Assalamualaikum dan Salam Bahagia,
Satu hari di musim panah 2004 gitu, teman nampok sorang budok lelaki pakai baju cantik macam anok raja berjalan dengan beberapa ahli keluarga deme di Istanbul. Teman heran nengok dia paka baju cam orang nok gi costume party. Kain jenis licin berkilat, ada cape berbulu tepi dan bawok cokmar, pastu ada crown. Warna baju putih dan crown biru. Ingatkan deme ada function atau nak gi parti. Tapi bila teman ternampok 2-3 orang budok berlaianan berjalan-jalan di bandar teman mula tertanya-tanya, 'Ni kes ape ni?'
Lukisan lama yang menunjukkan salah sorang putera Sultan Uthmaniah sedang dikhatankan. Sejak kurun ke 16, upacara dan perayaan berkhatan untuk putera-putera Sultan (ya putera Sultan zaman Uthmaniah rama kome, beratus-ratus orang!) diadakan di sekitar Istanbul terutama di Topkapi Palace, Dolmabahce Palace, Golden Horn, Sultan Ahmet Square dan seumpama.
Sambutan dan perayaan berkhatan ni berjalan selama 10-15 hari dan kadangkala sampai 50-55 hari. Lamanya tu! Ater Sultan-sultan Uthmaniah kaya-kaya kome, empayar deme luas hampir ke seluruh Eropah, Timur Tengah dan Utara Afrika.
Selama perayaan ni, antara 3,000 hingga 10,000 ribu budok lelaki dari keluarga miskin disunatkan oleh mudim diRaja. Hadiah seperti syiling emas, pakaian dalam, baju dan permaianan dihadiahkan kepada bebudok ni. Pemuroh sungguh Sultan-sultan Turki zaman tu.
Penghujung hari perayaan ni baru putera-putera Sultan dikhatankan. Deme dibawa ke satu bahagian bilik di Harem Quarter untuk dikhatan dan ditempatkan di sini. Hanya bonda dan adik-beradik perempuan jer buleh menziarahi mereka.
Gambor di atas menunjukkan bilik dimana upacara berkhatan dijalankan. Kome buleh lawat istana ni iaitu Topkapi Palace yang sekarang jadi Muzium. Zaman dulu-dulu tak merasa orang jantan lalu atau masuk bahagian Harem ni; lelaki yang dikasi jer buleh koje kat sini.
Baju untuk bergaya sebelum budok lelaki bersunet boleh disewa dibutik atau di kedai pakaian. Teman tak check pulak berapa sewanya dan berapa lama. Tapi yang teman perati, calon sunet meregek dengan baju ni antara 3-5 hari.
Dalam beberapa hari tu, deme ni berjalan ke sana kemari macam anok raja siap dengan cokmar dia. Apa tujuannya lupe teman nok tanya orang rumoh. Nanti teman tanya dia, InsyaAllah.
Namun andaian teman, bebudok ni dipakakan baju begini nak menghiburkan hati deme supaya rasa important dan istimewa. Gamoknyer ler.
Kekadang deme berkhatan sorang-sorang tapi sapa yang ada abang atau adik buleh ler berkawan. Umur untuk berkhatan kat Turki ni lazimnyer antara 4-9 tahun. Jarang yang terlebih 9 tahun. 10 tahun kire doh tua benor.
Laa ini kira calon yang mude lah pulok. Camner nok jaga budok kecik ni kalau dia gaduh sakit. Deme bagi ubat painkiller kot. Lazimnyer mok pok deme selalu bawok calon-calon sunet ni ke masjid sebab teman terserempak beberapa calon ni kat masjid yang berbeza.
Segerombolan calon-calon sunet yang comey-comey sebab kecik lagi. Ni semua bawoh 3 tahun ni! Kalau dah rama tu, ada ler yang muat majlis tertentu untuk deme. Seropa cam kat Malaysia ni - Majlis Berkhatan Berama-rama!
Lagi kumpulan calon-calon sunet bergambor berama-rama.
Ni nampok di satu kawasan perumohan. Dan umur deme pun nampok selaras.
Beberapa hari sebelum majlis berkhatan, selalunya keluarga deme bawok calon sunet makan angin jalan-jalan ke tempat perangian dan taman untuk menghiburkan deme. Maknanyer deme ni bersunet waktu cuti sekolah musim panah yang panjangnyer 3 bulan.
Majlis bersunet di Turki memang meriah dan dikira satu adat yang dilakukan dengan serius. Bangsa Turki ni skema sikit. Deme buat sesuatu mesti sama cam apa orang lain buat. Tak buleh sambil lewa atau kata, 'Tak payah!' Kalau ianya satu tradisi, ia akan dilakukan seperti yang biasa dilakukan sejak zaman berzaman.
