Moh Kite Follow Sesame...

Thursday, November 11, 2010

Moh Ronda-ronda Kg Deridebi, Laut Hitam, Turki.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,


Ada kawan kite tanya takde ke gambor-gambor di kampong teman di Turki? Ada Yob Samad. Ni teman nak bawok kawan-kawan tengok lebih dekat persekitaran Kampong Deridebi tapi taklah menyeluruh, memana yang dekat dengan rumah keluarga teman dan kandang lembu keme.

Gambor atas menunjukkan Kak Emine berjalan balik. Baru sat tadi kami gi ziarah rumoh Mak dia tak jauh dari rumah keme. 2 tahun lepas jalan batu ni takde lagi. Baru dipasang beberapa hari sebelum Hari Raya tu. Sebelumnya jalan tak berturap. Kalau musim panas berdebu. Depan tu rumoh Mak Mertua yang dok dengan menantu dan juga anok sedara dia, Nevin. Rumoh ni dibina oleh suami teman sekitar awal 1990.





Ni rumoh keluarga keme, mengadap dengan rumoh Mak Mertua di seberang jalan jer. Yang dok sini tinggal Kak Emine sorang, manakala suami kami dok Istanbul sorang sebab ofis kat sana. Isteri lagi sorang dok Shah Alam. Elok ler tu memasing dok sorang, baik tak payah kawin...ha ha!

Rumoh dibina lepas rumoh Mak siap sebab kena dahulukan Mak dan adik ipor pasal kedua-duanya ibu tunggal. Bangsa Turki tak akan membiorkan kerabat pompuan terbior dan terpinggir. Tak macho, melanggar adat dan memalukan nama keluarga!

Bila ujung minggu atau cuti musim panah, baru rumoh-rumoh ni meriah sikit bila anok-anok deme balik. Kak Emine lebih suka dok kampong sebab dekat dengan rumoh keluarga dia dan dia tak suka dok Istanbul. Terkurung. Pulak tu dia tak tau dan tak berani jalan sendiri. Bila suami gi koje, dia dok terperap sorang kat rumoh. Tapi bila yang dari Malaysia tu datang, pantang lepa, nok ukur jer bandar Istanbul tu!





Gambor diambil dari satu sudut dan buleh merakamkan sekali kandang lembu keme. Kat tepi kandang tu ada ruang sikit yang Kak Emine tanam cilli dan tomato masa musim bunga dan panah. Ada lagi satu plot yang dia tanam sayur salad dan panjar, dekat rumoh lama bawah sikit dari rumah ni.






Gambor diambil masa musim luruh. Nampak sunny tapi sejuk sebenornyer. Yang botak-botak tu pokok epal, pear dan plum. Pernah Kak Emine panjat pokok plum bila teman tanya, 'Manis ke buahnya?'.

Gayat teman tengok dia manjat. Ropanyer macho jugak kakak teman ni. Bukan apa, takut patah dahan tu, dia ni walaupun rendah tapi berat. Memang manis dan juicy buah plum keme! Kat Malaysia mau RM5-6 nak dapatkan 3-4 biji. Kat Deridebi teman mentekadarah 2-3 kilo sekali ngadap...Astaghfirrulah!

Tapi teman tak pernah lupa kata, "Alhamdulillah...dapat makan plum dan epal free!"

Terlampau banyak buah epal dan pear ni, lembu-lembu keme kenyang makan buah-buah ni masa musim panah! Patutlah deme gemuk dan banyak susu!





Gambor rumoh Mak Mertua dan Nevin diambil dari balkoni rumah keme. Belakang dan keliling rumoh ialah ladang hazelnut yang dah tak berdaun. Nampok sebatang pokok botak kat belakang tu? Tulah pokok buah berangan yang teman rajin kutip buah dia pagi petang masa musim dia luruh. Bukit yang nun jauh tu dah bersalji. Masa ni salji baru mula nak turun di wilayah Laut Hitam ni tapi tak turun lagi di kampong keme.






Ni rumoh salah sorang Pak sedara suami yang terletak atas lagi dari rumoh keme. Rumoh dia split-level, separuh bawah sikit dari paras jalan. Beberapa pokok hazelnut kat tepi rumoh tu. Rumoh sini berpagor nak elakkan lembu sesat atau untuk privacy sikit.






