Assalamualaikum dan Salam Ceria Mengkome,
Tadi gi makan balik (patutnyer ejaan dia 'i' takde titik. Bunyi dia rhyme dengan 'bala' tapi ada 'k' kat ujung). Mr T dah janji nok bawok makan ikan sebab dia tau teman suke makan ikan.
Apa kelas makan ikan, kata kome!
Sebenornyer bukan kelas tak kelas tapi nok dapatkan balik ni, kena tunggu ujung musim luruh dan sepanjang musim sejuk baru dapat ikan fresh. Kalau bulan lain kira ikan frozen atau ikan dari negara lain. Ikan hanya buleh ditangkap di Turki pada musim-musim tadi. Musim panas bagi deme membiak. Dulu-dulu takder peraturan ni dan gomen dapati jumlah ikan berkurang. Jadi masa musim panas dan musim bunga diharamkan menangkap ikan.
Di Malaysia ada kita kisah ikan pupus ke idok?
Tu yang spesel sikit makan balik kat Turki ni. Sebab bukan tiap bulan ada deme nih!
Dekat taman keme ni, ada restoran balik baru jer bukak bulan lepas. Memula teman ingat deme jual ikan jer. Bila satu ari teman terbau ikan goreng, teman kabor Mr T. Dia pun kata nanti kita gi makan.
Restoran ni berkongsi premis dengan mesjid kecik dan supermarket Uyum. Nama restoran ni Karadeniz Balik Evi atau Restoran Rumah Ikan Karadeniz (ikan ni datang dari Laut Hitam atau Karadeniz).
Semua ikan Turki datang dari Karadeniz atau Laut Hitam, di mana letaknya kampong Mr T. Laut Hitam ni besor kome, lebih besor dari Malaysia. Selain dari Turki, Georgia, Ukraine, Rumania, Bulgaria, dan Rusia sesama mengelilingi laut ni.
Salah satu ikan spesel yang terdapat di laut ni ialah ikan hamsi ( 'i' takder titik gak). Ikan ni hanya terdapat kat Laut Hitam jer dan amat digemari di Turki. Dia seropa ikan tamban tapi saiz dia kecik dan tak buleh besor lagi, had tu jer saiz dia.
Masuk jer terus nempuh ruang memasak. Nampok beberapa ikan baru persiang. Tapi tempat deme menggoreng jauh sikit, tak nampok.
Ada sorang lelaki dan sorang pompuan koje bagian ni. Amca ni sedang membasuh ikan hamsi.
Cara menggoreng ikan di Turki ni, deme boh tepung jagung kasor dan garam jer. Pastu susun cam kat atas tu dan goreng dengan minyak sikit (bukan deep fried) dalam kuali lepior (leperlah), tutup kuali dengan tudung atas tu. Bila dah masak one side, amik tudung tadi, balikkan ikan tu atas tudung tu, pastu goreng side yang belum masak pulak.
Mr T tengah buat order. Dia minta 2 jenis balik - sekilo hamsi dan sekor ikan cupra. Walaupun cuaca sejuk, ada gak pelanggan datang kuor rumoh makan ikan. Sejuk-sejuk bila terbau benda bergoreng, memang sedap kome!
Restoran ni kecik jer, tapi buleh tahan gak biznes dia. Selain dari walk-in customer, teman dengor orang order melalui pesanan dan takeaway.
Adik comey amik order dari Mr T. Sonok dia layan keme bila dia tau teman ni Yabanci.
Sekali tu dia senyum semacam kat teman (hee perasan ler Yong ni!)
Sementara nunggu ikan digoreng, adik comey tadi antor sebakul roti dan sepinggan salad. Mr T yang tak makan lunch tadi laju jer makan roti dengan salad. Selalunya bila teman ada kat Turki, dia tak makan tengah hari sebab dia nok makan dinner yang teman masak. Dia tak suka makan kat luor. Tu yang lapor jer ropanya.
Dia pun ada order pemanis. Sepotong helva tahini (halwa biji lenga) bertatah pistachio.
Makan sayur atau buah dulu amalan yang bagus, kan kome?
Akhirnya datang hamsi goreng!
Sedap makan panas-panas. Tak hanyior pulak tu. Tulang dia halus dan lembut, buleh dikunyah dan telan. Tak cekik.
Kome belah isi dia, nok makan tulang buleh, nok buang pun tak ngaper.
Amik 4-5 ekor boh pinggan kome. Makan cepat sementara deme panas-panas lagi! Teman sebenornyer dah biasa makan hamsi ni, kat Kg Deredebi. Tapi yang malam ni rasa lagi fresh.
Pastu datang pulak ikan cupra. Agak-agak lebih sikit dari 1/2 kg. Digoreng garing tapi macam tak diboh tepung jagung.
Mr T tolong buangkan sirip belakang dia.
Kendian dia amik isi. Teman perati tulang dia kasor-kasor. Teman tak penah makan ikan ni. Apa rasanyer?
Isi dia putih, tebal dan juicy, maknanyer tak digoreng terlampau lama. Kulit luor agak garing. Rasa dia sedap tapi tak tau nok banding dengan ikan apa. Yang penting tak bau hanyior.
Tu dia aih...ingatkan tak buleh abis. Tapi yang paling banyok makan Mr T lah, dia lapor dari pagi tadi. Kat restoran ni tak jual cay, cuma ada minuman ringan. Ok, jom balik minum cay panas, Mr T.
Makan malam dengan balik hamsi dan cupra tu bape?
Sekilo hamsi, seekor cupra, salad, helva dan satu tin minuman ringan - 30 YTL atau lebih kurang RM62.
Kat rumoh Mr T pekena semangkok hazelnut, 2 biji epal dan 5 gelas cay!
