
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Selain ke Masjid Nabi, bila masa terluang para jemaah akan gi shopping atau cari makan.

Bandor Madinah ni lebih moden, bersih dan teratur dari Makkah.
Banyak hotel dibina berdekatan masjid. Bawoh hotel kedai atau gedung/mall.
Tapi bab shoping ni nanti teman tulis lain. Ni nak citer hal teman lepak makan-makan.
Bukan tak buleh makan dlm hotel (makanan utk grup kami yg 8 orang ni diantor ke bilik), tapi teman sesak nafas dok memerap dalam bilik.
Puak Pushtun atau mungkin Taliban sedang berlabun
Suhu Madinah sejuk nyaman ujung bulan Oktober. Udara dia pun bersih tak berdebu cam kat Makkah.
Jadi teman suka makan di luar.
Tempat yg santai ialah kat wakaf ni, tak jauh dari hotel dan masjid.
2 pekerja sedang sarapan
Wakaf ni terletak belakang restoren yg menjual makanan India/Pakistan/Indonesia. Pekerja deme pun 95% dr India/Pakistan/Bangladesh/Indonesia yg buleh cakap Bahasa Malayu!

Teman hangkut breakfast teman cari port dan dok makan sarap sesorang. Cuaca yg sejuk nyaman memang menyelerakan utk menikmati rezki.

Pakcik dari Pakistan ni teman usyar makan roti dengan teh susu jer.

Ni sarap teman yg teman amik kat hotel - spegeti ayam, nugget (ingat kami ni bebudak ke apa), salad dan telur rebuih.
Ayor kena beli.
Teman beli ayor teh-O kat restoran sebelah.
Bila rasa, sedap pulak spegeti goren tuh!

Teman sian kat pakcik Pakistan tu, teman bagi telur rebuih teman. Sukenyer dia, sambe angkat-angkat tangan macam bersyukur atau mungkin berdoa utk teman.
Kalau makan roti dgn teh jer tu, teman rasa dia ada masalah kewangan sikit.
Tak tau ler...

Kucin Madinah ni banyak yg cantik-cantik bulu deme.
Teman rasa deme tak bertuan sebab kat sini tak mandang rumah atau apartment persendirian.

Dia ni selalu lepak dan mengelewor kat wakaf ni.
Bila teman bagi nugget tu, tak sior pulak dia!
Berlagak kucin nih!
Err...tapi mungkin dia dah kenyang.
Bersangka baik, bersangka baik,...

Sebab kat Madinah takde taman tema, karaoke atau kelab dangdut, para jemaah menghiburkan ati dengan berguro senda dengan kucin freelance nih.

Ada sekali teman beli 'sup buntut'...eeee pelik nama dia nih.
Masakan Indonesialah kan.
Tulang jer banyak, dengan sebuku roti, 6 Riyal.
Rasa lada sulah dgn Msg jer banyak!
Hirup jugak sebab nak panaskan badan.

Nilah ropa roti di Arab Saudi.
Idok semenarik roti-roti kat Turki.
Roti Perancis tu rasa tak sama cam yg kat Giant.
He heh Giant juga teman sebut!
Lupa bape rega sebatang tuh. Tak sampai singgit rasanya.
Nah amik sebatang sorang cicah kari!
P.S Yong Asma, ada ke beli roti Perancis Saudi ni?
Dataran Masjid Nabawi waktu tengah hari.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Meh ikut teman ngelewor dalam Masjid Nabi. Tapi hati-hati dgn polis/petugas pompuan yg paka kelubung hitam tu.
Deme tegas tau tapi baik ati!
Gambor masjid dari luor, payung elektronik dibuka.
Di dataran para jemaah suka dok lepak sambe ngaji, berzikir atau berlabun.
Dekat waktu maghrib.
Dekat waktu senja, payung ni dikuncup. Nampak tiang-tiang di tengah dataran. Teman miss bila payung dibuka dan dikuncup jadi tak buleh nganga sambe kata, "wow...dasat!"
Siling dalam masjid buleh dibuka dan ditutup secara elektronik. Teman dpt tengok sekali.
Hajjah-hajjah dari Indon nganga, "SubhanaAllah!", "Waduh...!" dan berbagai lagi nada heran.

Kata tima kasih kat teman!
Sebab kome dapat tengok gambor dalam masjid ni!
Sebab dilarang bawok kamera atau handphone berkamera dalam masjid Nabi!
Sebab petugas amat tegas!
Sebab...
Motif pada dome dalam section wanita.
Tapi ada Yong ni kisah?
Teman memang rebellious sikit, ehh...banyak.
Teman tak seludup pun handphone teman.
Teman dah bagi handbag teman, tapi petugas tu tak jumpa handphone teman.
Sapa suruh tak check bebetoi?

Ni bahagian orang tine dalam Masjid Nabawi.
Petugas wanita bercador itam cam Yong nilah. Tapi ni mungkin jemaah dari Iran pun ada.
Amat menarik binaan masjid ni.
Masjid Nabawi binaannya berperingkat, ikut zaman pemerintahannya.
Ni mungkin senibina zaman Uthmaniah. Mungkinlah.

