Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label hamam. Show all posts
Showing posts with label hamam. Show all posts

Monday, February 25, 2013

MINUM TEH PANAS DALAM HAMAM ISTANBUL...BIOR BETOI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, muncul lagi setelah seminggu lebih. Nasib muncul gak kome Moh jamu mater dulu. Ni lunch teman dgn kawan yg jugak penghuni Istanbul, lepas shopping 2 jam, lapor tahap dinosaur!
Dalam musim sejuk, Turki ada 4 musim kata Mr T - sejuk, musim bunga, luruh dan musim panas. Cuaca tak menentu maksud dia. Contoh minggu lepas asyik renyai dan mendung, tapi pagi tadi cerah memancar!
Kalau hari cerah, boleh nampak mega diufuk waktu maghrib dari balkoni apartment kami di Basaksehir!
Kalau teman nak shopping beli barang orang order, teman kena kuor pepagi kul 6.45am, bas kat stesen dekat rumoh pun kosong lagi!
Kekadang teman susup-sasap ikut laluan bukan route pelancong. Jumpa makam atau kubur lama.
Salah satu kubur ni dihiasi sepokok bunga mawar. Siapalah waris yg rajin menjaganyer!
Sebelum nyongket beli-belah atau lepas pos barang di pejabat pos, teman makan sandwic utk sarapan. Kalau boh semua jenis topping, Lira 5 atau lebih korang RM8, dan 2 gelas cay panah!
Pada hari yg lain, masa teman cari tandas awam, masuk satu banguanan luor Grand Bazar. Tetiba rasa masuk gua...kelam dan bumbung cam kubah masjid. Tapi ada lampu lip-lap dan candelier!
Ropanya ni dulu sebuah hamam (tempat mandi awam, Turkish sauna), tapi udoh diubahsuai jadi restoren butik. Eksotik bangat kome!
Teman order segelas cay panah, masa tu tangan dah beku. Sambe tu mater memerhati deko restoren nih, klasik dan penuh ciri-ciri Uthmaniayah! Kat gelas cay tu ialah lampu pelita pesen lama!
Dah minum baru teman gi tandas dia! Memang zaman lama punya batu, batu slab (batu potong), bukan batu-butter kome! Tapi kena bayor gak, Lira 1 atau RM1.75. Ingat kan free!
Ada masa teman gi rumoh kawan orang Ganu yg berkawin dgn Yob Turki jugak. Deme tingge di Findikzade, tak jauh dari Aksaray.
Ni trafik waktu rush hour kul 8 am. Dalam tramway kat belakang tu padat dgn penumpang! To be continued eh...

Tuesday, April 19, 2011

"Tolong Stop Flotilla tu!" kata Yahudi...Gebze Part 2.

Gambor poster salah sorang yg terbunuh atas kapal Mavi Marmara Februari 2010. Gambor dari koleksi teman semasa lawatan atas Mavi Marmara Disember 2010.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ankara memberitau ia telah menerima permohonan dari gomen Yahudi meminta supaya gomen Turki tolong menggesa para aktivis keamanan agar tidak meneruskan misi flotlila bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Duta Yahudi ke Turki, Encik Gaby Levy, meminta gomen Turki tolong gesa flotlila ke Gaza dibatalkan kerana katanya menghantar bantuan kemanusiaan di luar saluran perundangan adalah satu provokasi!

Namun, sorang jurucakap Kementerian Luar Turki menjawab," Memang kami ada terima permohonan ni dan faham mesej deme tu, tapi ni diluar kawalan kami. Usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ni satu usaha orang awam." Mamat kementerian tu tak beri penjelasan lanjut.

NGO Turki iHH yg memiliki kapal Mavi Marmara akan mengekori Freedom Flotilla 2 dari berbagai negara ni dan juga akan menghantar konvoinya sendiri selepas PRU Turki bulan Jun ini. Sementara itu, penganjur Flotilla 2 berazam meneruskan misi kemanusiaan deme walaupun ada tentangan dan ugutan dari Tel Aviv. Deme turut menyeru gomen deme dan masyarakat antarabangsa tidak tunduk kepada tekanan dari Yahudi ni.

