Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, June 22, 2013

SUMMER 2012 DI LADANG HAZELNUT, KG DEREDEBI, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semoga semua sihat menghadapi jerubu, dan sihat dan sejahtera di KL sempena 505.Ni nak recap trip summer 2012. Si Mursel sedang menggolek botoi!
Zeynep anak pada anak tiri yg bongsu, sedang mendukung adik sepupu dia. Lazim summer holiday semua yg dok bandar balik Kg Deredebi sebab nolong petik dan kutip hazelnut!
Pokok hazelnut ada yg ditanam sekitar kampong, ada banyak lagi kat bukit. Hak ni dipetik sebelum gi bukit. Lepas mesin kena jemur kacang tu 3-4 ari, jangan kena ujan!

Pas 2 malam kat kampong, teman ikut cucu sulung si Ertugrul dan sorang sedara si Salih, gi Farmhouse atas bukit. Sini ladang Mr T lebih luas, kena duduk kutip dekat sebulan!
Farmhouse ada 2 bilik tido, 2 bath, dapor cum sitting-room. Teman pun menyerah diri kat sini selama 3 minggu. Kuarga anak tiri sulung dok sini sejak cuti summer. Bawak anak bini semua. "Kamu jangan ponggah beg Helime Baba Anne Yusuf, berterabur satnika mende kang!"
Ada masa Mursel datang lepak. Bila jumpa dua pupu dia, deme bergomoi ler...
Katil dah jadi berkubang cam kandang kamben....
Ada masa Nevin bawak cucu dia ni susup-sasap gi kutip sayur, tomato, cabai segala!
Banyak round kacang hazel ni dimesin, dijemur dan dimasuk dalam guni. Ada 4-5 round kot dalam sebulan tu. Berat kojenya. Ni anak tiri hok sulung, si Tahsin. Lazimnya dia amik cuti 2 minggu nak uruskan koje dan pekerja kami.
Saban tahun orang Kurdish akan berbondong-bondong datang ke wilayah Laut Hitam amik upah koje di berbagai ladang. Selalu kami amik 15-20 orang pekerja ni. Ni salah sorang pekerja dan Nevin, lepas waktu koje.
Mertua teman yg kat tengah tengah discuss dgn ketua pekerja. Lazimnya deme-deme ni dari satu kampong dan bersedara-mara. Senang nak urus. Yang bawah kanvas tu kacang yg dah kering, nunggu nak dimasukkan dalam guni jer.
Bulan September sekolah dah bukak, Tahsin dan kuarga dia balik bandar, tingge teman, mertua, Nevin dan Salih kat Farmhouse tu. Pekerja Kurdish dok dalam khemah deme sendiri di tepi Farmhouse. Ni lada ijau yg Nevin tanam, ditumis dgn minyak dan bawang. Simple jer deme masak!
Kahvalti. Kekadang Nevin buat, kekadang mertua, kekadang Salih. Teman nolong siap dan basuh pinggan. Jom!

Wednesday, May 29, 2013

Jom Skodeng Aktiviti Kampong Deredebi, Laut Hitam, Turki!

