Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, January 27, 2011

Nikmati Pemandangan dari Eregli ke Istanbul!


Assalamualaikum dan Salam Hormat,


Ari ni tinggalkan Eregli dan balik ke Istanbul kul 8:30 am. Badan rasa letih lagi jadi teman tak tulis banyok. Kome nengok gambor jer ler ye. Gambor semua diamik dari seat bas depan sekali kecuali gambor yang last-last.




Ombak Laut Hitam yang mengganas di waktu pagi!


Ada tebing yang dah rebak dan terhakis.


Dekat bebenor jalan dengan tebing nih. Seriau teman. Buatnyer jalan tu terjunam dengan bas keme sekali...mintak dijauhkan!




Sepanjang jalan dari Eregli ke Akcakoca, bas nyusur jalan pantai dan tebing. Nampak tu pasior dia itam. Nama pun Laut Hitam!



Pas tempuh Akcakoca, bas lalu Sapak amik beberapa lagi orang penumpang. Satu kuarga 3 beranak hangkut 20 kg hazelnut bawok ke Istanbul! Mentang-mentang kaya hazelnut!



Ni kira kampong berjiran dengan kampong Mr T. Tapi kampong Mr T ke dalam lagi. Celah-celah ladang, ada beberapa buah rumoh kampong. Setengah rumoh tu kosong sepanjang musim sejuk sebab tuan tanah ada rumoh bandar kat Akcakoca.



Bila nak tempuh Duzce, bukit yang ijo jadi memutih dengan salji. Semalam dan sampai pagi tadi salji masih turun lebat.



Tentunya malam tadi trak penyodok Majlis Tempatan berkoje keras menolak salji ke tepi untuk clear jalan. Kalau tak sodok salji, akan menyukarkan perjalanan dan buleh putus hubungan.



Nampak memang cantik, sejuk mata memandang...



...dan romantika tapi takat buleh tengok jer. Bercinta nak kuar rumoh bila sesejuk cam ni!



Bila tempuh dua terowong, kira dah half-way ke Istanbul.



Tetiba trafik slow...slow...pastu berhenti. Laa apa pulak?
Kaza ke?



Attendant
bas turun tanya pemandu keta lain. Dia sendiri tak gi depan tengok. Tak jauh, nampak lebih kurang 100 meter jer tempat kemalangan tu. Beberapa orang penumpang pun turun. Tapi deme tak gi pun. Isap candu jap.



Pastu lagi ramai turun. Pun deme tanya-tanya jer tapi tak kosa nak gi check. Memasing isap candu. Kalau kat Malaysia ramai dok lari nak tengok apa hal atau amik nombor! Bukan nak tolong sangat!



Tetiba dalam 15 minit gitu trafik bergerak. Ada beberapa keta dapat celus dari tempat kejadian dan pecut keta deme. Pemandu lain berebut naik keta dan ngekor. Haa tu beza dari kat Malaysia. Kita kalau buleh nak berhenti untuk tengok dan nganga kat tempat kejadian.

Bila bas lalu kat tempat kaza, nampak sebuah keta kena teruk gak. Tapi had tu jer 15 minit sangkut. Tak ada jam 2-3 jam cam kat Malaysia sebab rama yang kepoh nak tengok ada yang mati ke...



Agak 2 km, ada sebuah lagi keta sangkut, tayar pancit. Pun takder masalah jam!



Trafik slow lagi bila lalu bawah satu jembatan tapi tetap bergerak.



Tol! Dah dekat nak masuk kawasan Dewan Bandaraya Istanbul. Tol di Turki lebih muroh dari di Malaysia.



Lepas tu perjalanan tak der masalah dan halangan, Alhamdulillah!



Lebuhraya 4 lorong.



Tu dia salah satu jambatan yang menghubungi benua Asia dan Eropah.



Bas sedang melalui jambatan. Ni menuju bahagian Eropah Istanbul.



Ropanya Mr T telefon kawan dia Ali Bey untuk amik teman di Otogar. Teman buleh jer balik sendiri amik bas balik ke Basaksehir. Tapi Mr T takut teman susah bergerak bawak beg itu ini kalau naik bas. Memang payah sikit bergerak sebab paka baju berlapis-lapis ni.
Teman pun tunggu Ali Bey di ofis syarikat bas Ustun. Teman memang dah kenal lama Ali Bey. Banyaklah sembang dalam perjalanan 20 minit ke Basaksehir.



Assalamualaikum!

Dah sampai. Honey, I'm home!

Oklah, memang takder orang. Rumoh sejuk bebenor. Check thermometer 12 Celcius! Minta Ali Bey check camner nak 'on' pemanas. Dia check ok.

"Kalau ada problem, call me," pesan Ali Bey.



Radiator apartment ni tak power cam kat apartment Tahsin. Apartment dia hangat sampai 28 C. Dalam apartment keme ni paling panas 22 C. Tadi boh thermometer kat balkon, 2 Celcius. Renyai pulak tu. Jawabnyer teman kena pasang portable heater. Memang tido kat sofa salon malam ni, heater boh kat ujung kepala.



