Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label orang kurdish. Show all posts
Showing posts with label orang kurdish. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

BERSALJI DI ISTANBUL, BERHUJAN DI MALEYZIA...BEST GAK MAKAN CAPATI GIANT!

Assalamualaikum dan Salam Bahagia, pe kabor mengkome? Bercuti-cutian lagi? Teman masih kalut mengepos barang yg ada mengkome order. Meh ler bagi address rumoh atau pejabat yg ada orang menyainkan nanti. Dlm 3-4 ari lepas, dari posting kenkwan FB yg duduk Istanbul, salji ada merebas 2 ari dia area Fatih/Sultanahmet. Bertuah deme, sbb kat area tu jarang salji turun. Tapi kat area teman di Basaksehir, pasti cam ni dlm gambor ni, bulan Fenruari 2012!
3 ari lepas duit yg Mr T antor melalui bank udoh masuk. Dia perintah anak tengah dia di Genze transfer duit. "Transfer ribu-riban ke Helime Mother kamu, dia gatei nak menyongket lagi!" kata Mr T. "Baeeeekkkk Baba!" jawab si Asim! Ni gambor Mr T kat kem di Rumeli, Iraq, bersama-sama para pekerja dia. Pekerja kat sini terdiri dari pelbagai kaum dan warga negara!
Sambung aktiviti di ladang hazelnut. Ni jalan menghala ke tanah ladang kuarga Mr T dan ke Farmhouse. Dari kampong Deredebi lebih korang 5 kilometer. Masa ni teman dan Nevin naik traktor!
Sebelum sampai Farmhousde, nempuh kebun sayor kami. Kami tanam (kami pulak...deme ler tanam masa musim bunga), jagung, kekacang, cabei, tomato, daun pancar...
Teman ngutip hazelnut pas breakfast, 3-4 jam gitu. Tengah hari balik makan yg dimasak Nevin atau mertua. Petang kalu rajin teman sambung ngutip. Kalau tak rajin, teman nyongket susup-sasap dlm ladang!
Kekadang bertembung salah sorang pekerja Kurdish kami. Dia ni kekadang ditugaskan urus beberapa hal proses hazelnut - amik guni, ikat guni, cari tali etc. sementara yg lain gi ngutip ntah kat ceruk mana ladang, jauuuhhhh!
Antara pokok buah terdpt kat ladang ialah pokok buah seperti pear, epal, plum, anggur dll yg tumbuh liar.
Ada gak yg buoh dia meroh bila masak...
Ni pokok yg paling dekat dgn Farmhouse, sebelah kebun sayur tadi...
Pokok banyak dan buah pun banyak, jadi habuan si Osman ler!
Waktu tengah hari salah sorang pekerja Kurdish yg remaja akan balik awal sikit dari gerombolan dia utk nolong masak makan tengah hari....
Yang Chief Cook ditugaskan buat roti 'capati' giant ni. Ni makanan harian kaum Kurdish, tak sama dgn roti bangsa Turki walaupun deme ni satu negara!
Bila teman datang tengok (kem atau pondok deme dekat je dgn Farmhouse kami), deme cepat-cepat ajak makan roti panas-panas! Makan gitu saja tanpa lauk!
Berkilo-kilo deme masak roti ni dan ni ration utk 3-4 ari! Teman rasa nak nyongket Cuti-cuti Malaysia pulak, ke mana ehhh nak pegi...?

Thursday, December 13, 2012

MOH IKUT BUDAK KECIK SUSUP-SASAP DI LADANG HAZELNUT, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, teman udoh balik kampong mak di Parit, Perok. Dapat ler merasa sikit deghoyan. Tempoyak usoh cakap, tiap-tiap hari. Pastu badan berpeluh-peluh! Ni nak citer pasa Mursel Taha, cucu sedara Mr T, susup-sasap  dlm semak! Gambor dia didukung sorang pekerja Kurdish.

Satu petang biras teman Nevin ajak teman dan Mursel gi ladang sedara nak kutip buah tin dan sayuran. Ni rumoh ladang sedara tu, sepupu Mr T.
Ladang dan kebun deme ngadap bukit. Ladang hazelnut kami memang ataih bukit tp ladang deme ni buleh nampak Kampong Deredebi dan jalan ke Akcakoca, tuuu kat background. Belakang bukit tu Laut Hitam. Nevin tengah petik sayur panjar yg pahit tu!
Pokok daun-daun besor ni, pokok tin, fig kata omputih!
Kalau kaler dia warna ungu gelap, tu kira masaklah tu. Ulur kat Mursel, dia buat tak heran!
Kita koyak buah tu, ni ropa isinya, lembik-lembik dan manis!
Kalau orang kita tak bagi anak-anak susup-sasap dlm belukar, orang kampong Turki dibiornya. Utan deme tak mandang nyamuk dan serangga, tu pasainya!
Mursel jumpa buoh tomato kunin. Dia picit-picit, pastu dibuangnya!
Jumpa pokok cili, dia petik cili tu pastu digentel-gentel. Cili deme tak pedeh, usoh riso!
Kavalti di Farmhouse. Roti yg dibakor sendiri, ada 2 jenis keju putih dan cheese spread. Pil tu utk Nevin yg ada sakit kencin manis. Bila ada kentang goren, laju sikit teman makan!
Pemberitahuan: Teman selalu lupa nak kabor, anjin mertua, si Karabas telah meninggal dunia. Mr T labun termakan racun atau keracunan. Teman sedih bebenor masa Mr T citer, rasa nak nangis! Ni Karabas tengah bergelut makan roti yg teman bagi bulan Februari tahun ni. RIP Karabas!