Bukan lepak sesaja ni.
Ni gerombolan dari negara-negara berBahasa Malayu!
Kebanyakan dari Indonesia dan Malaysia dok selonggok.
Dalam sesuatu masa ada dekat 300 orang dok tunggu giliran nak masuk raudhah.

Kalau tak kerana nak ziarah makam Rasullulah, tak sior teman nak dok sampai 3 jam!
Sabor jer tunggu giliran masuk ikut benua.
Selama berada di Madinah, dapat 2 kali jer teman masuk raudhah, Alhamdulillah dapat gak 'jumpa' Rasulullah SAW.

Jap duduk, jap berdiri dengor taklimat dari petugas haji dari Indonesia. Mana petugas Tabung Haji?
Tiap kali buat lawatan ke raudhah ni, petugas dari Indonesia sentiasa ada - beri penerangan dan taklimat.
Petugas TH tak tau deme buat apa!
Kali kedua teman ziarah makam Rasulullah SAW, Alhamdulillah, tunggu 90 minit jer. Nasib ler dapat masuk cepat atau lambat.
Semua gambor dalam masjid adalah gambor curi tau.
Kalau nampak dik petugas, harus kena lecture dan handphone dirampas! Alhamdulillah sekali pun tak kantoi!
Pintu Masjid Nabawi. Macam bersalut emas!
Pintu masuk masjid.
Tiap pintu ada korang-korang 3 petugas yg check beg dan barang yg kita bawok. Ramai dari deme buleh cakap Bahasa Malayu sesikit.
"Ibu, ibu...masuk!"
"Ibu...kiri,kiri!"
"Ibu duduk, duduk!"
Ramai dari deme bukan berbangsa Arab.
To be continued lagi...

Hah, layan lagi imej penari Sufi orang tine di Bursa, Turki.
Beza deme dengan penari lelaki, baju deme kaler-kaler!

Nanti ada pulak penonton yg terpikat dengan penari yg comey-comey ni. Kan dah fitnah!
Lantok kome ler!
Ada makan-makan. He heh!
Semalam.
Pengat labu untuk dinner.
Lemok manis, rasa tak jemu!

Tengah hari teman buat lambchop.
Nasi tak mandang!
Meh kome amik sebiji cendawan tuh!
Dataran Masjid Nabawi noon...
Assalamualaikum dan Selamat Meraikan Hari Jumaat yang Mubareq!
Pe kabor mengkome?
Semoga semua sihat dan sejahtera di hari yg terbest dalam seminggu.
Moh kome ikut teman lepak kat dataran Masjid Nabawi.
Kat luor masjid ni ada kawasan luas teman pangge dataranlah. Buleh muat berpuluh ribu orang kasi penuh. Sentiasa ada jemaah dan pengunjung.
Sib baik jemaah datang berperingkat (dari Makkah), kalau tak, mau melimpah sampai ke kakilima hotel-hotel dan gedung dan Starbuck!
Ada Starbuck?
Ade kome!

Jemaah berkeliaran menziarah masjid atau baru nak kuar dari masjid. Kalau payung elektronik ni terpasang maknanya nak masuk tengah hari. Err atau ni waktu petang ke?
Kurdistan mari ni...
Jemaah suka lepak kat sini sambe bersantai. Kalau pepagi ada yg suka berjemur sebab Madinah sejuk masa tu.
Tiga Yob bangsa Kurdish sedang menikmati vitamin D.
Camne nak kenei lelaki Kurdish? Deme pakai suar gedebeh besor dan berikat dengan kain atau tali pinggang besor.
Di Turki ramai bangsa Kurdish menetap di wilayah bersempadan dengan Iraq dan Syria. Ada yg aktif dalam PKK sebagai terrorist atau pejuang, depending on which side kome support!
Segerombolan wanita Turki.
Tahun ni geng Turki paka uniform werne...eh werne apa ni?
Teman pun tak panda nak kata werne apa. Tapi deme cukup skema, sampa Madinah tetap paka uniform ni. Ni nak buat lawatan ke masjid ni lepas solat subuh.

Kekadang terjumpa hajjah dan haji yang sangat tua. Salah sorang ni apa kita kata, 'bongkok tiga'. Masih kuat berjalan dan berziarah. Suar besor yg deme paka ni pakaian harian wanita kampong di Turki.

Satu malam sementara tunggu Isya', teman solat di dataran sebab di dalam dah penuh. Kebetulan teman duduk dekat 3 orang Yong dari Turki dari daerah Laut Hitam.
"Merhaba Ablacim, nasilsiniz?" teman tegur.
Deme terkejut gak bila ada Yong Yabanci tegur deme dalam Turkce. Yang pegang tasbih ni pun laju speaking dengan teman. Teman bukan fasih sangat, buleh tangkap sesikit apa yg dia labun. Citer punya citer teman minta izin rakam imej deme.
Mau saja!
Terus dia pegang tasbih sambe berposing.
Kendian dia kuarkan handphone dia, minta teman amik gambor dia dan gambor masjid.
Ropanya dia tak penah bergambor selama buat haji... tak tau guna handphone yg anak dia bagi!
Teman pun dengan baik atinya, klik 4-5 kali amik gambor dia dan masjid. Adalah sikit gambor-gambor kenangan untuk dia.
"Sag ol, sag ol!" Ablah tu kata.
To be continued...

