Derya dan Adam, Duzce, Laut Hitam.
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Euro 2012 teman tak bape amik pot.
Sebab?
Team Turki takde.
Tapi kelmarin Ukraine vs Sweden teman support sesikit team Ukraine. Sebab?
Teman ada sedara orang Ukraine.
Si Derya ('I'm not Russian') kawin dengan salah sorang cucu sedara Mertua teman.
Dah lancor Derya cakap bahasa Turki, teman jugak tergagap-gagap!
Go Ukraine go!

Sekolah Menengah Akcakoca, Laut Hitam, bersebelahan sekolah rendah si Zeynep dan Bahrican (yang berangan nak kawin 5 tu!).
Satu hari menantu, si Fatma, ajak teman gi sekolah, ada jamuan yg menu dimasak oleh 4-5 orang kaum ibu.
Cikgu Ahmet mengajor fizikal.
Ni gambor 2 tahun lepas. Teman datang lagi, dia masih ingat.

Fatma bawok ke kelas Bahrican, Tahun 1.
Murid lain dah siap, dia masih terkial-kial nak siapkan tugasan!
Apa hei kamu ni Bahrican...ingat nak kawin jer kot!

Kendian kami gi kelas Zeynep, Tahun 2. Ni salah sorang classmate Zeynep, cute benor!
"What is your name?" dia tanya teman.
Pas teman jawab, dia senyum.
Tak tau apa lagi nak tanya. Deme ni main hafal jer frasa-frasa dlm BI, makna deme tak bape reti!

Suruh posing mau sesaja.
Dak pompuan yg tinggi tu, memang pun dia paling tinggi sekali dlm kelas tu!

Kendian Bahrican yg tak malu terjah masuk kelas kakak dia. Mak dia si Fatma ialah Presiden PIBG, gitu ler.
Bila ada event atau jamuan, buleh terjah.
Actually, PIBG Turki amat aktif. Semua ibu-bapa kenei semua guru-guru anak deme.
Jangan memain!
Cikgu All-Black!
Cikgu bagi ucapan ringkas pd lebih korang 12 orang ibu murid-murid yg datang.
Yang paka overcoat putih tu pembantu canteen, dia tolong bancuh dan bawok teh panah!

Gambor mok-mok tak de sebab teman segan nak klik-klik, nanti deme tak suka kang.
Pas ucapan, murid-murid beratur, takde yang berebut.

Ada gak mok-mok bawok anak kecik ke jamuan tu.

"Saya nak 2 biji!" Bahrican demand.
Budak lain terima jer apa orang bagi, Bahrican mintak!
Dahlah terjah parti orang, demand-demand pulak.
Zeynep T.
Menu deme simple - 2 jenis kek, borek ala-rokok, dan pasta. Semua dibuat oleh mok-mok. Kalau kat Malaysia gerenti ada meehoon goreng, laksa, roti jala, mee kari, puding, agar-agar dan menu yg sewaktu dengannya!
"Yob...Tak abis!"
Di luor rumoh kekanak Turki sangat well-behaved. Kat rumoh jer ada yg cam kamben nak mengawan buasnyer!

Baik jer ropenya si Bahrican.
Jangan caya tengok pada kecomelan dia nih...misleading, falacy dan konspirasi yg mengelirukan!

Seperti lazimnya di institusi gomen Turki, tak sah takde kepala batu arwah Kemal Ataturk.
Ni bust di luor sekolah.
Tempat bebudak sangkut satnika baju, kot, vest, beg etc. etc. masa PE!

Dalam bangunan lagi meriah, siap dgn kata-kata mutiara ayor tawor dia!
Zeynep dan Opah Malaya!
Ini polisi rasmi deme, tak buleh nak ubah.
Tapi setiap kuarga Turki akan membimbing anak-anak deme cam ne nak deal dgn Yob Ataturk ni.
Kalau yg taksub, taksublah. Kuarga Mr T tak pandang pun Yob ni.
Bukan pujaan deme!

Jangan meree, teman bergambor jer.
Kalau bust Saddam atau Hitler sekali pun, teman akan bergambor kat situ.
Ramazan Pide.
Gambor Google!
Sempena bulan Ramdhan yg akan menjelma, InsyaAllah, dihidangkan roti spesel bulan Ramadhan.
Bulan posa jer deme bakor roti ni.
Sedap bebenor!
Kome posa ke ari ni?
Jom ifftar together-gather!

Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Teman sian nengok kekanak dan baby kat negara 4 musim ni. Deme diseksa mak bapak deme - dalam rumoh dan di luor rumoh. Entry kali ni nak buat perbandingan cara pemakaian harian deme dan seksa yang kekanak di Turki lalui 5-6 bulan tiap tahun. Lagi kecik budok tu lagi jenuh seksaan yang deme lalui.
Gambor kat atas Nevin sedang kendong Mursel di stesen bas. Kami nak gi lawat Mak Mertua keme yang tiap tahun bercuti 1-2 minggu kat hospital. Hospital Akcakoca 3 km jer dari apartment deme. Keme memang tak rajin mawok baby nyongket memalam tapi malam tu dah semua nak pegi, Mursel pun ikut. Persiapan nak bungkuih dia satu kojer!

Di rumoh masa pepagi, bahang panas malamnya dari soba dah kurang jadi agak sejuk rumoh tu. Si Mursel berbalut gak. Deme ni cukup jaga baby dari kesejukan - takut dapat sakit.

Bandingkan dengan cucu sedara teman si Mirza yang tingga di Bota Kiri, Perak. Separuh bolen jer. Tau ker kome apa tu bolen? Tengok gambor kome paham ler. Hari panas, kena buai lelaju, sedap jer tidonyer. Kalau budok tak tido, selalunyer yang tukang buai tertido!

Bila nak gi jenjalan, ada bebudok Turki meragam tak mau ikut. Deme rimas kena pakai dan dibungkuih berlapih-lapih macam lepat pisang. Lepat pisang pun selapis jer. Ni deme 5-6 lapih. Tu yang Alphan buat muka dan mood tak bape baik bila mak dia ajak ke Otogar antor Helime Baba Anne naik bas ekspres. Nasib baik dia tak menjerit, cuma buat muka bosan!

Haa tengok Mirza, santai jer. Suor tak pakai, underwear takder, stokin hapoh pun idok, kasut pun yilek! Paka t-shirt nipih dan lampin jer. Sonoknyer berkaki ayam!

Untuk siapkan Mursel satu ari tu, dekat setengah jam! Pulak tu dia jerit-jerit kena tarik kaki dan tangan masuk lengan dan sarung kaki gitu gini. Teman yang tengok pun lemas!
Bila nak kuor rumoh paka jaket lagi, pastu bungkuih dengan blanket...aiiiiii, penat teman nengoknyer! Mak dia lagi letih!

Senangkan cam Mirza gi shopping-shopping kat Ipoh. Pakai lampin, t-shirt dan suor. Pakai stokin dengan kasut sebab nak meregek jer. Budok ni masa ni memang dia tak buleh jalan lagi, kecik bebenor, muka jer nampok tua!

Kekadang kat dalam rumoh bila soba (dapur cum pemanas tradisional) belum dipasang api, rumoh si Ilker ni sejuk gak. Deme tutup kepala Mursel dengan cap atau apa-apa yang ada sebelum soba panas. Scarf pun jadi!

24 jam kira bebudok dipakaikan baju berlapih dalam rumoh. Memang rumoh Ilker ni sejuk bila soba lama padam apinya. Rumoh si Alper pun gitu. Deme tak guna pendiang elektrik cam apartment kami di Istanbul sebab deme di Akcakoca ni dekat dengan kampong. Banyak rumoh apartment ada soba dan tuan rumoh ada pilihan untuk guna arang batu dan kayu api yang senang deme dapat atau beli. Cara ni deme buleh kawal perbelanjaan bahanapi. Kat Istanbul kami bayor bil letrik tiap-tiap bulan ikut bape banyak kami guna gak. Kekurangan guna soba, panas dia takat bilik yang berdekatan jer dan suhu tak konsisten.

Santai dan ringkas Mirza berpakaian di rumoh - singlet dan lampin.

Pepagi Nevin mengendong Mursel masa dia nak memasang api soba. Budok ni cepat bosan bila kena tingga, tapi bila kena ikat dan kendong diam pulak. Rupanya dia pun kaki nyongket cam Nenek Sedara Tiri dia!

Kena ikat pun kena ikatlah, janji aku dapat menyongket, kata Mursel. Tengok api sonok gak dari tengok besik (cradle kayu) tu, kena bedung lagi, hiiiii tobat!

Tu diaaaa, the ultimate freedom for a little kid in sunny Malaysia. Dah buleh berjalan, lagi mesra alam Mirza mengelilingi rumoh. Tanpa singlet atau baju (bajuuu?) atau suor, bolen jer dia main. Tak riso kena rasuk atau angin ahmar (Nauzubillah!)!
Cuba kita kire bape belanja nak pakaikan deme ni, 1 kat Bota Kiri, 1 kat Akcakoca. Gambor yang 2 last. Untuk Mursel - lampin singgit, underwear RM20, baju RM15, suor RM10, baju sejuk RM20, bape tu kome? Tu baju dok paka kat rumoh jer.
Untuk Mirza - lampin singgit.
Kome nak ke dok tingga kat negara sejuk nih?