Moh Kite Follow Sesame...

Sunday, June 19, 2011

'Buat Baik Berpada-pada, Songlap Duit Rakyat Jangan Sekali-kali!'


Assalamaualaikum dan Salam Ceria,

Sekarang salah sorang ex-MB kat Malaysia ni sibuk dan caiyok menyelamatkan diri dalam satu kes mahkamah. Teman tak nak komen tang tu. Cuma nak peringatkan diri sendiri bahawa kalau kita buat tak senonoh, satu ari akan kena lebih-lebih lagi kalau kita penaya kat orang.

Cam apa yg berlaku kat bekas Presiden Hosni Mubaraq, dahlah jatuh dari takhta, kena tahan, kena dakwa-dakwi, kena kutuk, kena pulang reta Qarun yg disonglap; tapi dakwaan ke atas dia baru jer start. Banyak lagi pekung belum diselak...

Sementara tu di Azerbaijan yg dulu puja-puji dia dengan membina satu patung 'Hosni Mubaraq', telah menghangkut-ubah patung ni dari pinggir bandar Baku. Tempat patung tu diganti dengan sebuah patung imej orang Mesir kuno. Sementara itu sebuah sekolah yg diberi nama sempena nama Suzanna Mubaraq telah ditukor kepada "Sekolah Mesir" jer.

Perubahan ini dilakukan atas tekanan rakyat Azeri yg menyokong protes revolusi rakyat Mesir di Tahrir Square awal tahun ni.

The moral of the story is, "Buat baik berpada-pada, songlap duit rakyat jangan sekali-kali!"

Berita dan gambor dari Hurriyetdailynews.com




Meh kita keney-keney dengan salah sorang orang Kg Deredebi yg juga sedara Mr T. Nama dia Halah Saniah. Halah maksudnya 'mak sedara' tetapi tali persaudaraan belah bapak. Halah Saniah umur dia lebih 75 kot, rendah-rendah dan putih melepak. Kecoh orangnya.




Dia tingge tak jauh dari rumah mertua dan rumah kampong Mr T. Antara tugas dia ialah beli roti dari van roti yg lalu Kg Derdedebi tiap pagi.




Halah
tingge dengan suami dia yg tak bape sihat. Tapi dia sihat nampaknya, Alhamdulillah. Selain beli roti, halah beli satkhabor.


Memula dulu teman ingat halah ni kecoh dan suka pot-pet jer. Ropanya dia ni cerodik dan 'educated'. Penah dalam satu sesi pot-pet, pot-pet dengan mak mertua teman, teman dengor dia sebut, "Basbakan...Ak Parti...Erdogan!" (basbakan= Perdana Menteri).

Dia ni ikut perkembangan politik...jangan memain!




Err...yang ni uncle Salem, Pak sedara Mr T. Dia dengan halah Saniah adik-beradik. Dan sebelah dia tu menantu dia. Rumoh belakang tu rumoh mak mertua teman.




Selain jadi regular surirumoh, halah menguruskan 2 ekor lembu dia. Dia kekadang tolong perambat lembu mertua dan lembu Kak Emina sekali ke arah sungai Deredebi. Tapi kalau dia bawak lembu dia saja, dia perambat natang ni sampai ke bukit.




Pada hari ni halah bawak lembu dia naik bukit dan sebab agak jauh, dia bawak bekal sikit. Mungkin tengah hari baru dia turun.




Antara rumoh yg halah suka ziarah dan lepak 1-2 jam bila dia senang ialah gi rumoh mertua teman. Deme berdua cukup untuk memeriahkan rumoh yg tak rama orang ni.




Bab makan pulak. Semalam teman buat jamuan kecik untuk 2 orang kawan cikgu kat Bandar Muadzam ni. Deme dah sound-sound bila nak masak-masak. Sebelum tu deme ada dengor teman buat masak-masak untuk salah sorang cikgu lain.




