Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label Flotilla Mavi Marmara. Show all posts
Showing posts with label Flotilla Mavi Marmara. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

MAVI MARMARA: YAHUDI KATA 'NO WAY!' dan WHERE ARE YOU LEILA KHALID?

Gambor mangsa pembunuhan Yahudi di kapal Mavi Marmara masa lawatan teman 3 tahun lepas, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gomen Yahudi menggesa gomen antarabangsa memberi tekanan keatas Ankara yg telah mendapati 4 jeneral Yahudi bersalah menyebabkan kejadian pembunuhan 9 aktivis Turki di atas kapal Mavi Marmara 3 tahun lepas, ke dah 4 tahun?
Alasan deme, kalau Turki berjaya bawok rakyat deme ke pengadilan, nanti menjejaskan tindakan US dan NATO kononnya, yg selalu serbu kapal/kedudukan terroris di perairan antarabangsa dalam usaha menentang terrorisme.
PM Yahudi Netanyahoo kata, "No way deme buleh tangkap askar keme. Tak dapat masuk Turki tak pe. Kami akan jaga askar dan rakyat kami. Kome jaga kami (askar), kami akan jaga kome!"
Begitulah sayangnya gomen Yahudi dgn rakyat dia!

Sumber berita dari Hurriyet Daily News.
Gambor Mavi Marmara teman punya!
Jangan cilok taw!
Dosa!


Mr T semasa di kawasan otonomi puak Kurdish, 2 tahun lepas.

Mr T udoh terlepas ke Iraq....again.
"Berapa lama pulak, Yob?" teman tanya paka sms.
"Setahun lebih, Darling!" dia sms balik.

3 tahun lepas koje di Afghanistan.
Takde ke negara yg lebih aman awak buleh koje, Yob?
"I like danger!", dia kabor.
Sabor jer dapat laki cam nih!
Ya Allah ya Tuhanku, peliharalah dia!


Mr T dengan pekerja am semasa di Afhanistan.

Mr T cepat tangkap kesian dgn orang-orang kurang berkemampuan. Ada gak dia citer cam ner susahnya rakyat Afghanistan nak menyara idup. Tulah bahana negara di bawoh Amerika dan Crusaders, ikut terma Mr T!
Doakan keselamatan utk Mr T, ya kome.


Cara menidurkan baby Turki.

Moh ikut teman nyinggah rumoh anak tiri teman yg sulung, si Tahsin. Dia koje mechanical engineer di bandar Eregli, Laut Hitam.
Dulu Mr T koje tempat yg sama.
Tahsin pangge teman 'Mom' atau 'Mummy'.
Balik dari koje, salin baju, teruih main dgn Yusuf.



Tahsin ada 3 orang anak.
Yang tengah si Sule (sebut Syule), baru 8 tahun.
Balik rumoh teruih terokam adik!
Ucup gumbira gurlll gurrlll gurrllll!



Dulu apartment Tahsin kecik, 2 bilik jer.
Sejak budak ni lahir, deme sewa apartment 3 bilik ada salon lebih besor...

gurrlll gurrlll gurrllll!

...untuk Ucup golek-gelantang!
Budak kecik ni punya pasa, kena sewa rumoh besor!



Bertuah miker Ucup, ada kakak dan abang yg besor, buleh ngasuh!


Abang sulung Ucup, si Ertugrul Hamza.

Eihhh malu pulak bila Helime Baba Anne amik gambor dia!


Ok, dah siap nak ke sekolah!


Bye-bye Helime Baba Anne, Ertugrul kata.

(Opah belah bapak deme pangge Baba Anne, Opah belah mak deme sebut Ana Anne. Teman Opah tiri tapi tetap Baba Anne jugak!)



Selingan: Olimpik nak dekat kan?
Teman pun teringat Olimpik Munich tahun 1970an.
Ingat Olimpik Munich, ingat Leila Khalid!

Gambor google



Where are you, Leila Khalid?

Gambor google



Viva Palestine!
Who is Leila Khalid?
Googlelah, kome ni pun!