Ni rumoh lain. Perkuburan ni adalah perkuburan keluarga keme, terletak di atas tanah keluarga tapi sesapa pun buleh simpan jenazah kat sini, macam wakaf. Kubur Pak Mertua dan suami Nevin (kedua-dua teman tak pernah jumpa) ada kat sini. Pak Mertua meninggal dalam 1980an manakala suami Nevin meninggal hanya 2 tahun lepas dia kawin, ketika menjalani latihan tentera.





Nevin bersiap-siap lawor nak gi pekan sari di bandar Akcakoca, 15 minit naik kereta. Teman pun ikut sama. Kami tunggu bas kul 8 pagi. Tu jer satu-satunya perkhidmatan bas awam yang masuk kampong seminggu sekali bawa penduduk kampong ke pekan sari. Akcakoca bandor pelancongan tepi laut. Di musim panas pantai dia penuh dengan orang berkelah mandi-manda. Nak tengok buaya putih bersidai buleh datang sini.


Dalam guni tu Nevin boh satnika harta qarun - yoghurt (dibuat dari susu lembu keme), jagung, kekacang, sayur, keju - untuk anok tunggal dia, Ilker, yang tingga di apartment deme. Kan teman dah kabor dulu peladang hazelnut kat sini ada 2 biji rumoh - sebuah di kampong, sebuah di bandor. Sejak bekerja dan berkahwin 2 tahun sebelumnyer, Ilker dok di apartment Akcakoca.

Kekadang kami tido kat Akcakoca 2-3 malam. Kalau nak balik kampong, nanti anok tiri yang dok apartment sebelah buleh tolong antor atau tunggu anok tiri dari bandar Eregli. Nasib baik ada anok-anok tiri yang buleh teman bermanja-manaj!





Selain dari manusia, ada makhluk lain dok menebeng kat rumah keme. Ni kucing tak bertuan. Teman panggil dia Freelance. Sebenornya banyak kucing tak bertuan dekat-dekat rumoh keme ni tapi Freelance paling rapat dan selamba. Tapi dia dan spesis yang seangkatan tak dibenorkan masuk rumoh. Orang Turki ni tak suka rumoh kotor dan berdebu atau berterabur dengan bulu hewan.


Jadi Freelance selalu dok mengelewor dan menyendeng kat tangga, pintu, balkoni rumoh Kak Emine dan rumoh Mak Mertua. Kekadang dapat dia menyelinap masuk kejap, pastu kena hincit. Bila dapat roti kat sini, dia gi rumoh sebelah sana pulok. Sana dapat, sini dapat! Cerdik dia. Tapi kalau tak dapat, dia ngendap burung. Selalu gak kami nampok dia serang hendap burung yang makan buah atau kacang.





Ni salah sekor kucing tak bertuan yang tak bernama dok menebeng kat beranda rumoh Nevin. Musim sejuk deme suka dok dekat-dekat tangga rumoh. Kalau buleh nak masuk dapor. Teman selalu bagi deme makan roti dan tulang ayam (kalau ada!) sebab bila musim sejuk, susoh deme
nak serang burung!





Orang Turki bermazhab Hanafi jadi deme buleh sentuh dan bela anjin. Tapi di kampong deme bela untuk jaga rumoh sebab banyak hasil tanaman. Anjin deme dok luor jer. Dulu keluarga keme ada sekor anjin hitam yang memang baguih jaga rumoh (2 biji rumoh kena kawal tu) dan merupakan mafia kampong. Nama dia Beto. Tapi 2 tahun lepas bila teman balik, dia dah takde. Kononnyer mati termakan racun. Teman rasa ada yang tak senang hati dengan si Beto ni sebab dia berkuasa di kampong tu. Kalau dia ikut kami ke ladang (kami naik lori, dia mengejor dari belakang, 6 km berlari tu!), semua anjin kampong menyalak kat dia dan nak kejor. Ada dia kisah?


Teman perati Beto tak pernah buang kotoran atau kencin merata tapi di luar kawasan rumoh. Ropanya masa kecik lagi suami dah train dia supaya tak mengotorkan laman rumoh. Anjin yang baru ni masih kecik lagi, nama dia Miskin. Dia kawan baik dengan Freelance.