Teman bosan nak masak typical Malaysian menu cam meehoon goreng, mee goreng, laksa dan yg seperiuk dengannya. Teman pikior-pikior 2-3 ari, dapat ide nak buat TAPAS. Agak mudah dan tak renyah dengan pinggan-mangkok bila makan!




Hah...ni gambor yg diamik dengan kamera mahal. Yang kat atas dengan handphone teman jer. Ni ler ropa TAPAS...alaa finger food dengan lain kata. Ada roti dan biskut, ditop-up dengan telur lenyek, ada mango salsa, tomato salsa, fried mushroom, dan kat atas sekali kome boh ler udang ke, sotong ke atau sosej. Nampak cam kekenit tapi tetamu teman kata kenyang!
Dah kenyang tapi deme makan 2-5 kali ro
und! Bila yg dalam pinggan dah abis, teman buat lagi...tu yang buleh 2-5 round tu!
Meh kome merasa...

23 comments:

  1. Salam Helli,
    Pak Long sokong... haha...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Halima;

    Manusia mati meninggalkan nama...
    kalau buat jahat belum mati pun, silap haribulan senasib dengan Hosne Mobaraq..

    Sedap pulak nampak Tapas tu kak...

    ReplyDelete
  3. Salam kak halima..

    harap akak sihat ye..=)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Young

    sambung ummiroos...
    belum mati lagi name demer dah di buang
    ate nak buat macam mane..jahat bebenor

    ReplyDelete
  5. Young

    tapas tu makanan tradisi disana ker

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Yong, bila nk ajak I makan ni...sedap nampak tapas tu...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Buat baik tu masa berada, buat jahat tu tidak sama sekali!

    Ho ho ho

    p/s: Betul apa? Masa kita tengah senang, senang harta duit, masa, hati & kesihatan, tengah hidup ni la kita hendak selalu ingat Allah, banyak buat ibadah, kerja baik.

    Jangan lak niat nak buat jahat, hingga jadi lebih drp setan lak. Bukan apa, bila dah jadi buas kita hanya akan berlakon buat baik yg sekali-sekala tu sebab dah terpaksa.

    Cukup la kita 'ter', secara tak sengaja, terbuat jahat. Kita kan manusia biasa yg tak mungkin terlepas drp buat silap, jahat. Baru la senang nak u-turn & be a better man!

    Mark my words!

    ReplyDelete
  9. Assalamaualikum Pak Long, sokong tang mana tu? Meehoon goreng kaa? He he!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yong UmmiRoss, harap2 pemimpin yg ada sedor diri dan bertobat. Ramai yg masih lena dibuat mimpi indah.. Alaa Yong pandai buat Tapas-mapas nih!

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam Cikgu, Elhamdulillah akak sihat. Cikgu Wan camner?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tuan Hj Rozali, tulah...harap2 kita tak buat kesilapan besor cam tu...diaibkan di dunia lagi. TAPAS tu makanan ringan ala-ala Spanyol.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Yong Dragon, kalau ada rezki, buleh jer...mana tau. Tima kasih bagi akak GA tu...seronok!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Ali, senang jer, buleh buat tu. Yummmy tau!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Yob Hanz, malangnya, yg buat tak senonoh ni cam kena rasok...terussss buat,tak insap-insap. Minta dijauhkan! Tima kasih utk feedback Yob!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Yong....nampak sedap benor tapas yg Yong buat. Tingin nak merasa masakan Yong.

    ReplyDelete
  18. peminpin kita punya motto = 'Biar jahat asal selamat'

    (kamu tak teringin ke dudok rumah ala-ala Bali...?)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Yong Nurul, Nurul pun buleh buat punya...ala makanan kekenit jer.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Yob Gedek, Sedap tu motto Yob tu...rembat jgn tak rembat! Ater, teman dok atas pokok pun jadi ler...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Yong Diva, mehlah rasa...

    ReplyDelete