Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label askar Yahudi. Show all posts
Showing posts with label askar Yahudi. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

MAVI MARMARA: YAHUDI KATA 'NO WAY!' dan WHERE ARE YOU LEILA KHALID?

Gambor mangsa pembunuhan Yahudi di kapal Mavi Marmara masa lawatan teman 3 tahun lepas, Istanbul.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gomen Yahudi menggesa gomen antarabangsa memberi tekanan keatas Ankara yg telah mendapati 4 jeneral Yahudi bersalah menyebabkan kejadian pembunuhan 9 aktivis Turki di atas kapal Mavi Marmara 3 tahun lepas, ke dah 4 tahun?
Alasan deme, kalau Turki berjaya bawok rakyat deme ke pengadilan, nanti menjejaskan tindakan US dan NATO kononnya, yg selalu serbu kapal/kedudukan terroris di perairan antarabangsa dalam usaha menentang terrorisme.
PM Yahudi Netanyahoo kata, "No way deme buleh tangkap askar keme. Tak dapat masuk Turki tak pe. Kami akan jaga askar dan rakyat kami. Kome jaga kami (askar), kami akan jaga kome!"
Begitulah sayangnya gomen Yahudi dgn rakyat dia!

Sumber berita dari Hurriyet Daily News.
Gambor Mavi Marmara teman punya!
Jangan cilok taw!
Dosa!


Mr T semasa di kawasan otonomi puak Kurdish, 2 tahun lepas.

Mr T udoh terlepas ke Iraq....again.
"Berapa lama pulak, Yob?" teman tanya paka sms.
"Setahun lebih, Darling!" dia sms balik.

3 tahun lepas koje di Afghanistan.
Takde ke negara yg lebih aman awak buleh koje, Yob?
"I like danger!", dia kabor.
Sabor jer dapat laki cam nih!
Ya Allah ya Tuhanku, peliharalah dia!


Mr T dengan pekerja am semasa di Afhanistan.

Mr T cepat tangkap kesian dgn orang-orang kurang berkemampuan. Ada gak dia citer cam ner susahnya rakyat Afghanistan nak menyara idup. Tulah bahana negara di bawoh Amerika dan Crusaders, ikut terma Mr T!
Doakan keselamatan utk Mr T, ya kome.


Cara menidurkan baby Turki.

Moh ikut teman nyinggah rumoh anak tiri teman yg sulung, si Tahsin. Dia koje mechanical engineer di bandar Eregli, Laut Hitam.
Dulu Mr T koje tempat yg sama.
Tahsin pangge teman 'Mom' atau 'Mummy'.
Balik dari koje, salin baju, teruih main dgn Yusuf.



Tahsin ada 3 orang anak.
Yang tengah si Sule (sebut Syule), baru 8 tahun.
Balik rumoh teruih terokam adik!
Ucup gumbira gurlll gurrlll gurrllll!



Dulu apartment Tahsin kecik, 2 bilik jer.
Sejak budak ni lahir, deme sewa apartment 3 bilik ada salon lebih besor...

gurrlll gurrlll gurrllll!

...untuk Ucup golek-gelantang!
Budak kecik ni punya pasa, kena sewa rumoh besor!



Bertuah miker Ucup, ada kakak dan abang yg besor, buleh ngasuh!


Abang sulung Ucup, si Ertugrul Hamza.

Eihhh malu pulak bila Helime Baba Anne amik gambor dia!


Ok, dah siap nak ke sekolah!


Bye-bye Helime Baba Anne, Ertugrul kata.

(Opah belah bapak deme pangge Baba Anne, Opah belah mak deme sebut Ana Anne. Teman Opah tiri tapi tetap Baba Anne jugak!)



Selingan: Olimpik nak dekat kan?
Teman pun teringat Olimpik Munich tahun 1970an.
Ingat Olimpik Munich, ingat Leila Khalid!

Gambor google



Where are you, Leila Khalid?

Gambor google



Viva Palestine!
Who is Leila Khalid?
Googlelah, kome ni pun!

Gambor google


Jamu mater!
Menu di sebuah R & R on the way balik Istanbul...


...bahagian salad!
Amik sepiring udoh ler!


Saturday, June 11, 2011

Last Kopek Untuk Erdogan

Kempen untuk Pilihanraya Umum Turki 2011

Assalamualaikum dan Salam Bahagia,

PRU Turki esok dikatakan yg paling kritikal dalam sejarah politik Turki dan berkemungkinan yg terakhir utk Encik Tayyib Erdogan.

