Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label omelet. Show all posts
Showing posts with label omelet. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

KALUT-KALUT ISTANBUL...ADEIIIII!

Assalamualaikum Kome, pe kabor kite? Teman dah balik Basaksehir, Istanbul, Khamis lepas. Sonok dpt lepak rumoh takde sedara-mara dan kekanak yg hiruk-pikuk! Legaaaa rasanya! Namun teman makin kalut pulak, sebab soping kat Grand Bazar amik order pelanggan. Mahap yaa teman lambat hapdet dan tak sempat balas ziarah/blogwalk! Reply komen pun tak dan! Yaaa ampun!
Pe kabor pokok kunyit dari Malaya? Alkhamdulillah sihat walaupun tak minum ayor lebih 3 minggu. Pokok lain pun survived! Good girl!
Backtract kisah kat Kg Deredebi. Nilah bilik tamu kat rumoh kampong Mr T. Memola teman datang tahun 2005, nilah biliknya. Luas, ada satu katil bujang, lemari tinggi dan kusi meja tulih. Kat tepi belah belakang ada kotak-kotak buku dan simpanan makanan kering cam jagung dan linden tea. Macam store pulak tapi benda ni tak berbau, seguni dua jer. Hazelnut deme simpan bawoh rumoh. Kipeh letrik tu teman beli 4-5 tahun dulu masa teman datang musim paneh. Ni teman pakai semola. Deme ni tak tau guna kipeh!
Last trip si Omer ni baru dlm pantang, muka dia pun tak siap lagi, jadi teman idok amik gambor dia sangat. Dia adik Mursel, baru nak nyulur. Mursel lebih cerah ikut kuarga Mr T, Omer ikut kuarga mok dia si Pinar.
Pinar datang bawok Omer tengok teman baru sampa. Pastu teman gi umoh mertua, Nevin tu mertua Pinar (masa ni Mertua dan Nevin dok kat Farmhouse). Pinar bagi Mursel makan lunch. Dia tengah makan yoghurt. Tapi masa minum sup mercimek (dal halus), banyak yg tumpah ataih suar dia dari yg masuk mulut!
Dia pun cedok yg dalam poyok. Musim panas kami tak guna soba dalam rumoh sbb panas. Nevin ada lagi sebuah soba kat luor rumoh dekat tangga. Next entry teman upload gambor tu.
Cucu-cucu tiri - Bahrican, Sule yg dah semakin tinggi dan gemuk; dan Zeynep yg tak banyak perubahan dari segi ketinggian! Baju sukan yg Sule dan Zeynep paka tu teman yg hediyeh.
Entry kali ni masih kalut kome, tak tersusun. Ni semua macam trailer. Bila teman dah OK sikit, citer teratur. Nanti teman bawok kome ikut Mursel susup-sasap dalam kebun...
....jumpa sejenis buah berry. Kami petik yg itam sebab dah masak, manisss! Yang meroh masammmm, Yaa Rabb!
Kat ladang hazelnut teman bertapa 2 minggu tu, selain ngutip kacang, teman nyongket-nyongket tengok pokok-pokok. Antaranya pokok epal liar/organik, ori punya!
Buat masa ni, tu kisahnya dulu yek. OK pasa aktiviti teman di Istanbul ni, kalut beli-belah barang orang pesan dan nak bawok balik Malaya. Kali ni selain tudung, stokin, ilif, ada yg nak brooch. Yang ni Made-in-Turkey kome, bukan Taiwain atau Korea mali. Ada yang berminat? Rega antara RM8-RM45, RM60 pun ada. Lagi cantik batu dan saiz dan design, lagi cun rega dia. Sapa nak order, angkat tangan!
Sat tadi kahvalti/sarapan omelet keju dan cendawan. Mentang-mentang keju deme lebih muroh, teman bantai letak bebanyak! Budu tu kawan bawok, dia tinggekan. Teman simpan kot dia nak datang lagi. Dia dok kat Aksaray, tak jauh dr pusat bandar. Werne ning tu teh oren Turki. Kaler ori, takde perwarna dan perasa tiruan. Lezzet! sapa nak pesan teh epal, teh oren dan teh mint, lompat-lompat!