Semalam terjumpa photo essay dari Hurriyetdaily.com.
Adalah pulak gambor-gambor penari Dervish pompuan. Tak penah teman dengor penari Sufi orang tine ni.
Bila teman upload kat Facebook utk grup Malaysia-Turki, ada yang bagi komen: 'Karut, karut'!

Ni utk pelancong jer, kata sorang lagi kawan FB.
Teman idok ler panda pasa asal-usul dan fungsi tarian Sufi ni. Dan ngape sekarang ada penari tine.
Pelancongan punya pasalah ni.
Apa-apa pun, layaaannn...
Gambor dari Hurriyetdaily.com

Mai dah makan-makan ni!
Ni brunch teman semalam.
Ada mashed potato buat sendiri.
Yob Ghombau jangan jeles k.
Meh rasa sorang sikit kome...
Masjid Nabawi di waktu siang. Cantik kan?
Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Pe kabor sume? Semoga semua sihat dan sejahtera. Alhamdulillah teman dah buleh online pas balik kampong ziarah Mak. Alhamdulillah beliau semakin sihat dan bertenaga. Tima kasih pada semua sahabat dan teman blogger yg mendoakan dia sembuh.
Entry kali ni hanya nak buat trailer jer, cam kat wayang tu.
Sebab teman letih lagi nak tulih panjang-panjang.
Ari ni bab Madinah, bandar kesayangan Rasulullah SAW.
Bandar Madinah dekat-dekat masjid dikelilingi hotel, hotel, hotel...

Dari laluan pejalan kaki depan hotel dan kedai, buleh nampak masjid. Gambor diamik sekitar jam 8am.
Err...gambor teman amik guna handphone muroh jadi tak buleh nak rakam imej wide-angle kome. Jadilah...asaikan ada rekod utk simpanan peribadi teman.
Yusuf T.
Baru 2 bulan kot.
Cucu Mr T yg terlatest.
Beranak dalam bulan Ramadhan tahun ni.
Gambor terlatest anak tiri teman, Tahsin, e-mail kat teman lebih korang sebulan dulu.
Ni anak Tahsin yg ketiga.

Muka dah seakan-akan muka abang dia Ertugrul yg selalu bebal masa dia kekecik.
Adakah miker akan selalu bebal dan merampuih cam abang, ya Yusuf T? Kalau miker merampuih cam abang, Helime Baba Anne cubit pipi tu kang!
Yusuf masa masih dalam pantang.
InsyaAllah sehari dua lagi teman sambung citer Madinah ek?
Pemandangan terindah di dunia!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah teman bersyukur ke hadratNya, selamat sampai ke tanah ayor 2 malam lepas, selesai menjalani fardhu haji yg teman tak sangka dipilihNya tahun ni! Semoga teman perolehi haji yg mabrur.
Tima kasih sahabat-sahabat blogger dan para pembaca yg beri komen entry lepas, teman masih tak dapat respon, dan masih belum nak blogwalk. Nanti balik dari kampong teman nyongket blog kome ya, InsyaAllah.
Para jemaah sedang skodeng projek Bin Ladin.
Sebagai Kaki Kembara aka Kaki Nyongket teman suka amik gambor dan rakam peristiwa. Nanti teman balik Shah Alam dalam 4-5 ari teman labun ya. Kalau buleh, scene dan act yg 'diharamkan' teman nak rakam jugak...tapi takut kena ligan dik polis atau subjek, banyak gambor yg teman terpaksa rakam dari jauh atau secara 'curi'.
Kome faham kan mentaliti orang Wahabbi nih!
Tingkat paling atas Masjiddilharam, port feveret teman.
Dah masuk beberapa hari di Makkah, teman masih rasa tak caya dah jejak kaki di Masjidilharam! Macam blurrrr jer.
Syukur Alhamdulillah, teman buat solat syukur beberapa kali.
Here kitty, kitty!
Selain berjumpa dan berinteraksi dengan pelbagai bangsa dan ragam jemaah dari pelbagai corner dunia, teman jumpa gak makhluk lain...tapi bukan alienlah.
Tu kaki teman tuh!
Bahagian dalam kubah Masjid Nabawi.
Patutnya tak buleh bawok masuk handphone atau kamera.
Ada teman kisah?
Heh heh...polis wanita masjid memang tegas tapi they are very useful.
I like them!

Salah satu menu yg teman santap di Madinah...roti Perancis cicah kari dhal India.
Sedap makan kari kat taman dalam cuaca sejuk Madinah.
Till then kome....