Gambor google


Jamu mater!
Menu di sebuah R & R on the way balik Istanbul...


...bahagian salad!
Amik sepiring udoh ler!


Saturday, June 25, 2011

"Kami Kesal, tapi nak kata 'Maaf', sorry arr" - Yahudi!

Banner gambor aktivis yg terbunuh dalam serangan komando Yahudi ke atas Mavi Marmara tahun lepas.
(Eminonu, Istanbul 2011)

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Para pegawai Yahudi dah berjumpa dengan rakan sejawat Turki berbincang mengenai memperbaiki hubungan diplomatik kedua negara. Deme turut menawarkan gantirugi kepada waris 9 orang aktivis yg terbunuh dalam serangan komando Yahudi atas kapal Mavi Marmara tahun lepas.
Tapi...tapikan, deme cuma sanggup kata kesal akan kejadian tersebut tapi...tapikan, Yahudi ketegaq ni kata "Kami tak akan mohon maaf!"

Kedua-dua negara berusaha berkomunikasi melalui wakil deme di PBB yg sedang membincangkan mengenai flotilla ke Gaza.
Dalam mesej-mesej ni, pihak Yahudi bersedia mengatakan kekesalan di atas serangan komando deme, tapi enggan mohon maaf.
Kalau nak duit kami buleh bagi, kata pihak Yahudi.
Bukan tu jer, selain bersedia sebut perkataan 'sesal' pihak Yahudi mintak supaya komando yang terlibat dalam serangan tu tak didakwa-dakwi.

Memacamlah kaum lahanat ni.
Susoh bebenor nak kata "Sorry". Mahal tu perkataan "Maaf" ni kome.
Di kalangan kita pun ada yg susoh nak kata "Maaf". Setahun sekali jer, masa Hari Raya yang sanggup mintak maaf.
Akan-akan Yahudi pulak!



Arwah Cetin Topcuoglu, salah sorang aktivis Turki yang terbunuh dalam serangan Yahudi di atas kapal Mavi Marmara tahun lepas. Untuk laporan lebih detail mengenai lawatan teman pada hari terbuka di Mavi Marmara, sila gi entry bulan Januari 2011.



Ada masa bila teman busan dok apartment kat Basaksehir, terutama bila Mr T berkoje di Iraq, teman nyongket ke sebuah mall yang 200 meter jer dari blok kami. Nama mall ni Olympia.

Kena tempuh scanner dan Mak Guard sebelum masuk. Scanner ni lumrah di Turki sekarang sebab deme amalkan, "menyesal dulu pendapatan..."
Bior berjaga-jaga menghadapi terrorisma sebelum berlaku C4 sana C4 sini.



Kat foodcourt Olympia, kekadang ada live music. Yob ni main lagu tradisional.



Sekali tu ada pameran patriotik kat ruang legor. Pamiran ni ada kaitan dengan Hari Republik. Orkestra ni memainkan lagu-lagu dari Wilayah Laut Hitam sebab peristiwa tentera Turki menentang serangan kuasa barat berlaku di wilayah ni. Entry pasal pamiran ni akan teman buat lain kali ya.



Tak jauh dari foodcourt ada kiddies rides. Olympia ni memang family-oriented punya mall. Kalau ujung minggu ada jer aktiviti untuk kekanak. Panggung wayang dan panggung wayang 7D pun ada, tapi teman tak penah masuk pulak.



Yong-yong dari kejiranan sedang window-shop.
Deme ni mungkin dari taman kami dan mungkin dari luor taman. Seperti kompleks lain, pihak Olympia pun ada sediakan perkhidmatan bas atau van percuma dari taman ke Olympia tiap ari. Dalam Basaksehir ada berbelas mall, kompleks beli-belah dan supermarket menghantor bas dan van keluor masuk amik dan antor pelanggan. Kome tunggu jer tepi jalan dan bila nampak van/bas ni, kome tahan dan naik...free jer.



Tengok sekali lalu, ingat cam kat Dubai.
Kat Basaksehir, Istanbul jer...dan ni Yong-yong Turki, bukan Yong Arab daa.



