Moh Kite Follow Sesame...

Tuesday, October 26, 2010

PEMBERITAHUAN #7 Peraduan lagiiiii!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Mengkome,
Cik Kara Bayan mai dah, nak buat pengumuman Peraduan Kedua...sonoknyer!
Kali ni kena teka amende dan kat mane! Ada lima (5) soalan yang agak mudah tapi berbeza dengan dulu banyok gambor local, kali ni banyak global...hikkksss!
Syarat-syarat:
1. Sesapa pun buleh amik bahagian, tak payah jadi follower pun takper weh. Tapi kalau kome yang dok Iceland atau Timbuktu menang, bagi alamat Mak, Pak atau Mak Long kome di Malaysia. Teman tak buleh antor hadiah jejauh yek? Save cost!
Nanti kendian elok jadi Follower yek? Baru kenal tapi mesra!
2. Banyak kali jawab pun takper tapi dalam satu akaun jer. Nak jawab lain kena numpang akaun orang lain ler. Teman tak kisah, tak tanya pun. Buat bodo.
3. Jawab untuk peraduan kedua ni kat ruang comment entry ni jer tau. Jangan mengelewor gi jawab kat entry lain, penin teman carinyer kang!
4. Mulai hari ni dan tutup pada hari Selasa depan jam 12 malam 2hb November 2010 gitewww!
Hadiahnyer?
Ni kat bawah ni. Seekor gelang tangan lipan! Diperbuat dari mutiara ayor tawor werner cream, bertatahkan batu kristal dikiri-kanannya, diikat dengan stainless steel. Haa, apa? Platinum? Haa kalau nak platinum tunggu soalan yang teman yakin semua orang tak buleh jawab! Kalau orang Yob yang menang dia buleh pilih satu set butang baju Melayu mutiara weh, no hal!
Hanya satu (1) pemenang yang betoi sekurang-kurangnya empat (4) dari lima (5) soalan akan teman amik sebagai pemenang. Kalau rama yang betoi, teman pilih sapa yang dulu betoi.




Nilah hadiah yang kome buleh menangi kalau betoi jawab sekurang-kurangnyer 4 soalan!




1. Ringan-ringan dulu..., apakah yang sedang dibuat oleh Yong Ketam ni?
(Jawaban ikut common sense tapi jangan kata dia tengah kempen pilihanraya kecik di Galas!)


2. Pegi Parit beli tapa,
Tapa masam colek cili,
Kalau kome orang yang panda,
Buah apa yang berduri-duri ni?
Jawab kena berpantun gak yek, kalau tak berpantun, kalau betoi pun, potong markah!
(Klu - ni bukan buah strawberry)



3. Deme dok ngaji ni kat sekolah pondok. Agok-agok kat negara mana deme ni?
(Klu- gerenti bukan kat Norway!)





4. Isssyyy...jangan hiro muke Yong tu. Kat ladang ape agoknyer Yong ni berposing? Senang jer ni...kalau tak tau, memang bute mate mengkome tu!
(Klu- kome selalu makan kalau takde koje...)







5. Sebuah jam gergasi sedang dibina dan akan jadi jam besor terbesor di dunia, MasyaAllah! Siap dalam tahun 2012, InsyaAllah. Kat bandar mana tu kome?
(Klu- Bukan kat KL)
Haa apa lagi. Pikior-pikior ler dalam 7 ari ni!
Notis:
Di minta Yong Ella menghubungi teman via e-mail dan beri nama dan alamat penuh yek. Check e-mail teman dalam entry sebelumnyer.
Sekian selamat mencube!









23 comments:

  1. Eimok Yong.. susoh beno teman nak nyawabnye...

    Apa2pun teman ngelekek mace coretan Yong ni.. ghase macam digaghu2 peghut teman!

    ReplyDelete
  2. ate.., susah bebenor soalan kali ni... pueh teman memikior satu pun xdapat lagi jawapannya... gambo kat ladang tu pun kecik beno.. ntah aper dibuat Yong tu gamaknye... ader 7 hari lagi... nampaknye hari2 kena renung, telek dan pikior amende jawapannya... pastu baru bulih jawab kot... adehhh...

    ReplyDelete
  3. Salam KakCik, YobD08 dan Cikgu Nuzzhah, isssyyy ape yg susohnyer. Tengok bebetoi kat gambor ada klu kekecik. Ater bukan senang nak dapat gelang lipan, jenuh teman ngejornya baru dpt, tu pun nasib dia tak kokak! Takper ade masa lagi. Guna akaun org lain kalu nak try banyak kali!

    ReplyDelete
  4. Salam, Selamat datang dan Hosgeldeniz kpd Pengikut dan pembaca baru blog ni. Sila amik bahagian dlm peraduan 3/4 ni, jgn riso tak kena saman kalau kalah, kalau menang dpt lipan!

    ReplyDelete
  5. salam yong ... oghang peghak lg spghang maghi..haih ade yg gheti jwb,ade yg xgheti ! hohohoo...dah ade pmenang ke?

    ReplyDelete
  6. Salam Yong Ummi Hannie, haa Selamat Datang dan Hosgeldeniz. Pelan-pelan jawab. Nak try lagi guna akaun org lain, tak kisah. Belum ada yg jawab, masing2 berhati2! Dah cukup seminggu baru teman umum.

    ReplyDelete
  7. Yong Halima,

    Soalannye macam tak nak bagi hadiah je. tak de yang mudah lagi ke...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam..nak cuba jawab ni ye..