Ni pun ahli keluarga baru. Salah sekor lembu keme beranok beberapa minggu lepas teman datang. Lazimnyer bila keme dah ada 3 ekor, salah sekor akan dijual atau dipawah pada orang. Tak buleh bela banyak, takde space dan banyak belanja nak bela deme ni. Tiap pagi dan petang mesti kena perah susu, kalau tak bengkak kopek deme. Jadi kalau Kak Emine berjalan, Nevin atau Mak Mertua tak buleh berjalan. Mesti ada salah sorang dari 3 orang ni tunggu di kampong perah susu pagi dan petang. Lembu Kak Emine pulak tu moody. Orang lain tak buleh perah, dia bagi penendang!







Kara Kiz (Anak Perempuan Hitam) ialah lembu Kak Emine dan Yildiz (Bintang) lembu Nevin. Pas makan dan diperah tetek deme, Nevin atau Kak Emine akan keluorkan deme dan bawak deme ke sungai Deridebi. Sungai ni agak terpencil dari rumoh-rumoh, dekat hutan dan ladang. Situ ada padang dan buleh deme (maksudnye Kara Kiz dan Yildiz) akan dibiorkan bersukaria dan makan dan minum. Tengah hari kekadang panda deme balik sendiri. Tak pun petang baru deme teringat nak balik.






Antara gambor yang teman suka nengok. Sungai Deridebi (200 meter dari rumoh keme) ni tersorok sikit. Sinilah tempat lembu-lembu kampong berjumpa dan bersosial bertanya kabor. Sunyi tempat ni. Yang ada bukit, pokok hutan dan ladang. Ada sekali-sekala teman gi sesorang tengok ayor sungai dan duduk-duduk main ayor. Sejuk ya amat!


Sekali teman buat picnic dengan bebudak ni, anok sedara Kak Emine dan anak sedara suami. Bawak kentang rebus, hazelnut dan masok ayor buat teh. Keme pun bersukaria cam Kara Kiz dan Yildiz kat situ!

23 comments:

  1. cantik betul pemandangan. harap2 someday ada rezeki pergi melawat turki :)

    ReplyDelete
  2. owh depa bleh sentuh anjing no...den baru taw..

    ReplyDelete
  3. Salam Shafiq, InsyaAllah nanti ada rezki awak sampai ke sana! Kalau cikgu ada kat sana, buleh cikgu jadi guide!

    ReplyDelete
  4. Salam Yong ChikeDees, ha'ah depa lain dari kita. Boleh sentuh anjin, ada yg bawa anjin masuk rumoh terutama yg amat sekular dan dok bandor.Tapi sebenarnya tak ramai yg bela anjin, cuma yg memerlukan jer.Ada lagi yg beza dari kita, depa tak makan seafood lain kecuali ikan. Plse refer to earlier entries.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cikgu..
    dah lama cari laman orang kita kat oversea, jumpa laman cikgu ni.
    lepas ni jadi pembaca tegar kat laman ni rasanya..
    salam kenal dari abgreds.

    ReplyDelete
  6. Salam... Ya Allah! Seronoknya dapat g luar negeri... duk kwsn kampong ni memang gemor le teman... banyok boleh dibuat... nanam sayur, nanam buah-buahan, bela lembu, kambin... uiiii!! banyok bulih buat....

    ReplyDelete
  7. den pun ada pawahkan sekor lombu kek atok sedaro den. baru beranak sekor (jantan)
    masalah den .. lombu2 den tu malu nak jumpo den .. kalu den datang sellau bonar disorok kan ea muko ea kek badan kengkawan lain .. goram tol ghaso ea .. nymapah!

    ReplyDelete
  8. Salam Abgreds,selamat dtng dan hosgeldeniz. Yong bukan selalu dok luor, ada musim jer tapi ni kat KK. Bulan Disember InsyaAllah gi Turki semula. Eh bukan banyak ke blog cam ni? Apa2 pun tima kasih dan kita follow sesama ye?

    ReplyDelete
  9. Salam Fuziani, eh pandanyer cakap orang Perok. Belajor mane? Ha'ah macam idealistik kan dok kampong deme. Tapi bila musim petik kacang hazel, teruk ba!

    ReplyDelete
  10. Salam Tasha, sah tu lembu Malaysia - lembu Turki tak pemalu...tengok dia jegih kat kamera akak!

    ReplyDelete
  11. Salam malam jemaat,

    Yong, teman kelih pokok nyor ngan pokok deghoyan je yang tak mandang kelilin ghomah deme.Oghang betine si Samad di ataih tu dah panda cakap peghak weh, lidah nye udah lembut lantak di tempoyak kut.

