Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, November 30, 2010

Moh Lawat Universiti Waseda, Tokyo. Part 2.




Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Nippon e ikimashou!

Masa teman kat UM dulu, kami belajor ada chatting-chatting. Salah satu kursus memerlukan kami chatting dengan mahasiswa di Universiti Waseda, Tokyo. Dalam kelas teman (major dalam BI) ada 20 orang siswa. Setiap sorang dapat sorang lawan labun dari sana. Nama lawan chat teman Yojin. Hensom ya amat, kalah Takuya Kimura. Tak kenal? Gi google!

Satu semseter kami kena chat dengan partner memasing dalam English, pastu kena buat laporan. Lagi satu kelas yang amik Bahasa Jepun pun ada sesi chat dengan sekumpulan lagi. Projek chatting ni (dengan webcam) dibiayai oleh Universiti Waseda.

Dalam semester berikutnya, teman dan salah sorang pelajar dari kelas Bahasa Jepun ditawarkan menghadiri simposium tentang 'Cross-Cultural Distant Learning' (CCDL). Kami kena buat esei 2,000 perkataan tentang tema CCDL.

Apa heh tandas tu? Tu tandas dalam hotel kat kampus Universiti Waseda tu. Ada memacam gadjet, tak tau amendenya. Keiko penah citer kat teman tandas hi-tech dia, tapi memula teman dah jumpa dalam hotel kat Waseda ni.





Kami, teman dan Chong, sampai 2 ari awal sebelum simposium. Bila sampai dia cari pondok telefon nak labun dengan mok pok dia. Teman tak kabor apa pon dengan mok. Dah biasa jalan main terjah, pegi sorang balik sorang. Kekadang dah balik Malaysia baru kabor, "Aritu pegi..."

Masa kat Tokyo ni bulan Disember dan dalam bulan Ramadhan. Teman tak rase penat atau lapor. Mungkin bagus posa dalam musim sejuk, pikior teman. Tu students Waseda baru kuor kuliah.





Teman nampok ada beberapa orang students dok usya satu meja dan membelek sesuatu. Kat satu kedai berdekatan pun ada lagi satu kumpulan juga dok tunduk meneliti sesuatu. Teman gi dekat buat sibuk. Oh deme sedang beli nasi tapau. Mewah cam mana pun deme, kos sara hidup kat Tokyo memerlukan deme berjimat dalam bab pemakanan. Nak tanya bapa hinggit sebungkuih kat deme, tapi deme tak panda speaking pulak.

Teman tengok apa dalam bungkusan tu - nasi putih, ikan kering, gulai nangka, sambal petei...he heh! Tu hayalan teman jer, orang posa kaaan!





Ruang parking untuk motor. Teman tak nampok motor kapcai. Semua cam jenih yang cc berat jer. Selama dok Tokyo 4 ari, baru sekali teman nampok kapcai. Penunggangnya sorang uncle juah barang runcit.





Nilah wakil-wakil dari universiti ASEAN, China, Taiwan dan Russia yang dijemput membentang esei deme. Hampir kesemua deme ni pelajar yang amik kursus Bahasa Jepun kecuali teman.

Simposium setengah hari jer. Tapi latihan protokol dilakukan dekat sehari suntuk kelmarinnya. Memang orang Jepun ni amat mengambil berat tentang protokol untuk sesuatu majlis. Keiko penah kata, deme berlatih untuk hari konvo deme dekat sebulan. Adeeei sebulan...nasib baik tak belajor di Jepun!

Mata au hi made!

8 comments:

  1. salam kak halima..
    Wahhh seronoknya..akak skrg kt japan ke? Jaga diri baik2 ye..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Halima san....
    waaa...... seghonoknye.....
    jaoh berjalan ni lueh pemandangan....bertambah pengetahuannn.....

    ReplyDelete
  3. Salam Lyza, mana pulok kat Japannya. Kan akak kelmarin kat Kundasang dan Poring Hotspring. Ni citer masa akak belajor dulu. Dulu tak penah buat jurnal dan gambor beribu2 keping akak simpan bawoh katei, ni ada blog, bawok kuor segala satnika reta Qarun dr bawah katei tu!

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Shahril, eh dah sihat ke Yob? Ha'ah citer Akak gi simposium kat Waseda U. Dapat gak jumpa teman chat Akak, Yojin tu. Next entry Akak boh gambor dia. Ada ler sesikit pengetahuan tentang negara Jepun dan budaya dia, Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. mata au hi made tu ape maksudnye kak halima..? seghonok yak dpt ghate bejalan..

    ReplyDelete
  6. Salam Yob Samad, maknanya Jumpa lagi...tulah yg diberi oleh kawan teman Keiko. Rata tak rata Alhamdulillah. Ni berkat ikut cakap mok masa kekecik. "Duk rumah...nak berjalan jer". Hmmm bila dah besor tak dok diam ler!

    ReplyDelete
  7. salam kak, tak tergamak nak buang air kat gadget gitu hehe.. :D
    bestnya gi jepun ye.dulu sy ada jg kawan dgn org jepun tapi dah lost contact, tak tau idup lg ke mati dah..

    ReplyDelete
  8. Salam Intan, tu watchamacallit utk control heat kot. Kalau duduk atas seat tu tak lah melompat kalau sejuk. Jd deme control suhu dia bila musim sejuk, bila duduk panassss jer pungkok.

    ReplyDelete