmaniah. Ia share premis dengan sebuah supermarket dan kedai-kedai di bawohnya.
Teman suka lalu di lorong-lorong kat bandar Turki. Nanti buleh jumpa selonggok orang jantan dok luor minum cay terutama di musim dingin. Selain menikmati cay panas, deme buleh nikmati udara segor sambil mencemari udara segor tu dengan asap rokok deme! By the way, tea house ni tempat orang jantan jer berlonggok, orang pompuan tak gi!
Salah satu banguanan lama. Rumoh lama selalunyer ada tingkap yang jut out dari dinding cam gambor ni. Ada juga rumoh atau apartment baru yang dibina tiru senibina cam ni yang tingkap dia terkeluor dari dinding.
Kalau nak gi ke bandar atau balik ke rumoh, kami lalu esplanade ni. Ni ropa kalau hari tak ada matahari - gelap dan murung. Kalau musim panas ramai pengunjung berjalan dan bermain atau berjemur kat bangku-bangku sepanjang jalan.
Bila ada matahari, ada orang duduk-duduk kat sini, termasuk kopeg-kopeg.
Dekat-dekat apartment Nevin, ada tanah wakaf. Hari yang teman lalu, teman snap 2-3 kali gambor, kebetulan ada 2 orang remaja lelaki beruniform sekolah tengah isap rokok dalam kuburan tu. Bila deme perasan teman amik gambor, nampak riso jer muka deme.
Sebelah tanah wakaf tu, ladang findik.
Tanah wakaf kat Turki cam taman, orang takder rasa takut lalu-lalang kat sini. Sepanjang teman dok Turki, teman tak penah dengor citer hantu!
Salam Helli,
ReplyDeleteMak Long hang tergedik gedik Helli oii... tumpang seronok... addehh...
hahahaha ari ni tak dapat tempat pertama,,, tapi naib johan pun dah kira ok ,,, salamu untuk kak lima di sanun !!!!!!!!
ReplyDeletesalam kak
ReplyDeletepekan akcakoca tu mcm tenang je yek..cili hijau tu kalau bubuh isi ikan dalamnya buat solok lada tu msti sedap tu..segor je cilinya...dari esplanade tu blh menikmati matahari terbenam dak..sure cantik tu kalau ada..
Salam Pak Long, takperlah orang tumpang sonok, teman pun nak share sonok dgn orang yg sudi mace!
ReplyDeleteSalam Yob PO, macam ada pertandingan jer. Dah email ke nama dan alamat rumoh? Takder pun dalam hotmail akak alamat miker.
ReplyDeleteSalam Asma, bandar ni tenang luor musim bunga dan musim panas. Haa deme ada gak cili sumbat, deme panggil dolma. Nanti akak buat story pasa dolma ni, kebetulan Pinar buat dolma ari ni. Nok tengok matahari terbenam kna tunggu musim panas, sekarang sejuk bebenor!
ReplyDeletecantik pemandangan di sana ya...
ReplyDeletesalam yob...suke keme bace labun org perak ni....btw, salam kenal =D
ReplyDeletehaha! saye mesti ketawe bace citer cekgu sambil cube2 bace lam loghat pah bedoh.. :p hee...
ReplyDeletesaye suke tang citer bgambor ng sekor penduduk tu.. :p
then saye suke jugek baju musim sejuk tu... yelah murah2.. kalo kat giordano ke, padini ker da berpuluh ringgit tu pon after discounts.........
then sy suke jugek brown coat yg dipakai oleh pompuan tuh..!! haaahahha!
Salam..
ReplyDeleteakak..segar2 sayur kat sana ye. cantek lak tu pemandangan.
29hb ni flight kami ke istanbul. InsyaAllah kami ke sana dalam 2 minggu. Boleh jumpa nanti InsyaAllah. Sekarang tengah dalam minggu exam, doakan kami di sini :)
comel plak anjing tu, berkenan teman ha3
ReplyDeleteakak, baru ni teman mace buku 'kuasa kepemimpinan Al-fateh' kemudian teman mace blog akak ni, makin berkobar pulak rasa nak menjejak Turki dan menghayati sejarah perjuangan Rasul, para sahabat dalam mengembangkan agama Islam. satu hari teman mesti pergi Turki! Ok tu je nak ngabor.
ReplyDeletewahhhhh best2! Sy suka makan sayur. Geram tgk sayur2 fresh tuh!
ReplyDeleteTK terbayang2 kalau la TK ada dlm foto2 tu..
ReplyDeletewah..
seronoknye..
ntah bila la nk sampai sana..
Salam Mohammad, Ya Alhamdulillah pemandangan cantik2 tp yg dlm entry ni tak cantik sebenornyer!
ReplyDeletehehehe... seronok2.... tapi si bermata biru takda jugak... huhuhu...
ReplyDeleteSalam Numara, tadi cikgu beli 2 helai baju sejuk 2 lai, tak sampai RM50!
ReplyDeleteSalam Tina, lama gak nak lepak Turki tu. Akak doakan Tina berjaya dgn baik dlm exam nanti!
ReplyDeleteSalam Hairul, kami kat kg Deridebi dah ada 2 ekor, nak sekor?
ReplyDeleteSalam Yong Luna, InsyaAllah nanti Luna sampai sini bercuti. Sementara tu Tahniah dpt KPLI!
ReplyDeleteSalam Ali, wah sama kita suka makan sayur tapi akak kena ada lauk gak!
ReplyDeleteSalam Toyolkiut, InsyaAllah awak sampai sini, simpan jer duit dan baca pengalaman akak kat sini, mana tau buleh apply nanti.
ReplyDeleteSalam Yob Isa, mata coklat dan kelabu asap jer banyak.Kalau kucing Van mata biru dan merah nak?
ReplyDelete