Sebagai penutup, moh usyar gambor Sule tengah ngadap mename yang mak dia masak untuk dinner semalam.



Mename
ni dibuat dari daging cincang yang ditumis dengan bawang besor, tomato dan cili ijo. Bila dekat-dekat nak angkat tu, boh telur 2-3 biji dan tabur keju.



Zuleyha memang teror masak. Mename dia masak ni yang tersedap penah teman makan!



Sule meregek dengan tudung hediyeh dari Helime Baba Anne!

24 comments:

  1. Salam Kak Halima....
    makin geram je awok nengok gambo2 kat Turki ni...bile le dapat kembare ke sane .......

    ReplyDelete
  2. salam yong.... takut teman nengok ombak besor tuu

    ReplyDelete
  3. Salam Yob Shahril, geram yg mana tu? Sib baik takder gambor pompuan dewasa, kalau idak Akak suspect gak apa yg miker geramkan...

    ReplyDelete
  4. Salam Hasrul, kecik jer ombak tu, besor lagi ombak laut kat Ganu dan Pahang. Cuma ayor deme itam dan dalam weh, takder orang gi mandi...nempah maut!

    ReplyDelete
  5. Mename! dah macam nama Arwah Ibrahim Din dalam cerita DOREMI pulak.. :)

    ReplyDelete
  6. cekgu, derang letok roti atas meja camtu je? xde alas?

    ReplyDelete
  7. Salam Kakcik, try masak mename tu Kakcik.

    ReplyDelete
  8. Salam Numara, ha itu adat deme kalau sesama keluarga sendiri tapi kalau makan beradun ada basket. Tapi meja tu dilap bersih lepas makan.Memula dulu kekok gak akak tengok roti letak gitu jer. Kat Istanbul akak tetap boh dlm basket walaupun makan dgn suami.

    ReplyDelete
  9. akak..bestnye tgk pic nie..teringin kembara ke sana..

    ReplyDelete
  10. Salam CikMimie, simpan duit ke Makkah dan juga utk bercuti-cuti ke Istanbul nanti!

    ReplyDelete
  11. Bilalah agaknya nak sampai disini?

    ReplyDelete
  12. jeles lah tengok akak...selalu gi kembara....
    best dapat tengok negara orang.....
    apasal air laut dia wana hitam?

    ReplyDelete
  13. Salam Zmah, nanti ada rezki sampai ler tu, jgn naik motor, jauh!

    ReplyDelete
  14. Salam Eita, meh lah cuti-cuti sini. Galian dia kot sebab pasir2 dia takder yang putih, semua pecahan batu2 warna gelap dan kelabu.

    ReplyDelete
  15. setiap kali membace catatan kak halima, saya teringatkan buku Hikayat Abdullah Munshi.. bagus kalu dibukukan. Teliti dan tersusun malah dibantu ngan gambo2 yg menawan..

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Yong. Seram tgk keadaan laut hitam yg bergelora tu tapi mmg rasa syahdu je tgk gambo salji memutih kat bukit bukau dan tepi jalan tu.

    Comel adik Sule tu. Dah besar sok mesti cantik :)

    ReplyDelete
  17. Salam Yob Samad, nak menulis lagi kena teliti, thanx for your observation. Nanti kalau cuaca tak sejuk sangat akak akan nyongket ke Grand Bazaar dan usyar apa yg menarik utk rekomen kawan Yob yg nak bercuti ke sini nanti,

    ReplyDelete
  18. Salam Hairil, akak rasa ombak Laut China Selatan lagi bergelora kot. Cuma Laut Hitam lebih misteri, dia gelap dan pasir dia itam. Kalau salji dh putih mmg cantik, kalau itam cam pasir Laut Itam tak tau ler. Nak buat menantu si Sule tu, anak Hairil takder lagi.

    ReplyDelete
  19. mcm nak try la masak Mename nie... tp kalu buboh cili hijau mesia nie confirm merah muka

    ReplyDelete
  20. Bila ani nengok gambo yg ade salji tu kak halimah... rasa mcm nak melompat jer ke sana...hihihihi

    ReplyDelete
  21. Salam Ali, try ler buat, at least ada satu menu baru yang mudah nak buat kalau dah takder idea nak masak apa. Kalau cili kita pedas, buleh ganti dgn kacang buncis, atau capsicum ijo/merah/kuning. Kena makan panas2 sbb ada keju!

    ReplyDelete
  22. Salam Fuzjee,tak dpt pegi skrngsatu ari ada rezki sampai ler ke sini InsyaAllh. Nanti akak buat entry barang2 yg buleh dibawa balik kawan Yob Mad, usyar nanti item2 akak upload nanti dalam sehari dua ni.

    ReplyDelete
  23. Cantiklah bajunya,boleh kirim satu buat hadiah hari jadi...hehee

    ReplyDelete
  24. Salam Zmah, baju mana yg cantik? Yg Sule pakai tu? Tu baju kelawaor Malaysia, akak hadiah kat mak dia dulu!

    ReplyDelete