Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label PKK. Show all posts
Showing posts with label PKK. Show all posts

Friday, January 6, 2012

MADINAH THE BEAUTIFUL and TARIAN SUFI YANG 'KARUT'

Dataran Masjid Nabawi noon...

Assalamualaikum dan Selamat Meraikan Hari Jumaat yang Mubareq!

Pe kabor mengkome?
Semoga semua sihat dan sejahtera di hari yg terbest dalam seminggu.

Moh kome ikut teman lepak kat dataran Masjid Nabawi.
Kat luor masjid ni ada kawasan luas teman pangge dataranlah. Buleh muat berpuluh ribu orang kasi penuh. Sentiasa ada jemaah dan pengunjung.
Sib baik jemaah datang berperingkat (dari Makkah), kalau tak, mau melimpah sampai ke kakilima hotel-hotel dan gedung dan Starbuck!
Ada Starbuck?
Ade kome!



Jemaah berkeliaran menziarah masjid atau baru nak kuar dari masjid. Kalau payung elektronik ni terpasang maknanya nak masuk tengah hari. Err atau ni waktu petang ke?


Kurdistan mari ni...

Jemaah suka lepak kat sini sambe bersantai. Kalau pepagi ada yg suka berjemur sebab Madinah sejuk masa tu.
Tiga Yob bangsa Kurdish sedang menikmati vitamin D.
Camne nak kenei lelaki Kurdish? Deme pakai suar gedebeh besor dan berikat dengan kain atau tali pinggang besor.
Di Turki ramai bangsa Kurdish menetap di wilayah bersempadan dengan Iraq dan Syria. Ada yg aktif dalam PKK sebagai terrorist atau pejuang, depending on which side kome support!


Segerombolan wanita Turki.

Tahun ni geng Turki paka uniform werne...eh werne apa ni?
Teman pun tak panda nak kata werne apa. Tapi deme cukup skema, sampa Madinah tetap paka uniform ni. Ni nak buat lawatan ke masjid ni lepas solat subuh.



Kekadang terjumpa hajjah dan haji yang sangat tua. Salah sorang ni apa kita kata, 'bongkok tiga'. Masih kuat berjalan dan berziarah. Suar besor yg deme paka ni pakaian harian wanita kampong di Turki.



Satu malam sementara tunggu Isya', teman solat di dataran sebab di dalam dah penuh. Kebetulan teman duduk dekat 3 orang Yong dari Turki dari daerah Laut Hitam.
"Merhaba Ablacim, nasilsiniz?" teman tegur.
Deme terkejut gak bila ada Yong Yabanci tegur deme dalam Turkce. Yang pegang tasbih ni pun laju speaking dengan teman. Teman bukan fasih sangat, buleh tangkap sesikit apa yg dia labun. Citer punya citer teman minta izin rakam imej deme.
Mau saja!
Terus dia pegang tasbih sambe berposing.
Kendian dia kuarkan handphone dia, minta teman amik gambor dia dan gambor masjid.
Ropanya dia tak penah bergambor selama buat haji... tak tau guna handphone yg anak dia bagi!
Teman pun dengan baik atinya, klik 4-5 kali amik gambor dia dan masjid. Adalah sikit gambor-gambor kenangan untuk dia.
"Sag ol, sag ol!" Ablah tu kata.

To be continued...



Semalam terjumpa photo essay dari Hurriyetdaily.com.
Adalah pulak gambor-gambor penari Dervish pompuan. Tak penah teman dengor penari Sufi orang tine ni.
Bila teman upload kat Facebook utk grup Malaysia-Turki, ada yang bagi komen: 'Karut, karut'!



Ni utk pelancong jer, kata sorang lagi kawan FB.
Teman idok ler panda pasa asal-usul dan fungsi tarian Sufi ni. Dan ngape sekarang ada penari tine.
Pelancongan punya pasalah ni.
Apa-apa pun, layaaannn...

Gambor dari Hurriyetdaily.com



Mai dah makan-makan ni!
Ni brunch teman semalam.
Ada mashed potato buat sendiri.
Yob Ghombau jangan jeles k.
Meh rasa sorang sikit kome...