Assalamaualaikum dan Salama Hormat mengkome, apa kabor? Selamat datang kpd pembaca dan follower baru dan rakan-rakan blogger. Baru ler sempat nak hapdet. Yaa ampun! Nanti teman slow-slow balas ziarah ke blog kome yaa.
Teman balik Tanah Melayu awal musim bunga. Gambor kadbod atas tu pesen baju budak nak bersunnet! Lazimnya deme akan sewa atau beli baju anak raja tu dan bagi pakai pd calon sunnet, deme pakai ler 2-3 ari seblum bersunnet. Musim bersunnet lazimnya musim panas. Yang gambor atas ni pakaian pompuan bertunang masa malam berinai!
Sepanjang trip lepas, adalah 2-3 rombongan Cik Kiah yg sempat teman jumpa dan tolong jadi guide. Yang ni rakan blogger dan rombongan dari Johor yg dia bawak sebelum gi umrah. Teman tolong bawak shopping di Grand Bazaar!
Seperti lazimnya, teman berulang dari Istanbul dan balik ke kampong Mr T di Laut Hitam.Ni gambor pada hari teman baru sampai, sangat foggy dan sejuk!
Dan seperti selalunya, rumoh mertua dan Nevin ni semanjang ada orang lepak. Ni cucu Nevin dan yg pompuan tu mak sedara dia datang dr kampong deme...lepak 2-3 ari. Ater musim sejuk deme tak banyak koje ladang, nyongket ler deme!
Teman kabor nak bawak balik 3-4 kilo hazelnut. Nevin pun hangkut seguni dari loteng dan deme ramai-ramai tolong mesin dan kupas. Mursel, cucu sulung Nevin, buat semakkan dapur!
Nevin (biras teman ler, bagi yg tak tau), tengah mengaco stew kacang fesule dan kentang. Dia selalu masak periok besor sebab ada jer tetamu lepak rumoh deme nih! Kalau tak abis dan basi, boleh bagi lembu makan!
Ada masa dia buat butter guna susu lembu. Mertua dan Nevin ada 2 ekor ibu lembu dan dua ekor anak lembu. Kome agaklah berapa liter susu tu. Hok atas kuning-kuning tu lepa susu dah terapung lepas mesin tu putar lebih korang 20 minit. Bising bunyi mesin butter nih!
Sekali-dua kala Nevin buat roti kampong (koy ekmek dalam bahasa Turki). Dia bancuh dapatlah dua bekas, hok bekas kecik dan besor!
Ahhh ni hasil memutor susu tadi, dapat lebih korang 2-3 kilo butter tanpa garam (unsalted butter). Sedap butter ni, sapu kat roti atau buat kek! Takde pengawet, takde pewarna...ori! Susu yg lebih buat ayran, minumlah!
Udah siap roti kampong! Hok kecik ni mertua, Nevin dan teman baham panas-panas cicah madu dan sapu butter baru! Weeeeeeee lezet! Alhamdulillah!
Masa sesejuk kami banyak dok dalam rumoh. Tapi sebab teman ni tak betah, asyik nak nyongket jer. Teman pun susup-sasap gi sunga, Sunga Deredebi, lebih korang 200 meter dari rumoh mertua. Ayor tengah deragh masa tu sbb salji ataih bukit dah mula pelan-pelan cayor!
Ada masa teman ikut Nevin gi metik daun gatei, deme guna buat bubur paste yg likat macam muntah lembu. Tapi herba tu berkhasiat, boleh cegah barah kata deme. Ni kat tanah kebun Kak Emine dan mertua, belum ditanam utk musim bunga. Belakang tu rumoh pakcik Mr T dan rumoh sepupu dia.
Dalam trip ni, selama 85 ari teman duduk Stambul, jumpa Mr T lebih korang seminggu jer. Tu pun tiap hari dia jumpa orang tu, meeting dgn orang ni. Rasa bersalah jugak dia tu. Ni dia belanja teman aiskrim Mado, aiskrim tradisional Turki!
Untuk trip ni, teman bawak balik beberapa jenis lace. Sesapa berminat sila sebut nak berapa meter , hok ni teman dah lama jual kat FB teman. Hok nombor 2 dari atas dah SOLDOUT. Rega RM15 satu meter. Jumpa lagi kome!

Sunday, April 21, 2013

CITER PRU 13 TAK MANDANG, LABUN ISTANBUL AJE!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kome, perut tak berapa sihat 3-4 ari...untuk 2 minggu sampai PRU 13 ni, cuci mater ni dulu yek.
Ujung bulan Mac, lepas jer balik dari Laut Hitam teman bergegas ke Old Istanbul gi snap gambor-gambor bunga tulip buat koleksi. Untuk tatapan kome jugak!

Ahhh...kasi besor sikit gambor dalam taman kat Gulhane ni. Kat sini ada muzium arkeologi tapi teman tak ponah sempat nyinggah! Lain kalilah, kalau ada rezki dan umur panjang. Teman banyak nyongket Grand Bazaar jer!
Musim bunga sonok nyongket sebab tak perlu paka kot tebei-tebei sangat. Menapak pun best. Ater memana pegi pun teman suka menapak! Ni kat ataih jambatan yg hubungi Eminonu tu dan Karakoy. Kaki mancen suka nar lepak sini kome! Yob Fazli mesti suka datang memancing kat sini!
Ni ketama kali teman lepak ngadap laut di sebelah Karakoy. Sebab? Eminonu terlalu crowded dgn pelancong. Belah sini pun ada gerai dan restoren seafood. Tak serabut! Burung camar jadi peneman cukup ler. Errr satu portion banyak tu memang tak kenyang! 4 ekor jaa...mahei pulak!
OKlah takat ni dulu yek, teman nak baring jap. Tunggu pas PRU 13, In Shaa Allah kita labun lagi yek! Bayangkan kita bebaring tepi tebin bawoh pokok hazelnut kat ladang Mr T di Kg Deredebi!