Friday, January 6, 2012

MADINAH THE BEAUTIFUL and TARIAN SUFI YANG 'KARUT'

Dataran Masjid Nabawi noon...

Assalamualaikum dan Selamat Meraikan Hari Jumaat yang Mubareq!

Pe kabor mengkome?
Semoga semua sihat dan sejahtera di hari yg terbest dalam seminggu.

Moh kome ikut teman lepak kat dataran Masjid Nabawi.
Kat luor masjid ni ada kawasan luas teman pangge dataranlah. Buleh muat berpuluh ribu orang kasi penuh. Sentiasa ada jemaah dan pengunjung.
Sib baik jemaah datang berperingkat (dari Makkah), kalau tak, mau melimpah sampai ke kakilima hotel-hotel dan gedung dan Starbuck!
Ada Starbuck?
Ade kome!



Jemaah berkeliaran menziarah masjid atau baru nak kuar dari masjid. Kalau payung elektronik ni terpasang maknanya nak masuk tengah hari. Err atau ni waktu petang ke?


Kurdistan mari ni...

Jemaah suka lepak kat sini sambe bersantai. Kalau pepagi ada yg suka berjemur sebab Madinah sejuk masa tu.
Tiga Yob bangsa Kurdish sedang menikmati vitamin D.
Camne nak kenei lelaki Kurdish? Deme pakai suar gedebeh besor dan berikat dengan kain atau tali pinggang besor.
Di Turki ramai bangsa Kurdish menetap di wilayah bersempadan dengan Iraq dan Syria. Ada yg aktif dalam PKK sebagai terrorist atau pejuang, depending on which side kome support!


Segerombolan wanita Turki.

Tahun ni geng Turki paka uniform werne...eh werne apa ni?
Teman pun tak panda nak kata werne apa. Tapi deme cukup skema, sampa Madinah tetap paka uniform ni. Ni nak buat lawatan ke masjid ni lepas solat subuh.



Kekadang terjumpa hajjah dan haji yang sangat tua. Salah sorang ni apa kita kata, 'bongkok tiga'. Masih kuat berjalan dan berziarah. Suar besor yg deme paka ni pakaian harian wanita kampong di Turki.



Satu malam sementara tunggu Isya', teman solat di dataran sebab di dalam dah penuh. Kebetulan teman duduk dekat 3 orang Yong dari Turki dari daerah Laut Hitam.
"Merhaba Ablacim, nasilsiniz?" teman tegur.
Deme terkejut gak bila ada Yong Yabanci tegur deme dalam Turkce. Yang pegang tasbih ni pun laju speaking dengan teman. Teman bukan fasih sangat, buleh tangkap sesikit apa yg dia labun. Citer punya citer teman minta izin rakam imej deme.
Mau saja!
Terus dia pegang tasbih sambe berposing.
Kendian dia kuarkan handphone dia, minta teman amik gambor dia dan gambor masjid.
Ropanya dia tak penah bergambor selama buat haji... tak tau guna handphone yg anak dia bagi!
Teman pun dengan baik atinya, klik 4-5 kali amik gambor dia dan masjid. Adalah sikit gambor-gambor kenangan untuk dia.
"Sag ol, sag ol!" Ablah tu kata.

To be continued...



Semalam terjumpa photo essay dari Hurriyetdaily.com.
Adalah pulak gambor-gambor penari Dervish pompuan. Tak penah teman dengor penari Sufi orang tine ni.
Bila teman upload kat Facebook utk grup Malaysia-Turki, ada yang bagi komen: 'Karut, karut'!



Ni utk pelancong jer, kata sorang lagi kawan FB.
Teman idok ler panda pasa asal-usul dan fungsi tarian Sufi ni. Dan ngape sekarang ada penari tine.
Pelancongan punya pasalah ni.
Apa-apa pun, layaaannn...

Gambor dari Hurriyetdaily.com



Mai dah makan-makan ni!
Ni brunch teman semalam.
Ada mashed potato buat sendiri.
Yob Ghombau jangan jeles k.
Meh rasa sorang sikit kome...