    ReplyDelete
  12. Salam Yob Tinuj, laa tu ker? Tu yg heran dia buleh kecek Perok, tp rasa dia org Sabah. Ya, Yob Samad ada sebut dia nok balik Sabah. Oh ker, 2+2 jadi 4! Orang tine Yob Samad ropanyer Cik Fuziani ni! He he! Panda die nulih cerpen tuh!

    ReplyDelete
  13. Salam Yong;

    Maaf Yong, teman terlewat terima jemputan ziarah dari Yong, sejak semalam teman tersadai di spital. Isteri teman pulak suruh teman rehat, diangkutnya laptop teman balik ke rumah... melopong teman..huhuhu...

    Isshh.. cantik bebeno pemandangan kampung keme yea..., teringin teman nak berpiknik kat tepi sungai tu...

    Kot ada rejeki lebih nanti.. boleh ler.. teman ke Turki.. hihihi...

    ReplyDelete
  14. T kasih kak Halima... uiiihh.. ghalit teman ngelihnye... Nampok suasanenye mcm kat cameron highland pulok..Teman mayangkan keliling ghumoh ade pokok epal, hazelnut, pir...Pah tu ade kandang lembu kambin pulok..uihhh..idok tawu nok nyakapkan.. tampeinye teringin beno pulok nok ke sane nih.. mampuih..

    ReplyDelete
  15. Lagi satu yak..hihihi.. teman kagum ngan hubungan kak halima ngan madu tu... ngape oghang kite idok bulih teghime mende2 mcm ni yak.. nampok mcm ok je.. tahniah la.. kalo kat meleisiya..bulih masuk majaloh kome ni kan...? Jagn maghoh yak..teman iklah cakap ni..

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Halima, bestnya melihat kampung dan life kak Halima kat turkey sana tu, ralit Kaz baca dan tgk gambar dari mula hingga akhir. Syukurlah, kak halima kelihatan gembira di sana. Orangnya pun npk baik2 belaka.

    ReplyDelete
  17. Salam Kaz, Alhamdulillah Allah bagi bagian cam ni pd akak. Ini rezeki akak, org lain cam lain. Issyyy deme cam kita gak, mula2 dtng deme usya akak gak. Akak buat selamba jer, bawa perangai elok2.

    ReplyDelete
  18. Salam Yob ISA, selamat berehat Yob kat spital. Udoh2 tu Yob. Dah kat spital dok rehat jer. Sebenornya laptop tu patut dok spital sama tp di wad yg asing, penat dia kna ketuk siang malam! InsyaAllah sesapa ada rezki sampai sana, kalau Yong ada sana buleh kite jumpa, no prob!

    ReplyDelete
  19. Salam Yob Samad, tima kasih ulasan yg ikhlas tu. Tang hubungan dgn kakak tu malah nk citer detail sbb privacy sikit tp buleh Yong selit sana sini nanti. Gambor pun Yong tak buleh nk buboh takut suami tak gemor. Mmg hubungan kami baik skrng, kdng Yong pun pelik, dan satu kampong heran camner kami buleh dok serumoh!Tp yg penting kerabat dan org kampong Deridebi terima teman dgn baik, Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  20. Lagi satu Yob Samad, memang asyik nengok kg deme ni bagi kite dari negara panah...pokok buah2an keliling rumoh. Lebih sejuk dr Cameron tentunyer! InsyaAllah kalau Yob dan Fuziani ada rezki sampa sana, buleh pusing Istanbul. Cume nak gi kg kena ada timing, tengok musim. Musim panah dan musim luruh baru banyak bebuah nih!

    ReplyDelete
  21. kak limah...
    khusyuk teman membaca...
    rasa mcm dah sampey ke kg deridebi... ;)
    rumah deme memang semua kaler putih ya...

    kara kiz tu silembu hitam..

    ReplyDelete
  22. Salam KakYong, waah begitu sekali imajinasi KakYong cam dah sampai sana. Ha'ah deme suke kaler putih sbb nak deflect cahaya matahari kot. Langsir rumoh pun putih, tak penah nampak kaler lain. Betoi sikit.. Kara maksudnya Hitam, Kiz maksudnya Anak perempuan! Lembu Inek. Deme buleh panggil hewan anakku (Kizim)...lawak kan?

    ReplyDelete
  23. Kak Halima,

    Bagi le petue nak bermadu pade yob Samad, nampak gayenye die berminat. Pn. Fuziani jangan mare gurau...

    ReplyDelete