Moh Kite Follow Sesame...

Wednesday, November 24, 2010

Turk Dugun - Kawin Di Turki



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Lepas nengok budok bersunet, moh kita tengok orang kawin di Turki. Dari segi adat tak jauh beza dengan kita. Ada merisik, meminang dan bertunang, dan bernikah. Jangka waktu bertunang pun lebih kurang sama cam kita cuma deme takder hantaran berdulang-dulang. Deme paka boh hadiah (pakaian dalam, skarf yang dikait oleh bakal pengantin atau hadiah dari kerabat, baju tidur sexy, tuala berenda juga yang dikait dll.) dalam sebuah kotak kayu besor cam kotak pirate. Tapi kotak ni dibeli khas kat kedai dan siap beradun, berbunga, berlapik kain baldu dan satnika.





Ngape teman boh gambor pengantin Yahudi ni? Saja ler. Pada satu ketika rama jugak kaum Yahudi di Istanbul ni dan deme ada penempatan deme dalam bandaraya ni. Penah suami teman tunjuk kawasan deme. Tapi jumlah deme dah berkurangan, mungkin dah rama berhijrah ke Israel/Palestin.






Ni baju pengantin tradisional. Tak rama yang makainye kot sebab mahal. Sewa buleh ler untuk meregek masa hari kawin. Bab hantaran pulok, pihak pengantin lelaki kena persiap perabut baru di ruang tamu dan kelengkapan bilik tidur yang baru gak. Selain dari itu deme hadiahkan satu set cincin, ranta dan gelang emas pada bakal isteri. Tak peksa pulok teman bakal pengantin lelaki dapat apa dari pihak perempuan.






Banyok terdapat butik dan gedung pakaian pengantin di bandar-bandar kat Turki. Lazimnya deme beli baju pengantin dan simpan. Mungkin untuk kenangan atau diperturunkan pada anok pompuan.





Mana yang berhijab pun ada banyok pilihan, usoh riso Yong.






Sehari dua sebelum hari nikah deme pun ada majlis berinai. Teman sebenornyer selalu miss majlis kawin keluarga sendiri. Yang dapat tengok majlis meminang dan bertunang anok sedara suami - 3 kali merisik, 2 kali bertunang, putus sekali, kali ketiga baru sangkut!

Masa hari berinai, hanya kerabat dan kawan-kawan pompuan jer meraikan. Lilin-milin ni teman tak pasti fungsi dia.





Memula deme bernikah secara syarak kat rumoh panggil pegawai agama atau imam. Yang ni takde sijil rekod, paka guna saksi jer. Yang rasminya bila deme dinikahkan oleh pegawai gomen yang dilantik seperti Datuk Bandar ke. Pegawai tu akan tanya, "Kamu terima si polan ni sebagai suamimu?". Pengantin pempuan akan jawab, "
Evet" (Ya) dan begitu juga pengantin lelaki. Pastu deme sign kat borang. Sah jadi suami isteri dalam undang-undang sekular Turki.






Gambor agak lama ni. Encik Tayib Erdogan memerhati sepasang pengantin baru tanda tangan borang nikah. Masa ni beliau merupakan Datuk Bandar Istanbul. Rambut pun itam berkilat lagi.






Ni pulak semasa resepsi anok pompuan Erdogan. Antara jemputan ialah Presiden Gul dan isteri. Disebabkan undang-undang sekular di Turki, anok-anok Erdogan yang berhijab terpaksa sambung belajor di USA sebab kat Turki kome yang bertudung tak buleh masuk belajor di universiti gomen. Universiti swasta ikut polisi deme. Ironik kan? Bapa dia PM tapi tak buleh nok tukor perlembagaan. Bila buat lebih-lebih sikit ke arah Islamik, golongan sekular dan tentera buat hingor (hingak, bising). Bukan senang tapi Alhamdulillah rama rakyat Turki mengamalkan ajaran Islam dan tuntutannya walaupun ada halangan.







Majlis perkahwinan di Turki lazimnya ada muzik dan tarian. Memula pasangan pengantin akan berdansa seround atau dua round. Pastu deme start muzik tradisional yang rancak. Bangsa Turki bangga dengan muzik tradisonal deme. Deme pun rama-rama menari, mana yang tak seganlah. Memang rama yang tak segan.

Yang tersangkut kat leher pengantin lelaki ialah hadiah duit yang disemat oleh para tetamu semasa bersalam. Manakala pengantin pompuan sarat dengan gelang baru. Deme tak main duit RM5, RM10 atau RM50 cam kat sini. Kalau yang kawin tu sedara rapat, kome kena ler siap RM300-RM500 beli seurat gelang! Yang kunin-kunin kat tangan pengantin pompuan sampai ke siku tu gelang baru ler!





Ada dua tiga jenih tarian tradisional yang deme tarikan. Ala-ala tarian Greek dan Cossak pun ada.