Apa yang teman suka dengan mall atau shopping complex kat Turki sekarang ni, pihak pengurusan menyediakan surau yang agak besor dan selesa. Mall baru siap pasang hot water lagi untuk wudhu.



Antara yg menarik bila masuk Olympia ialah kedai jual coklat. Ni coklat buatan Turki, bukan yg import punya.



Selain tu, kedai pastri deme pun kreatif dengan hiasan dan menu kek deme. Kalau deme jual coklat yg dibuat dengan tangan, deme akan bungkus dengan kotak hadiah yang cantik, siap reben dan kotak lapik kain baldu!



Hari ni teman posa...jadi kena boh menu yg menyelerakan cam ni. Ni masa Mr T jamu teman makan lamahcun, kebab dan salad. Yum..yum...meh kome!





Friday, June 17, 2011

"Buang yg Keruh, Erdogan!" Pujuk Knesset Yahudi.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ahli-ahli parlimen Yahudi telah mengirim kabel Tahniah kepada PM Turki Encik Erdogan atas kemenangan selesa parti AK dalam PRU Turki baru-baru ni.

"Sebagai ketua persatuan persahabatan Turki-Yahudi, parlimen Yahudi di sini, kami mengucapkan setinggi Tahniah kepada PM Encik Tayyip Erdogan di atas kemenangan semula parti AK dalam PRU baru-baru ni," kata surat tersebut.

"Dalam parlimen ini, kami berharap pilihanraya ini akan membuka lembaran baru dalam perhubungan Turki-Yahudi - lembaran kerjasama yg akan membantu kedua-dua buah negara," tambah kabel tu lagi.

Ahli-ahli parlimen Yahudi meminta Encik Erdogan, "Buanglah yang keruh...amiklah yang jerenih...tolonglah Yob!" begitulah lebih korang kalau diguna bahasa drama.

Dengan lain perkataan, negara Yahudi ni sebenornya amat memerlukan persahabatan dengan Turki, satu-satunya negara majoriti Islam yg ada hubungan diplomatik dengan dia. Err...Mesir ada ke hubungan kasih-sayang dengan Yahudi ni? Teman pun korang pasti.

Tapi dengan sinikal pulak, salah sorang menteri Yahudi yg senior menyarankan pertubuhan iHH mengantor bantuan ke sempadan Turki-Syria sebab kat situ dah rama pelarian Syria masuk bersidai. Ini berikutan pertubuhan iHH sedang berfikir 2 kali sama ada nak meneruskan atau tidak misi flotilla kedua ke Gaza. Ni namanya ditelan mati mak, diluah mati bapak!


Bersama kawan dari UM, kawan Keiko dan Keiko (berkot itam)


Alaa jemu-jemu nengok gambor di Turki, jom nyongket ataih gunung pulak. Zaman dedulu sampai gak teman ataih gunung Fuji-san. Masa tu bulan Ramadhan. Idok ler kami menapak, tapi naik mercedes kepunyaan suami kawan Keiko. Baik ati deme suami isteri bawok kami makan angin ataih gunung!
Tapi ni gambor bukan kat gunung, masa ni belum manjat lagi!

Sebelum orang kat Malaysia sibuk paka tudung dan scarf Arab/Palestin, teman dah paka masa naik Fuji-san pada tahun 2000 dulu. Err...sebenornya seawal 1990an teman dah paka skarf Arab ni.



Keiko merupakan sahabat sejak di Universiti Malaya. Sebenornya teman ni tutor peribadi dia. Sampai sekarang Keiko dan teman masih berhubung melalui email, FB dan lawatan ke rumoh.

Manakala tu, kawan dia ni ada isu trajis sikit. Beberapa tahun pas lawatan teman ni, dia berpisah dengan suami dia (yg pandu mercedes tu).
Baru-baru ni dengor bekas suami dia antara mangsa yg lesap dalam kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ni. Terus tak jumpa!
Kesiaaannn...




