Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Sekolah Turki. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Turki. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

MELAWAT SEKOLAH TURKI DI LAUT HITAM!

Derya dan Adam, Duzce, Laut Hitam.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Euro 2012 teman tak bape amik pot.
Sebab?
Team Turki takde.
Tapi kelmarin Ukraine vs Sweden teman support sesikit team Ukraine. Sebab?
Teman ada sedara orang Ukraine.
Si Derya ('I'm not Russian') kawin dengan salah sorang cucu sedara Mertua teman.
Dah lancor Derya cakap bahasa Turki, teman jugak tergagap-gagap!

Go Ukraine go!



Sekolah Menengah Akcakoca, Laut Hitam, bersebelahan sekolah rendah si Zeynep dan Bahrican (yang berangan nak kawin 5 tu!).
Satu hari menantu, si Fatma, ajak teman gi sekolah, ada jamuan yg menu dimasak oleh 4-5 orang kaum ibu.


Cikgu Ahmet mengajor fizikal.

Ni gambor 2 tahun lepas. Teman datang lagi, dia masih ingat.



Fatma bawok ke kelas Bahrican, Tahun 1.
Murid lain dah siap, dia masih terkial-kial nak siapkan tugasan!
Apa hei kamu ni Bahrican...ingat nak kawin jer kot!



Kendian kami gi kelas Zeynep, Tahun 2. Ni salah sorang classmate Zeynep, cute benor!
"What is your name?" dia tanya teman.
Pas teman jawab, dia senyum.
Tak tau apa lagi nak tanya. Deme ni main hafal jer frasa-frasa dlm BI, makna deme tak bape reti!



Suruh posing mau sesaja.
Dak pompuan yg tinggi tu, memang pun dia paling tinggi sekali dlm kelas tu!



Kendian Bahrican yg tak malu terjah masuk kelas kakak dia. Mak dia si Fatma ialah Presiden PIBG, gitu ler.
Bila ada event atau jamuan, buleh terjah.
Actually, PIBG Turki amat aktif. Semua ibu-bapa kenei semua guru-guru anak deme.
Jangan memain!


Cikgu All-Black!

Cikgu bagi ucapan ringkas pd lebih korang 12 orang ibu murid-murid yg datang.
Yang paka overcoat putih tu pembantu canteen, dia tolong bancuh dan bawok teh panah!



Gambor mok-mok tak de sebab teman segan nak klik-klik, nanti deme tak suka kang.
Pas ucapan, murid-murid beratur, takde yang berebut.



Ada gak mok-mok bawok anak kecik ke jamuan tu.



"Saya nak 2 biji!" Bahrican demand.
Budak lain terima jer apa orang bagi, Bahrican mintak!
Dahlah terjah parti orang, demand-demand pulak.


Zeynep T.

Menu deme simple - 2 jenis kek, borek ala-rokok, dan pasta. Semua dibuat oleh mok-mok. Kalau kat Malaysia gerenti ada meehoon goreng, laksa, roti jala, mee kari, puding, agar-agar dan menu yg sewaktu dengannya!


"Yob...Tak abis!"

Di luor rumoh kekanak Turki sangat well-behaved. Kat rumoh jer ada yg cam kamben nak mengawan buasnyer!



Baik jer ropenya si Bahrican.
Jangan caya tengok pada kecomelan dia nih...misleading, falacy dan konspirasi yg mengelirukan!



Seperti lazimnya di institusi gomen Turki, tak sah takde kepala batu arwah Kemal Ataturk.
Ni bust di luor sekolah.
Tempat bebudak sangkut satnika baju, kot, vest, beg etc. etc. masa PE!



Dalam bangunan lagi meriah, siap dgn kata-kata mutiara ayor tawor dia!


Zeynep dan Opah Malaya!

Ini polisi rasmi deme, tak buleh nak ubah.
Tapi setiap kuarga Turki akan membimbing anak-anak deme cam ne nak deal dgn Yob Ataturk ni.
Kalau yg taksub, taksublah. Kuarga Mr T tak pandang pun Yob ni.
Bukan pujaan deme!



Jangan meree, teman bergambor jer.
Kalau bust Saddam atau Hitler sekali pun, teman akan bergambor kat situ.


Ramazan Pide.
Gambor Google!

Sempena bulan Ramdhan yg akan menjelma, InsyaAllah, dihidangkan roti spesel bulan Ramadhan.
Bulan posa jer deme bakor roti ni.
Sedap bebenor!
Kome posa ke ari ni?
Jom ifftar together-gather!



Friday, January 14, 2011

Sekolah Turki Part 2


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Rasa dan sihat sikit. Semalam rasa mual-mual cam nak muntoh. Pe benda yang salah makan. Bila dah muntoh ok sikit.

Ni dah 3 ari kat Kg Deridebi dok rumoh Kak Emine. Sapa yang tak tau tu ,Kak Emine tu madu teman. Kome yang takut hidup bermadu jangan cuba nok try. Teman nasib baik, walaupun orang asing (yabanci), Alhamdulillah diterima baik oleh madu, 3 orang anok-anok tiri, Mak Mertua dan kaum kerabat Mr T. Alhmadulillah ni rezki yang teman dapat yang Dia bagi. So far so good.