    1)Yong ketam tu cuba nak angkat kulit dia tutup balik aurat dia yang terdedah tuuu haaa

    2)Pergi ke kedai membeli kuaci
    Kuaci dimakan di malam hari
    Kalau Kak Limah bijak bistari
    Buah berangan nama diberi

    3)Negara Thailand

    4)Ladang bunga matahari

    5)Bandar Mekah, Arab Saudi

    ReplyDelete
  10. Salam Yob Tinuj, dah mudoh tu Yob. Mudoh lagi banyak yg betoi...ni nak cari sorang jer pemenang. Try dulu...

    ReplyDelete
  11. Salam Yong Ina, Selamat datang, hosgeldeniz! Ya ada Yong yg berani jawab dulu!Sapa jawab dulu dan betoi, dialah menag tp keputusan muktamad tunggu selasa depan yek?

    ReplyDelete
  12. memang hakap bebeno yong ni...soklan bagi yang kantoi-kantoi...ate ini mesti x ndak bagi oghang hadiah. Gempor je yg lebih.

    ReplyDelete
  13. Salam Tinta, mana de gempor. Tak caya tanya Yob D08, KakYong, Cikgu Nuzzha...deme dah sonok dpt cenderahati dlm peraduan atau insentif Yong bagi. Kot Yob/Yong yg baru singgah sini, tak tau....

    ReplyDelete
  14. idok teman nak jawab soklan, sesaje jengah sini...hehe.

    ReplyDelete
  15. Salam cikgu, saya nak cuba jawab.. mana la tau menang. haha :P

    1. Yong Ketam tgh bukak baju die, disebabkan suasana hangat dalam periuk! HAhaha! :P

    2. Indah Sekali si Sang Bulan,
    Elok Sekali Menjadi Tatapan,
    Nama Buah Dijadikan Soalan,
    Buah Berangan Menjadi Jawapan.

    3. Negara Indonesia :-)

    4. Ladang Bunga Matahari (SUNFLOWER!)

    5. Mekah, Arab Saudi.

    ReplyDelete
  16. Salam kenal..=) Nak coba nasib gak la..hehe

    1. Yong Ketam tu tengah berusaha nak tutup balik badan dia yang didedahkan tu..auww malu dia!Aurat lagipun tu..hehe

    2. Pak Abu pergi ke hutan
    Pergi ke hutan mencari rotan
    Rambutan bukan pulasan pun bukan
    Inilah gerangan si buah berangan


    3. Deme ni tengah ngaji di sebuah pondok di negara Thailand ni..Nama glamour dia Siam..hehe

    4. Kalau awok ni tak silap, macam kat Ladang Bunga Matahari ni..senyum pun manis mcm Bunga Matahari je nampak (bukan mengampu ni..ikhlas..hihi)


    5. Menara jam ni berada di bumi yang penuh berkat ni..di bandar Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi..

    Betoi ke idak awok tak tahu la..Awok mencuba nasib je..seghonok lak ghase nak join peraduan ni..hehe

    Sekian..

    ReplyDelete
  17. kak limah.. ni teman cuba jawab.. heheh

    1. ketam tu nak amik balik cengkerangnya..

    2.
    Kalau kome orang yang panday
    Buah apa yang berduri-duri ni?
    teman ini idok le pandey
    buah berangan nama diberi

    3. Indonesia

    4. ladang bunga matahari (buat kuaci)

    5. di Masjidil Haram, Mekah

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum semua, wah pepagi tngok banyak kertas jawaban masuk! Jwbn interesting, kreatif dan lawok! Tak leh kata betoi atau tak lagi! Mungkin ada hadiah kategori baru ni, nok bagi insentif! Ada 5 ari lagi kome!!!

    ReplyDelete
  19. Cikgu, nak cuba lagiii...azreen ni.. hehe..

    1. Yong Ketam tgh bukak baju die, disebabkan suasana hangat dalam periuk! HAhaha! :P

    2.
    Pergi Ke Tamu Membeli Sagu,
    Sagu Dibeli Untuk Santapan,
    Nama Buah Ditanya Cikgu,
    Buah Berangan Menjadi Jawapan.

    3. Negara Indonesia :-)

    4. Ladang Bunga Matahari (SUNFLOWER!)

    5. Mekah, Arab Saudi.

    ReplyDelete
  20. Salam Kak den nak torai

    1- yong Kotam bersedia dengan hormat ea , untuk dimakan Yong Limah

    2-
    Rupo ea macam rambutan mudo
    Ditelek-telek di google-google dah jumpo
    Omak den cukup gomar dan ayah den pun samo
    Buah Berangan Mudo Jawapan dio

    3- Negara Indonesia

    4- Ladang Bunga Matahari (kuaci)

    5- Menara Hotel Abraj Al-Bait, Mekah.

    ReplyDelete
  21. Teman nak try gak ler jawab suker2 aje...

    1. Yong ketam tu nak pakai balik topi keledar dia yang tercampak keluo dari kepalanya selepas merempit... katanya; inilah akibatnya kalau "ketam mengajar anaknya berjalan betul.." aku sendiri pun jalan senget sampai terlanggor periuk panas opah..dengan aku2 sekali tercampak dlm periuk tu..adehh panas ni...

    2. Pergi Cameron Highlands membeli ubi,
    Dibawa pulang sebagai buah tangan,
    Buah berduri banyak di Deridebi,
    Itulah chestnut alias Berangan.

    3. Negara Thailand.

    4. Ladang bunga matahari.

    5. Menara jam ini sedang dalam pembinaan di
    Mekah, Arab Saudi.

    ReplyDelete