Keiko dan lagi sorang kawan teman, Samiko, suka bawok teman tengok temple. Adalah 3-5 buah kuil yg deme usung teman. Kat mana pun teman tak tau...ikut jer. Samiko pun penah jadi anak murid teman, belajor BM kat rumoh deme.



Ni pentas tapi teman tak ingat pentas apa. Kalau ada perayaan tertentu, deme gunalah pentas ni gamoknyer. Dedulu teman bukan pengembara yg suka mencatat kembara teman. Amik gambor jer. Mungkin teman tak minat apa yg teman tengok.
Kalau gi Disneyland Tokyo pun teman tak bape minat, dah tentu lawat temple lagi teman tak bape ngam...



Ni temple yg ke 4,275 kot... Teman pun tak kira.
Muka teman adalah muka orang lapor sebab puasa atau mungkin muka bosan tahap beruang zoo. Kome biasa pegi zoo tak? Ada tengok mana ropa beruang dalam zoo?
Haa cam muka teman nilah...



Baru nampak ceria sikit sebab dapat makan.
Keiko berusaha cari restoran yg ada seafood untuk teman berbuka. Nasib baik masa tu musim dingin, idok ler keletihan sangat dan waktu berbuka pun awal, dalam 4:30pm gitu.
Meh kome...douzo, douzo!



Monday, May 16, 2011

Turki Mintak Nama Pengganas Yahudi Dlm Kes Mavi Marmara


Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

Pihak gomen Turki dengan sabornya meminta gomen Yahudi memberi nama-nama komando Yahudi yg menyerang masuk dan menembak membuta-khinzir ke atas para aktivis di atas kapal Mavi Marmara Februari-Mac tahun lepas.
Pihak Kementerian Luor deme dah antor surat mahkamah memohon nama-nama ni sementara Mavi Marmara sedang dalam persiapan utk melancorkan pelayaran kedua deme lepas pilihanraya Turki bulan Jun ni.

Permohonan ni antara prosedur penyiasatan berterusan pihak Turki dan nama-nama yg akan dikaitkan dalam keganasan ini termasuk Presiden Shimon Peres, PM Netanyahoo, dan Menteri Pertahanan Ehud Barak.

Sejak kejadian ganas tu Presiden Turki kabor hubungan Turki-Israel dah tak cam dulu, benci tapi rindu dan sekarang jadi menyampah.
Dalam satu siasatan deme sendiri, pihak Yahudi kabor, serangan deme tu mengikut norma-norma antarabangsa (Ye ke Netanyahoo?). Turki bengang dengan hasil siasatan ini dan menceraikan Israel dengan talak satu!

Sumber dan gambor dari Hurriyet Daily News



Nilah ropa salah satu kabin rehat dalam Mavi Marmara masa teman lawat bulan Mac 2011. Tak sangka deme buat Hari Terbuka Mavi Marmara masa tu. Itu pun teman tau melalui satkhabor. Mintak Mr T antor teman ke pelabuhan Eminonu, Istanbul dan melilau ler teman 2 jam dalam kabin dan dek kapal tu.

Gambor yg teman amik ni di ruang rehat Mavi Marmara di mana deme pamirkan barang-barang peribadi aktivis dan barangan yg dibawa untuk rakyat Palestin semasa flotilla pertama ke Gaza dulu.

You have to be there to feel the horror, sadness, anger and frustration. Horror kerana Yahudi sanggup menyerang flotilla kemanusian; sadness sebab 9 orang terkorban kerana nak gi menolong rakyat Palestin yg terkepung dan yg dikenakan sekatan ekonomi; anger sebab umat Islam dibuli oleh semua Kafirun dan frust sebab negara Islam ni banyak yg kaya tapi tak guna, cam singa tak mandang gigi dan taring...hampeh!



Local issue
pulak. Sejak teman dok rumoh kawan di Pahang ni, teman tak bape sempat nak main masak-masak. Sampai rumoh dekat maghrib. Dah malam rasa letih. Jadi main makan luor, kalau masak pun simple-dimple jer.