Sambung citer kat sekolah Zeynep. Teman usyar kat pantry guru, nampok pengetuanya sedang bancuh cigkofte. Menu ni daging campur bijiran apa ntah dan berbagai jenis rempas-ratus, gaul-gaul, kepal-kepal dan tanpa dimasak kome makan dengan daun salad. Kome gulung atau bungkuih cam makan sirih. Hari ni sorang pegawai gomen dari bandar nok datang melawat sekolah!




Kat dapur canteen sorang staf lelaki dan sorang mok anak murid sedang kupas kulit kentang rebus. Kat sekolah ni, hubungan mok bapak dan guru kira amat mesra. Bila-bila masa parents buleh datang jenguk sekolah.



Ahh Cikgu Ahmet pun ada tolong kat dapur! Cergas betoi cikgu ni!





Tu dia aih, siap satu salad oleh Oregtmen Ahmet! Daun salad, bawang dan hirisan lemon.



Ni lagi satu salad yang boh kentang rebus tadi. Kome buleh tiru buat kat rumoh. Senang jer - kentang rebus, daun salad, hirisan kubis ungu tu (kalau suka), bawang, dan perah lemon atau limau, minyak zaitun dan garam. Lezzettt!





Bila dah siap deme bawak semua makanan ke bilik mesyuarat di tingkat atas. Fatma ajak teman join sekali. Teman pun numpang makan di celah-celah cikgu tu. Ramai yang tak tau teman ni yabanci. Teman pun tak cakap apa-apa. Cikgu Ahmet tolong mengisikan makanan dalam plate teman.



Tu yang berkepal-kepal tu cigkofte dan makan dengan daun salad tu. Yang tak best, cam lazim di negara Eropah, lunch deme buleh jadi makanan sejuuuk! Semua sejuk. Yang panas cay jer. Selain cigkofte dan 2 jenis salad tadi, ada salad carrot, dan 2 jenis kek dan roti borek.



Pas makan deme berbincang-bincang dengan para pelawat. Kendian para pelawat dibawa masuk dalam beberapa buah kelas.

Muka Pokcik Kemal ni mesti ada kat mana-mana, termasuk dalam kelas . Adalah kata-kata 'hikmat' dia tu kot.




Yang tengah tu pegawai pelawat, yang pompuan tu cikgu dalam cuti. Di Turki hamil 7 bulan dah buleh cuti dan berehat 2 bulan lepas bersalin. Yang tepi tu pengetua yang buat cigkofte.



Fatma turut sama dalam lawatan tu. Lepas tru dia citer, lawat sesajer, bukan dapat apa-apa pun nanti. Ngabihkan boreh, kata dalam dialek Pak Oncu!




Masa keluor kelas, nampok Cikgu Ahmet ngajor PJ pulak. Kan cergas teman kata Cikgu Ahmet ni!




Sebelum balik, sempat skodeng bilik Tadika Bahrican. Cikgu dia jemput masuk. Teman kata jap jer. Amik gambor jer.




Nilah classmates Bahrican dan cikgu dia. Cikgu dia nampok amat manis, tapi mata dia coklat jer. Masih tak jumpa yang mata biru!












Moh Lawat Okulu Turki Part 1



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Kena mula dengan gambor makanan sebab nok bagi semangat pada deme-deme yang suka santap mata (kalau tak santap perut pun) sebelum meneruskan maçera (kembara).

Ni kahvaltı kat rumoh Ilker pada kul 10 malam. Teman tanya kahvaltı malam-malam? Dia kata tak kisah bila pun. Jadi teman faham kahvaltı ni rujuk pada jenis makanan yang dihidang disebut kahvaltı dan bukan sangat pada waktu. Kahvaltı lazimnyer ada roti atau borek (cam dalam gambor tu), keju, buah zaitun, telur rebus, manisan, madu dan cay.

Kome perasan tak kali ni ada huruf i tak bertitik, sebut er , jadi kahvaltı kome sebut kahvalter. Ada huruf ş kome sebut sy dalam BM dan ç kome sebut c dalam BM. Ni teman guna laptop Ilker, tu kekadang ada ejaan berbeza sikit. Kekadang teman silap press huruf ejaan BM pun jadi cam bahasa Turki.



Moh ikut teman dan Fatma gi sekolah Zeynep dan Bahrican. Kami jalan kaki jer sebab tak jauh sangat. Fatma ada meeting dengan lembaga sekolah sebab ada pegawai besor dari bandar nak lawat sekolah tengah hari.

Ni sekolah rendah Zeynep, Okulu tu sekolah. Baru 3 tahun dibina, murid lebih kurang 300 orang. Kelas mula 8 am sampai 3 pm. Kul 12 lunch break agok lama sebab tu kekadang Zeynep balık rumoh makan. Bahrican abis kelas kul 12.



