Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Entry teman tentang wawancara dengan sorang bekas Mujahiddeen telah menyebabkan beberapa pembaca terutama yang Yob-yob tak sabor nak mace Part 2. Untuk potong stim sikit, teman buat entry yang sejuk. Bukan apa, nak dapatkan Mr 'W' tak tau bile. So elok baca entry yang santai sementara nunggu dapat contact dia balik.
Ni nak nunjukkan sebahagian blok apartment di Taman Tayip Recep Erdogan, Basaksehir, di mana terletaknya apartment keluarga keme. Blok keme yang warna biru tu; unit keme tingkat 2. Blok kat belah sini agak baru, baru 3 tahun siap dan ada unit yang masih kosong.
Salji pertama turun musim lepas ialah beberapa hari selepas Krismas. Basaksehir antara tempat yang memula kena debu salji yang dibawa angin dari Siberia. Kalau cuaca Siberia teruk, tempiasnya sampai ke Turki. Sebab taman kami ni di tanah berbukit, banyok ler salji tersadai kat sini. Gambor diambil ketika round ke 2 salji turun. Round pertama salji debu jer turun, dia kering dan tak boleh buat apa kecuali main randuk, macam randuk ayor.
Bila dia turun macam flake, baru menimbulkan masalah. Menempek atas satnika benda, umpamanya kereta! Tu dia orang rumah teman bertungkus-lumus menyapu salji dari atas kereta. Masa round 2 salji turun, seminggu dia buat koje di rumoh sebab jalan licin dan ofis sejuk sangat walaupun ada pemanas portable.
Ni kira tak bape tebal. Esoknya lagi tebal bila malamnya salji turun lagi tak henti-henti sampai ke pagi. Kalau masa ni jentolak salji majlis perbandaran tak datang membersihkan jalan, alamat bebudak cuti sekolah sebab kenderaan tak boleh masuk dan keluar. Jalan pun licin.
Tahun lepas merupakan musim sejuk pertama teman sempat bermain salji. Selalunya teman datang musim panas, musim bunga, musim luruh tapi tak sempat sampai waktu salji turun. Waktu pagi pada hari salji turun round ke 2, terdapat cukup salji flake terkumpul di balkoni kami. Apa lagi teman pun bina Snow Woman pertama teman. Siap teman dandan dengan tudung, rantai dan subang. Nama dia Kara Bayan, bermaksud Snow Woman. Kalau Snowman deme pangge Kara Adam.
Orang tua sibuk mengemas dan mencuci, bebudak mereka dan mencipta. Ni salah sorang anak jiran. Bapok dia baru jer bina Kara Adam depan blok deme. Snowman besor ni mengambil masa lebih 30 minit nak siapkan.
Bila salji turun tak henti-henti 2-3 hari, barulah kawasan blok nampak cam winter wonderland. Ini yang bebudak paling suke ya amat! Pulok tu sekolah ditutup 2 minggu dalam musim sejuk, apa lagi deme pun bersukaria sakan. Masa cuti tu sorang cucu dari Deridebi datang ke rumoh Tok dia di sini.
Teman bawok cucu yang paling tua, Ertugrul, bermain dengan anok-anok jiran. Tempat parking kat sini mencuram. Bila salji tebal, memang sonok ler main gelonsor. Sapa yang ada papan gelonsor sonok giler, tapi sapa yang takder, dulang pun jadi!
Ada yang mok budak turut turun nengok anok-anok deme main. Teman memalam ada gak main gelonsor kat tempat parking depan blok keme, guna dulang. Tapi siang idok ler. Ni mok dengan anok-anok main baling-baling snow ball!
Ni kes berlanggor! Bila dah gelonsor tu memang takder brake. Kena brake dengan kaki.
Ertugrul menggelongsor menggunakan dulang. Memang laju sebab parking lot ni agak curam!
Sonok mok-mok nengok anok kecik main gelongsor. Ni satu-satu musim yang deme buleh bersukaria tak payah gi jauh atau gi taman yang berbayor. Permainan pun tak bahaya.
Mana yang ada benda cam ni memang sonok giler. Kena pandai pilot jer supaya tak langgor budak lain.
Anok-anok jiran sebelah rumoh keme. Tak tau nama kakak tu tapi yang tau nama budak kecik tu, Mehmet.
Teman dengan Cik Kara Bayan. Nampak vest tu? Vest tu telah dikait khas untuk teman oleh Kak Emine. Teman hadiahkan dia telekung. Dia pun kaitkan teman vest tu, siap dalam 3 hari!
Nilah ropa kejiranan keme di Basaksehir. Di belakang tersergam salah satu masjid keme yang agak baru jugak siap dibina. Dari masjid ni lah teman selalu menikmati panggilan muezzin yang antara termerdu pernah teman dengor. Rindu nak dengor alunan Bilal tu lagi.
Salam Yong.
ReplyDeleteSeghonok bebeno deme teman kelih. Ish, kalo kat Mesia ni main ayo ujan je le. Agak teman kalo nak minum laichi aih mawak 1 tin laichi ngan gelaih bancuh kat situ je,keh...keh...keh...
Salam Kak Halima.....
ReplyDeleteuiiiii seghonoknyeee...... tapi oghang kate..... memule je yang seghonok....lama2 jadi boring jugakkk.......
Salam Yob Tinuj,
ReplyDeleteBebudak jer sonok. Org tua meluat sbb sejuk bebenor dan deme tak sonok nok keluor, paka baju teba2. Buat ABC pun boleh!
Salam Yob Shahril, Bebudok paling suke. Deme boleh main 3-4 jam, mok pok deme tak larang tapi yg kecik sangat deme tak bagi main lama takut sakit. Kalau salji dah cayor tu kurang sonok. Tapi selagi ade, semanjang jer deme berguling!
ReplyDeleteSalam kak halima,
ReplyDeleteseronok baca cerita akak..buat saya tersenyum..sy memang cukup suka baca pengalaman orang..
tq 4 sharing this great moment!=)
Salam Cikgu Wan, tu senyum kat bilik guru ke kat rumoh? Kang nanti ada yg kata cikgu ada ehem ehem senyum sorang2.
ReplyDeleteamboi kak limah pun ngelongsor juga... heheh, kalo saya pun mesti amik peluang nyer...
ReplyDeletecantik vest kak tu... ;)
sonok th bebudok main gelongsor...
Salam KakYong, kat Malaysia main mandi ujan jer. Suami pun kata "Gi lah awak main gelongsor". Tp Akak main dlm gelap bawah lampu jalan jer. Sayang Kak Emine dgn akak tu, buat vest! Mmg sonok tngok gelagat bebudok, buleh ghalit dibuatnyer!
ReplyDelete