Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, January 2, 2011

Moh Ikuti Perkembangan "Mavi Marmara"


Assalamualaikum dan Salam Hormat Kome,

Mr T balik ke kampong dia di Laut Hitam. Teman suruh dia balik jumpa keluarga dia sebab minggu depan dia nak balik Iraq dah.

Pagi ni rasa nak nyongket jauh sikit - ke Istanbul atau yang tepatnya ke Taksim. Taksim terkenal sebagai tempat yang banyak gedung, pusat hiburan dan yang paling happening. Kat sini ada dataran yang sering deme buat perhimpunan, pesta, demo dan satnika yang melibatkan ramai makhluk. Malam semalam dah tentu beribu-ribu kala-balik berhimpun menyambut Tahun Baru 2011!

Gambor atas nilah dataran tempat deme berlonggok sejuk-sejuk sambut tahun baru semalam. Takde koje!



Lepas usya dataran, ternampok beberapa biji bas polis. Isyyy...ada lagi deme ni. Malam tadi mesti ramai lagi deme. Bukan nak jaga sangat orang yang berhimpun nok sambut tahun baru tapi berjaga-jaga kot ada terrorists baling bom ke.



Siap sedia Mat Bond dengan mesin gun. Teman nok amik gambor takut deme marah. Muke deme tak penah senyum. Polis atau askar kita dalam uniform ada gak senyum.



Tapi personnel beruniform deme tak penah senyum. Patutnya gitulah, baru orang takut atau respek. Haa muncung senapang tu hala ke bawoh, Yob...make me nervous jerk!



Kat sini deme ada simpan tram lama. Buleh naik tapi setakat round-round kawasan sekitar dan sepanjang jalan di tengah kawasan beli-belah. Teman tak sempat nak naik sebab nak gi Eminonu. Sini susah nak nampok masjid. Tempat banyak hiburan ni deme tak sior buat camii!



Ni kali kedua teman sampai Taksim. Tak bape familiar dan rasa tak selesa. Tapi buleh jer cari bas ke Eminonu. Lalu kat meydan ni dan cari jalan underground untuk ke terminal bas.



Masa lalu kawasan bawah tanah nak cari stesen metro, ternampak bunting ni. Nampok cam promo sebuah pertubuhan. Teman pun kornar masuk jap.



Hmm cam pameran lukisan. Apa IHH ni?

Oh...pertubuhan NGO yang antor kapal ke Gaza tu. Ropanya pertubuhan ni yang urus flotilla kapal-kapal humanitarian antaranya termasuk "Mavi Marmara" yang kendian diserang tentera yahudi pada 31 Mei 2010. Dalam serangan tu, seperti yang kita tau, 9 orang sukarelawan Turki terbunuh dan lebih 50 orang lagi cedera dan beratus lagi ditahan.



Humanitarian Relief
ni banyak menjalankan aktiviti bantuan kemanusian di beberapa negara termasuk di Balkan, Caucasia, Asia Tengah, Asia Selatan, Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah dan Turki sendiri. Antara aktiviti utama dia ialah membantu anak-anak yatim, program Ifftar di bulan Ramadhan, Dapur Bergerak, Pengagihan Makanan, Pemberian Zakat dan Bantuan, Bantuan Pendidikan, Pembinaan Masjid di Afrika, Bantuan Banjir dan Gempa Bumi, Projek Cataract dll.

Banyok ropanya aktiviti deme ni sejak lebih 20 tahun di lebih 120 negara tapi kita tak bape tau. Sehinggalah insiden serangan flotilla tu. Sekarang baru kita dengor usaha kemanusiaan dari NGO Turki atau NGO Islam seperti Mercy Malaysia dan seumpama. Kalau NGO dari barat selalu benor kita dengor. Mana yang baik-baik orang Islam buat, deme tak hightlight! Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Sedang teman bertanya itu ini, salah sorang staf IHH menegur teman dalam BM bila teman kabor dari Malaysia. Ropanya dulu dia belajor di UIA, Gombak. Nama gadis manis ni Ayse Olgun.



Deme edarkan risalah dan booklet pada para pengunjung. Sebenornya teman baru jer terlepas upacara perasmian 30 minit sebelumnya.

Ni salah sorang staf yang membantu mengedar risalah/booklet/poster dan VCD pada pengunjung.



Ayse dan rakan-rakan ajok teman minum sikit. Waaah sejuk-sejuk dapat teh panas sedap nih.



Antara pengunjung muda yang masuk singgah tengok pameran lukisan. IHH ada menganjurkan pertandingan lukisan bertema DuniaKu (lebih kurang gitu bunyi dia) di kalangan kekanak dan remaja di Palestine. Ada hadiah komputer, basikal dll.




Lukisan yang memenangi tempat pertama bagi kumpulan 15 tahun oleh Lina Atif.



Adakah ini gambaran perasaan Ala Abd Hamid, yang merindui Masjid Al-Aqsa?



Lukisan ni mengingatkan teman pada lagu Maher Zain "Palestine Will Be Free". Digambarkan oleh Muhammad Hamid.



Lagi sebuah lukisan yang memberontak dilakar oleh Esnam naim. Grafik pancaran minda dia.



Yang ni brutal, dilahirkan oleh Muhammad Salim. Apa lagi kekejaman yang kekanak Palestin dah saksikan?



Ini menyentuh hati teman dengan catatan "I have a right to have a home." Benda-benda yang kita take for granted! Dikaryakan oleh Hamadi Musa.