Di Malaysia upacara adat berkhatan seperti menbawa calon atas bahu dan diiring satu kampong dah jarang orang buat. Mandi berendam dalam sunga pun tak ponah buat dik orang lagi. Sunga pun dah tercemar atau kering. Tapi di Turki, meraikan calon sunet masih dijalankan dan diraikan! Sonok bebudok tu diarak atas kuda!
Mana yang berada sikit deme sewa restoran atau hotel buat majlis makan-makan. Siap ada muzik dan tarian!
Pastu calon pun disunetkan oleh doktor sama ada di rumoh atau di klinik.
Bila budok yang disunetkan dibaringkan dikatil yang siap indah dan cantik, kaum keluarga, sedara-mara dan jiran tetangga datang ucap tahniah dan hadiahkan dia duit dan satnika hadiah lain. Dapat duit banyok sakit pun ilang!
Salam Yong...
ReplyDeletekalo dapat duit, usohkan bebudak - oghang tua pun seghonuk! (Ngape gambo2nya kecik bebebno, Yong?)
Salam KakCik, duit tu mok pok nyer lah amik. Alaaa gambor cilok tu, tu yang kenit. Sebab teman takder gambor ori pasa sunet2 ni. nanti amik gambor lain bila ke sana nanti.
ReplyDeletesalam Kak Halima..Selamat Hari Raya Aidiladha ye..wah suka baca article ni..budak2 nk bersunat kt turki nie..keep it up ye..
ReplyDeletesalam Adik Lyza, kita yg sonok mace, bebudok tu gerun dan sakit. Kek-kek dan muffin Lyza lah yg sonok tengok. Sapa nak order kek gi blog Lyza nih! Mari-mari!
ReplyDeletehuish. kalau time shafiq dulu, family datang ucap tahniah, sepupu2 pakat2 gelakkan, lepas tu semua buat hal masing2. mana la nak dapat duit2 ni. lagi sakit ada lah bila sedara mara datang, sebab jadi bahan gelak. haha
ReplyDeletehuishh.. ari ni amek ilmu sejaroh nmpknye saye...
ReplyDeletehari2 duk mikior nombor aje... hehe...
abg2 saye dulu sunet 3 org skali... mase majlis ade pulut kuning, pastu dicucuknye dgn bunge telur ngan telur yg berwarna-warni.. =)
*cekgu tahu x, saye bace tulisan cekgu ni ikut gaye POH BEDOH... citer org gaji tu... hix hix hix...
LIKE!!
ReplyDeletealamak, xley like mcm fb la pulak
wahh.. bestnya budak2 tu diraikan bagai anak raya.. pakai baju kan main meghelip...
ReplyDeletedapat makan angin lagi....
Salam KakYong, Kakyong buleh buat cam tu pd anok teruna KakYong, pakaikan baju Melayu, sampin, keris dan tengkolok! ha ha hah!
ReplyDeleteSalam Shafiq, ha ha tengok entry sunet jd nostalgik pulak. Kenapa arr kita suka gelakkan org yg bersunat?
ReplyDeleteSalam Kame, haa lama kame tak dtng sini. Suke tengok org bersunat? Dulu2 awak camner, kena gendong ke?
ReplyDeleteSalam Numara, bhs cikgu ni tak piyor sangat. Kena baca D08, Yob Samad dan Yob Tinuj punya blog baru tau piyor tak piyor bahasa Perok deme!
ReplyDeletewah meriahnya hahahha tiba2 teringat zmn kecik2 dulu gheheh
ReplyDeleteSalam Pirate, tulah lain tempat lain adat. Ingatkan org Melayu punya adat berdukung dan berendam dlm sungai dah meriah, ropanya orng lain punya lagi meriah!
ReplyDeletewaah menarik..thanks kak for sharing with us..suka baca citer akak..=)
ReplyDeleteSalam Yong,
ReplyDeleteKalo tengah gheghenik dulu mau teman ngajak yop Samad bersunat kat Turki meghiyah beno nampaknye.Keh...keh...keh. Jangan jak muat labun.
Salam Cikgu Wan, Akak buleh citer apa yg akak ponah rasa, nampok, dengor dan research, nak mereka2 dan copy paste tak gemor. Kalau citer dr pembacaan pun akak kata dari laporan atau amik dr sumber yg reliable. Kalau buleh citer firsthand. Gitu ler...
ReplyDeleteSalam Yob Tinuj, ater watper naik kude Yob. Kome elok gi berendam dlm sunga Perok, naik ataih bahu, berkompang satnika...meriah gak tu. Banyok jase dan bakti Sunga Perok ni!
ReplyDelete