Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, June 25, 2011

"Kami Kesal, tapi nak kata 'Maaf', sorry arr" - Yahudi!

Banner gambor aktivis yg terbunuh dalam serangan komando Yahudi ke atas Mavi Marmara tahun lepas.
(Eminonu, Istanbul 2011)

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Para pegawai Yahudi dah berjumpa dengan rakan sejawat Turki berbincang mengenai memperbaiki hubungan diplomatik kedua negara. Deme turut menawarkan gantirugi kepada waris 9 orang aktivis yg terbunuh dalam serangan komando Yahudi atas kapal Mavi Marmara tahun lepas.
Tapi...tapikan, deme cuma sanggup kata kesal akan kejadian tersebut tapi...tapikan, Yahudi ketegaq ni kata "Kami tak akan mohon maaf!"

Kedua-dua negara berusaha berkomunikasi melalui wakil deme di PBB yg sedang membincangkan mengenai flotilla ke Gaza.
Dalam mesej-mesej ni, pihak Yahudi bersedia mengatakan kekesalan di atas serangan komando deme, tapi enggan mohon maaf.
Kalau nak duit kami buleh bagi, kata pihak Yahudi.
Bukan tu jer, selain bersedia sebut perkataan 'sesal' pihak Yahudi mintak supaya komando yang terlibat dalam serangan tu tak didakwa-dakwi.

Memacamlah kaum lahanat ni.
Susoh bebenor nak kata "Sorry". Mahal tu perkataan "Maaf" ni kome.
Di kalangan kita pun ada yg susoh nak kata "Maaf". Setahun sekali jer, masa Hari Raya yang sanggup mintak maaf.
Akan-akan Yahudi pulak!



Arwah Cetin Topcuoglu, salah sorang aktivis Turki yang terbunuh dalam serangan Yahudi di atas kapal Mavi Marmara tahun lepas. Untuk laporan lebih detail mengenai lawatan teman pada hari terbuka di Mavi Marmara, sila gi entry bulan Januari 2011.



Ada masa bila teman busan dok apartment kat Basaksehir, terutama bila Mr T berkoje di Iraq, teman nyongket ke sebuah mall yang 200 meter jer dari blok kami. Nama mall ni Olympia.

Kena tempuh scanner dan Mak Guard sebelum masuk. Scanner ni lumrah di Turki sekarang sebab deme amalkan, "menyesal dulu pendapatan..."
Bior berjaga-jaga menghadapi terrorisma sebelum berlaku C4 sana C4 sini.



Kat foodcourt Olympia, kekadang ada live music. Yob ni main lagu tradisional.



Sekali tu ada pameran patriotik kat ruang legor. Pamiran ni ada kaitan dengan Hari Republik. Orkestra ni memainkan lagu-lagu dari Wilayah Laut Hitam sebab peristiwa tentera Turki menentang serangan kuasa barat berlaku di wilayah ni. Entry pasal pamiran ni akan teman buat lain kali ya.



Tak jauh dari foodcourt ada kiddies rides. Olympia ni memang family-oriented punya mall. Kalau ujung minggu ada jer aktiviti untuk kekanak. Panggung wayang dan panggung wayang 7D pun ada, tapi teman tak penah masuk pulak.



Yong-yong dari kejiranan sedang window-shop.
Deme ni mungkin dari taman kami dan mungkin dari luor taman. Seperti kompleks lain, pihak Olympia pun ada sediakan perkhidmatan bas atau van percuma dari taman ke Olympia tiap ari. Dalam Basaksehir ada berbelas mall, kompleks beli-belah dan supermarket menghantor bas dan van keluor masuk amik dan antor pelanggan. Kome tunggu jer tepi jalan dan bila nampak van/bas ni, kome tahan dan naik...free jer.



Tengok sekali lalu, ingat cam kat Dubai.
Kat Basaksehir, Istanbul jer...dan ni Yong-yong Turki, bukan Yong Arab daa.



Apa yang teman suka dengan mall atau shopping complex kat Turki sekarang ni, pihak pengurusan menyediakan surau yang agak besor dan selesa. Mall baru siap pasang hot water lagi untuk wudhu.



Antara yg menarik bila masuk Olympia ialah kedai jual coklat. Ni coklat buatan Turki, bukan yg import punya.



Selain tu, kedai pastri deme pun kreatif dengan hiasan dan menu kek deme. Kalau deme jual coklat yg dibuat dengan tangan, deme akan bungkus dengan kotak hadiah yang cantik, siap reben dan kotak lapik kain baldu!



Hari ni teman posa...jadi kena boh menu yg menyelerakan cam ni. Ni masa Mr T jamu teman makan lamahcun, kebab dan salad. Yum..yum...meh kome!





4 comments:

  1. kak... pedulikan lah yahudi tu,,,, yg melayu islam pun susah nak minta maaf,, hehhehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yob PO, tulah yg akak tulis, "akan-akan Yahudi"! Tak ngaku salah satu hal, sesetengah Melayu ni.

    ReplyDelete
  3. Banyak juga koleksi gambar kak Yong ni.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cikgu Zmah, ater bila berjalon asyik klik sana klik sini! Pe kabor cikgu...Vietnam best tak?

    ReplyDelete