Teman amik sekeping poster yang memaparkan kapal "Mavi Marmara" sebagai kenangan. Besor gak kapal deme ni. Sebenornya "Mavi Marmara" baru jer balik dari misi ke Gaza baru-baru ni. Teman belum baca perkambangan baru dia ni, hanya nampok gambor kapal ni di muka depan satkhabor jer. Nak mace tak faham. Tapi tengok kat gambor, memang ramai yang sambut kepulangan kapal ni - ada dekat 5000 ribu orang kot.



Di bahagian belakang booklet ada gambor dan catatan mengenai solat jenazah untuk sukarelawan Turki yang terbunuh dalam serangan Yahudi pada Mei lepas. Ya...kita takkan lupa, manakan buleh lupa dengan kekejaman dan keangkuhan rejim Yahudi ni! Allah limpahkan RahmatMu kepada mereka yang terkorban itu!



Ayse yang berusaha memberi penerangan kepada pelawat dari Malaysia. Tak sangka teman disapa dalam Bahasa Melayu. Terima kasih Ayse atas layananmu.

Sweet kan dia!



Antara rakan sejawat Ayse yang mengendalikan pameran IHH di Taksim, Istanbul. Terima kasih di atas keramahan dan perkhidmatan anda. Semoga usaha anda semua diberkatiNya.

P.S Ayse if you read this and find any error, please do forgive me.


18 comments:

  1. Bestkan kalau dapat melawat tempat macam ni,ilmu dapat,kawan dapat rezeki makan pun dapat telan...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Tak nampak pun yang bermata biru...., Yong nanti jalan2 tu... nampak aweks bermata biru..., upload la gambornya kat sini...

    ReplyDelete
  3. Salam zmah, pe kabor? Betoi...jalan2 tu kalau dibuat dgn elok dikira mecari ilmu dan dapat rezki.

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Isa, dah agok dah dia ni mesti tengok tang mata. Orang Turki ramai yg mata coklat, hazel dan ijo Yob, yg biru kalau yg keturunan Caucassia. Kena fokus tang matalah pulok!

    ReplyDelete
  5. salam kak,
    dr Erdogan ke Istanbul berapa km? bagus la ada NGO yang mcm ni kelolaan budak2 muda pulak tu, nampak dari muka deme mmg bersemangat..sedih nengok lukisan i have a right to have a home tu..kita kat sini rumah2 dah banyak dijual pada foreigners kak, sampaikan rakyat sendiri tak mampu nak beli rumah sbb rege gila2 maheinya..

    ReplyDelete
  6. jinak-jinak burung merpati tu...

    ReplyDelete
  7. puas ati bace n3 kak halima.. apa2 pun..kirim salam kat ayse ye kihkihkih...sepekaghe lagi..teman ucapkan byk2 t kasih krn ghajin jenguk blog teman.. teman sgt menghargainye sebb blog teman cume blog picisan.. ttg n3 kudoprogon..hihihi..errr..teman kene lebih ati2 ghiso teman terlajak kuar yg bukan2 pada n3 yg akan datang.... t kasih ye..

    ReplyDelete
  8. dalam sejuk ada segarnya..
    wah..
    pengalaman yang x ramai orang dpt rasai..

    ReplyDelete
  9. Salamu'alaikum kak..
    Dah mkn malam ke? Uihh, sronoknye dgor kabo yg rakyat Turki tu idok smuanyo sekuler ye.. Alhmdulillah! Slame ni nak beli sjadah dr Turki pun saya takut2 sbab slalu dapat yg depa selit gambo salib kat mana2 yg kita dok prasan sgt! dah beli dah wat balik baru prasan... haihh..

    Kkak ada FB ke? kalo ada buleh Sue add kkak! Smoga sronok n slamat bercuti..

    ReplyDelete
  10. assalamulaikum kak
    iskk syahdu tengok lukisan2 tu noh....remaja2 n kanak2 depa matang dr usia sebenar rasanya kot..tengok setiap lukisan tu bagai menyimpan kisah tersendiri...

    ReplyDelete
  11. Salam yong,

    Kim salam kat Ayse Olgun... kih3...

    Semoga sukarelawan muslim yang tekorban dlam serangan israel tu dirahmati Allah, alfatihah...

    ReplyDelete
  12. Salam Asma, dr Basaksehir ke Eminonu anggaran 35 KM. NGO ni besor gak, banyok cawangan seluruh Turki dan beberapa negara. Gitu ker rumoh banyk dijual pd foreigners kat Malaysia? Akak ada flat lama dan muroh kat Sh Alam, Alhamdulillah buat tmpat berteduh!

    ReplyDelete
  13. Salam Azhan, sapa yg jinak2 burung merpati, Burung ke anak gadis tu??

    ReplyDelete
  14. Salam Yob Samad, tima kasih pd mike yg rajin singgah sini. Jgn suke kata blog sendiri blog picisan, semua blog istimewa dgn keunikan tersendiri. Sapa buleh tulis dlm Bahasa Melayu Perok piyor cam mike, Yob Tajnur, Sharouk dll tu? Tu istimewa dan uniklah! Tahniah buat mengkome semua!

    ReplyDelete
  15. Salam Toyolkiut, tima kasih sudi baca. Semoga kita dpt manfaat bersama.

    ReplyDelete
  16. Salam Sueozana, ada ke sejadah cam tu lagi? Tak penah akak jumpa...kat sini kami gune sejadah Turki gak. Ada FB Sue, tapi kurang rajin layan. Tulis nama penuh akak nanti kuor muka Mr T.

    ReplyDelete
  17. Salam Kayun,sian kekanak Filistin tak membesor cam kekanak lain. Semoga deme mendapat kemenangan nanti!

    ReplyDelete
  18. Salam Hasrul, gediknyer nok tackle si Ayse tu. Ntah2 dah bertunang!
    Ya, moga2 yg terkurban tu ditempatkan di Jannah!

    ReplyDelete