
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Tengok, tengok rumoh orang dah kemas...sikit, dari minggu lepas. Tahniah pada diriku yang berjaya membanting tulang tanpa keringat - vacuum salon, dapur dan corridor! Lap sana-sinu sikit, udah ler!
Yorgan kat lantai dekat pintu balkon tu nak halang angin sejuk menyusup masuk. Dah buat insulation baik punya tapi rasa gak kesejukan masuk. Kami dok tingkat dua tapi tingkap dan pintu balkon semua kaca, tak der grill. Alhamdulillah tak der orang pecah masuk ikut tingkap atau balkon. Masuk ikut pintu depan ada dulu (pintu kayu). Dia dapat amik handphone buruk jer. Nak angkut barang lebih besor, ada CCTV kat main entrance blok kami. Mr T suspek janitor blok kami sebab dia tau apartment kami selalu tak der orang. Orang luor tak der koje datang masuk blok lagi pun ada CCTV.

Comey kan salon ni. Tapi kome jangan tanya habuk kat book-shelves dan balik sofa tu. Belum mop lagi. Tunggulah bila teman rajin sekali lagi...coming soon!
Pencapaian piawaiaan? Err...45% kot.

Dan berjaya buat karipap! Yaa teman ada bawok kari-mari dan satnika biji rempah dari Shah Alam! Kentang dan daging jer Turki punya. Kentang jenis waxy tu, memang lembut. Sebab teman sorang, ikut tekak Malaysia ler. Boh satnika kari dan serbuk lada bagi pedas! Masa masak inti ni harap-harap jiran tingkat atas tak bukak tingkap, takut dia pengsan bau kari yang power!

Teman guna tera yag atau butter susu lembu. Menjadi gak. Main golek atas cutting-board dan rolling dengan gelas kaca. Dapat 22 biji. 3 dah masuk perut untuk berbuka, 3 lagi dalam piring kecik, yang 2 pinggan ni masuk fridge.

Pagi tadi goreng 7 biji untuk sarapan. Saiz dia sepanjang handphone Nokia tu tapi gemuk lagi. Memang kenyang yaa amat, kena pulak dengan hot chocolate!
Jadi nilah ropanya karipap teman, Cikgu Humairi...meh makan!

Ni nak citer suasana kat dataran depan Yeni Camii (New Mosque) dekat Eminonu teman gi ari Jumaat baru ni. Citer ringkas jer. Ni ropa penjual kestane berlesen. Kestane tu buah berangan. Yang ni bukan buah liar cam teman makan kat rumoh. Besor dia dekat besor telur ayam gred C (eh..ada ker telur ayam gred A,B,C? Memandai jer teman). Mahal rega dia sebab saiz besor. Teman teringin nak rasa tapi pikior kat kampong Mr T banyok, tak jadi nak try!

Nak fokus kat gerai-gerai jual keju sepanjang laluan di luor Grand Bazar di Eminonu. Teman suka nengok keju pelbagai jenis ni sebab teman gemor makan mende ni.

Penah tengok dalam Asian Food Channel kat Astro, satu jenama keju dari New Zealand tu, deme lumur dengan lemak babi bagi tahan kulat. Chisss...tapi bukan jenama yg buat di kilanglah. Ni keju orang kampong NZ buat. Jadi kat Turki ni, teman memang pulun makan keju.

Bila kita lalu, deme akan pelawa singgah, "Buyrun, buyrun Ablah!"
Deme offer gak sepotong kecik bagi kita merasa. Asyik makan yang dioffer, kekadang bila sampai ujung dah kenyang!

Antara jenis yang teman suka yang cam tali pisang ni. Sekilo lebih kurang RM21 gitu, dari Erzurum. Ada rasa masin sikit dan kenyal. Penah ke kome makan atau tengok keju tali pisang ni?