Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Kekadang teman terlior teringat makanan Turki. Walaupun makanan deme tak pedas dan berempah tapi deme banyok daging dan salad!
Kita fokus kat roti dulu. Deme ada berbagai jenih roti, jauh lebih sedap dari kat Malaysia ni sebab deme guna tepung gandum yang lain sikit mutu dia. Ada yang ditabor biji bijan cam kat atas tu.
Yang ni lazimnyer dihidang kat restoran, selalunya free sebagai tambahan kepada apa yang kita order. Seropa roti nan, berkelempong dan lembut.
Nilah borek yang selalu orang kampong kat Deredebi masak. Simpan banyok-banyok, bila nak gune dibasahkan dan dibakor. Tapi yang kat restoren deme uli dan-dan tu dan masak. Yang ni dibuboh cheese putih. Jadi rasenyer macam makan roti canai masam-masam. Selalu dijual di kedai pastri dan dimakan di waktu pagi.
Lagi satu menu borek yang berintikan sayor sebab nampok ijo-ijo tu, dan pasti ada keju putih dan ditabur biji bijan. Teman buleh bayangkan rase dia...hmmm...lezet (Bahasa Turki lezet).
Hidangan sarapan kat restoran atau hotel. Teman gemor buffet deme memang menyelerakan sebab banyok pilihan keju satnika dan beberapa jenis buah zaitun jeruk - ijo dan itam.
Sepinggan sarapan.
Ni antara makanan yang memula teman rasa di Kg Deridebi. Teman datang masa awal musim panas. Kak Emine buat dolma ni. Dia diperbuat dengan daun anggur yang dipetik kat luor rumoh. Daun direbus kendian diisi dengan nasi yang separuh masak. Nasi tu memula ditumih dengan bawang, sikit pes tomato, dan herba. Bila dah siap gulung, rebus dalam periuk, tamboh lagi pes tomato dan sikit garam. Air tu jangan tenggelamkan dolma tu, hanya bagi basah dan beruwap. Ni kira makanan istimewa juga. Kat kampong senang nak buat sebab banyok pokok anggur. Kat bandar kena beli daun yang dah siap direbus.
Lagi satu jenis dolma, lada benggala sumbat. Selalunya gune yang ijo, korek buang biji dia. Disumbat dengan nasi yang ditumih, tampal dengan hirisan tomato kalau mau dan rebus cam dolma yaprak (dolma daun). Terpulang pada kome nak boh daging dalam nasi tu pun buleh.
Antara menu yang teman nak makan dulu bila sampai Istanbul ialah pide dan lamahcun. Pide ni pizza Turki dan rasa dia lebih sedap dari Pizza Hut punya. Dan lamahcun ialah pizza kulit nipis. Tu ropa dapor untuk makor pide dan lamahcun.
Ni lamahcun yang dah siap masak. Rasa dia ikut kegemaran kome, nak daging lembu, daging ayam, sosej, salami, sayoran, dan sebagainyer. Nampok cam tak best, tapi rasa dia dan bila makan masa panah-panah...hmmm. Ia selalu dihidang dengan salad.
Iskender. Ngape digelor Iskender teman kurang peksa. Iskender ialah daging panggang yang dihiris, dihias dengan cili ijo bakor, tomato dan ada fries kekadang dan dicolek dengan yogurt.
Masa memula teman nampok Iskender ni di sebuah restoran kecik di luor Grand Bazaar. Teman nampok Mamat ni makan. Teman tanya," What is this? I want this." Mamat yang tengah makan tu dengan sabor memberi penerangan apa benda yang dia tengah makan tu. Pembantu kedai dengor jer. Tak faham mende.
Lagi satu makanan kegemaran teman koffte. Nama cam Jerman. Koffte ialah pegedil daging tapi tak boh kentang. Deme boh bawang, herba dan abok atau belen-belen roti. Kome kepal-kepalkan dan goreng dengan minyak sikit jer. Kalau kat restoren deme hidang sekali dengan fries, cili panggang dan roti. Ni bulan musim raya Qurban ni, banyok ler deme makan koffte nanti ni. Kak Emine akan bekalkan berkilo-kilo daging cincang dalam peti ais keme nanti. Jenuh teman masak koffte ler!
Yaahhh menu yang sinonim dengan Turki - kebab! Tapi teman gerenti kebab deme lebih sedap sebab roti deme lebih sedap. Roti kat Malaysia cam nipis dan tak berisi. Roti kebab Turki rasa rangup di luor, kenyal di dalam dan lezet. Daging deme pun sedap dan lembab, tak kering cam kat sini!
Chef kebab kat restoran atau hotel. Err baideweh, harga kebab kat restoran atau gerai biasa di Istanbul lebih kurang RM3.50 paling muroh. Tapi puas hati makan sebab lezet...
