Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label cendawan. Show all posts
Showing posts with label cendawan. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

KALUT-KALUT ISTANBUL...ADEIIIII!

Assalamualaikum Kome, pe kabor kite? Teman dah balik Basaksehir, Istanbul, Khamis lepas. Sonok dpt lepak rumoh takde sedara-mara dan kekanak yg hiruk-pikuk! Legaaaa rasanya! Namun teman makin kalut pulak, sebab soping kat Grand Bazar amik order pelanggan. Mahap yaa teman lambat hapdet dan tak sempat balas ziarah/blogwalk! Reply komen pun tak dan! Yaaa ampun!
Pe kabor pokok kunyit dari Malaya? Alkhamdulillah sihat walaupun tak minum ayor lebih 3 minggu. Pokok lain pun survived! Good girl!
Backtract kisah kat Kg Deredebi. Nilah bilik tamu kat rumoh kampong Mr T. Memola teman datang tahun 2005, nilah biliknya. Luas, ada satu katil bujang, lemari tinggi dan kusi meja tulih. Kat tepi belah belakang ada kotak-kotak buku dan simpanan makanan kering cam jagung dan linden tea. Macam store pulak tapi benda ni tak berbau, seguni dua jer. Hazelnut deme simpan bawoh rumoh. Kipeh letrik tu teman beli 4-5 tahun dulu masa teman datang musim paneh. Ni teman pakai semola. Deme ni tak tau guna kipeh!
Last trip si Omer ni baru dlm pantang, muka dia pun tak siap lagi, jadi teman idok amik gambor dia sangat. Dia adik Mursel, baru nak nyulur. Mursel lebih cerah ikut kuarga Mr T, Omer ikut kuarga mok dia si Pinar.
Pinar datang bawok Omer tengok teman baru sampa. Pastu teman gi umoh mertua, Nevin tu mertua Pinar (masa ni Mertua dan Nevin dok kat Farmhouse). Pinar bagi Mursel makan lunch. Dia tengah makan yoghurt. Tapi masa minum sup mercimek (dal halus), banyak yg tumpah ataih suar dia dari yg masuk mulut!
Dia pun cedok yg dalam poyok. Musim panas kami tak guna soba dalam rumoh sbb panas. Nevin ada lagi sebuah soba kat luor rumoh dekat tangga. Next entry teman upload gambor tu.
Cucu-cucu tiri - Bahrican, Sule yg dah semakin tinggi dan gemuk; dan Zeynep yg tak banyak perubahan dari segi ketinggian! Baju sukan yg Sule dan Zeynep paka tu teman yg hediyeh.
Entry kali ni masih kalut kome, tak tersusun. Ni semua macam trailer. Bila teman dah OK sikit, citer teratur. Nanti teman bawok kome ikut Mursel susup-sasap dalam kebun...
....jumpa sejenis buah berry. Kami petik yg itam sebab dah masak, manisss! Yang meroh masammmm, Yaa Rabb!
Kat ladang hazelnut teman bertapa 2 minggu tu, selain ngutip kacang, teman nyongket-nyongket tengok pokok-pokok. Antaranya pokok epal liar/organik, ori punya!
Buat masa ni, tu kisahnya dulu yek. OK pasa aktiviti teman di Istanbul ni, kalut beli-belah barang orang pesan dan nak bawok balik Malaya. Kali ni selain tudung, stokin, ilif, ada yg nak brooch. Yang ni Made-in-Turkey kome, bukan Taiwain atau Korea mali. Ada yang berminat? Rega antara RM8-RM45, RM60 pun ada. Lagi cantik batu dan saiz dan design, lagi cun rega dia. Sapa nak order, angkat tangan!
Sat tadi kahvalti/sarapan omelet keju dan cendawan. Mentang-mentang keju deme lebih muroh, teman bantai letak bebanyak! Budu tu kawan bawok, dia tinggekan. Teman simpan kot dia nak datang lagi. Dia dok kat Aksaray, tak jauh dr pusat bandar. Werne ning tu teh oren Turki. Kaler ori, takde perwarna dan perasa tiruan. Lezzet! sapa nak pesan teh epal, teh oren dan teh mint, lompat-lompat!