Untuk memendekkan laporan yg bosan ni, " Hey Yahudi...sekali-sekala rasakan macam ner kena harrass!"

Sumber dari Today'sZaman.com



Gebze Part 2

Kalau kome gi memana sekolah, kolej, universiti atau pejabat gomen kat Turki, mesti nampok bust orang tua ni dulu...wajib terjumpa! Ni di depan balai polis Gebze.



Ni teman jumpa lagi sebijik kepala Kamal Ataturk dalam koridor sebuah sekolah menengah.



Salah satu sekolah yg teman susup-sasap masuk ialah sebuah sekolah aliran agama yg dipanggil sekolah Anadolu Imam Hatip Lisesi. Sekolah Imam Hatip ajor subjek-subjek yang lazim diajor kat sekolah agama cam jugak di Malaysia umpamanya usuluddin, fiqh, tafsir, hadis dll. PM Erdogan merupakan salah sorang individu yg penah belajor di sekolah Imam Hatip. Tapi bukan kat Gebze ya, tempat lain.



Padang tempat perhimpuanan dan main bola keranjang.



Teman ada jumpa sekumpulan pelajar pompuan kat dalam sekolah tadi tapi deme tak mau bergambor. Speaking pun tak panda. Teman dapat sikit maklumat jer sebab bahasa Turki teman pun limited. Deme asyik ketawa "kik..kik..kik..he..he..!" bila teman guna BI.

Ni gambor curi teman amik masa 2 orang pelajar ni membelakangi teman. Kalau teman amik dari depan sure deme lari atau tutup muka.



Lagi gambor curik masa teman kuar dari pagor sekolah.



Ni pintu depan sebuah surau di tengah bandar Gebze. Ada 2-3 orang Yob dok lepak-lepak sambil tunggu waktu zohor.



Yang ni bukan masjid tapi hamam.
Apa tu hamam?
OK jom buat teka-tikam!
Sapa dapat bagi penerangan sikit tapi tepat apa itu hamam kat ruang komen ni, dapat cenderakalbu dari Turki! Teman pilih penerangan yg paling best dan tepat. Tapi jangan tulih panjang berjela weh, 20 perkataan atau korang pun cukup.
Tarikh tutup besok Rabu 20hb April, 6pm.
Deraghhhh!



Ni pancor yg banyak dibina sejak zaman Uthmaniah untuk kemudahan awam minum, amik ayor buat kegunaan rumah atau berwudhu.



Ni lagi satu pancor. Tengok pada ukiran kat dinding dan pala paip tu, nampak antik. Gitulah perihatinnya Sultan dan Sultanah Uthmaniah dulu-dulu.



Bebudak remaja berkejaran tak jauh dari hamam. Deme seronok sebab cuaca walaupun sejuk tapi ada matahari. Deme gemor cuaca cam gini.



Pintu masuk ke sebuah hamam. Teman segan nak gi dedekat. Lain kali teman usya dedekat.



Salah satu sokak pejalan kaki. Ni waktu makan tengah hari, jadi ramai yg kuar cari restoran atau bufe untuk makan.



Salah satu restoran yang ada jual kebab. Bila kita lalu deme laung,"Buyrun...buyrun!" (Silakan!). Rega kebab ayam lebih korang RM3.00, yang daging RM4.00...gitulah.



Ni salah satu menu lunch teman kalau Mr T tak der, sama ada masa dia kat pejabat atau masa dia kat Iraq. Teman gemor baham daging atau salami. Kat malaysia teman tak berani makan salami, takut tak halal. Kat Turki pulak tak der boh tanda 'Halal' sebab bukan dalam peraturan deme tapi ada brand yg kita buleh percaya. Wallahuaklam!