Para jemaah dan pelancong di luor Yeni Camii (Masjid Baru), Eminonu, Istanbul. 2011.
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Menurut satu kajiselidik oleh Financial Times, Istanbul telah mendahului London dan New York sebagai 'the most liveable city in the world'!
"Istanbul sebuah kota kosmopolitan, happening, remaja usia penduduknya tapi bersejarah; dengan purata pendapatan yg pelbagai; taraf sosio-ekonomi yg bercampur-baur; mudah diakses dan ia sebuah kota yg dibina bukan saja sebagai jambatan yg menghubung antara benua malah juga pelbagai tamadun, ide, agama, dan insan," lapor akhbar itu lagi. (Betul, betul!)
Menurut laporan tu bandaraya-bandaraya yg terbaik diduduki ialah Istanbul, London, New York, San Fransisco, Paris, Rome, Rio, Sydney, Hong Kong dan Delhi, ikut susunan ni.
Aikkk..., Kolompur, Shah Alam tak de?
Sumber dari Today's Zaman. Gambor dari koleksi teman.
Haa...mana ropanya bandaraya yg paling best diduduki ni? Teman dah anggap Istanbul sebagai 'second home' teman selepas Shah Alam. Bila bandingkan kedua-dua bandaraya ni, rasa hiba pulak nak kata Shah Alam ni bandaraya...sebab bila dibanding dengan Istanbul, Shah Alam ni kecik dan aman bebenor!.
Memang happeninglah bandaraya Istanbul ni. Besor dia 5 kali dari Kolompur, dan penduduk dia 15 juta. Rumoh dan banguanan padat. Kenderaan bertali-arus. Ropa penduduknya berbagai kaler dan gaya.
Tapi pada teman yg best sekali masjid-masjid dan banguanan lama (Byzantium dan Uthmaniah) yg bersepah-sepah di setiap penjuru.
Gambor atas ialah pintu masuk ke Yeni Camii yang terletak di Eminonu bersebelahan dengan Grand Bazar. Biasa gak teman solat di sini sebelum balik ke Basaksehir pas puas ngelewor.
Depan masjid ni ada dataran. Ramai orang lalu-lalang, duduk-duduk, bergambor atau bermain dengan burung merpati. Ada beberapa orang pompuan menjual makanan burung kat sini. Kat background sebahagian dari Grand Bazar.
Ni sebelah kiri (atau kanan) masjid. Kat background ialah selat. Sini feri penumpang dan pelancong banyak kat selat tu. Cantik dan menawan tengok bot dan feri bawa penumpang ke bahagian sana bandar. Ayor berwarna biru.
Di negara yg kita kutuk-kutuk sekular ni (macamlah negara kita ni Islamik bebenor!), masih rama umatnya yg menyahut seruan solat di atas jalan sebab masjid atau surau penuh. Ni selalunya berlaku ketika solat jumaat.
Tak jauh dari dataran Eminonu ni ada tempat duduk-duduk. Kekadang bila teman letih, duduklah teman kat salah satu bangku batu kat sini sambil makan jagung bakor atau jagung rebuih .
Kalau kena musim sejuk dan ada matahari, memang nyaman.
Kat background tu ada lagi sebuah surau. Surau atau masjid sama jer bentuk.
Kalau nak dengor laungan azan yg bersahut-sahutan, meh dok Istanbul masa masuk waktu solat!
Kat dataran ni ada peniaga kecik dengan keta tolak. Lazimnya yang berniaga dengan keta tolak ni deme berjual jagung, buah berangan bakor atau simit (roti cam gelang). Kena ada lesen dari dewan bandaraya nak berniaga berketa tolak ni.
Depan masjid ni para pelancong dan shoppers berjalan bersimpang-siur. Memang menarik suasana kat sini. Bila masuk waktu solat, lagi rama yg berpusu-pusu gi ke masjid untuk bersolat. Berlaga-laga dengan pelancong yang turut sibuk nak menganga tengok dalam masjid.
Yang bukan Islam diminta bertudung dan berpakaian sopan, dan tak mengganggu orang sedang bersolat.
Tu sebab kekadang teman malas nak solat kat Yeni Camii ni sebab berebut dengan pelancong!
Lebih kurang 15 meter dari kaki tangga masjid ni ialah salah satu pintu masuk ke Grand Bazar. Sinilah yang dikatakan Spice Bazar.
Ada 2-3 orang Yob yang jual bendera Turki dan bendera kepala Kemal Ataturk. Teman tak tanya bape rega bendera-bendera ni.
Kat Eminonu jer yang teman selalu lepak sebab teman rajin ngelewor gi beli-belah atau sesaja jalan. Lagipun ia dekat dengan bas terminal, senang nak balik.
Ada bahagian lain bandaraya ni yg banyak lagi tempat bersejarah, gedung, restoran, pemandangan dsb, tapi tak larat nak ukur weh. Patah kaki!
Kekadang teman naik gak tram nak gi jauh sikit tapi di Eminonu ni dah kira happening.
Nak gi jauh lagi, ikut Mr T.
Begitulah sikit sebanyak kisah kota Istanbul yg eksotik dan romantik.
Dah bape puluh kali pegi, teman masih belum jemu dan masih tak abis ronda.
Bila lapor pas ngelewor berkilometer tu, teman lazimnya beli sebiji kebab. Rega lebih horang RM3.50.
Sedaaaaapppp!
P.S Teman nak bercuti di kampong ziarah Ibunda tercinta. Jadi blog teman berehat 4-5 ari ya kome. Selamat Bercuti pada diri sendiri!