Ni break time ke, atau PJ pun teman tak pasti bila teman sampai. Bersepah-sepah jer bebudok ni, kat luor, kat tangga, kat canteen, kat corridor. Ni deme main akan-akan galah panjang. Bila hari cerah dan panas (10 Celcius ari tu) deme suka main kat luor.


Kat corridor teman bertembung dengan sorang budok tengah memeluk sorang pompuan. Bila budok tu tegur Fatma dan teman baru perasan dia jiran Fatma. Sayang benor dia dengan cikgu dia. Malam sebelumnyer mok dia jemput keme minum kahve kat rumoh dia kat tingkat bawoh.

Ari ni teman dapat tengok betapa fizikal hubungan guru dan anok murid di Turki ni. Oğretmen (kalau ğ ni, jangan sebut, dia senyap jer tapi sebutan tu panjang. Oretğmen kome sebut ouretmen, nama Erdoğan kome sebut Erdoaan ). Oğretmen layan anok murid cam deme layan anok sendiri.



Keme gi tandang kelas Zeynep dulu. Guru takdok sebab murid tengah break pagi. Elok jer deme satu kelas dok diam makan bekal memasing. Ada lebih kurang 20 orang dalam kelas Zeynep.





Ni contoh bekalan lazim deme bawok dari rumoh. Kalau lapor nanti ada toast dan makanan ringan jual kat canteen.





Pelawat Maleyzia bermesra dengan murid-murid. Zeynep kat belakang sengih-sengih, megah kot Baba Anne dari Maleyzia buat lawatan. Budok lain mana ada nenek yabancı yang buleh speaking İnglisçe!

Maleyzia kat ner?



Pastu serempak dengan Oğretmen Ahmet. Dia berbincang sesuatu dengan Fatma. Kome dapat tengok gambor Fatma sebab dia tak kisah teman upload gambor dia. Tapi gambor Pınar dan Buşra tak dapek deh.





Cikgu Zeynep. Awal lagi Zeynep dah bawok tudung yang teman hadiah tunjuk kat cikgu ni dan bagi tau Nenek dari Malaysia datang. Kawan-kawan dia heran Zeynep ada 3 orang nenek!




Tengah Cikgu dan Fatma berbincang, datang sorang budok nyelit. Dia perati teman. Budok kita tak akan nyelit bila nampok cikgu atau orang dewasa bersembang.




Dia subjek yang menarik. Dia tak berganjak dan asyik perati teman. Cikgu Ahmet pun tak suruh dia 'gi main jauh-jauh!'




Lama-lama dia terus menyendeng kat Cikgu Ahmet. Cikgu Ahmet peluk dan usap-usap dia.




Cikgu Ahmet pelawa teman masuk kelas Tahun 2 dia. Bebudok disuruh ucap 'Hosgeldeniz.'

Tetiba sorang datang ke depan ucap selamat datang. Baru ingat dia ni adik budok pompuan yang peluk cikgu dia tadi.




Teman pun ucap, 'Good Morning children!'

Cikgu Ahmet nak translate tapi tang children dia tak faham. Teman yang terjemahkan - çoçuklar. Teman perkenalkan nama teman dan Cikgu Ahmet minta deme balas, 'My name is Elif...Emir...Zeynep...etc..etc..."




Aktiviti ari ni menulis ayat. Teman dengor perkataan misafir atau musafir dalam BM. Ada yang sampai menungging menulis tu!




Kelas deme meriah. Bebudok tak duduk diam kat kerusi. Deme buleh berjalan sana-sini tengok apa koje cikgu buat.





Cikgu Ahmet guna OHP untuk ngajor kenal huruf dan membaca. Mungkin dia nok tunjuk pada teman kaedah pengajaran dia. Sorang murid dok perati apa dia buat.




Lagi sorang dok layan koje cikgu, cam menarik pada dia.




Cikgu mengajor di depan tak bermakna kome buleh dok sesajer. Kome buleh gi ke depan tengok dedekat tau!




Masa cikgu ngajor, kalau tak faham atau sesaja nok menyibuk, buleh potong cikgu dan bertanya.




Lagi sorang usyar apa yang cikgu labunkan. Cikgu Ahmet tak suruh pun dia gi balik duduk meja dia.




Dalam aktiviti menulis, pas siap deme datang tunjuk dan mungkin tanya, 'Betoi ke ni, Oğretmen?'

Ada sorang nangis bila tak pandai tulis. Cikgu Ahmet pujuk, jap jer nangis.




Tetiba datang sorang datang tunjuk kat teman buku latihan dia. Teman puji, 'Guzel!'




Walaupun ada aktiviti tak bermakna deme akan dok diam. Sambil menulis deme mengelewor tengok koje kawan, tegur koje kawan atau berlabun!




Bila cikgu tanya sapa buleh tunjuk sesatu huruf, berebut deme nok menjawab. Ada yang angkat tangan, ada yang terus meluru ke depan!

Bagus kan kalau bebudok bersemangat belajor cam ni!



P.S Petang ni teman balik Kampong Deridebi, 10 km. Jadi entry mungkin slow in coming. Jangan tunggu kul 2-3 am tunggu entry baru, Yob PO!