P.S InsyaAllah esok kul 4 am keme drive ke Gebze, Asian side; Mr T nok balik Iraq nok sambung koje kat Kurdistan. Siang sikit teman nok balik kampong Mr T di Karadeniz. Mungkin esok tak dok entry (mana tau letih ka, tak dok mood ka...), jadi Yob PO jangan ler tunggu entry baru kul 2 pagi naa.
Tu diaaaaa... licin licau ikan kena makan! :)
ReplyDeleteSalam Yong (Yabanci.. huhuhu betoi ke teman sebut ni...)
ReplyDeleteIkan2 tu ada tak kat laut/pasar Malaysia. Ikan Cupra tu.. nampak macam best jer... bakar pun sodap.. isi tebal tu...
Mata ikan tu warna biru ke..???
teman teghingatkan ikan seluang digoreng pulok.. mun garing.. konyoh tulangnye pun ghangup..
ReplyDeletesalam..akak..bestnye..ikan2 tu nampak fresh..best dimakan panas2..heheh
ReplyDeleteSalam Yob ISA,
ReplyDeleteHe he..Yabanci tu maksudnya foreigner. Tak taulah hamsi dan cupra tu apa dlm BM. Sesapa yg gi pasor slalu kenal kot, atau mmg takdok kat Malaysia. Gelap jer mata dia pas kna gorng Yob!
Salam Kakcik, mana tak licin-licau, dah lapor! Tamboh tgh panas2 makan dalam sejuk...heee mak mertua dia kat Malaysia pun memang dia tak nampok!
ReplyDeleteSalam Yob Samad,ye ke tulang ikan seluang rangup? Akak tak kenal ikan seluang, biasa makan ikan yg biasa2 jer - ikan temenung, kembung, selar, pelata, sardin. Orang suka mancing mesti kenal ikan hamsi dan cupra ni.
ReplyDeleteSalam Cikceria, memang fresh dan terus dr dapur. Bila dah lapor memang laju jer makan! Makan dlm sejuk memang berselera Adik oi. Tu sbb biznes makan kat shopping complex kat Malaysia maju, org suka makan dan lepak dlm premis yg sejuk.
ReplyDeleteSalam sayang kak Halima, Sedapnya nampak semua makanan kat sana Kak.Terliur tgk ikan2 dia yg fresh tu, kalau mcm tu mmglah goreng saja pun sedap kan.Kalau Kaz tinggal kat sana mmg tak dietlah jawabnya.
ReplyDeletemintak air asam yong :)
ReplyDeleteSalam Kaz Comey, tak taulah buleh makan selalu cam nı. Sekalı sekala buleh. Nanti rindu kari, sambal blacan camner? Eh akak maintain 56 kg tau!
ReplyDeleteSalam Hasrul, mintak ayor asam kang deme jegil mata! When in Rome Yob...,
ReplyDeleteSalam Kak Yong...
ReplyDeleteSeronok tgk ikan penuh satu pinggan utk dimakan begitu sahaja (ada la sket salad/buah tu). Kalo kat sini makan ikan kembung camtu, mesti org tgk pelik je. Kucing ke apa tu? Hehehe!
Kat sini kalo kata menu ikan, balik balik fish and chips. Takpon salmon atau dory.
Kalo la Kak Yong boleh kirim dari sana utk Warlord kan best... :)
Hahahhahahahahah ,,,,,,,,,,,, i will wait for the next n3!!!
ReplyDeleteIsh teliyo teman nengokkan ikan tu, bak le sikit aih.
ReplyDeleteMak ai.... licin kak... memang lapo bebenor tu...
ReplyDeleteSalam Warlord, kita mkn masakan ikan lazımnya omputeh punya, Manhattan Fısh apake mende. Nı Yong makan tradisional punya. Hamsi kna guna tepung jagung. Kalau buleh pos akak dah pos kat miker!
ReplyDeleteSalam Yob PO, he he...esok2 nanti Yong update. Makan lauk pe tadi?
ReplyDeleteSalam Fuzjee, ater dah lapor...
ReplyDeleteSalam Yob Sharouk, deme takde ayor asam pun sedap Yob. Tapı ıkan panggang deme takder.
ReplyDeletehuhu.. no excuse eh? boleh laaa.. heehe.. by the way, bes btoi mkanan dlm gmba tuh.. unik dan berbeza dari malaysia :P
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAte ajab jugak dok ghantor oghang! Ate teman org dewek2 ni bukan le gheti bebenor makan saknike jenih ikan ni. Namenye pun tergeliat nak nyebut. Cukup le teman koghoje tgh2 sawah paneh2, dah lapor makan nasi ikan gorin + minyak ketiyor. Itupun bapak, semboni ghasenye....
Salam Yob Kassim, hosegeldeniz! Memang besh...berbeza yg besh tu.
ReplyDeleteSalam Yob Tajnur, ater teman pun tak bape faham setengah yg ape Yob tulis tuh. Main agok2 jer. Teman pun bkn semua ikan makan pun. Ada yg tak penah makan. Tp yg ropa tak pelik tu lalu ler teman melantoknyer!
ReplyDeleteHaha! Cerita cantik dan gambar yang kemas...!
ReplyDeleteSalam Yob Gedek, hosgeldeniz! Ya ker gambor kemas? Amik dgn handphone jer Yob! Bukan pro Yong ni! Pe pun tima kasih sudi mace dan follow!
ReplyDeleteSalam kak Halima....
ReplyDeletedeme ni kuat makan jugak ye????? dan kuat jugak makan ikan ye........ dan tak sah entri Kak Halima kalo takde gambo makan2 .....hehehe
Salam Yob Shahril,
ReplyDeleteKuat makan Yob dan kuar bekoje!