Kome cuci mater tengok roti pelbagai ropa di Turki ni. Bila teman makan roti Gardenia kat sini, rasa nak termuntoh...sebab dik boring dan tasteless rasa dia. Roti Turki ni menawan ropanya dan lezet rasanya!



Deme pun rajin masak roti kat rumoh. Selain roti buku, deme masak boreq - roti lapis seakan roti cana tapi deme tabur dengan keju putih dan biji lenga sebagai hiasan deme.
Dalam entry semalam ada pulak sejenis boreq yg seakan murtabak. Tapi deme sumbat dgn keju putih dan spinach (deme ingat nak jadi kuat cam Popeye!).
Nengok kat pasar tu, teman kurang minat nak beli sebab tak mandang kuah kari. Kalau teman teringin nak merasa, kena masak gulai kari kat rumoh dulu!



Minggu pertama teman sampa Pahang yang Makmur ni (orang politik dan kroni-moni banyak yg makmur; rakyat biasa, biase jer...), teman libang-libu panah dik coca yg haru-biru panahnye. Kena pulak jerubu. Teman rasa cam dok dalam sauna. Mandi 5 kali sehari. Baju lenjun kalau dok dalam rumoh kawan sejawat teman ni. Kalau kat flat teman di Shah Alam, buleh gak teman klik-klik air-con teman.

Adeeeiii, menderita teman lebih seminggu. Maaf kome, jangan ingat teman mengada tak buleh kena panah ni. Memang teman cepat berpeluh kalau suhu menggila. Merecor-recor peluh tubit (ehhh... speaking Kelate pulok!).

Untuk menghiburkan ati teman yg rindu aircon teman di Shah Alam, teman tempek gambor masa teman kebulur nak makan ais di Basaksehir. Kat belakang werne biru tu blok apartment keme. Kalau Mr T ternampak teman kokak ais kepai tu, mesti dia ingat bini Melayu dia ada kureng somewhere!
Anyway, kat Turki tak mandang ais ketoi, jauh lagi ais garut.
Jadi bila salji merebas, teman buat ais kepai dan kokak sikit!
Sedap rasa salji kome...rasa air mineral gred satu!
Teman ada tulih entry pasa buat ABC dari salji. Kome yg baru jadi pembaca blog teman, cari ler kat entry bulan Mac 2011 ya!



Ahhh...sejuk mata memandang rumoh keme kat Kampong Deredebi masa musim sejuk tahun ni.



Kandang si Kara Kiz dan Fistig. Kalau dapat coca kat Malaysia ni setaraf Cameron Highlands pun jadi. Tak yah sejuk menggila cam kat Kg Deredebi ni. Tapi Alhamdulillah, sejak semalam cam kurang sikit kepanasan sebab jerubu tu.
Layanlah kome suasana sejuk ni...

Tuesday, April 19, 2011

"Tolong Stop Flotilla tu!" kata Yahudi...Gebze Part 2.

Gambor poster salah sorang yg terbunuh atas kapal Mavi Marmara Februari 2010. Gambor dari koleksi teman semasa lawatan atas Mavi Marmara Disember 2010.


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Ankara memberitau ia telah menerima permohonan dari gomen Yahudi meminta supaya gomen Turki tolong menggesa para aktivis keamanan agar tidak meneruskan misi flotlila bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Duta Yahudi ke Turki, Encik Gaby Levy, meminta gomen Turki tolong gesa flotlila ke Gaza dibatalkan kerana katanya menghantar bantuan kemanusiaan di luar saluran perundangan adalah satu provokasi!

Namun, sorang jurucakap Kementerian Luar Turki menjawab," Memang kami ada terima permohonan ni dan faham mesej deme tu, tapi ni diluar kawalan kami. Usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ni satu usaha orang awam." Mamat kementerian tu tak beri penjelasan lanjut.

