Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, November 7, 2010

Makkah in the Near Future.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ni nak kongsi gambor-gambor yang teman dapat melalui e-mail diantor kawan. Gambar menunjukkan aktiviti pembinaan menara jam yang terbesor di dunia bila siap nanti.






Menurut e-mail kawan tu, InsyaAllah, jam besor ni akan siap dalam tahun 2012. Sekarang koje-koje pembinaan sedang rancak berjalan. Ni antara hamba-hamba Allah yang bertuah dapat berkoje di tanah suci kite. Mesti tiap-tiap fardhu deme solat kat situ. Jeles keme...





Tu dia...dari puncak rangka jam ni...nampak Baitullah kecik jer, walhal masjid tu besor kan. Menunjukkan betapa besor dan tinggi menara jam besor ni nanti weh!




Rupa puncak menara jam tu, maaf teman takder maklumat terperinci tentang projek mega ni. Teman hanya dapat gambor jer. Rasanyer ada lagi bangunan atau menara yang sedang dibina serentak dengan menara jam besor ni.




Ropa muka jam. Ni gambor yang teman guna untuk peraduan hari tu. Anak jarum tu ntah besor mane gamoknyer!





Ni gambor dah siap ker, atau artist impression jer? Masyaallah besor dan tinggi, sayup mata memandang! Tapi masih tak dapat mengalohkan akan keindahan Masjidil Haram, ya tak kome?




Kalau dah siap, ginilah ropa dia gamoknyer. Cam Big Ben pun ade, cam Gotham City pun ade. Tapi kite tak perlukan Spiderman atau Superman.

Allah is enough for us!

Allahuakbar!



P.S Maaf ler sapa punya gambor-gambor ni. Teman tak tau nak bagi kredit kat sape.

21 comments:

  1. Salam Wan, luor biasa besornyer! Tu hotel kot dekat2 dia. Nanti buleh dok situ nampak Kaabah, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  2. Sah manusia akhir zaman berebut rebut mendirikan bangunan bangunan tinggi. Sama la pak arab pun nampaknya. Islam tak kata salah iaitu berdosa. Tapi apa ia perlu? Atau hanya lebih nak menunjuk nunjuk yang deme tu ada duit, ada pengaruh, ato nakkan nama etc yg bersifat duniawi saja?

    Subhanallah eloknya kepada setiap ciptaanNya. Yang ni lebih tepat kita sebut "Nauzubillah" le kot? hehehe .. Jam pun ikut rekaan, design orang Barat - ya mmg takde salah. Kot ya pun nak menunjukkan 'orang kita' - orang Islam, orang arab hebat , buat la jam pake tulisan arab & seterusnya mesti la dia ikut lawan pusingan. Tak macam jam biasa kita tengok tu.

    Just a thought as am being honest & critical per usual. hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam Yong,

    Kebesaran Allah,
    InsyaAllah tahun depan temen pegi haghuih (harus) dah siap kut. Musim ni teman dalm waiting list. X sampei seru nak pegi.

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Hanz, everything kat saudi kena besor2 kalau tak, tak nampok. Wallahualam! Kiri-kanan tu kot hotel gamoknyer. Nanti senang kite nok menginap dok dekat Masjid, tak jauh nok gi solat!

    ReplyDelete
  5. Salam Yob Tinuj,
    InsyaAllah Yob dapat ke sana musim akan datang atau in the near future, teman doakan. Doakan utk teman gak ye?

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Halima, Subhanallah, smg dapatlah kiranya kita semua sampai ke sana suatu hari nanti dan di kala masih sihat walafiat agar dapat kita menunaikan ibadah dgn lebih mudah dan berkesan.Amin.

    ReplyDelete
  7. Salam Yong Kaz, Insyaallah semoga kite semua dapat ke sana dan menunaikan kewajiban dengan baik, aman dan mendapat haji mabrur!

    ReplyDelete
  8. Salam.betul2 di sebelah Kaabah yang suci, mereka bina binaan yang tinggi. ironic kan? di akhir zaman, manusia berlumba2 membina bangunan yang tinggi2. tapi tak sangka pulak sampai pergi bina betul2 di sebelah Kaabah.

    ReplyDelete
  9. Salam Yong,

    Allah amat suka jika hambanya menunjukkan kehebatan dan kekuatan umat Islam. Itu menandakan bahawa Islam itu kuat dan hebat.

    Tetapi.., apa yang Yop Hanz katakan ada kebenarannya...

    wallahuaklam...

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Isa dan Shafiq, Allah jer yg tau sama ada kenyataan tu refer pd bangunan cam ni. Tapikan kalau bangunan tu akan memenuhi keperluan ok kot, tau jer kat Makkah slalu crowded di musim haji dan jemaah perlukan tempat penginapan. Tp ada org nak bina bangunan tinggi 100 tingkat utk bermegah atau menunjuk2, haa tu mungkin kenyataan (hadith ke) tu maksudkan. Riak...tak gitu!

    ReplyDelete
  11. amboi..besarnyaaa..besarrr punyerrr..huhu

    ReplyDelete
  12. Salam Yob Edy, slmt datang. Besor punyerrr! Teman suke iklan tu!

    ReplyDelete
  13. beso nye jam tu, satu dunia leh nampak jam tu kan, hehehehe...

    ReplyDelete
  14. betul juga. kalau jam tu besar, seluruh penduduk mekkah boleh nampak jam tu. memang berguna :)

    ReplyDelete
  15. teman ade teghime email daripada KondaKondi.com tentang cerita ini.. Kak Halima ade tengok patung beso yg Dubai cadang nok bina tak ?

    ReplyDelete
  16. Salam Emme dan Shafiq, tak tau ape tujuan deme buat besor bebenor tp rasanyer ialah cam Shafiq kata, seluruh penduduk di Makkah yg dok 5km pun buleh nampok...ha ha!

    ReplyDelete
  17. Salam Yob Samad, yg tang patung tu tak tau teman ada terima tak. Tak cek lagi email Yahoo. Kalau ada kisah patung tu, buleh Yob citer kat blog Yob. Ap ke heh deme nak bina patong kat Dubai?

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah. lpas ni katanya world pnya GMT set ikut jam kat mekkah

    ReplyDelete
  19. Salam MJ, slmt datang! Eh ye ke bebenor gitu? Kalau betoi Alhamdulillah. Patutnyer gitu sbb kalau ikutkan bandor Makkah ni dok di tengah2 peta bumi. ada akat tengok dlm saty Youtube, bandor Makkah teletak di tengah bumi! Wallahualam!

    ReplyDelete
  20. kak MH, harap2 lepas ni makkah lg maju jd US la kan. tunjuk skit kat us yg angkuh 2 kita pon lagi hebat dari die..anyway..mmg teringin gile2 nak jejak kaki ke sini...akak dah de pengalaman ke sini kew??

    ReplyDelete