Esok 12 Jun pemilih Turki akan memilih 550 wakil ke parlimen untuk membentuk sidang ke 24 parlimen deme. Semua parti-parti politik yg bertanding menyedari perlembagaan deme perlu melalui reformasi. Ramai pemerhati berpendapat perlembagaan yg akan diperbaharui ini akan membentuk Turki baru di masa akan datang.

Lagi satu aspek kritikal ialah semasa memerintah, Erdogan dan partinya telah mebentang peraturan yg menghalang seseorang MP dari berkhidmat lebih dari 3 penggal. Ada desas-desus yg mengatakan lepas ni Erdogan nak jadi Presiden pulak.

Pihak lawan dari parti CHP dan MHP mengkritik Erdogan ingin wewujudkan sistem pemerintahan berpresiden dengan dianya sendiri jadi presiden yg memerintah. Parti pembangkang yg sangsi dengan ura-ura merefomasikan perlembagaan ini mendakwa Erdogan ada agenda peribadi bila menyarankan pindaan pada perlembagaan Turki ni.

Kita tengok sesama esok bila deme buang undi.
Teman akan sms Mr T nak tanya sama ada dia akan mengundi ke tak dan di mana. Yang teman tau dia dan kuarga dia penyokong tegor parti nasionalis MHP!

Berita dan gambor dari Today'szaman.com



Beribu-ribu rakyat Syria dah mula meyeberangi sempadan masuk Turki kerana kecelaruan yang dilakukan oleh tentera yg taat dgn Presiden Assad. Setakat ni dah lebih 3000 orang berlindung di wilayah Turki.
Turki telah menyiapkan beratur-ratus khemah, dapur, tempat mandi dan klinik. Deme dah bersiap sedia akan kemasukan 'pelarian' jika keadaan terus huru-hara.

Apalah orang Arab ni. Tak abis-abis bergaduh dan berbunuh. Nak salahkan Israel membunuh deme tak buleh pulak. Ni askar deme buru rakyat sendiri.
Tak guna punya Arab!
Nyusahkan orang. Presiden Assad tu dulu bapak dia jadi presiden sampai mati. Ni dia pun nak pegang kuasa sampai mati!
Udoh-udohlah tu.

Tengok lukisan rayuan hati anak-anak Palestin yg hidup merempat sejak zaman tok-nenek deme diburu Yahudi. Tak insaf-insaf orang Arab ni!


Orang Arab sibuk berhuru-hara, Yahudi sedap-sedap belasah orang Palestin. Rama yg masih merengkok dalam penjara. Ntah idup entah mati!



Simbol ukhwah orang Islam.


Berjejeran ayor mata orang Palestin. Tapi ketua negara Arab yg ada asyik nak pegang kuasa. Tak mau lepaskan. Sayang kuasa dan reta punya pasal.



Antara lukisan yg memenangi tempat pertama. Pertandigan dianjurkan oleh pertubuhan iHH yg akan menyertai flotilla ke 2 dalam beberapa hari lagi. Kalau tak de masalahlah...



Ada satu cerita pasal sorang budak Palestin masa Intifadah.
Dia kena tangkap dik askar Yahudi.
"Sapa ajor kamu baling-baling batu ni hah?" sergah askar Yahudi pada budak umur 8 tahun tu.
"Saudara lelaki saya!" melawan budak tu menjawab.
"Tunjukkan sedara kamu tu. Kuang ajor punya budak!"
Budak tu diheret dan disuruh tunjuk mana sedara yg ajor dia baling batu kat askar Yahudi.
Budak lelaki tu pun bawak kat satu lorong. Kat situ dia pangge satu nama, Samirlah katakan.
"Samir, Samir... ni ada askar Yahudi laknatullah nak jumpa kamu!"
Samir pun keluar dari balik pintu.
"Tu budak kecik!" bentak askar lahanat tu.
"Haah, tulah sedara saya. Dia baru 6 tahun!" kata si abang.



Lepas baca citer perang, kita jamu mata. Menu kegemaran teman, lamahcun. Pizza nipis Turki. Sekeping besor dulang ayor ni lebih korang RM6.



Sekali tu kat rumah anak tiri teman, si Tahsin, dia order lamahcun dari restoran sebab masa tu isteri dia hamil. Isteri dia tak tahan bau makanan yg sedang dimasak. Berminggu-minggu jugak dia tak buleh ke dapur.
Meh kome...