NGO Turki iHH yg memiliki kapal Mavi Marmara akan mengekori Freedom Flotilla 2 dari berbagai negara ni dan juga akan menghantar konvoinya sendiri selepas PRU Turki bulan Jun ini. Sementara itu, penganjur Flotilla 2 berazam meneruskan misi kemanusiaan deme walaupun ada tentangan dan ugutan dari Tel Aviv. Deme turut menyeru gomen deme dan masyarakat antarabangsa tidak tunduk kepada tekanan dari Yahudi ni.

Untuk memendekkan laporan yg bosan ni, " Hey Yahudi...sekali-sekala rasakan macam ner kena harrass!"

Sumber dari Today'sZaman.com



Gebze Part 2

Kalau kome gi memana sekolah, kolej, universiti atau pejabat gomen kat Turki, mesti nampok bust orang tua ni dulu...wajib terjumpa! Ni di depan balai polis Gebze.



Ni teman jumpa lagi sebijik kepala Kamal Ataturk dalam koridor sebuah sekolah menengah.



Salah satu sekolah yg teman susup-sasap masuk ialah sebuah sekolah aliran agama yg dipanggil sekolah Anadolu Imam Hatip Lisesi. Sekolah Imam Hatip ajor subjek-subjek yang lazim diajor kat sekolah agama cam jugak di Malaysia umpamanya usuluddin, fiqh, tafsir, hadis dll. PM Erdogan merupakan salah sorang individu yg penah belajor di sekolah Imam Hatip. Tapi bukan kat Gebze ya, tempat lain.



Padang tempat perhimpuanan dan main bola keranjang.



Teman ada jumpa sekumpulan pelajar pompuan kat dalam sekolah tadi tapi deme tak mau bergambor. Speaking pun tak panda. Teman dapat sikit maklumat jer sebab bahasa Turki teman pun limited. Deme asyik ketawa "kik..kik..kik..he..he..!" bila teman guna BI.

Ni gambor curi teman amik masa 2 orang pelajar ni membelakangi teman. Kalau teman amik dari depan sure deme lari atau tutup muka.



Lagi gambor curik masa teman kuar dari pagor sekolah.



Ni pintu depan sebuah surau di tengah bandar Gebze. Ada 2-3 orang Yob dok lepak-lepak sambil tunggu waktu zohor.



Yang ni bukan masjid tapi hamam.
Apa tu hamam?
OK jom buat teka-tikam!
Sapa dapat bagi penerangan sikit tapi tepat apa itu hamam kat ruang komen ni, dapat cenderakalbu dari Turki! Teman pilih penerangan yg paling best dan tepat. Tapi jangan tulih panjang berjela weh, 20 perkataan atau korang pun cukup.
Tarikh tutup besok Rabu 20hb April, 6pm.
Deraghhhh!



Ni pancor yg banyak dibina sejak zaman Uthmaniah untuk kemudahan awam minum, amik ayor buat kegunaan rumah atau berwudhu.



Ni lagi satu pancor. Tengok pada ukiran kat dinding dan pala paip tu, nampak antik. Gitulah perihatinnya Sultan dan Sultanah Uthmaniah dulu-dulu.



Bebudak remaja berkejaran tak jauh dari hamam. Deme seronok sebab cuaca walaupun sejuk tapi ada matahari. Deme gemor cuaca cam gini.



Pintu masuk ke sebuah hamam. Teman segan nak gi dedekat. Lain kali teman usya dedekat.



Salah satu sokak pejalan kaki. Ni waktu makan tengah hari, jadi ramai yg kuar cari restoran atau bufe untuk makan.



Salah satu restoran yang ada jual kebab. Bila kita lalu deme laung,"Buyrun...buyrun!" (Silakan!). Rega kebab ayam lebih korang RM3.00, yang daging RM4.00...gitulah.



Ni salah satu menu lunch teman kalau Mr T tak der, sama ada masa dia kat pejabat atau masa dia kat Iraq. Teman gemor baham daging atau salami. Kat malaysia teman tak berani makan salami, takut tak halal. Kat Turki pulak tak der boh tanda 'Halal' sebab bukan dalam peraturan deme tapi ada brand yg kita buleh percaya. Wallahuaklam!