Saturday, January 7, 2012

MASJID NABAWI, MADINAH: YEAH, YEAH TAK KANTOI!

Dataran Masjid Nabawi waktu tengah hari.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Meh ikut teman ngelewor dalam Masjid Nabi. Tapi hati-hati dgn polis/petugas pompuan yg paka kelubung hitam tu.
Deme tegas tau tapi baik ati!
Gambor masjid dari luor, payung elektronik dibuka.
Di dataran para jemaah suka dok lepak sambe ngaji, berzikir atau berlabun.


Dekat waktu maghrib.

Dekat waktu senja, payung ni dikuncup. Nampak tiang-tiang di tengah dataran. Teman miss bila payung dibuka dan dikuncup jadi tak buleh nganga sambe kata, "wow...dasat!"
Siling dalam masjid buleh dibuka dan ditutup secara elektronik. Teman dpt tengok sekali.
Hajjah-hajjah dari Indon nganga, "SubhanaAllah!", "Waduh...!" dan berbagai lagi nada heran.



Kata tima kasih kat teman!
Sebab kome dapat tengok gambor dalam masjid ni!
Sebab dilarang bawok kamera atau handphone berkamera dalam masjid Nabi!
Sebab petugas amat tegas!
Sebab...


Motif pada dome dalam section wanita.

Tapi ada Yong ni kisah?
Teman memang rebellious sikit, ehh...banyak.
Teman tak seludup pun handphone teman.
Teman dah bagi handbag teman, tapi petugas tu tak jumpa handphone teman.
Sapa suruh tak check bebetoi?



Ni bahagian orang tine dalam Masjid Nabawi.
Petugas wanita bercador itam cam Yong nilah. Tapi ni mungkin jemaah dari Iran pun ada.
Amat menarik binaan masjid ni.
Masjid Nabawi binaannya berperingkat, ikut zaman pemerintahannya.
Ni mungkin senibina zaman Uthmaniah. Mungkinlah.



Bukan lepak sesaja ni.
Ni gerombolan dari negara-negara berBahasa Malayu!
Kebanyakan dari Indonesia dan Malaysia dok selonggok.
Dalam sesuatu masa ada dekat 300 orang dok tunggu giliran nak masuk raudhah.



Kalau tak kerana nak ziarah makam Rasullulah, tak sior teman nak dok sampai 3 jam!
Sabor jer tunggu giliran masuk ikut benua.
Selama berada di Madinah, dapat 2 kali jer teman masuk raudhah, Alhamdulillah dapat gak 'jumpa' Rasulullah SAW.



Jap duduk, jap berdiri dengor taklimat dari petugas haji dari Indonesia. Mana petugas Tabung Haji?
Tiap kali buat lawatan ke raudhah ni, petugas dari Indonesia sentiasa ada - beri penerangan dan taklimat.
Petugas TH tak tau deme buat apa!
Kali kedua teman ziarah makam Rasulullah SAW, Alhamdulillah, tunggu 90 minit jer. Nasib ler dapat masuk cepat atau lambat.
Semua gambor dalam masjid adalah gambor curi tau.
Kalau nampak dik petugas, harus kena lecture dan handphone dirampas! Alhamdulillah sekali pun tak kantoi!


Pintu Masjid Nabawi. Macam bersalut emas!


Pintu masuk masjid.

Tiap pintu ada korang-korang 3 petugas yg check beg dan barang yg kita bawok. Ramai dari deme buleh cakap Bahasa Malayu sesikit.
"Ibu, ibu...masuk!"
"Ibu...kiri,kiri!"
"Ibu duduk, duduk!"
Ramai dari deme bukan berbangsa Arab.
To be continued lagi...



Hah, layan lagi imej penari Sufi orang tine di Bursa, Turki.
Beza deme dengan penari lelaki, baju deme kaler-kaler!



Nanti ada pulak penonton yg terpikat dengan penari yg comey-comey ni. Kan dah fitnah!
Lantok kome ler!


Ada makan-makan. He heh!
Semalam.
Pengat labu untuk dinner.
Lemok manis, rasa tak jemu!



Tengah hari teman buat lambchop.
Nasi tak mandang!
Meh kome amik sebiji cendawan tuh!