Lelaki pompuan bercampur gaul. Kebanyakannya kaum kerabat deme sendiri. Yang muda akan menari tarian kolbasti yang rancak tapi muzik dia Turki. Kalau kome nok tengok tarian ni, taip jer Kolbasti kat You Tube.







Ada yang nari belly dance. Ikat pinggang tu dengan skaf atau dengan skaf berhias dengan syiling yang memang digunakan untuk menari tarian gelek.






Ni satu-satunya majlis perkahwinan yang teman merasa pegi hadiri. Pengantin lelaki sorang pegawai gomen kenalan suami. Gambor ni pun teman amik dari jarak 15 meter semasa deme menunggu tetamu bersalam mengucapkan Tahniah. Dalam resepsi ni takde tarian sebab keluarga pihak lelaki agak alim. Di leher pengantin lelaki terdapat duit-duit kertas yang disemat oleh tetamu. Gelang pompuan tak nampok.






Gambor menunjukkan anok-anok tiri teman Tahsin dan Asim mewakili keluarga keme meminang sorang gadis Akcakoca bagi pihak sepupu deme si Ilker. Ni berlaku tahun 2009. Ilker ialah anok tunggal Nevin dan berusia 24 tahun. Nenek dia hingor suruh dia nikah cepat takut tak sempat dia nok tengok cicit dengan cucu yang tunggal ni. Ni pertunangan Ilker yang ke 2.






Selamat merisik, deme sepupu-sepapat bergambor di rumoh tunang Ilker ni. Ilker ni satu-satunye sepupu deme. Pak sedara deme iaitu adik suami teman, meninggal dunia masa umor 22 gitu, Ilker kecik lagi tak kenal Baba dia lagi.

Selalunya koje pinang-meminang dan bertunang ni dibuat oleh Baba deme, tapi masa tu orang rumoh teman bertugas di Afghanistan. Jadi anok-anok dibebankan dengan tugas bertanya dan nego dengan keluarga pompuan. Ngapa gambor pompuan takde? Sebab teman tak berani boh, nanti deme sensitif. Muka teman boh sekali dua kala tak pe dan muka Nevin dan Mertua tak pe (kot) sebab deme ganas!






Beberapa bulan kendian suami balik dari Kabul. Dia pulak gi urus pertunanagan. Masa tu teman dah balik Malaysia. Tak merasa nengok Ilker bertunang dan berkahwin. Dapat nengok gambor jer ler. Tu Ilker baru kuor dari keta nak jemput isteri dia ke majlis tanda tangan kat dewan di Akcakoca. Baru teman perasan driver dalam keta ni orang rumoh ropanya.





Gambor orang rumoh, Alper dan Tahsin bersama anok-anok Tahsin. Rasanyer ni gambor sebelum deme pegi rumoh pengantin pompuan. Tengok tarikh bulan April, baru jer masuk musim bunga.

Ilker dan isteri baru jer dapat anok lelaki (lelaki lagi) beberapa bulan lalu. Semoga deme berbah
agia dan aman sentiasa dan dimurohkan rezki.

7 comments:

  1. cikgu, nk tny..
    atas tu cg kate deme xde nari menari sebab keluarga laki tu alim sikit...
    tp pengantin pompuan tu x tutup orat pon cekgu..
    hihihi...

    ReplyDelete
  2. Salam Numara, eh tak pakai tudung pun buleh alim gak.Ni mungkin sbb pengantin pompuan tu koje dgn gomen jd tak pakai tudung lagi tu. Nanti kendian dia tutuplah aurat tu tp kena berhenti koje gomen lah atau koje dgn swasta.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Halima.....
    sayang betoi le...... negarre yang kaya dengan sejarah Islam nye....tapi disebabkan si attaturk jahanam tu.....sekular jadi pegangan deme.....sayang.....

    ReplyDelete
  4. ouhh..
    erk... moge2 begitulah ye cekgu..
    urm.. nk pakai tudung xleh kje gomen la ye..
    alhamdulillah malaysia x camtu.. huuhu

    ReplyDelete
  5. Salam Yob Shahril, tulah masalahnya. Dlm tentera dan golongan sekular deme ni banyok yg Freemason dan ada yg tak Islam kot, tu jd camtu. Tp Alhamdulillah Yob, dgn kekangan dan halangan ni, makin rama rakyat deme balik ke Islam dan kuat pegangan deme. Walaupun deme dekat dgn Eropah, pengaruh Kristian tak kuat. Cuba tengok skrng, belum masuk Disember, pokok Krismas, Snowman dah tercacak kat shopping kompleks kita. Sana tak mandang Yob, kalau ada pun pokok kecik jer.

    ReplyDelete
  6. besnya kalo kat sini pun cam tu

    1. bakal suami siapkan perabut utk ruang tamu..
    2. dpt gelang sampai siku...

    nape kak tak tunjuk pita ala2 kotak lanun tu... ;)

    ReplyDelete
  7. pandai betul diaorang cakap bahasa melayu

    ReplyDelete