Moh Kite Follow Sesame...

Saturday, October 9, 2010

Moh Pekena 'Garnele schlaeft auf dem Salad'


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

2 malam lepas teman dok sorang lagi sekali. Hik, hik, hikkksss! Kakak dan suami dia gi dinner kat universiti sempena hari konvo. Malam memang segan nak makan nasi, jadi selongkar freezer cari Mr Dang yang dah membeku dekat seminggu. Moh kite makan ala-ala Mediterranean lagi. Nama menu 'Garnele schlaeft auf dem Salad'. Maksud dia 'Udang bengkok berdengkor ataih salad'.

Bahan-bahan dia:

Udang besor tapok tangan
kentang sebiji potong panjang
2 biji tomato potong dadu
bawang besor hiris
ulaman petik kat belakang rumah
garam, lada itam, kunyit idup, limo kecik dan minyak zeytin.




Bukak jeket udang tu dan buang kepala dia. Potong belakang dia, buang benda yang itam tu. Pas bersihkan lumor dengan kunyit idup yg dihiris, garam dan lada itam. Sikit jer kome...





Ulam tu petik-petik, jangan hiris. Nampak tak? Ada ulam raja, selom dan daun selasih. Masukkan dalam mangkok dan campor dengan bawang hiris dan tomato. Boh sikit garam, perahan limau dan 2-3 sudu minyak zeytin. Gaul dengan tangan, jangan ramas. Biorkan.



Ni minyak zeytin teman guna. Extra virgin. Sedap gak. Takde minyak zeytin pun takpe de.


Dalam kuali lepior, boh sikit minyak zeytin. Api kecik jer sebab takmau minyak hangit. Letak Mr Dang dengan lembut, susun kacang ijo sebelah dia sebagai teman. Bior deme seehhhh 2 minit.


Balikkan sebelah pulak, 1-2 minit jer. Kalau Mr Dang tu tebal cam teman punya ni, tegakkan di belah belakang dia kalau kome nak semua bahagian masak. Kalau kome tak kisah makan udang 3/4 masak, takyah dudukkan dia. Udang jangan masak lama, jadi liat nanti. Kalau merah tu, dah masaklah tu Yob!




Amik pinggan lepior, susun mende-mende tu. Eh lupa kabor. Kentang tu gorenglah cam biasa kome goreng fries. Haa... boh salad comey-comey, baringkan Mr Dang ataihnyer, susun kacang ijo dan kentang goreng dekat-dekat dia. Mr Dang tak gemor tido sorang.


Bismillahirrahmaanirrahiim...
Hiris molek-molek dengan piso. Makan pelan-pelan. Boleh tengok wrestling masa tu tapi jangan excited sangat, nanti tercucuk garfu! (Masa tu memang teman tengah nengok wrestling bodoh).



Beberapa round kendian. Hmm...amat kenyal dan fresh rasenyer udang dari Tuaran ni. Takde bau udang. Sesuai bebenor makan dengan salad ulam kampong ni...


Alahai...all good things must come to an end! Sayu rasanya dah abis. Kalau dapat 2-3 ekor kan nikmat. Sayang nak buang kuah salad tu. Penuh khasiat! Iruppp...jangan membazior!
Alhamdulillah...!
Terima kasih sebab menemankan teman makan malam. Bosan gak makan sesorang ni. Lain kali buleh temankan teman lagi yek?
P.S Entry ni ditujukan pada Frau Bada di Pokok Sena dengan ucapan, 'Ich liebe dich und danke!'









13 comments:

  1. Salam Helli,
    Nak habaq kat Mak Long hang nama masakan pun tergeliat lidah... haha...

    Tapi Pak Long tengok macam berselera sungguh... gulp...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

    ReplyDelete
  3. tak reti nak nyebut nama menunya.. tp mudah sebut udang tido atas ulaman segar... ;)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Sdr Bujang,
    terima kasih luangkan masa diblog teman. Terima kasih bg link utk dibaca dan diamalkan. Semoga usaha saudara diberi ganjaran. Amin

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Long, he he...menu dlm bahasa Germanus jer Pak Long bagi gempaq. Cam kat restoran 5 bintang depa boh bhs Perancis 'Escargot'...tengok2 Siput Khinzir jer. Betoi cam kata KakYong tu,'udang tidoq ataih ulam' jer. Tentu Mak Long lebih terer masak udang-mudang ni Pak Long. Teman paka main campak2 jer.

    ReplyDelete
  6. Salam KakYong, gempak jer nama menu tu KakYong. Nak boh nama Melayu tak glamer. 'Udang Berlengkor'?, 'Udang Berdengkor'? 'Udang Tidor'? 'Udang Demam?' Boh nama asing orang ingat exotik...he he he!

    ReplyDelete
  7. urmmpphh... sedapnye resepi udang tido tu... simple jer tapi udang seko je mcm xcukup... iskk sejak dok bacer menu akak dlm blog ni, teman jadi rajin plak nak ke pasar... pasaraya tesco la... cari sotong, cari udang, cari bawang kuning... sebab terlior, balik umah teman pun try2 la resepi simple ni... hurmm memang sedap menjilat jari...

    ReplyDelete
  8. jom kita jelajah thailand

    azzad69@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Salam Sdr Azzad,
    Sawaadee...err betul ke tu? Selamat dtng ke blog Mohkembara, time kasih. Dok mana tu? Ya,teman penah gi Thailand di selatan dan Bangkok beberapa kali. Nak tulis citer kena selongkar cari gambar tp gambar banyak kat Sh Alam, teman skrng kat Sabah, kena tunggulah ek. InsyaAllah nanti ada entry tentang Thailand!

    ReplyDelete
  10. Salam Cikgu Nuzhah, ye ke? Alhamdulillah ada juga gunenye entry menu dlm blog akak ni, bagi inspirasi pd org lain. Mmg tak cukup sekor, paling2 2 ekor saiz tu! Ater orang rumah suka ke dgn menu udang berlengkor tu? Btw, cenderahati kekenit is on the way!

    ReplyDelete
  11. errr......Salam Kak Halima...
    memang tergeliat lidah nak menyebotnye.....
    ni western punye stail ke.......Turki???

    ReplyDelete
  12. Salam Yob Shahril D08,
    he he dah betoikan lidah tu? Ni stail tak ke mana, ikut suke tekak teman, kalu rase nak makan gini buat gini, kalu rase nak makan gitu buat gitu. Kalau kebetulan sama ropa dgn masakan org lain, itu tak disengajakan dan harap maaf, hikkss! Mmg pun bahasa
    Jermang tu, dulu ada belajor jap, tp kawan kat Pokok Sena bnyk membantu, ater cikgu bahasa Jermang katakan.

    ReplyDelete