Sunday, March 31, 2013

SALAM DARI LAUT HITAM, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, jumpa lagi yaa, lepas sekian lama. Teman sibuk nyongket balik kampong Mr T!
Masa sampai tu cuaca di Kg Deredebi tebal dgn kabus - muram dan kelam...ala-ala dlm citer Drakula! Ni rumah uncle Mr T.
Teman rakam rumoh Mr T dari rumoh mak dia seberang jalan. Masa ni teman tido rumoh mertua sebab dengor dia tak sihat. Rumoh Mr T sedang dibuat renovation, tambah batu marmar kat tangga!
Malam tu memang sejuk dan dijangka salji turun. Bila bangun pagi...ohhh betoi...salji turun tapi sikit jer!
Kat tingkap bilik tido tetamu...kebun hazelnut si Nevin!
Dari tingkap dapur mertua, barn tempat simpan jagung dan kayu api. Teman ingat tak merasa tengok salji kat kampong tahun ni sebab salji kurang turun kali ni di Istanbul.
Selain teman, ada sedara mertua datang lepak, sepupu dia dari kampong lain. Seperti lazimnya org pempuan Turki, sambe duduk sambe mengait sambe pot-pet, pot-pet, pot-pet!
Lagi memeriahkan rumoh mertua, ada 2 org cicit pun dok lepak 2-3 ari, si Mursel dgn adik dia si Omer. Sebab kat luor sejuk, deme berlegor kat ruang dapur sama orang dewasa. Suka ati deme nak buat apa!
Pagi tu utk kahvalti, Nevin masak borek (seakan roti canai); kentang bakor selain roti, keju, madu dan segala hasil kampong seperti jem buah dan sirap buah.
Selain Mursel, sepupu pun datang - meriah ler lagi rumoh mertua. Si Zeynep kira adik-beradik semoyang dgn Mursel.
Bila dah ramai, deme buat sarkas dalam bilik tido! Zeynep pasang radio siaran lagu Laut Hitam. Katil dilanyak sesuka ati deme. Bior deme lanyak katei, asei jangan buat kaco kat dapor!
Sehari jer salji turun, lusanya salji cayor, cuaca cerah! Salji tingge yg di ataih bukit dan lereng bukit jer. Suasana jadi ceria!
Sebab aktiviti luor rumoh terhad sebab sejuk, dalam rumoh terutama di dapur tetap meriah. Nevin buat 2 buku roti masa teman dok lepak situ, ni yang kecik, yg besor udoh kena makan dik kami masa masih panas-panas! 

Monday, February 25, 2013

MINUM TEH PANAS DALAM HAMAM ISTANBUL...BIOR BETOI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, muncul lagi setelah seminggu lebih. Nasib muncul gak kome Moh jamu mater dulu. Ni lunch teman dgn kawan yg jugak penghuni Istanbul, lepas shopping 2 jam, lapor tahap dinosaur!
Dalam musim sejuk, Turki ada 4 musim kata Mr T - sejuk, musim bunga, luruh dan musim panas. Cuaca tak menentu maksud dia. Contoh minggu lepas asyik renyai dan mendung, tapi pagi tadi cerah memancar!
Kalau hari cerah, boleh nampak mega diufuk waktu maghrib dari balkoni apartment kami di Basaksehir!
Kalau teman nak shopping beli barang orang order, teman kena kuor pepagi kul 6.45am, bas kat stesen dekat rumoh pun kosong lagi!
Kekadang teman susup-sasap ikut laluan bukan route pelancong. Jumpa makam atau kubur lama.
Salah satu kubur ni dihiasi sepokok bunga mawar. Siapalah waris yg rajin menjaganyer!
Sebelum nyongket beli-belah atau lepas pos barang di pejabat pos, teman makan sandwic utk sarapan. Kalau boh semua jenis topping, Lira 5 atau lebih korang RM8, dan 2 gelas cay panah!
Pada hari yg lain, masa teman cari tandas awam, masuk satu banguanan luor Grand Bazar. Tetiba rasa masuk gua...kelam dan bumbung cam kubah masjid. Tapi ada lampu lip-lap dan candelier!
Ropanya ni dulu sebuah hamam (tempat mandi awam, Turkish sauna), tapi udoh diubahsuai jadi restoren butik. Eksotik bangat kome!
Teman order segelas cay panah, masa tu tangan dah beku. Sambe tu mater memerhati deko restoren nih, klasik dan penuh ciri-ciri Uthmaniayah! Kat gelas cay tu ialah lampu pelita pesen lama!
Dah minum baru teman gi tandas dia! Memang zaman lama punya batu, batu slab (batu potong), bukan batu-butter kome! Tapi kena bayor gak, Lira 1 atau RM1.75. Ingat kan free!
Ada masa teman gi rumoh kawan orang Ganu yg berkawin dgn Yob Turki jugak. Deme tingge di Findikzade, tak jauh dari Aksaray.
Ni trafik waktu rush hour kul 8 am. Dalam tramway kat belakang tu padat dgn penumpang! To be continued eh...