Kalau takmo tapau, kat dalam restoran deme hidang doner kebab dalam pinggan. Daging panggang tadi disusun dengan fries dan salad serta roti on the side.
Ada yang kebab daging panggang atau ayam panggang yang dicucuk kat batang besi. Bila dah masak, chef akan lurut daging tu dan hidang dengan cili ijo yang dibakor, salad dan roti nan. Daging kebab yang begini kenyal-kenyal dan lezet sungguh kome.
Beberapa cucuk doner kebab kat restoran. Ni buleh makan 6 orang tapi deme makan 3 orang kot. Adeiii teman lapor ni. Kat KK ni takder restoran yang menjual makanan ala-ala Arab atau Mediterranean ni. Sebenornyer tak banyok pilihan. Lambat lagi teman nak balik Shah Alam ni, nak cari daging buat koffte!
Ni sekotak Turkish Delight atau lokum. Lain entry teman citer pasa pemanis yang femes kat Turki. Tapi teman idok ler gemor sangat benda-benda manis ni, nak citer jer. Mat Salleh suke bebenor Turkish Delight ni. Satu makanan idaman deme - eksotik dan romantik!
Takder yang nok termuntoh, kaaaan?
Salam Yong...
ReplyDeletekali ini idokle teman nak muntoh! tapi yang teman kenei, kebab je... :)
teghingin pulok nak makan pepagi ni...
hehe...kali ni tak termuntoh..tapi terliur... sedap2 bangat makanan sarapan deme... bila akak nak balik Shah Alam?
ReplyDeleteSalam Yong,
ReplyDeleteManyak pulak menunye kalini, mane nak ngejapnye satu per satu temolok teman ni ghenik bebeno maneghope nak mongapnye. Nak dikabokan usah le lagi mike nunjuk gambo dhob biriani, oghang betine teman jadi tak beghani asyik ke jamban je muntah monggik macam oghang ngandung pulak, belum lagi nyantapnye baghu ngelih gambo.
Salam KakCik, semoga bila nengok menu asing kite dpt idea nok masak ape. Kekadang kita pikior 'Apa nok masak arini?' Kan? Teman boleh jer melantok makanan deme sbb teman idok bape makan nasik!
ReplyDeleteSalam Cikgu Nuzhah,
ReplyDeletehe he...maaf kalau Food Porn dulu rasa nok termuntoh! Ni bkn jer sarapan cikgu tp termasuk lunch dan dinner. Akak ingat nok balik Sh Alam awal disember kot. Rumoh flat dkt 2 bulan tinggal, kena kemas. Suami pulok saran Akak balik Istanbul awal sikit, ingat nok balik awal tahun.Adeeei apartment sana pun kena kemas, 4 bulan kosong! Ada sesapa nok tolong bersihkan?
Salam Yob Tinuj,
ReplyDeleteMaaf Yob buat Yob dan org rumoh muntoh monggek! Isyy piyo betoi Bhs Perok Yob nih! Haa Yob sbb nama Yob tak kluor dlm carta visit, tp rasa Yong dah banyok gak tu, Yong nok bagi cenderahati jugak lah. Nanti Yong cari barang kat Istanbul yek? Tima kasih rajin bertandang ke blog Yong ni!
sedap masakan turki ya...
ReplyDeleteSalam Yob Mohammad, boleh ler...ala-ala Arab pun ada, ala-Mediterranean pun ada. Ada yg amat sedap, ada yg so-so jer. Ikut tekaklah.
ReplyDeleteAmboiiiiii.... sedapnya... memang menyelerakan... terutama kofte tu.. ( betul ke ejanya, ntoh..)
ReplyDeleteSalam Fuziani, ejaan dia buleh satu 'f' buleh dua 'ff' kot, Akak pun tak ingat. Nanti akak balik Istanbul akak beli rempah kofte, nak ke?
ReplyDeleteehh.. kali ni menunye betui2 buat mengheco ayo lio kak Halima.. dolma tu nampok unik.. sesekali jemput le keme ke ghumoh.. makan masakan turki hihihi..
ReplyDeleteSalam Yob Samad, InsyaAllah kalau ada rezki buleh kita jumpe berkenalan dan berkelah makan masakan Turki!
ReplyDeletesalam kak, sy mmg peminat roti..hari2 mkn roti pun takpe..tapi mkn daging tak leh hari2..nanti jadi lain plak
ReplyDelete;)
Salam Intan, haa kalau gitu buleh dok Turki ni. Sana hari2 makan roti baa. Akak jd slim sbb kurang makan karbo - asyik lauk dan salad jer. Kalau balik kampong deme (kat Laut Hitam) terus kurus dan kering. Sila baca entry sebelumnyer ya.
ReplyDeletesedap.. sedap pada pandangan mata ku..
ReplyDeletebergoncang perut ni....